mari mencari....

Google
 

Monday, August 24, 2009

salam ramadhan...


hello.. selamat hari isnin!!!!! hari yang dinanti2kan oleh semua orang, tak gitu? hehehhehe... anyway, hari ni dah hari ke-3 kan kita berpuasa. wahh... macam2 dah terjadi selama 2 hari yang lepas. saya kan dah cakap nak buat entry pasal menu bersahur tiap2 hari, tapi handphone lak tinggal. tadi dah sekerat jalan dah nak sampai opis pon baru le teringan hp tertinggal kat rumah jadinya tak boleh buat apa la. harap2 nezha boleh jawab any incoming calls dan bagitau saya tertinggal hp kat rumah pada caller. hwuahhahaha....
---------------
tapi takpe.. sabar je la dah kata bula2n puasa ni kan. saya ala2 berazam le nak jadi baik sikit takmo marah2 kutuk2 ngomel2 semua tu. anggap la dugaannnnnn.... dugaannnnn... ini bukan dugaan, ini betol2 kejadian. hwuahahhaha... termasok lak skrip cerita bujang lapok kan. anyway, jangan la sedih2 atau susah2 hati. ceria selalu sudah la.
---------------
so, cerita hari sabtu dan ahad nanti la saya cerita. sebab gambornya takde. hwuahahha....
---------------
agend bulan puasa? entah la. takde apa2 plan. nak kuar jalan2 malam dah tentu la penat. cerita pasal pasar ramadhan. mmmm..takmo cerita la yang pastinya 2 kali pergi ke pasar ramadhan yang berlainan, 2 kali jugak kecewa dengan kualiti masakan. baik untuk kuih mahupon laok2. jadi saya kata dalam hati balik koje berbuka makan le apa yang ada dulu. nanti masak nasik kemudian. tak sanggop la makan pasar ramadhan tu. harga mahal dah le satu pasal, sedap tak sedap tu lagi satu pasal. udah2.. takmo pegi sudah. jangan bising2. pagi lagi dah memekak. sabar la.. kata dugaan bulan ramadhan....




korang2 pergi ke terawih? hehehehhee.... kalo pergi bagus la. kalo tak pergi takpe la. buat la mana yang termampu. apa la entry hari ni tak best betol. takde mood. saya ni selalu je takde mood. owh... obek tak balik kampung pulak 1st puasa hari tu. tapi dia berbuka kat rumah ma. hwuahhaha.. sebab semua orang balik jadinya penuh le rumah ma tu. wahh..bunyik macam le ramai sangat manusia. ada le 3 kerat. hwuahahhaha....
------------------
saya teringin le nak pasang lampu punjut pelita tu untuk raya tahun ni. balik weekend tadi kat rumah ma, ma dah sound. haaa..bilik tu tak kemas lagi. uuwwaaaa... kene kemas bilik pulak. saya kata malas, nanti minggu depan baru kemas. hwuahhahaha...gila pemalas. alaaa.. takde mood betol la puasa tahun ni. suka memang suka, saya memang menanti2kan bulan ramadhan datang tapi entah la... jiwa bergelora. byk masalah. owhhh..... jangan pikir masalah. fikirkan nezha yang comel dan montel itu. wahhh..jangan memain, dia pon nak puasa. saya bangun sahur dia pun bangun, ikut makan jugak. hehehhee... pas tu lama tak makan2. nanti dah tengahhari baru nak makan itupon kene suapkan. wahhh..mengada betol. ingatkan mogok lapar ke puasa ke, sekali suap hambekkk... makan banyak. hwuaahhaha... manja betol. waktu berbuka lagi la.. ngalahkan kita2 yang puasa ni. dia lak lelebih kecoh siap panjat meja bagai nak cium2 itu ini. geram betol. tapi layankan je laaa....
-------------------
ok la..takmo celoteh banyak2. nak senyap2 je. saya nak round blog kawan2. nak tengok apa cerita korang2 pulak. hehehehhee...
------------------
love you obek...(nak baju raya)
love you nezha...(dok rumah elok2)
love all of you...(selamat bekerja)

2 comments:

Mince4AM said...

bape umur nezha?

saya said...

ahmad--kanak2 lagi. hhehheee...