mari mencari....

Google
 

Tuesday, September 29, 2009

cerita jalan2 : bukit merah lake town resort...


wokeh..kita sambung the journey story....itu le kuih apam besor yang saya cakap tu. sedapppppppp.. gebuuuuuuuuu.. marvelousssssss.. ingatkan tak sedap biasa2 je so beli 2 keping je sekali sedap daaaa....nyesal beli sikit. sampai sekarang terbayang2 kesedapannya. serius, ini le sesatunya makanan yang saya dok terbayang sepanjang holiday hari tu. hehehhee.. so sesapa yang duduk kat kuala kangsor tu, sila2 le kirimkan apam besor tu kat saya ye. tapi yang terbelobang tu bekas gigi obek. bukan gigi saya daaa. gila besar dia gigit. geram la. ok. lepas keluar dari pekan kuala kansar kitaorang dok pikir2 nak pegi mana lagi. ada 2 idea, 1, nak stay kat ipoh then boleh pergi rumah kawan obek kat sana jalan2 raya sekali. plus sebab esoknya senang le nak ke kampar rumah orang kawen tu. then pikir2 lagi. sekali obek kata jom pegi jalan2 nak? saya kata nak pegi mana? pegi penang ke katanya. haihhh..malas le jauh beno. lenkali je la. so, end up decided untuk pergi ke bukit merah laketown resort. tapi suspen jela kan sebab takde buat apa2 reservation ke hapa ke. buatnya pegi2 sekali fully booked, tak ke naya. tido atas highway kat r&r. padan muka. huawhhahaha.. seperti biasa, obek kompiden lebih. so, sementara dalam perjalanan tu, kita carik info la kan.




hehehhe... see..saya pon dah ada la laptop mini kecik cinonet tu. hehehhee.. saje la nak test2 atas highway boleh ke tak ke berguna. sekali boleh la... line pon clear je. terang dan nyata. laju je. chewahhhh.... so, kita bukak website dulu, cari info apa yang patot. so, try to call them up la kan. ada kosong katanya. yahuuuuu... tapi kene booked dulu guna kredit card. uikss... sorry. no credit card. we will pay cash. so kalo macam tu kami tak boleh nak reserve untuk cik, katanya... huiyooooo..... saya kata tapi bilik tu ada lagi tak? ada katanya dalam lagi 15 bilik. so, saya kata takpe la.. saya lagi sejam sampai so takkan dalam masa sejam tu bilik habis kot? orang tu jawab, rasanya ada lagi. jadi apa lagiii.. tekan le minyak tu laju2 bior cepat sampai. hwauhahhahaa... tak le jauh dari kuala kangsar ke bukit merah tu lebih kurang dalam sejam je la kan. sesambil tu check jugak nak kuar exit tol mana. tak pasal2 kang terus je perlis pulak. ayoyoyo... so, tulisannya kata amik exit bukit merah. wahhhh..senang je rupanya. lepas je tol bukit merah, jmpa trafik light, pusing kanan, dan wallah... dah sampai korangggg... tapi jalan naik tu ala2 genting le pulak. scarry le naik bukit pusing2 jalan sempit. mmmmm... memang ala2 mini genting kat atas tu rupanya. cuma takde casino je la. hehehhehee.... so, sampai je terus pegi kat reception. ok. settle.



yeeee... sudah sampai ye kawan2. lepak2 kejap then kuar pegi pusing2 kat kedai2 yang ada kat sana. survey dulu la kan kot2 nak beli t-shirt ke hapa ke. amik info jugak nak buat aktiviti apa kat sana. nak main2 air waterpark tu ke, nak pergi pulau orang utan ke. tapi leceh la sebab kebanyakkannya permainan tu dah tutup by 6pm. leceh lorrrr.... so, just jalan2 je la. mujur gak tak beli tiket main2 tu kalo tak sure tak sempat sebab esok paginya pagi2 dah nak berangkat pulak. dinner plan, baikkkkkkkkk punya. kitaorang plan nak pegi carik mee udang kuala sepetang yang glamor yang diwar-warkan tu le. hehhehee..jumpa korangggg..tapi tu cerita kat entry lain ye.



ni masa malam dah sampai balik ke b.m.l.t.r tu le. malam dia ada macam funfair la. yang safe2 punya la untuk kanak2. suka je saya tengok budak2 tu bermain. pegi le cerok man apon internet cafe tetap le penuh. haihhh..budak2 zaman sekarang. tak boleh berlekang dengan internet. hehehehe... gambar atas tu kira scene yang ada malam tu la. sebenarnya ada banyak lagitapi saya tak amik pon. pusing2 obek nampak kerusi ogawa. ala..yang urut2 tu la. dia nak try. say apon ikut gedik nak try. 15 minit rm3 je. murah. si tamak haloba terus amik untuk 1/2jam. sekali duduk je ha hambekkkkkkkkk..rasakan. sakit gila badan saya rasa macam dipatah2kan tulang ni ha.. nangis woooooo... memang seksa la. tak tahan betol. cakap kat abang yang jaga tu, bang saya takmo la 1/2 jam, nak 15 minit je tak tahan sakit badan. sekali abang tu jawab apa, tak boleh la kak, kitaorang dah set dah. uwwaaaaaaaaa.. apa lagi. salahkan obek sebab dia yang ajak. dia lak sedap je mukanya. saya tengok orang lain pon macam sedap je duduk atas tu. apsal saya je yang kesakitan. memang serius sakit la. saya tak tahan. natijahnya, badan saya memang lebam2 belakang ni. sampai hari ni ada part2 yang masih sengal. takmau lagi dah naik kerusi ni. nehi kabi nehi....




ni the next morning. nak pergi breakfast. jumpa la floor fountain. lawo, cun. ada jugak bidak2 yang melompat kat atas air tu. hehehehhee.. kasi chance la budak2 tu. nama pon holiday kan. gila excited bebudak tu awal pagi pukul 730am dah siap2 pakai swimming suit nak pergi main kat waterpark. hehehhehee.... untuk yang bawak baby2, boleh je letak baby kat floor fountain tu. alaa.. bukan nak mandi beno pon, just saje simbah2kan air kat baby. hehehhee..




ni jeti nak ke pulau orang utan tu. naik bot tu kena bayar dalam rm10 kot if saya tak silap untuk pergi balik la. saya tak pergi sebab tak sempat. kalo sempat pon saya takmo pergi sebab kena naik bot dan seberang2 laut ni. ampunnnn...saya penakot air. idak le. masa ni awal pagi lagi. tengok matahari pon baru nak naik. sangat lawa. pakci yang pegang baldi tu sebenarnya tengah cedok air laut (ke tasik ha??? tasik le kot sebab nama laketown resort. apa2 la...). dia cedok then siram kat pokok2 bunga dalam pasu keliling resort tu la. hehehhehe... jimat air katanya. takyah guna air paip.



kat sebelah kiri macam ada resort2 or chalet2 la yang lawo2 yang mahal2. amboiii..mesti best tu tapi not for me. saya memang takkan le tido kat rumah atas air macam tu. tidak..tidakkk... actually theyall ada gak buat promotion kepada orang2 supaya beli property kat situ. bila tengok plan, dia macam nak buat perumahan kat area lake tu. mmmm.. for future investment boleh le kot. nak suruh saya tinggal situ takmo la.. takot. hehhehe....



ni dah takde koje lain. gambar breakfast pon nak amik jugak. apa laa.. biasa la breakfast buffet. dapat kupon. tapi kalo bawak lebih dari room guest tak dapat le kan. heran gak ada famili yang sanggop bayar untuk breakfast buffet tu rm38 per person just for breakfast. kalo saya la... saya bawak anak bini turun bawah beli makanan kat kampung bawah tu. ada banyak gerai jual sarapan pagi2 tu. dengan rm38 tu dah boleh makan nasi lemak laok sambal sotong udang kuih roti canai serba sakneka bagai. kenyang. lagipon bukan jauh sangat nak turun bawah tu. lagipon tak berbaloi la kalo kena bayar rm38 for breakfast. bukan best pon. breakfast biasa2 je. nothing interesting. tapi tu la.. lain orang lain pendapat. pada saya spend wise la. food taste, biasa2 je. takde la sampai nak teringat2 macam apam besar kuala kangsar tu. pagi tu tekak dah mula dan sakit2. yee.. permulaan demam dah terasa tapi buat2 tak tau sebab nak berjalan punya pasal. hehhehehee....



ini le kerusi yang dah menyakitkan saya sampai sekarang. tobatttttt nak naik lagi. takkan. never. nehi. itu pic obek tengah syiok2 le tu. huwahhahahhaa... masa kitaorangs ampai takde pon orang yang nak naik kerusi tu. bila kitaorang dahnaik je, ramai pulak yang nak cuba. see.. kami pembawa rezeki. ehehhehehee.... ada gak makcik yang try. ada gak majikan yang bagi maid try. ada bapak budak yang try. bapak budak tu actually pening kot sebab sebelom tu kami jumpa dia dan anak2 kat dalam arcade. habis budak2 tubelasah dok beli token je nak main game. hehehhe..mau tak pening. kl pon main game, pegi holiday pon main game. hambekkkkk.... so, itulah ceritanya saya pergi b.m.l.t.r tu... not bad for the 1st time experience being there. so, lain kali kalo nak pergi dah tau dah apa yang perlu apa yang tak perlu. hehehhehee....

cerita jalan2 : kuala kangsar...



hehehhee..punya berkurun baru le nak cerita. oranglain semua dah habis khatam saya baru terhegeh2 nak buat entry ni. anyway.. hari jumaat tu obek ajak pergi jalan2. ingatkan nak kuar jalan2 pegi kl je la kan, sekali jauh le pulak pegi highwaynya. tanya punya tanya sekali katanya nak pergi kuala kangsar nak makan laksa kuala katanya. haa..hambekkk.. udah le sehelai sepinggang. takpe..kita beli saja. baju2 kat kuala tu murah2 je. hwuahahhaa.... hei..takde la.. saya kata balik dulu la amik baju segala. sebab lagipon katanya nanti nak terus singgah ke kampar pergi rumah kawannya kawen hari esoknya (sabtu) tu. larat ke nak beli je semuanya. kot koje cop duit pon harus habis dah dakwat nak cop duit tu tau tak. ops..sebelom kuar rumah seperti biasa amik pic nezha dulu. mujur dah siap2 turn on lampu kipas tv semua. kalo tak saya meroyan takmo pergi. kene siapkan mamat kepochi punya keperluan dulu baru boleh pergi jalan2.



so, dah nak sampai le ni. perot udah le lapar sebab saya memang tak makan dari pagi lagi. ingatkan boleh le makan lunch sekali obek tak singgah memana daa. dia kata simpat perot untuk makan laksa. dia bawak direct je macam kena kejar hantu kat atas highway tu. benci aahhh.. biorkan nanti kalo ada dapat surat cinta dari abang polis kita tepok tangan ramai2. anyway, saya tanya what if kedai laksa tak bukak haaa..camne? dia kata mesti bukak punya. wahh..kompiden je orang tua ni kan. saya ni idak le suka beno laksa, obek je yang suka sangat2, heran betol la. layan je la. haa..tu tengok dah nak sampai. dah jumpa signboard masok ke kuala kangsarrrrrr..





