mari mencari....

Google
 

Monday, August 17, 2009

cerita hujung minggu # 7...


hello..takde apa yang menarik hujung minggu saya. biasa je. tapi nakjugak cerita walopon takde info menarik kan. hehehehe... kata minah kepoh mesti la nak kepoh2. nezha lagi kepoh. pegi melepas kat bilik baju saya geram betol kena piat tinga. tak sempat agaknya dia tu. geram betol. biasa takde buat perangai macam ni kali ni buat pulak. kahkahkahkahhh..agaknya dia protes kot sebab saya ada usik2 menyakat dia cakap nak amik adik baru. hwuahahhaa.... gila la. paham agaknya dia tu yang nak buat territory dia agaknya. takde la nezha.. saya main2 je takdenya amik adik baru. tapi saya macam dah terbekanan pulak kat sekor tu. aduhh..sabar2. yang sekor ni pon tak terlayan kerenahnya, kalo tambah lagi la. tunggu adik manusia je la ye nezha. entah bila kurun le baru nak mendapat tu agaknya.

jumaat..macam biasa. obek kata nak ajak pegi kuar, tapi dai macam tak sihat le pulak. sejak saya demam hari tu, dia pulak terjangkit tapi tenggelam timbul. elok-demam-elok-demam... sian lak tengoknya. sabtu, pergi rumah pakcik obek sebab anaknya kahwin. wah..dapat macam2 goody bag. seronok. theme pink. mmmmm...no komen. laok sedapppp... nasi minyak, nasi putih, sambal sotong, kari (ke rendang?) daging, goreng kacang panjang, agar2, buah2an dan semestinya air sirap pujaan hatikuuuuuu... yahoooooo.... makan dengan penuh berselera tapi nak lagi tapi malu. cakap kat obek, obek kata pergila amik lagi, aduhaii..tapi saya segan la. dah le makanan tu ada orang jaga dia yang tuangkan makanan. kalo amik sendiri ada harapan gak saya nak amik lagi. aduhhh..tak puas betol makan hari kenduri tu. gerammmm... chehh..tetiba je nak geram tak cukup makan kan. hehehehe... lepas makan, ada dessert bubur pulut hitam. saya tak berapa suka la tapi amik juga share dnegan obek. owhhh.. sessi bersalam2an dengan ahlil keluarga adalah amat memeritkan. seperti biasa soalan cepu emas.. tapi kali ni dalam nada yang lain.. biasa orang cakap, 'bila lagi..?'..tapi kali ni semua pakat2 cakap, 'cepatt!!! cepatttt!!!' uwuwaaaaaaa... saya jawabb.. 'takmoo..takot...' hwuahahaha... obek pon kene tahan dan diberi kuliah ceramah oleh pakcik2 dia, hwuahaha..saya cabor lorr.. lari dudk jauh kat hujung khemah, buat still dapat ditangkap oleh makcik2 tu. uuwwaaaaaa..... kene juga soal siasat. uuwwaaa... lepak2 dah petang pukul 4pm, lepas salam2 lagi pelok cium segalanya, baru berangkat balik. dalam kereta saya merajuk sebab kene soal. hwuahaha.. obek gelak je tak boleh nak buat apa dah. sebelom balik, singgah dulu beli gorneg pisang karipop semua sebab lapar lagi. hwuahhahaa.... petang tido.. malam kuar lagi dengan obek pergi cari makan2. takde beli apa pon, beli donut dan rojak. tak berapa nak selera la pulak.

ahad, biasa jugak. tak kuar rumah satu hari. obek kerja. saya dok rumah je la kemas2 apa yang patot dan melayan nezha. manja betol mamat tu mengekor je bontot saya 24jam. nak berkepitttt je kojenya. layankan je la. nak tengok tv hujan lebat le pulak. tau2 la kalo guan asterok ni hujan rebas sikit je pon dah takde dapat siaran. let alone hujan lebat guruh petir segala. lagi la sangap. so, takde buat apa, iron baju untuk seminggu. yahooo..saya adalah rajin semalam. lepas tu potong dan jahit kaki seluar. beli dah lama tapi panjang, sebab tu tak pakai2. semalam dah potong dan jahit sendiri. wahhh.. rajin gila tu. petang buat cekodok ikan bilis. ngap, ngap, ngap, ngap.. obek call. cakap demam. bagus betol. malam tak makan sebab still kenyang dengan cekodok ikan bilis makan petang tu.

hari ni bagun masak nasi goreng sebab ada balance semalam punya. sedap le pulak nasi goreng cincai tu. wahhh... lepas breakfast, pegi koje. jalan jem2 biasa je. dengar radio sinar cakap pasal peristiwa hari pernikahan. hehehe.. ada 1 caller tu cakap dia pedajal sepupu dia boh katak bawah tempurung so that sepupu tu tak boleh nak jawab akad nikah. wtf!!!!! tak baik tau pedajal orang. nanti tuhan bagi balasan 100 kali ganda kat awak. dah le sessi akad nikah. sampai kene siram air 1 baldi katanya. eeee.. terok betol. kesian kat pengantin. tapi abang jem kata bukan pasal ada katak bawah tempurung tu pengantin tak dapat jawab akad, maybe sebab darah gemuruh lebih. well.. ada betolnya benda2 tu. hehehhe..entah la. macam2 perangai manusia ni.

ok la..itu je cerita untuk hari ni. esok2 sambong lagi. perot tak sedap le macam kembong. angin agaknya. seksa betol. takde lak tutt..tuttt.. tu yang buat lagi sakit perot tu. kalo tuttt...tuttt tu lega sikit le kot. hwuahhahahhaa.....

love you obek..(cepat2 sihat ye..)
love you nezha..(jangan buat perangai lagi please)
love all of you..(hari ni monday kan? i love monday!!!)

No comments: