mari mencari....

Google
 

Tuesday, August 18, 2009

obek demam lagi...


sian kat obek. still demam tak larat. bila call suara pon mcm kuar tak kuar je. badan panas tapi sejuk menggigil. macam saya hari tu la. hehehehhee... amik nombor, sekarang giliran obek dah sampai. takpe la.. rezeki tu namanya. harap boleh sihat sebelom bulan puasa ni. kalo tak kang payah pulak. obek kalo demam lembik lemau ngalahkan mi megi terlebih masak. lembik lorr.. manja lebih. chewahhh...saya kalo demam memang bantai tido je la tak sedor dunia. mudah-mudahan obek cepat semboh. saya risau dan takot. saya ni memang le penakot kalo orang tersayang sakit2 ni. pakkal kalo nezha demam pon saya huru-hara lagikan kalo manusia yang demam. hwuhahhahaha.... obek, makan ubat dan take a good rest. miss your laugh, miss you smile, miss your everything....

nezha... perangai baikkk punya semalam. makan sampai tumpah2 habis berterabor makanan. sabar je la. tapi takpe. dah memang siap2 alas dengan paper so that tak de la banyak sangat kojenya nak mengemas. manja sangat pulak malam tadi. balik semalam jalan jem lor. berkurun dalam kereta. singgah giant sebelom balik konon teringin nak makan meehun sup fishball. tu yang singgah nak beli fishball macam2 perisa. belli sotong ball, prawn ball, fish ball.. segala2 yang seafood ball le saya beli. beli mihun juga. kononnya nak masak le kat rumah balik kang. sekali keluar je giant tu dia.. jalan tak bergerak. dah le hujan. ayoyoyoyo.... sampai rumah pukul 730pm. rumah gelap, nezha menjerit2, hujan pulak tu. aduhh... tak jadi masak la. beli je nasi lemak tapau udah habis cerita. takde mood dah. since obek demam memang takde la nak dating2 keluar. duduk je la rumah. masok rumah tuju nezha dulu. pelok2 cium2 say sorry semua baru la settlekan hal diri pulak. mmmm..malam tadi cerita tak best la. saya tengok cerita bujanglapok untuk kali yang 195 kali. heuhwhhahaha... dah takde mood dah. kejap je pukul 10pm dah masok bilik golek2. nezha seperti biasa mengekor je la. entah le main kotak tisu pulak dia malam tadi kelentang kelentung memekak. layankan je la.. sambil2 baring2 baca buku sikit then tido.

pagi pukul 530am nezha dah kejut garu2 gigit2 kepala saya. aduhhhh.. saya kata nanti la awallagi, tido dulu nanti 630am baru bangun. dia tido. 620am dia garu2 lagi. wahhh..effisyen betol nezha ni pandai tengok jam kah? hehhehehe... kali ni saya bangun la.. dah siang dah. tengo cuaca kat luar pon cerah. hari ni pagi jalan tak jem sangat. biasa2 je la. tapi ada satu kereta kembara kaler maroon nu memang terejal betol la. pandu kereta macam orang mabok ke kiri ke kanan konon nak cepat sangat. bodoh betol. kalo berlanggar tadi dah nyusahkan orang. kalo dai je yang tertonggeng langgar divider tu takpe la. nak mati kat highway tu pon takpe. hidop pon nyusahkan orang je. masalahnya kalo melibatkan orang lain pulak. tak pasal2 jadi beban. bongok.