on the way ke pekan kuala, lalu le kat pekan2 kecik. sekali tu masa brenti kat traffic light, ternampak kedai ni. wahhh.. old time betol la. dia jual biskut dalam balang kaca susun lawo2. bestnyaaa.. lama dah tak jumpa kedai yang jual biskut macam ni. saya ingat masa saya kecik2 dulu ada la. dah tua2 bangka ni takde jumpa lagi dah. rupanya masih ada. masa time kecik2 dulu tiap2 petang pegi kedai, beli biskut 20sen. hari ni biskut lain, esok biskut lain. bukan nak makan sangat pon, saje gatal nak pergi kedai dan nak tengok balang cantik2 tu. hwuaahhaha.... then, terus snap pic la. tapi seperti biasa tak le lawo gambarnya sebab pakai hp saje. jadi la. buat2 kenangan. kalo tengok in real still boleh nampak biskut tu tersusun cantik macam batu bata je kat dalam balang kaca tu. dah nakmasok pekan, nampak sekolah clifford. obek kata dulu toknagh sekolah kat situ. wahhhh... gila lama le ye sekolah tu dah. tak sempat lak nak snap pic. sebab kenderaan bergerak. saya ni dah le jenis terkial2. idak le sempat nak snap apa2 pic. tapi masih macam teringat motto sekolah tu, 'the ship is more than the crew'. lebih kurang la. kalo salah sila betolkan. apa maknanya tu ye?? jejjejeeeee.....


dah sampai dahhh.... boleh kata semua kedai kat situ jual benda yang sama la. laksa dan cendol. hwuahahhaa... so competition very high la kan. kiranya sapa yang masak paling sedap dia le yang paling banyak dapat pelangan. masa ni kami pi kat macam medan selera la. memang itu 2 jenis le main dish yang dijual. actually ada gak yang lain macam abc, mee rebus, rojak, pasembor dan lain2 la. tapi semau orang pon saya tengok makan laksa dengan cendol. pening makcik. masok2 je food court tu orang kedai pon panggil2 la kan, mari2, laksa2, cendol2. hehehhehe..meriah. so, duduk kat table kedai nombor 5 tu le. laksa not bad. kira boleh masok le tekak saya. murah je pulak tu. laksa kosong rm1.70. kalo ada boh telor rm2.20. hehehhee.. mana ko nak carik laksa bertelor rm2.20 kat kl ni? kalo tak nyebot rm3.50 jangan mimpi nak makan laksa. anywayyyy.... sebab saya rasa macam tak berapa ngam dengan laksa, so order jugak pasembor. ingatkan best le sekali tak best daaa.. mmm.. macam rojak biasa je. in fact, rojak mamak lori kat depan banggunan telekom kat taman desa tu lagi 10 kali ganda lebh sodapppp... hwauhahhaha... takpe2.. pengalaman jalan2 cari makan. oder abc je satu, share dengan obek.

ni le rojak / pasembor tu. tak best la. tawaq je saya rasa. takpe2.. kita try test dulu. lenkali jangan le order. ye tak?



ni laksa tu. 1st time saya makan laksa kuala. dengan abc. ni saya punya le. saya hirup kuah je la dengan makan sikit dalam 2-3 sudu. selebihnya bagi kat obek. dia kan hantu laksa. owh..yang buat special laksa2 kat sini tu dia guna tepung beras pure untuk buat laksanya tu. so, teksturenya lain la sikit. tak macam laksa2 yang kita biasa makan kat kl ni kan macam berkilat dan liat2. dia laksa sana tu tak liat, dia macam gebu2. aaa..pegi le try rasa nanti kalo korang ada pergi sana. pada yang suka tu mesti berkenan. mana yang kureng tu macam saya, hehehhe., boleh je order makanan lain. kahkahkahkahhh...


this is his 3rd dish. gila la orang tua ni. dah le laksa saya dia pon bedal, lagi mau order banyak2. tak le pulak dia sakit perot. heran.. heran.... lepas dari makan2, kita pusing2 jalan2 kat kedai2 jual barangan cenderamata kat tepi2 tu. banyak la beli jugak. owh..bukan saya beli. obek yang beli. saya cuma beli kuih apam besor je 2 keping. sodapppp.. nanti pic kat entry lain. obek dah berkira2 nak beli laksa mentah untuk hantar bawak balik kampung nak bagi kat ayah dia. waduh2.... camno tu larat le balik dari perak ni esok nak shoot ke johor pulak? ayah obek pon suka jugak laksaaaa.. hambekkkk.. anak beranak laksa. lepas berkira2 kat mana nak simpan segala, saya kata kalo nak jugak esok on the way balik singgah lagi sekali kat sini baru beli. ok la tu kan. obek beli macam2. beli labu sayong le (yang saya masih tak paham sampai je hari ni apa motif dia beli labu sayong tu), beli parang beso, parang kecik, entah hapa ke lagi. macam2 la dia tu shopping ngalahkan saya. saya cuma beli wind chime je la buat dari buluh. lawooo.. dah gantung pon kat rumah. kena angin dia kuar bunyik klukk klukk klukk. hehehhehe.. memekak je kan. hei..nezha pon suka apa. kalo benda tu bunyik je tegak je tinga dia. owh..kat sana pon ada jual jugak barang2 macam tembaga2 ni. kira kalo macam sapa nak kawen nak set tepak sirih tu dia ada la jual. harga kira boleh tahan le kan. saya tak beli le. beli buat apa.



