mari mencari....

Google
 

Wednesday, August 26, 2009

tragedi di pagi hari...





echewahhhh.. kononnya letih beno le tu berpuasa ye sampai terbaring lesu layu tak bermaya? huishh..jangan le korang2 terpedaya. dia tu memang tengah letih. tapi letih sebab terlebih makan dan terlebih melompat2 memanjat2. haaa..hambek.. apa korang ingat dia nak duduk diam tengoktv? takde maknanya. tak larat dah nak larang. biorkan je la dia buat la suka ati apa pon.

~~~~~~~~~~

semalam balik jalan jem2 biasa. sampai rumah awal, pukul 640pm. so, obek call cakap masak nasi dia belikan laok. laok apa dia beli? sambal tumis sotong, sambal ikan keli, sambal paru. hahahhaha... nampak tak? nampak? tak nampak? aduhhh... itukan ke semuanya laok peras2 semuanya sambal2. aduhaiiii... lemah longlai betol rasanya. cakap kang kecik ati lak orang tua tu dah bersusah payah pergi belikan makanan. last2 saya kata saya takmo la sambal paru tu sebab dah banyak laok. hehehhe..alasan menolak secara baik le tu kan. owhh..dan juga semestinya air soya. eh..sepanjang puasa ni saya belom lagi la minum sirap. takpe2.. banyak lagi masa ni. ada jugak kuih apa ntah kaler hijau atasnya ada kelapa. macam2 la obek ni. apa pon, terima kasih daun keladi, harini pon belikan le lagi. hwuahahhaha....

~~~~~~~~~~

buka puasa dengan nezha. sebok je mamat tu la. tak senang saya nak makan. semalam takde laok yang boleh dishare bersama sebab semua pedas. saya sendiri pon tak larat nak makan. lepas berbuka duduk kejap then mandi la. owh..malma tadi tengok cerita melayu tajuk qalesha kat asterok. hehehhe...best jugak cerita tu kelakar la. saya mengekek2 gelak. cerita budak2 yang berbeza latar belakang berjumpa di sekolah agama. hwuahhahaha... macam2 karakteor ada. bagus budak2 tu berlakon. kira menjadi la. aiseyman..malu la pelakon2 dewasa yang tak pandai berlakon tu. opss..bulan puasa jangan mengata. lepas tu tengok cerita csi. wahhh..best jugak. lepas je csi kebabom le jawabnya. mata dah tak terangkat dah.

~~~~~~~~~~~

saya tido, nezha entah le apa yang dikojekan. saya biarkan je. sekali dia datang. garu2, gigit2, memekak2 kat tinga saya. saya tak de la nak bukak mata just raba2 dia je la garu2 tu. tapi dia tetap le memekak. sekali saya bukak mata, masyaallah astagfirullah...mengucap panjang saya. muka nezha udah jadi putih. main apa? main bedakkkkkkk.... haaa hambek..habis bedak saya setengah botol. patot le memekak kat tinga saya rupanya sebab mata pon udah tak boleh bukak, tertutup dek bedak tu. bila bdeak debutu kene muka, dia pi jilat2 la konon sapu2 muka. ate..lagi melekat le benda tu. eeeee..nak marah pon ada, nak gelak pon ada, nak kesian pon ada. saya pon bangun le mengerjakan budak tu pulak malam2 tu. masa tu dah pukul 1.20am. bersih2kan muka, bagi minum air banyak, then bagi vitamin. takot saya mana tau kot2 dia dah tertelan bedak tu banyak kang sakit perot ke hapa ke kan. nauzubillah..mintak dijauhkan.lepas bersih2kan semua, sambong tido. malangnya. yeee..malangnya..mata dah tak boleh lelap. aduhhh...geram betol. amik buku baca la. dah pukul 3am++ abru boleh tido.