pagi taid macam berat je nak tinggalkan neza. entah la. belom keluar rumah dah rasa rindu. hwuahahhaha.. terok betol la. ngalahkan penyakit angau bercinta. macam2 perangai. owh..malam tadi saya mimpi hantu tau. hantu la macam yang tengok kat tv tu rambut panjang pakai baju jubah putih. ehh..apsal hantu kena pakai macam baju labuh baju tidor kelawar tu ha?? pelik betol la. motif semua hantu rambut panjang apsal? ok2..dah kata mimpi so layan kan je la. chewahhh... konon2 hantu tu datang rumah saya la. dari jauh saya dah nampak so macam takot la. sekali obek pon ada ni. tak pasal2 mamat demam tu masok dalam mimpi saya. entah camne sebenarnya itu bukan hantu daaa.. itu orang le nak kacau saya konon2 je berlakon jadi hantu. eee..takde koje betolnak menyakat orang. chewahh..dalam mimpi tu saya jadi berani la pegi tangkap orang yang jaid hantu tu pukul2 lempang2 sepak2 semua. pastu marah2 dia la sebab apsal suka mengacau orang. hwuahhahaha..gila gangster malam tadi. entah2 siap ngigau kot??? saya kat suka je bab2 mimpi ngigau nih. lagi ada lagi mimpi yang lain pulak. tapi dah lupa la. mimpi macam pergi mana ntah macam ada perjumpaan. bukan perjumpaan biasa, ini ala2 perjumpaan perbincangan masalah besar punya nih. chewahh.. jadi think tank le pulak. macam2. nak kata pengaruh tv, malam tadi tak tengok cerita apa pon selain dari berita sekerat, kartun sekerat dan bujang lapok. hehehhee...hantam la.. sebab tu badan selalu penat sebab tidor takde kualiti. penat tau mimpi2 ni sebab tak lena.

lupakan kisah mimpi2 tu. korang kalo baca blog ni cerita lain takde. nezha, obek, mimpi. itu je la pusing2. habis tu, dah itu je yang dilalui, takkan nak cerita benda yang takde lak diada2kan. itu menipu namanya. hehehhehee... sabtu ni puasa dah kan? selamat berpuasa. sapa2 dah dapat email jadual imsak dan bka puasa tu print la kasi besar paper a3, tampal kat dinding. senang nak check. print 3-4 helai, bagi kat jiran2 sedara2.. kot2 nanti ada satu masa terbangun lambat ke apa ke senang dah ada jadual tu tak le terlajak imsak ke hapa ke. percaya la.. mesti ada yang terkena tu. especially saya la. hehehehe.. bila jam dah bunyik jawapannya kejap lagi, kejap lagi, kejap lagi. ingat2kan cuma terlelap 5 minit je rupanya terus pukul 7am. haaa..apo nak dikato. saya pulak jenisnya mesti nak kena bersahur. tak banyak dapat milo dan biskut pon jadi la, janji nak jugak makan. aaaa...buah kurma jangan lupa beli. makan kurma time bersahur kenyang tu lebih lama sikit. berkat tu.. yusoff taiyyobbbbb... hwuaahhahhaa.. saya dah beli dah semalam kurma tapi bukan jenama tu la. jenama lain entah apa jenama. makan je la. tengok bersih je, lawo, tu yang beli tu. tahun lepas, sempat jugak masak untuk berbuka. walopon saya balik macam biasa. opis saya ni takde bagi speciality untuk balik cepat. tetap lah jugak pukul 6pm baru balik. nak harung jem lagi. biasanya obek dah belikan makanan. kuih dah tentu dan laok. nanti saya masak nasi sendiri. setakat sup sayur dan telor masak kicap tu biasanya sempat lagi saya nak bersilat kat dapor menjelangkan waktu berbuka. kata super woman.. sampai rumah pukul 7pm pon takde hal. whauhauhahaa... tahun ni entah la..tak tahu lagi macammana. wait and see la kan kata orang. harap2 semuanya lancar.

ok la.. banyak pulak menulis. nanti2 sambong lagi. sebelom blah, baik korangtatap gambor nezha yang penyek tu hidong kemek tu. heuwhahahhahaa.... tapi pipi gebu. gerammmmm..rasa nak cubit2 je. memangdah cubit pon. hari2 kene gomol. ok.. peace!!!

love you obek..(cepat2 la sihat)
love you nezha..(makan pas tu tido tau)
love all of you..(keje rajin2)

2 comments:

nURmALa mAZLan said...

nezha tau obek demam, tu pasal dia manja lebih2 malam tadi =p

saya said...

mala--dia memang manja le 24jam