ni pemadangan tepi sungai tu. see, ada signboard sungai kangsar kan? hehehehe... tetiba lak ada orang dating2 kat kerusi tu. tak laa.. diaorang tu pekerja apa ntah, baru je duduk kat situ berehat. sian, koje tengah2 panas. apa nak buat, cari rezeki yang halal. lawa sungai tu. tapi nampak macam deras. aduhh...saya ni dah le panakot air, tapi nak jugak amik gambar sungai tu. terketar2 woooo.. terus terbayang2 ni tetiba ada buaya melompat dari sungai, hwauhahhahhaa.. gila tahap imaginasi yang keterlaluan. lepas je snap pic, terus lari ke tengah jalan. takot. owhh.. lepas makan mesti nak kosongkan tangki kan? ada jugak tandas awam kat situ. masok kena bayar 30sen. tisu sila beli sendiri. hwauhahhaha....kebersihan tandas kira boleh le. nak melepaskan sesak hajat tu. nak shining2 bagai tak dapat le nak nolong tu kan. nama pon dah holiday, orang pon dah ramai yang guna.



seberang sungai ada masjid. masa tu ada dengar orang ngaji2. dah nak asar kan masa tu. lepas kuar dari tempat tu kitaorang pusing2 lagi kat pekan kuala kangsar. meriah. nampak pasar raya borong sakan. hwuahahhha..biasa dengar je kat radio hari tu nampak betol2 ko. kahkahkahakhhh.. harga? memang le murah. bedsheet tu baru dalam rm68 aje. haihh...rugi tak beli. takpe2.. lenkali kita datang lagi ye. sesambil tu survey orang jual laksa mentah untuk dibeli esok. rata2 jual dengan harga yang sama. rm10 untuk sekilo. katanya kalo sekilo tu boleh buat makan 8 orang. yee..tengok pada orangnya la. kalo obek harus dia je kot yang bedal sekilo tu? hwuahahhaha.. sian obek asyik kene perli je masa tu sebab makan laksa banyak. kahkahkahakhakhhh.. overall, perjalanan makan laksa ke kuala kangsar amat menarik. harap2 nanti boleh pergi lagi. mesti pergi lagi..sebab barang2 kat sana murahhhhhhhhhhh....

Monday, September 28, 2009

d.e.m.a.m...

apa la nasib.

balik dari jalan2 terus kena demam.

kalo demam je takpe lagi.

ni siap dengan cerry berry dan muntah2 bagai.

muntah air takpe lagi, ni muntah belahak habis kuar semua mee udang laksa kuala semua.

tak senonoh betol.

2 hari melepek kat rumah.

nezha pon saya tak layan sebab nak bukak mata pon tak larat.

rasa nak tido je dalam bilik air tu.

sebab every 1/2 jam nak tercerry berry dan muntah.

geram betol.

hari ni terpaksa juga kerja, sebab banyak yang dah menunggu.

entry pasal jalan2 nanti2 la ye.

tak larat betol ni.

love you obek
love you nezha
love all of you

Friday, September 25, 2009

ter-pergi jalan2 pulak hari ni...

hari ni takde apa2 plan.

tetiba je obek call ajak pergi kuar jalan2.

why not?

tapi mana nak tau dia nak bawak pergi makan laksa kat kuala kangsar pulak.

idak ke harus tercengang bangang makcik ni.

geram betol.

tapi suka je sebab dapat jalan2.

banyak amik pics tapi tak boleh nak load sebab cable tak bawak.

now kat buket merrah lek taun rizotttttt...

tetiba je kan.

sian nezha tinggal kat rumah.

hahahhahaa...

takpela.

kasi chance kita nak pi dating2 ye.

esok nak singgah kampar rumah kawan obek kawen.

owh... petang tadi pi kuala sepetang pekena mee udang yang glamor tu.

dont worry, i will update about it later.