~~~~~~~~~~

pukul 4am alarm pulak bunyik... uuwwaaaaa...baru nak tido dah kena bangun lagi. liat betol tapi bangunjuga la sebab nak sahur. pagi ni buat roti john. wahhhh..bersemangat. buat macamkat pasar malam tu le. bancuh telor, potong bawang, tomato. sedap. tapi termasin le pulak. hwuahahhahaa..... masin pon masin le. makan jugak. goreng jugak popia 3 ketol. air milo dan air suam, kurma.




sahur hari ke-5 (26/08/09 : roti john, popia, milo, air suam, buah kurma


~~~~~~~~~~

aaaaaa... sewaktu saya kuar dari toilet sebelom masak tu, saya pergi kat tepi dinding nak sidai towel. sekali terasa karpet basah. wahhh...ini sudah mendatangkan kemarahan. nezha melepas ke kat karpet nih. tapi raba2, banyak le pulak. takkan le kot. cium2 (harus berani mencium cecair di karpet itu, kalo tak kang camne nak tau, hwuahahhaa), aik..takde bau macam kencing nezha pon. suspen nih. tengok2 gak kot2 ada botol air tertumpah2 ke hapa ke. takde le pulak. so macam biarkan je la. malas nak pikir or kemas. sebaik je saya berpaling, terdengar bunyik.. burrrrrsretttttttttttttt.... (sebenarnya bunyiknya lain la, saya tak reti le nak tulisa camne bunyiki tu.) intai kat luar tingkap, tu dia... air memancut2 dari meter kat luar rumah. harus suspen. bukak pintu pi check, rupanya meter orang sebelah la yang bocor. taktau apa masalah. owhhh... rupanya rumah dia dah banjir lama dalam rumah tu so dah meresap ke dinging sampai dah rumah saya pon banjir sekali. saya masok balik check rumah saya, masyaallah..... tu diaaaa.. rupanya awal2 tadi saya tak perasan, rupanya dahbanjir sepanjang2 dinding rumah saya kat ruangtamu tu. habis barang2. astagfirullahalazim... memangmengucap panjang. kebetlan kedudukan rumah jiran tu macam tinggi sikit dari rumah saya, dah kata duduk teres, harus le dinding pon share. tu yang jadi banjir tu air meresap. saya nangis lorrrr.... tapi sabar2kan hati. mintak maaf kan nezha sebab tadi saya tuduh dia kencing kat karpet walhal mamat tu tak bersalah pon. hehehehe... siapkan jugak masakan bersahur, makan lebih kurang then bermula acara mengemas. jiran sebelah tu anak2 dara ada 3 orang. saya keluar tu dia pon keluar sebab sama2 bangun sahur kan. dia mintak tolong nak wat camne. nak wat camne... saya amik je la benda yang untuk pusing2 paip tu, taktau le apa namanya (jap2..check google image.. haa.. namanya perengkuh paip. gila susah nama ko), pusingkan, tutup meter luar tu, then suruh dia tutup kan macam ada kepala paip kat tepi dinding dalam rumah tu. itu la.. kepala paip untuk mengunci aliran air dalam rumah tu le. entah le apa namanya. boleh lak minah tu tak tau kat mana benda tu. haiyakkkkk... saya kata kat tepi dinding kat ruang tapi tu ada macam kepal paip tapi takde muncung tu. haa..itu kasi tutup. takot kang bertambah banjir. dah tu, diaorang pon kecoh2 le sebab rumah udah banjir. saya kata rumah saya pon dah jadi banjir sebab maybe dah lama air tu ita tak perasan. boleh lak buat muka macam tak paham. tak paham sudah. yang pastinya haku kene mengemas rumah. saya kata lepas ni call owner awak bagitau (bab owner takmo cerita, bulan pose, kena menahan dari mengumpat, lepas raya sambong cerita pasal owner). sementara ni guna la air tangki dulu. aduhhh..udah bertukang suboh buta pukul 4am tu kat luar pulak. rumah saya insyaallah...semua alatan ada, playar ke apa ke semau lengkap, ada tool box obek bagi in case emergency ke hapa dah ada bendanya. wahhh.. teror kan saya. takde la.. walopon pompuan, kita kene amik tau hal2 macam tu sikit so bila jadi hal takde panik sangat. lepas sahur saya kemas rumah. nangis sorang2. penat wooo... nak lap, nak perah kain, nak angkat karpet, nak sidai, nak sapu, nak vacuum, nak macam2 la. banjir le katakan. nezha tengok saya melalak dia pon sebok nak mengempek jugak. uuwwaaaa...memang nangis pagi tadi. tengah kemas2 tu perasan jam pukul 520am. minum air banyak2 sebab takot kang haus. uuwwaaaa..nangis lagi. kemas sampai pukul 630am baru siap. penat sehhhh..... baring2 terlelap, hambekkk.. pukul 715am baru sedor. suboh? selamattt atas sofa. hwuahahhaha....bangun mandi, siap2 pergi koje. pagi tadi saya pergi koje saya tengok kat dinding bekas air masok tu dah takde air mengalir lagi. tapi still basah la. risau gak kalo saya pergi koje ni tetiba berulang kembali. naya je. yangbuat saya lagi melalak masa tengah kemas tu, lagi saya lap kat lantai, kat dinding, lagi lak saya ternampak air tu mengalir dari dinding tu. sedih wooooo.... harap2 semuanya ok la. harus ke mintak ganti rugi kat jiran? hwuahahahhhaa.... ye la. dia punya hal tak pasal2 kita pon jadi mangsa. mangsa keadaan. entah la. takpe la.. pengalaman semua tu. sistem paip rumah dia tu saya perasan dah tukar 2 kali. memang ada problem la rumah tu. jangan terjangkit kat rumah saya udah le. nayaaa...


edited : macam ni le benda yang digunakan nak putar meter paip luar tu.. carik kat google. kata namanya perengkuh paip. huhuhu...


