mari mencari....

Google
 

Friday, August 21, 2009

dah sihat dah...



hello...

obek dah sihat dah. syukur alhamdulillah. malam tadi dah kuar pegi dating2 makan2. hehehehe... sian, orang tua tu baru nak kebah dah dihayak ke hulu ke hilir. apa nak buat. hadap je la kan. lama betol rasanya tak kuar makan2 macam tu. tapi tak lama la. kejap je. dah makan, balik, takde nak pusing2 mana2 pon. malam tadi entah le tengok cerita apa. semua channel pon tak best. end up tengok kartun. hahahhaha.. lepas tu kononnya tengok tv2 tajuk macam cerita hantu tapi takde pon hantunya. ala2 cerita cinta je. taktau le kot2 hujung2 ada hantu sebab saya tengok sekerat je la. bosan. terus tido.

nezha macam biasa. manja melampau. pagi tadi saya bangun dulu dari dia lagi. yahuuu.... 520am dah terjaga. bagus betol. eh.. tapi malam tadi saya tak dengar la pengumuman puasa tu. suspen betol. pagi ni dengar radio betol la dia cakap puasa esok. mujur. buatnya tetiba lak hari ni puasa kan, tak ke naya sebab tadi dah breakfast kek seketol. hwauhahhaaa.. biasanya hari ni hari membantai le kan. bukan bantai orang lor.. dia kira macam hari masak2 menyambut ramadhan. ala2 nak raya gitu. siap masak rendang, lemang, nasi himpit. macam nak raya tu. tapi sekarang dah tak buat la. tak larat. lagipon takde manusia yang nak tolong. ok2..itu bab lain.

malam tadi mimpi yang bukan2 la. tak heran kalo saya mimpi. kalo tak mimpi tu yang patot diherankan. entah la.. fikiran celaru. saya sebenarnya...entah la. susah nak cakap la. muka je hapy dalam hati takde saya yang tau. nezha pon tak tau. dia pedulik hapa. celik bijik mata terus tuju bekas makanan. hwuahahahhha.. malam tadi suap dia makan. wahhh..banyak. bagus betol. makan banyak2 tau bagi gemok sikit. kucing gemok takpe jangan puan kucing yang gemok. itu masalah namanya tu.. hwuahahhaa.....

anyway... dah nak bulan puasa ni, dah teranjur tu saya minta maaf la kepada semua pembaca, tak kira yang kenal ke tak. macam le ramai beno orang baca blog ni. tak kisah la. mana tau kot2 ada tulisan saya yang secara tak lansung menyinggung hati dan perasaan korang kan, saya minta maaf.

bosan betol. entah la. susah nak cakap. eh..dah la takmo cerita benda2 yang sedih2. biarlah ceria. yang sedih yang muram tu kita simpan dalam hati saja.

malam ni bangun sahur jangan tak bangun. saya suka makan sahur tapi nak bangun tu le yang liat betol. hwauhahhaha... dah bangun nak kene masak or panaskan makanan. harap2 tahun ni rajin la hendaknya. jadinya... nanti saya nak buat la entry juadah berbuka puasa setiap hari untuk ramadhan,. hwauhahhaha... tak kira la berbuka meriah ke, atau sekadar air kosong dengan biskut ke. kalo buka dalam kereta pon saya snap gambar nanti ye. takpe.. sebab jalan jem kan so kereta tak gerak bolehle snap2 pic. yahuuuuu.... saya suka jalan jem. ggrrrrrr....

ok la.. jangan cerita panjang2 benda2 yang tak berfaedah. bulan ramadhan nanti tak boleh nak cerita2 yang mengarut2 lagi. kene jaga semua. mata, mulut, tangan semuanya la. chewahhhhhh... macam bagus je kan. jaga yang termampu.

kepada semua.. selamat menyambut bulan ramadhan dan semoga ibadah puasa kita diberkati Allah....

i love you obek..(rindu, rindu, rindu)
i love you nezha..(lagi rindu, rindu, rindu)
i love all of you..(rindu jugak)

4 comments:

ije said...

haa.. dah luas pun mata nezha. semalam bukak xnk bukak je mata dia.

~dARlee zURiS~ said...

selamat berpuasa,leeya!
nezha pun kena puasa tau
nanti tak kasi duit raye
hehee...

tak sabar pulak nak makan macam2 esok
;)

zh-ena said...

salam ramadhan utk leeya, obek n nezha...

heheheheh nezha pose tak nnti :D

saya said...

ije--nezha memang jns mata stimmm je. hehehe...

zuris--makan jgn tak makannn..

ena--tq..selamat berpuasa utk ena & family jugak