complete with pictures.

~~~~~~~~~~~~~~

love you obek...
love you nezha...
love all of you...

Thursday, September 24, 2009

takde apa..pi jalan2 kejap je...


ni kucing ke musang?? meloyot perot ko nezha....







hari ni macam biasa. boring.




mimpi. mimpi ntah hapa2.




1st mimpi orang bergaduh siap ketok2 pakaihammer sebab nak bagi the other guy patah riuk, ngeri siot beb. badan orang tu jadi lembek sebab orangjahat ketuk2 tulang jadi patah.




2nd, mimpi jumpa duit. konon2 dah 2-3 hari la jumpa duit tu tapi i tak amik. so, sekali tu tengok duit tu cam dah terberalih. so suruh kawan amik. banyak tu...rm400 duit seratus2 berkeping2. hwuahhhaa... so, kawan amik & simpan. rugi je if not i le kaya dalam mimpi malam tadi dalap duit 400. hantu betol.




pukul 11am kuar pegi soping2 kat sogo. orang tak ramai sangat. bagus betol. beli kasut dan t-shirt je.
pas tu pusing2 carik lemang. teringin. jumpa. tapi masin nak mati. rendang dia pon masin jugak. geram betol. benciiiiiiiiiiiiii...
balik, tido sampai senja. bagus betol.
sekarang lapar. tak le lapar sangat. tekak teringin macam2 tapi perot macam tak sedap tak boleh terima makanan. so just buat air laici. ranap 1 tin.
cerita tv ntah hapa2.

last but not least. nezha at his fav lepak2 spot. belakang wire2 serabut. apsal? ko nak jadi wireman ke nezha? hwuhhahahaa.....

love you obek...

love you nezha..

love all of you...

Wednesday, September 23, 2009

it's just another dull day...



hari ni bangun pukul 11am.

keluar kejap pergi potong gelang sebab panjang sangat.

balik singgah kedai nak tapau. kedai melayu semua pakat tutup lagi. raya melampau2. terpaksa beli kat kedai mamak. benci. nasi laok sotong, telur puyuh dan jelatah timun nenas, plus air fresh oren = rm12.50. senyap2 sudah jangan membebel.

petang obek balik. demam. bagus la tu. bawak pergi klinik.

petang tidor sampai pukul 5pm.

pukul 7pm kuar pergi pusing2. beli kek untuk nezha--cheese cake. sebab dia suka.

now, tengok berita.

bosan.

Tuesday, September 22, 2009

nothing..

nothing interesting today.

still full of disappointment and anger.

nezha is a very good boy throughout the day.

love him to the bits.

he always make my day.

at least.

Monday, September 21, 2009

takde apa yang menarik hari ni...


takde apa yang menarik hari ni, semuanya biasa je.

bosan.

cahaya itu masih jauh untuk dicapai.

terlalu jauh.

Sunday, September 20, 2009

its not raya for me at all...

this year became the worst hari raya for me ever.

there no happiness in it.

no need to guess about it.

its clearly visually happened right in front of everybody.

what more can i say?

now... im here all alone with nezha.

dont want to talk about it.

its my lifetime scar.

Thursday, September 17, 2009

boring sungguh hatiku ini...


boring ke, baring ke, telungkop ke, tatap dulu gambor nezha ni. hwuahahha..ini gambor lama tapi suka la tengok muka dia tu (memang hari2 pon suka je tengok dia). hehhehee.... owhh..taktau sebab apa boring tapi tu la dianya. susah le nak cakap. orang makin nak raya makin gembira, saya makin nak raya makin boring. hanya yang melaluinya je yang tau camne rasanya. kehidupan setiap orang tu berbeza2, takkan sama. cakap pon tak guna la.
~~~~~~~~~~
petang semalam punya la hujan lebat. mujur ada selipar spare kat ofis so, tukar le heels dengan seliapr. tak kuasa nak berjalan dalam hujan dengan heels bagai. tak apsal2 kang ada yang terbongkang tengah jalan. dah le nak ke tempat parking tu jauh. pakai payung pon lenjun woooo.. takpe. hujan tu kan ke rahmat. tapi korang tau le saya ni kan ke penakot hujan. hwuahahhaa....
~~~~~~~~~~
sampai rumah pukul 705pm. tak le lambat sangat kira ok le tu. selagi sampai rumah sebelom waktu berbuka saya consider saya sampai awal. hehehehhee... obek kan bersuka ria pergi majlis berbuka (jealous betol walhal takde kena mengena pon), tapi being him, dah belikan saya siap2 makanan. owh....sampai area rumah saya tak hujan pon tau. rebas pon tak. tapi nampak le bekas2 hujan. semalam obek belikan banyak la makanan. apa dia ingat saya ni pelahap sangat ke? ingat nak bagi makan 10 orang ke? haihh..orang dah belikan pon banyak bunyik lak. bukan banyak bunyik, beli banyak2 tu membazir je. saya bukan makan banyak pon. minum air je lebih. semalam obek belikan ikan bakar besar (nezha yang makan, saya cubit sikit je), tauhu sumbat 3, goreng kangong, sambal sotong, kuih bulat2 kaler putih tu dan popia. air teh bunga. hambekkkk.. sapa nak makan banyak2 tu. sampai rumah saya masak nasik. bila tiba wakt berbuka nasi belom kering lagi tapi takpe la..makan kuih dulu. yang pentingggg..air mesti banyak, tak cukup dengan air teh bunga tu saya buat lagi ribena. fuhhhh..lega tekak. suppose kalo hujan tak le haus sangat kot tapi saya tak kira, panas ke hujan ke tetap nak minum air banyak. hehehehe... lepas tu baru la makan nasi. sejemput. jadi la.
~~~~~~~~~~~~
lepas isyak, saya memulakan operasi saya. huhuhuh...operasi apa? operasi buat kacang sambal pechal le. huhuhuhuhu.... penat gila 3 kg tu. memang le senang penat. dengan si mamat kepochi yang menyebokkk kalo boleh dengan dia2 sekali nak tolong pegang sudip tu. hangin betol. tung tang tung tang, pukul 11pm siap. obek call tanya nak kuar ke tak? idak le temann.. teman penat ni kome, idak le teman larat ank kuar lagi. nak ngelap dapor lagi nak kemas barang lagi. baik teman tido. kemas2, mandi lagi sekali sebab dah berpeloh2, pukul 1230am tido kebabommmmmmmmm... mamat kepochi? standarddd... mengekor je la koje dia tu.
~~~~~~~~~~~~
