mari mencari....

Google
 

Thursday, August 27, 2009

yeayy... hadiah raya saya...


echewahhhh... itu la aksi hari2 nezha kalo bukak pintu mesti lepak kat depan tu. mengambil udara luar le tu kot. ni pic pagi tadi. hari2 macam tu la kalo saya nak pi koje dia mesti menempek kat situ sampai nak bukak pintu pon susah. kang melengkor kat kaki saya. uuhuhu...sedih tau. so, sebab tu kalo saya nak kuar saya bagi dia treat, so sementara dia tgh makan treat tu saya pon cepat2 kuar pintu. say apon tak sampai hati nak kuar pintu tu kalo dia dok tengok saya sambil buat muka sedih. owhhh..rindu wooo... kalo dia tengah makan tu dia tak perasan saya pergi. saya pon tak le sedih sangat. wahhh..tiap2 hari pon emosi tau kao nak pegi koje.
~~~~~~~~~~
petang semalam hujan lebat masyaallah... lebatnya sampai tak nampak jalan siap complete package dengan guruh petir kilat bagai. ngeri wooo.. jalan dah sah2 le jem semacam. saya kalo jalan jem tu takpe lagi.. tapi bab hujan tu yang suspen tu. tau je la saya ni kan penakot hujan. uwaaaa..... sampai2 macam terasa2 je hujantu masok dalam kereta semalam. wahhh..kereta bocor ke? takde la. imaginasi yang terlalu tinggi sebab takot sangat. hwuahhahahhaa... manusia seperti biasa. dah tau jalan jem dan hujan lebat, masih ada yang nak mencelah2 dan nak ram2 enjin kereta konon nak cepat beno le tu. wehhh.. semua orang nak cepat la, bukan ko sorang je. getik dengan orang macam tu.
~~~~~~~~~~
sampai rumah lambat. pukul 7pm. obek dah belikan laok. sotong sambal tapi tak pedas, rasa macam masam manis pulak, sedap jugak, dengan ikan bakar. air teh bunga. kuih apa ntah namanya bulat keping2 macam ada debu kat luarnya dalam ada inti. aduhhhh.. ni la dianya budak2 (budak ke?) sekarang, nama kuih tradisional lansong tak tau. dan jugak karipop kegemaran. hehehhehe.. terima kasih obek. susah2 je pergi redah hujan lebat belikan saya makanan. masok je rumah terus masak nasi. lepas tu berbuka la. share dengan nezha ikan bakar tu. wahhh..ngalahkan saya lak dia punya selera tu habis sebelah ikan tu dia bedal. ini sudah terbalik. kene lak cubit2kan ikan tu dulu bai dia kang kalo saya dah makan kang tangan berlemuih dengan sambal kang kepedasan lak mamat tu. walopon laok sotong tu tak pedas. yahuuu...suka la makan laok tak pedas. aman tekak. kalo pedas, sedih lorrrr....
~~~~~~~~~~
malam, tengok tv cerita apa ha? lupa la.. tapi ada tengok csi. itu pon sekerat. tak tengok habis. lepas tu tido. hujan lagi masa malam telah membuatkan saya takboleh tido. aduhhh..badan penat, mata ngantok tapi tak boleh tido. so, kita buat apa? yeaaa...kita main lompat2 dengan nezha ye. suka bukan main mamat tu melompat2 menggaru2 menggigit2. layannnnnnn..... last2 2-2 tido. hehhehehe....
~~~~~~~~~~
pukul 4am bangun sahur. liat betol sebab in between tido tu kan asyik terjaga2 je. tapi takpe la. so, menu sahur malam tadi ialah buat roti john lagi lorrr. sebab semalam tak puas betol makan. dah le makan tergesa2, otak lak runsing so tak menikmati betol. jadinya tadi buat sedap2 la. tak boh garam pon sebab takot masin macam semalam. just tabur black pepper flakes kat telur dadar tu. sodappppppp... tapi telur tu tak jadi la bentuk 4 segi macam orang jual tu la. saya tak reti le nak membentuknya. jadi bulat jugak tu yang sampai terkeluar2 dari roti tu. hahahha... goreng jugak popia 3 ketul. habis dah stok popia kat rumah saya. kene beli lagi ni simpan. sesak2 ada makanan nak dimakan. air milo suam la biasa la tu, dengan air suam. harussss..... kurma tak makan lak. lupa. owhh..makan jugak sikit dragon fruit. sedap menyejukkan tekak. manis. suka la. hehehhehee...so, sahur sambil tengok lilo & stitch dan lepas tu tengok midsummer murder. alaa.. midsummer murder tu dah tengok banyak kali tapi takpe la.. best, saya suka so tengok lagi. saya sahur, nezha pon sahur. sebok je. tapi dia makan makanan dia la. sikit je dia makan, pas tu lepak2 sebelah saya. hehehehhee....


