mari mencari....

Google
 

Monday, August 3, 2009

majulah sukan untuk negaraaaaa....

muwahahhaaa...suspen jangan tak suspen. dah kata tahun ni nak kene giat bersukan. entah apa le hantu yang merasuk obek tu suruh saya bersukan le pulak. last year suruh saya masuk futsal. haihhh..sorry le.. idak le makcik mau masuk sukan yang berlari2 mengejor2 macam tu. sangat tak berminat. last2 dia je la yang masok main futsal. saya jadi tukang sokong je la. sokong pon sokong kat handphone sajor. idak le pergi ke futsal court tu menyokong. wauhahhaa.. sungguh tak sporting betol awek obek ni. anywayy.. berkesinambungan dari entry beli reket yang awal2 lagi dah dibuat gitar dek nezha hari tu, semalam petang saya dan obek pon pergi le terjah badmintan court. tujuannya nak main badminton la..takkan nak berenang pulak. tak sesuai la.




kahkahkahkahhh..ini namanya kasut bersukan ye. jangan le gelak saya pakai kasut pink. pakkal je dapat pree kalo beli sendiri memang takkan la beli kaler pink. tapi bila tengok2 bukak2 kotak je dah pink kan nak buat camne.. terima je la dengan rela hati disulami dengan ucapan terima kasih buah strawberry, lain kali belikan le lagi... yang kelabu asap tu kasut obek. wahh.. kononnya beriya le ni petang tu obek ajak pergi main badminton. saya dah siap sedia 500 ribu alasan tak mau sangat2 pergi. penat la, ngantok la, sakit kaki la, sakit kepala la, tak jalan lorrr... kene jugak2 pergi. so, saya cakap le stokin takde. tak boleh main kalo takde stokin kang sakit kaki. wahhh..boleh guna alasan macam tu. walhal tido tiap2 malam pon pakai stokin. kahkahkahakhhh.. obek kata takpe.. jom pergi kedai beli stokin. uuwwaaaaa.. nangis kat situ jugak. rasa nak tergolek2 memberontak tapi tak berjaya lor. kene buat demonstrasi jugak ni. so, beli la stokin, dapat jugak seluar baru dan t-shirt baju. habis tu nak bagi alasan apa lagi. uuwwaaaa..... hadap je la.



sini la arah tujuan petang semalam. gagahkan diri jugak amik gambar tu walhal muka rasa tebal semacam sebab ada orang kat keliling tu. dah kata nak masok blog, tebalkan la muka tapi sorok2 la. uuwwaa... malu dowhhh... sila amik perhatian. sapa2 nak tempah court boleh aje. dia first come first serve basis. apa pon call la dulu abang tu catit nama. bayar murah saje. weekend badminton courth rm12 saje 1 jam. haa..pulun le ko kat dalam tu. tapi busuk la dalam tu. hwuahahhahaa... banyak komplen lak. ye la.. tempat tertutup, bau peloh jantan2 ni main kan. haduihhh.. kembang tekak lor. ventilation dia agak kureng la. entah la, saya pon baru semalam 1st time pergi sana. tak explore banyak lagi. ada swimming pool, tapi pool kecik, tapi untuk kanak2 punya menarik. ramai la kanak2 mandi manda semalam. ada tennis court, squash court, rasa2 nak ganti nicole david sila berlatih kat sini, ada gym, ada playground, ada futsal court. itu je la yang saya nampak semalam, ada lagi tu kot sebab saya tak round habis. kalo lupa bawak air takpe.. kat kaunter tu abang tu ada jual air. limited la air mineral dengan 100plus je la. kalo nak teh ais, milo ais, sirap limau tak dapat den nak nolong. pegi luar kedai mamak baru ada. tapiii.. kalo takde duit nak beli air pon takpe, dia ada watercooler kat luar tu. tadah je mulut. hehhehe...

yeahhh..ini pintu masok namanya. ada tulisan besar gedabak kat atas pintu jangan salah masok lak. tempat ni betol2 depan kaunter abang registration tu la. aduhaii.. nak snap pic ni saya tertangguh2 dari waktu sampai sampai waktu nak balik baru berani nak snap. saya kan penakot dan pemalu. kahkahkahkahhh.. nak amik pic pon penakot. apa laaaa....