pagi ni sahur simple2 je dah. takde mood dah. hehehhehee... hari ni untuks ahur hari yang ke-27, saya sahur ayam goreng mekdi dengan cheese cake. beli semalam. cheese cake tu beli sampai 2, tapi sebab malas nak penuhkan fridge tu saya satukan dia la dalam satu kotak. jimat ruang. beli apa ntah yogurt apa ke benda dengan new york cheese. apa? ingat saya bedal benda tu sorang2 ke? saya kena share tau tak dengan nezha!!!! dah kata mamat tu hantu cheese cake. geram betol. tapi ayam saya makan sorang je sebab pedas. hehehhehe..gila kedekot takmo share dengan nezha. layan la je la.


sahur hari ke-27 (17/09/09 : khamis) : ayam goreng mekdi, cheese cake. air kosong biasa je malam nak minum milo suam.
~~~~~~~~~~~~
semua orang dah bersiap2 la ni kan nak balik kampong. balik kampong... wowowowowooo balik kampong. hehhehehe... suka la korang. ramai yang dah bercuti kot sebab pagi tadi macam lengang je. sedih lak tengok kl macam lengang. hehehehhee.. pelik woooo... anyway, saya pon dah siap2 serba sikit barang2 la. malas betol. bukan malas, tapi bosan. kalo musim perayaan je mesti kene buat kerja rumah double triple. kalo ada orang tolong takpe la.. ini sorang2 lorrr...
~~~~~~~~~~~~
dalam orang nak bersuka ria raya ni, obek lak tadi call cakap kawan dia excident. mmm.. bawakkereta laju sangat. patutnya balik kampung pagi ni tapi dah excident malam tadi nak berapa apa ke bendanya. terok katanya tak sedar sekarang ni. saya doakan semoga semuanya elok la. sian kat anak bini. tu nak kejor balik rumah cepat sangat le tu. mujur juga dia sorang, kalo masa kejadian kereta penuh dengan anak bini apo nak dikato?? tu la..kita sebagai orang rumah ke anak ke, tak kira sesiapa pon la.. jangan la kejap2 asyik nak call laki, abang, adik atau sesapa pon nak tanya bila nak sampai? pukul berapa nak sampai? dah janji katakan pukul 10pm sampai rumah dah le. jangan asyik menggesa2 orang yang tengah drive tu cepat sampai. kita taktau apa benda jadi kat tengah jalan. kot2 terlewat 1/2 jam pon takpe la lagi. tapi memang, ada je orang yang suka call2 ni. kejap2 nak sms tanya kat mana, kat mana. eeee... menyebok je. jadi ingat, jang le suka suki nak call. kan dah janji awal2 tu tunggu je la dengan kesabaran. kalo nak call pon sekali cukup la. takyah berkali2.
~~~~~~~~~~~
saya maybe esok dah mula cuti. banyak hal urusan dirumah yang nak disettlekan. tahun ni nezha beraya dengan saya kat rumah ma. wahhhh...1st time ni. biasa saya tinggalkan dia kat pet hotel. uuwaaa..every time hantar pon memang bercucuran ayaq mata sampai orangkedai pon takot. ingat apa ke benda dah jadi. saya tak bawak nezha balik sebab ma tak suka kucing la. saya heran betol. dispute sungguh. tapi disebabkan tahun ni ma bela ayam... haa..saya hangkot nezha balik la. hehehhee... tak kira. apa nak jadi pon jadi la. tapi saya risau juga sebab rumah tu kira open air je selalu. pintu ternganga2, takut je mamat kepochi ni cabut lari keluar. nauzubillahiminzalik. mintak dijauhkann. korang doakan semoga semuanya selamat ye. itulah jantung hati permata jiwa saya. tak jumpa obek takpe, jangan tak jumpa nezha. every time kalo ada cuti panjang memangjiwa saya terseksa. serba tak kena sebab asyik teringatkan kat nezha. hwauhahhaa.. kadang2 obek jadi jealous. sebab saya selalu ingat kat nezha kalo pegi jalan2. dia kata haa..amik le letak dalam perot. saya jawab, memang.. kalo boleh mana pergi nak masokkan dalam perot. bawka pi opis. hwuahhahahaa.....
~~~~~~~~~~~
dalam pada tu, saya dah susun barang yang nak dibawak balik ke rumah ma esok, wahh..boleh tahan banyaknya. penuh le kereta. takpe2.. layankan je.. duit raya? saya tak tukar pon. takde nak bagi kat sapa pon kecuali anak2 ibu. alaa..ada le 4 kerat tu ha. takyah susah2 tukar. untuk budak2 yang datang beraya ke rumah, ma le jadi banker. makcik taktau. hwauhahahha... rumah saya kat sini, sapa pon yang nak datang. nezha dan kawan2 je yang ada. itu takyah bagi duit raya.. itu bagi je royal canine semangkok sorang habis cerita.
~~~~~~~~~~~~
ok la.. takmo celoteh banyak2. apa pon, kalo saya tak sempat nak update blog sebelom raya, (tapi insyaallah boleh update yang simple2), saya, obek dan nezha ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pembaca yang saya kenal atau tak kenal, semoga ikatan persahabatan kita sentiasa diberkati Allah s.w.t. selamat hari raya aidilfitri.
~~~~~~~~~~
love you obek...(gonna miss you)
love you nezha...(tahun ni nezha takyah tinggal sorang2 lagi)
love all of you...(selamat hari raya)

Wednesday, September 16, 2009

sukanya diaaa....


muwahhahahahaaa... sukanya dia main bola. chewahhh...konon2 pandai sangat la tu nak main sepak2 bola. gigit bola, hentam bola kulu kilir. layannnnn.... saya memag dah lama nak beli bola macam tu. dalam tu kan ada bola kecik macam loceng so bila golek2 ada bunyik. wahhh..excited betol mamat tu main malam tadi. jadinya udah habis le 1 rumah dia berpusing main bola. termasok le saya sekali. hehhehehe...
~~~~~~~~~~~~
balik semalam macam biasa. jem tetap jem tapi takde la sampai tahap melampau2 tu. biasa la.. sampai rumah pukul 705pm. takpe2.... sempat lagi masak nasi. tapi nasi belom kering dah azan. takpe.. makan dulu kuih. semalam obek belikan laok daging goreng kunyit campor kacang panjang, ayam masak merah, popia dengan roti jala. air asam boi. tak berapa minat air asam boi tu. takpel. buat ribena sendiri. makan dulu roti jala sebab nak tunggu nasi kering. aiyakkkk... garam tertumpah ke kat dalam adunan roti jala? hwuahahhahaha...gila masin sampai terkebil2 mata makcik makannya. anyway.. makan sikit je la buat jama2, then makan popia then baru makan nasi. syukurr..alhamdulillah kenyang perot. tapi tetap le minum air bergelen2 kan. kata haus.
~~~~~~~~~~~~