sahur hari ke-enam (27/08/09) : roti john, popia, milo suam, air suam, dragon fruit.
~~~~~~~~~~
haaaa...kan semalam cerita saya dapat hadiah raya. hehehehe..bukan baju, kasut, gelang, rantai daaa.. saya dapat ikan baru dan akuarium baru. yahuuuuuuuuuuuu....saya suka sangat2. kali ni akuriumnya yang jenis kayu. belah bawah ada kabinet untuk simpan2 barang la kan. yahuuu... yahuuu... suka..sukaa.... obek belikan. hehehhehe... ikan tu katanya arowana gold. entah le saya bukan paham sangat jenis2 ikan ni, tapi nampak macam lawo je. ok la tu. so, sekarang saya udah ada 2 la akuarium. satu tempat isi ikan puyu, satu yang baru dapat ni. wahhh..jenuh le nak mencuci akuarium nanti. mati laaa.... penat wehhhh... tapi takpe, suka punya pasal hadap je la. walopon orang tak suka, saya tetap suka. akuarium baru tu diletakkan kat sebelah kanan sini. belah kiri dah ada akuarium puyu tu. tapiiiiii..yang belah kanan ni dekat dengan dining table. jadinya memang amat dekat le ntuk si mamat kepochi memanjat dan mencuba nasib untuk menggapai2 ikan tu. uuwwaaaa...ko jangan buat hal nezha, cubit nanti. semalam masa dapat tu dai dah buat try test power dah... siap dah panjat meja dan lompat atas akuarium tu. kusssss semangat.. berderau darah saya. so, kene tarik lak meja tu kedepan sikit. sempit dah rumah. aaa.. ini le pic ikanbaru saya. kecik lagi. harap2 dapat bela sampai besar. dulu dah ada, tapi masa tu saya balik kampung, kebetulan hujan lebat petir rumah jadi tripp. so, elektrik terputus la. lama jugak sebab tak de orang nak turn on main switch tu kan. so, ikan tu mati. uuwwaaaa.... balik2 tengok kan udah terbalik timbul. apa lagi.. menangis le teman bagai nak rak. siap amik bungkus2 lawo then tanam. tak sanggop nak buang macam tu je. sedih woo.. sejak tu saya tak mau bela ikan2 lawo macam ni. ikan puyu tu tahan pulak dia kalo tak de oksigen ni. ikan2 lawo ni biasanya manja, semua nak dijaga. hehehhehe... agaknya obek perasan kot saya kadang tersbeut gak ikan tu. or suka singgah mana2 kedai ikan tengok2 ikan berenang2. walopon sekadar ikan dan akuarium je, tapi saya suka sangat. habis le rumah saya nanti jadi mini zoo. hwuahahhha.... jadi, ini lah hadiah hari raya saya!!! thanks obek. ilebiuuuuuuuuuuuuu......
dia asyik bergerak2 je la macam tau2 je saya nak snap pic terus dia lari. susah nak snap pic dia.

aaaa..ni macam dekat sikit tapi flash tu memantul lak kat akuarium tu. jadi la.. asal ada pic.



ni lagi satu shot. kira ok la tu. jurukamera amatur katakan. hwuahhahah...


aaaa..ni nampak ok sikit tapi ala2 blur le pulak. hantam laaa....
~~~~~~~~~~
so, itu la cerita saya untuk hari ini. petang ni harap2 jangan le hujan lebat macam semalam. takot woooo.... dah le malam jumaat. orang kata kalo hujan malam jumaat nanti the next wik tu akan hujan selalu. ye ke? hehehhehe.. manusia ni kadang pepandai je buat prediction sendiri. hantam la labu...
~~~~~~~~~~
kawan saya yang saya selalu ceritakan perihal anaknya tu, menyambut haji jadi anaknya yang pertama semalam. mmm..takde apa nak cakap, cuma harapnya semuanya baik2 saje. malas nak komen.
~~~~~~~~~~
ok la..nanti sambong lagi. minggu ni cuti merdeka kan? mesti ramai orang balik kampong. hehhehee... kepada yang merancang balik kampung tu drive elok2. semua orang nak berbuka dengan keluarga. tambahan cuti sekolah dah nak berakhir. jadi, jalanraya kana penuh sesak. hati2 bila memandu.
~~~~~~~~~~~
i love you obek...(thanks a bunch! nantibagi la hadiah raya lagi. hehehe)
i love you nezha...(so notty haaa...)
i love all of you...(selamat berpuasa untuk hari ini.)

6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

thn nie beraya ngan ikan eyh? ;)
dah 2 hari sahur roti john nih...heheee.

Ummi batrisya dan damya said...

wah, dah ada pet baru :)

selamat berpuasa

roti john tu nampak sodap plak :)

zh-ena said...

ader teman baru la si nezha nnti time leeya pergi keja

KV said...

kelas hadiah raya. Hehe

afiq said...

saya??!?!?! sahur roti john larat ker??? i mean selere ker....ihihihihiihihi jgn basi sudah...skit prot la plak!
owhhh nezha ai miss yu!

saya said...

zuris--sebab roti tu 1 pek ada 6..kena habiskan. hehehe...

ummi--roti john sedap.. sesekali tukar selera bersahur

ena--teman berlawan.

kv--hahahha..hadiah pelik2

afiq--laratt..roti tu masak sndri la bukan beli time berbuka tu.