~~~~~~~~~~
jadi, itu le tragedinya di suboh hari tadi. hwuahahhahha.. rasa kelakar pon ada, sedih, marah, geram, semua ada la. sian nezha, tak pasal2 je kene tuduh, hehehehheee... so, sekarang saya macam mengantuk. dah le memang sejak azalinya jenis tido tak boleh nak lena, kejap2 terjaga, kejap2 terjaga, ditambah pulak penat, ditambah pulak tak menikmati lansong home made roti john sahur tadi sebab otak dah runsing. sabar je la.. ada hikmahnya tu. ngadu kat obek, obek kata takpe la.. nak dapat rezeki le tu air sampai masok rumah. nak dapat durian runtuh. hwuahahhaha..hantu betol. ye, ye..saya tunggu 50juta tu runtuh dari langit ye. sabar je la.

~~~~~~~~~~
sebenarnya kan.. semalam saya dapat hadiah tau. hwauhahhaha... hadiah raya. opsss... esok baru cerita, hari ni tak sempat sebab banyak koje. lagipon pic tak amik lagi. kang kata tipu2 lak kan. hwuahhahahhaa....

~~~~~~~~~~
i love you obek...(thanks for the tool box. berguna betol)
i love you nezha..(im sorry sayang)
i love all of you...(rumah korang paip bocor? panggil saya repair. hwuahahhahaa)

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

sabar...dugaan puasa tu
takpelah.at least ada gak exercise bulan2 puasa kan?;P

waaa...dapat apa tu?

ije said...

best nya roti john.. nak g carik la kat bazar petang ni. ehe

zh-ena said...

laaa banjir la plak..
pastu banjir ngan air mata plak tu..sabar ajer la leeya..

nezha tak main plka air..klu join main sekali ngan leeya mau jd aper pg2 buta tu kan..

MOKCIK AZWA said...

mula2 nezha banjir bedak pehtu rumah pulak kena banjir sebab meter jiran buat hal...memang trajis...sabooo ... dugaan posa tu...

saya said...

zuris--exercise?? huhwuahahhaha... ye la tu.

ije--apa barang beli..sesekali try buat la wehh.. hwuahhaahhaa..

ena--kalo nezha main air sekali saya pengsan

mokcik--bak kata pendekar bujang lapok, dugaannnnnn...hehhehee