lepas tu malam pukul 9pm obek ajak kuar. nak beli barangkering katanya nak bawak balik kampung. saya pon nak jugak. biasa la. dah nak raya ni nak le kena beli barang2 sikit bawak balik. alaa..macam le tak pernah or tak boleh beli dengan ma nanti. tapi feel dia tu lain la. chewahhh.. dah kata kampung pon kat bandar, takde chance nak merasa meriah balik kampung berbondong2. jadi kita tukar la jadi belikan barang2 kering tu the bawak balik kampung. chewahhhh.. nak juga merasa tu. takpe2... so, destinasi malam tadi pergi ke cheras. apsal cheras? entah saya pon tak tau. makcik passenger ikut je mana driver nak bawak. hwuahahhaa... owh..rupanya pergi jusco cheras daaa... pusing2 beli apa yang patot, then pegi lak econsave. mmm..lebih kurang je harga dengan giant. busuk lak tu. hwuahahahahaa..... beli la macam2 malam tadi. rabak poket obek. biorkan. biorkan. kata hari tu koje siang malam pagi petang kan, sekarang la masanya nak mengabihkan keping2 yang dapat tu kan. layannnnn....
~~~~~~~~~~~
lepas tu ingatkan terus bali. sekali obek pusing jalan lain. uwaa..ni nak kemana pulak ni. saya dah terbayang2 bantal tilam bagai sebab penat la. rupanya pergi kat apa ke namanya, uptown? downtown cheras? aduhhh.. parking jauh tau. kene jalan taki. kitaorang parking kat bp petrol station. ada abang rela yang jagakan. baikk tau abang rela tu. friendly. tak le kekwat ke apa kan. rajin betol kan menjaga keamanan lalu lintas. ingatkan dekat, rupanya jaoh lor kena jalan kaki. haihh..saya malam tadi tu le 1st time pegi sana. owhh... gambar takde la sebab handphone tertinggal. memang spil betol sebab ada banyak benda yang menarik yang sana nak amik gambar. benci ahhhhhhhhhhhhhhh.... kalo hp tertinggal tu rasa kehilangan atau kekurangan yang teramat sangat rasanya. serba tak kena. ok, pasal tempat tu just ok-ok je la. masa kitaorang sampai tak berapa ramai orang lagi. so, tak berapa sesak. tapi lama kelamaan, tu dia.. lebihkurang jalan tar jugak. tapi tak seterok jalan tar la. tapi tak suka la. sebab saya rasa saya macam kena raba je kat sana. 2 kali lak tu. takkan orang tergesel kot? ke saya je yang terlebih perasan?? sepanjang saya bersesak2 kat jalan tar tu, tak penah lagi kena raba macam tu. 1st time kena dah ngadu dah kat obek. obek kata maybe orang 'ter'kena kot. ok fine. maybe la kan. dah tu 2nd time kena memang boleh tahan la. takde la macam kena beriya tapi u know, rasa kat belah2 belakang ni. tak tau le sapa. kalo tau memang makan penampar dah. bila dah 2kali kena rasa macam tu, obek pon mengambil langkah keselamat. ye, keselamatan le sangat, keluar dari tempat bersesak2 tu. itu pon.... setelah pusing entah berapa puluh kali kat situ. nak tengok t-shirt la, nak tengok stereng kereta la, nak tengok lighter la. aduhhhhh... orang tua ni kalo berjalan memangtak hingat dunia tau. geram betol. ok2..lupakan kisah yang tak best tu. kat sana ada macam2 jual. serba mak neka la jawabnya. harga biasa2 je la. tak murah, tak mahal. saya beli suar askar. hehehehhee... saja buat pakai2 basahan. lain2 tak berkenan. then, belikan nezha bola tu la. kebetulan ternampak. murah je rm3. hehehehhee... saya beli 2 sekali. mamat tu ganas kang harus pecah benda tu kang. suka la. lepas penat bersesak2, kena lak menapak balik ke parking. uuwwaaaa... macam nak nangis. hari2 pon nak nangis. apa la.
~~~~~~~~~~~
on the way back, singgah makan minum kat kedai la. sebab masa tu dah pukul 2am. takde maknanya nak bangun sahur lagi nanti pukul 4am tu kang. so, minum2 dan makan celup2 tu la. entah kenapa panggil celup2 sebab dia celup2 kot. lagipon tulisan kat gerai tu dia tulis celup2, saya pon cakap le celup2. lebih kurang yong tau foo je saya tengok. kat tepi2 kedai tu ada macam gerai2 kecik jual macam2. saya makan tu la. air ribena. since takde hp, so takde la gambar. walocamne pon, saya dah google pic ni. dia lebih kurang yang macam ni la kan. lebih kurang macam gambar tu la yang saya amik semalam, ada sotong, fishball, apa ntah lagi, kangkong, 8 cucuk semuanya, rm8. hehehhe... itu la sahur awal saya semalam....


sahur awal hari ke-26 (16/09/09-rabu) : celup2 a.k.a yong tau foo, ribena.
~~~~~~~~~~~~
balik rumah sejukkan badan kejap terus mandi kebabom. aduhhhh... penat lagi. memang tido mati. orang malam2 ramadhan ni beramal, duduk rumah ini tak merayap sampai pukul 2-3 pagi. apa la nak jadi.
~~~~~~~~~~~~
owh... kan kata patot semalam obek ada berbuka gathering. obek tak pergi. sebab ada orang yang dia anti kat sana. haihhh... macam2 la orang tua ni. tapi tak pergi pon bagus lorr.. saya suka. whuahahahhaha... suka la sebab dia tak pergi saya boleh kuar jalan2. kalo dia pergi sure takde la nak kuar2 sebab lambat kan baru habis program. tapi dengarnya malam ni ada jugak. so, obek kata yang malam ni dia kena pergi. takpe laa... pergi la. dia kata kawan2 office dia ramai yang dah balik terutama yang belah2 pantai timor tu. wahhhh.. awalnya balik kampung.
~~~~~~~~~~~~
raya nanti korang2 update gak la blog. chewahhh... cakap orang. saya pon nanti entah le camne. kalo kat rmah ma tu buzy memanjang. entah le apa yang dibuzykan tapi mesti tau ada je kerja yang nak kena buat. kadang2 tensen la macam takde masa nak rehat2 pulak. haihhhh....
~~~~~~~~~~~~



ok la.. takmo bebel banyak2. bebel pon nanti penat. hari ni mengantok sangat2 la rasanya. pagi tadi jalan tak berapa jem. biasa2 je. bagus la. harap petang ni pon tak le jem melampau. letih la hari2 ngadap jem. nehza main bola tu dari malam tadi sampai pagi tadi. suka betol dia dengan bola tu. tapi lama2 saya pulak hangin sebab memekak krengg krenggg krenggg bunyik loceng dalam bola tu. itu bola untuk kanak2 kan sebenarnya. hehehhehe.. nezha pon kanak2 apa.. so, boleh le main tu kan. kahkahkahkahkahhhhh....

