mari mencari....

Google
 

Wednesday, August 12, 2009

takde yang menarik..biasa je...


semalam dan hari ni macam biasa. takde apa yang menarik. koje banyak. jangan merungut. koje tu rezeki. buat la dengan sepenuh hati. nanti takde koje baru nganga. hehehhehe... balik semalam beli nasi siap2. laok sotong. sedap. dah boleh makan nasi. walopon masa makan tu hidong kembang kempis menahan tekak. tak habis pon makan tapi alhamdulillah..dah boleh masok nasik. lepas makan nasi, makan buah banyak2 untuk melegakan tekak. success!!!! mau tak success, habis sebelah bijik betik dan sebijik mangga. nezha menyebok je nak jugak tapi bila bagi takmo pulak makan buah. owhh.. dia kalo makan durian je dia berkenan. mangga dan lenlain buah2an tak mau pulak. hehehehhee....

malam tak kuar. duduk rumah saje. tengok tv. tengok kartun tengok csi. best. obek koje. malam tadi korek telinga nezha. masyaallah.. punya la seksanya nak korek tinga dia tu. habis kuar segala silat kungfu silambam bagai. degil bukan main. korek punya korek punya korek tu dia.. punya banyak bijih timah. eewwww.... apa la macam ni tak handsome boy la banyak bijih timah. entah le berapa jam proses korek telinga dia tu. mana taknya, korek sekali lepas lari. kejar balik. dapat tangkap, korek, lari. itu je la kojenya saya malam tadi. bila dah selesai tau lak buat muka lega. takde nak garu2 telinga lagi. tu laaaa... orang cakap degil. kalo tak korek kan tak selesa, dah korek baru selesa. notty notty boy.

pagi ni macam liat je nak bangun. ada mimpi tapi lupa la. entah macam mimpi meeting je. hehehehhee... itu baru bersemangat waja bekerja namanya sampai termimpi2. aduhhhh.. macam2 le. cadang nak kuar rumah awal sebab nak isi petrol bagai, tapi lambat jugak jadinya. beli roti dan air kotak. lorr..lupa makan la. bila type ni baru le dok teringat ada makanan. takpe2.. simpan untuk petang kang la. harap lunch ni selera terbuka la sikit hendaknya. jalan jem. jem lebih sikit dari biasa, so sampai lambat tadi dalam 9.10am baru sampai. nak menatak lagi aduhh.. lenguh2 badan ni la.

obek lak baru je call kejap ni mengadu dia lak macam nak demam2 selsema batok semua. hehehehe.. baru adil 2-2 kena. cakap nak balik rumah tido. haihh... saya risau kalo obek demam. saya demam takpe tapi kalo dia demam saya runsing, sebab dia jenis yang susah nak demam. so kalo demam memang masak le jawabnya berkurun baru boleh elok. harap2 obek sihat. kalo dia demam sapa nak melayan kerenah saya yang banyak songeh ni. saya ni dah le jenis tak reti nak jaga orang demam. owhhh... seksanya.

next week dah mula ramadhan kan? seronoknya. rasa tak sabar nak puasa. tahun ni entah la..rasa macam tak meriah je. banyak masalah la. ahh..takyah dikenang2 la masalah tu.

minggu ni anak pakcik obek yang kat cheras kawen. entah le nak bagi apa. korang2 ada idea ke nak bagi apa? takkan nak bagi bawang cili lak sebab dia guna katering. kalo masak2 sendiri boleh le. nak bagi kuih? untuk makan2 waktu pagi tu? aduhh..nak order kat sapa pulak. nak order kat ibu jauh le pulak nak mengambiknya. habis tu nak bagi apa ha? bagi idea sikit tolong.

saya sebenarnya ada le benda nak cerita tapi malas la. nak cuba mengurangkan sessi menganyam ketupat la. memang le cerita tu kisah benar tapi menceritakan tu semula kira mengumpat jugak ke ha?? kalo ye, takmo le cerita.. kalo tak, boleh le cerita. hwuahhahahhahaa.....


saya teringin le makan ikan masak tauchu. wahh..kalo larat petang ni nak masak la. dah lama tak masak2 ni. sian dapor tu. lagi kesian tong gas tu dah terperap kat rumah saya setahun lebih tak habis2 pon. hehehehhehehe......

pagi ni tadi bagi nezha makan treats perisa baru. perisa salmon. wahh..melampau2 kan kucing zaman sekarang. saya ni pon setahun sekali je makan salmon. mahal lorrr.. biasa bagi dai perisa tuna je. tadi tengok macam takmau lak dia benda tu. agaknya dia bau lain dari yang biasa kot. dalam takmau2 tu habis jugak dia bedal. nanti petang nak try lagi.

batuk still tak hilang lagi. ena ibu umairah kata minum air lemuju. wahhhh... apa benda air lemuju tu. pernah dengar tapi tak pernah tengok secara life. camne rasanya tu? ada macam rasa oren ke, kelat ke, pahit ke apa ke? kat mana lak nak carik? aduhhh.. nak minum air asam jawa campur gula batu pon saya malas nak buat. entah le kenapa sekarang ni malas betol. sejak2 demam ni takde semangat rasanya. kerap mencarik alasan supaya mengelak dari buat sesuatu. hehehehe... senang cerita m.a.l.a.s

ok la.. nanti2 sambong lagi. saya perhatikan sekarang makin kurang je orang masok blog saya. takpe2... sapa nakmasok baca dipersilakan. sapa takmo baca takpayah baca. lagipon takde benda yang menarik. gambor2 pon takde la gambar lain selain dari gambar nezha tido. hehehhehe.. saya tengok blog oranglain meriah sebab ada tunjuk gambar2 real life punay activiti. saya takyah le... takde apa yang menarik pon dalam hidop saya.

love you obek..(moga sihat hendaknya)
love you nezha..(jangan nakal2 ye)
love all of you...(peace no war)

4 comments:

nURmALa mAZLan said...

wakkkkkkkk
banyak sgt ke tahi telinga nezha

MOKCIK AZWA said...

air lemuju tu kan untuk orang baru bersalin.....rasa air lemuju tu memang la tak sedap langsung...bagi mokcik la...hehehe

MOKCIK AZWA said...

wakakkaka...mokcik dah baca dah jawapan tag tu...tenkiu muahaha
u really did your homework ..memang sesuwai la diawardkan dengan award best buddies tu..

mokcik masih tak habis gelak semasa, dan selepas baca jawapan tag hehehe

saya said...

mala--standard le tu..tak le sampai berkilo2. hehehe...

mokcik--hehehhee..best buddies kene la amik tau hal buddies jugak. hal yang elok2 je ye..muahhh...