ini tulisan2 peraturan2 yang perlu dipatuhi la kan. manusia ni, kalo dah tulis tu pon kadang tak reti bahasa jugak. masih jugak le nak buat benda2 yang dah terang2 tulis kat papan tu. hehehhee.. tu la saya kasi baca dulu habis2 mana tau hujung2 dia tulis "dilarang mengambil gambar". haaa..tak ke naya. tak pasal2 kene fine pulak. hehhehe.. lebih baik beringat sebelum terkena. tapi takde la dia tulis situ, setakat yang saya tau kalo main pool/billiard yang diaorang larang amik pic sebab takut silaukan pemain dan tersalah jolok bola. chewahhh.. ye ke tak? hantam la.
ok, so dia tulis,
-----
dilarang merokok--padan muka obek. merana kan tak dapat smoking 1 jam tu. rasa nak pengsan kan? very good.
-----
dilarang bawa pet--sorry nezha tak boleh ikut. kalo boleh bawak pet tu kang tunggang langgang lak permainan. kalo takat kucing takpe lagi, buatnya anjing buldog terlepas ke, ulaq sawo ke, memerang ke, musang ke, tak ke hazab. orang zaman sekarang ni pet diaorang lain macam sikit. jadinya baik tulis awal2 jangan bawak pet. pet dok kat rumah tido. hehhee...
------
dilarang makan burger dan air dalam cawan--hehehhe..sengal. bukan la.. dilarang bawa makanan dan minuman dari luar tu. sikit2 air sebotol boleh le kot. ada orang jenis tak paham ni kang siap bawak bekal macam nak berkelah lak so tak sesuai la. kang tengah syiok2 berkelah makan sambal tumis kat gelanggang futsal tak pasal2 je bola kene kepala tersodok sambal tumis kat hidung, kan ke susahhh..itu je la.
------
dilarang pakai kasut stud/spike--ye la, tempat tu lawo. rumput pon rumput karpet tu ha.. gebu je. lantai pon lawo, kalo pakai spike paku2 tu kang habis le calar lantai, terbajak le pulak rumput. kasut2 sport tak pe la. tapi punya nak jaga lantai ada lak yang pakai selipar jopun semalam. hwuahahhaa.. hantam la.. sukati ko la labu. manusia ni kadang2 tak make sense betol. takpe la. jangan susahkan orang sudah le.
so, sampai awal 1/2 jam semalam, tu yang sempat pusing2 tengok keliling tu. panaskan badan katanya kalo tak kang kejang kejung badan tetiba melompat main badminton. hehhehe... tetiba ada lak akak tu dukung baby dan ada anak kecik kat sebelah dia tanya saya kat mana nak beli air. sian betol. bila dah bagitau arah semua tu akak tu pergi la. sian kat baby2 dan kanak2 la kalo pergi tempat2 macam tu. panas, meluap. kalo dok kat luar takpe, kalo duduk dalam court tu mak oiii.. meruap lorr... so, kalo nak bawak baby kene bawak air siap2 dalam bag. tapi rasanya sport centre tak sesuai la untuk beriadah bersama baby. melainkan kalo kat playground dia tu la. nampak safe tempat tu. lantai getah so kalo jatuh pon tak luka la kot. anywayy.... dah panas2kan badan main hentam keromo al-maklum, berkurun meninggalkan acara pemanasan badan mengikut standard dan piawai, akhirnya kami pon masok le court tu. alamak... orang tu still main la kat court yang kami book. takpe.. main kat court sebelah sebab kosong. kalo orang court tu datang baru la kita suruh orang ni blah. kalo takde biorkan je la. no hal punya. hehehe...
so, bermula la permainan. hahahhhaa... memang lawak gila la sebab ntah hapa2. 2-2 pon sengal main syiok sendiri. takde kira2 markahnya. ini main kira berapa kali banyak pukul shuttle tak jatuh. ok la tu.. for the beginner. wahh.. tengok orang lain main macam lee chong wei le. tung tang tung tang gedebushhh.. smash. baru 10 minit main dah serender dah. uuwwaaaa...sakit2 tangan kaki badan semuanya. kene marah dengan obek sebab dia kata saya manja sangat. ate.. tak pernah umor main tetiba hari ni kene main harus le kan. hantu betol. takpe2.. kumpulkan semangat waja demi motto majulah sukan untuk negara, makanya saya bangkit dengan lebih bersemangat. kahkahkahakhh ayat tak boleh blah betol. anyway.. saya jadi terror la main. obek pon kalah. pakkal le saya pendek dan tak kuat pukul kalo tak memang le obek makan net je la jawabnya. kahkahkahakahhh.. takde la..kira ada improvement la jugak. udah cikgunya garang beno harus anak murid jadi cepat pandai.
peluh jangan cerita la. busuk lorrrr.. lepas 1 jam main melompat semua, kami pon lepak kat luar dulu sebelom balik. ye la.. kena sejukkan badan dulu tak boleh masok kereta terus ngadap ekon kang pengsan kang tak pasal2 je. lepak2 dan sejuk then baru balik. singgah makan dulu sebab kang takyah kuar2 lagi. saya dah berlengas2 tu nak suruh balik mandi pas tu kuar lagi memang takkan le kan. baru kata main mengeluarkan peluh dan membakar kalori sekali time dinner tu diaaa.. hantam spageti dan fish & chips. ye beno membakar kalori, lagi menambah ada. hantam laaa...
balik rumah lepak kejap pas tu mandi semua. wahhh..segar badan tapi sakit2 seluruhnya. tido malam terjaga badan sakit2 nangis. ehehheheee.. penangan main bandminton selepas 20 tahun. rasakan. pagi ni nak bangun punya la seksa. semua sendi2 ni sakit. takpe la.. permulaan. kalo dah selalu2 nanti elok le tu kot. obek kata lepas ni ada lagi satu benda dia nak suruh saya buat. uwwaaa... kalo dengan dia ni mesti terseksa fizikal tau. entah la sport apa pulak dia suruh main, tunggu je la.....eh..main congkak pon kira sport apa, apsal tak suruh saya main tu? uuwaaaaaa...

8 comments:

cik_mila83 said...

nezha tak ikut main ker ha3

afiq said...

sye pon malu gak snapy2..tpi lelame..
lantak lah! aku ade belog...hhehehehhee

TEACHER OF SOMEONE said...

owh...mmg memajukan sukan utk negara...
hehehehe...
untung2 blh jd pemain badminton negara nnt ;-)

MOKCIK AZWA said...

Tu dia semangat nak bersukan gitteww..
hi hi..ada tag untuk u...klu rajin sudi2kan yer...

~dARlee zURiS~ said...

ooo nezha...
mana hilang nih?
semangat bersukan smpai tak update blog eyh? ;P

zh-ena said...

rajinnya leeya main badminton..ena klu main confirm dh pancit hehehhehe

thanks sudi vote utk umairah :D

Ummi batrisya dan damya said...

majulah sukan untuk negara

wah cik saya udah bergiat aktif dalam sukan

nezha tak leh bawa le pulak :(

saya said...

hello semua..sorry la lambat reply comments... saya pikir saya bukan jenis bersukan le sebab saya ni lembek orangnya. hehhehee..