~~~~~~~~~~~

ok la..

i love you obek..(tq obek)

i love you nezha..(main bola je koje ko ye)

i love all of you...(peace!)

Tuesday, September 15, 2009

bengangnyaaa..sakit hati..


eeeeeeeeee...geram betol la sejak dari petang semalam lagi ni tau tak. sakit hati. as if bukan penyakit hati yang kene masok hospital tu. ini sakit hati sebab geram, marah, bengang, sedih dan yang seangkatan dengannya la.
~~~~~~~~~~
semalam balik jalan punya la jem memang tak bergerak lansong2. statik. mati. beku. kejung. melekat. aduhaiii..masa tu sabar je la lagi. tapi dah lama2 tu hangin pon timbol la. nangis woo dalam kereta. benci sangat-sangat-sangat-sangat-sangat!!!!! kat radio cakap ada kereta terbakar kat tol sunway. patot le tak bergerak lansong sepanjang2 ldp tu ha.. aduhhhhh... nak jerit pon tak guna la still kene lalu jalan sana. pukul 7 saya masih tak lepas tol sunway tu. dah le dalam kereta lansong takde apa satu benda pon yang ada untk dibuat berbuka. hari tu ada gula2 dalam handbeg, tapi dah makan so lupa la nak replenish balik. korek2 gak bawah kerusi kot2 ada gula2 jatuh ke apa ke. raba punya raba, ada jumpa botol mineral. tapi takde air. hwuahahhaha... ada tu ada la cuma ngam2 je seteguk kecik. jadi la dari takde lansong. kalo tak pon dah batal kot puasa sebab nangis2. hwuahahhahha..... sampai rumah pukul 8pm. takpe2..sabar2... masok je rumah terkam air dulu. glukk..glukk..glukk... fuhh lega.. pas tu sambong nangis sambil pelok nezha. bukannya apa, entah la rasa macam bengangs akit hati sangat. tapi tak tau sakit hati kat sapa. maybe kat orang yang kereta terbakar tu sebab buatkan jem melampau2. tapi bila dipikir2, for sure dia pon taknak benda tu terjadi. lagi beban kat dia. ye la. kereta tu terbakar. tapi masa saya lalu tu takde lak nampak!!!! kot2 le saya memang tak perasan sebab dah terbayang rumah je kan. tpi bila pikir lagi sapa suruh tak servis kereta? tak check kereta? main hentam je naik. haaa.. kan dah menyusahkan diri sendiri dan orang lain. entah la... mujur obek memang dah belikan makanan. obek beli gulai lemak telor dengan sambal ikan, air soya bean. makan sikit je la sebab memang takde selera betol dah. nasik ada la 2-3 suap je yang lalu masok. selainnya air je
~~~~~~~~~~~~
malam pukl 9pm obek ajak kuar. aduhh..rasa nak nangis lagi sebab saya penat dan stress. tapi obek kata malam ni je yang free sebab esok2 dia dah ada jemputan berbuka and maybe takde masa nakpegi jalan2. lagipon baju saya sehelai pon belom ada lagi. kuatkan semangatttt... bangun juga pergi keluar. pergi mana? pergi jalan tar. uuwwaaaaaaaa..awal2 lagi saya dah bantai nangis salam kereta sebab saya tak sanggop nak lalu lorong tar tu. seksa hazab sengsara. tapi obek pujuk2 dan saya termakan pujuk le tu pergi jugak. memang sesak gila dengan orang ramai. bau tu banyak tapi takde yang berkenan. banyak yang jenis chiffon kononnya, tapi tak suka la sebab macam jarang then kene pakai tube lak dalamnya. tak kuasa le nak pakai baju 2-3 lapis. baik beli baju kain biasa. ada lak yang jenis tangan kembong2 tu lawo gak tapi coraknya masyaallah... memang out of my mind betol. idak le teman sanggop pakai baju corak gaye gitu. lagipon material dia macam entah la macam kain getah je. hwuahahhaha... so, jalan la kami. tengah terhegeh2 bersesak2 tu, tetiba saya dicuit orang. wahhh..terkejut. takot lorr.. sekali rupanya anak mama la. chehh.. kantoi makcik pegi dating malam2 kat jalan tar budak tu nampak. hantu betol. entah le dia pon buat apa kat situ. tapi mama takde. syukurrr..hwuahahhaha... tunggu je la balik raya nanti laporan report card bakal menjelma. obek lagi cerewet membeli barang. aduhaii.. 2-2 kali pusing baru nak berkenan kat mata dia. saya senang je. nampak yg ok je terus sambar. dalampening2 tu sempat gak sampai 3-4 helai. whauhahha..habis tu, bila saya tanya kat obek yang ini elok tak? ok tak? jawabnya..ambik..ambik.. haa..sapu je la semuanya. bior dia rasa. sapa suruh buat saya pening. yang kita ni beriya le nak membeli ikut tema kaler. walopon tak bersua di pagi raya tapi kononnya obek pakai la baju kaler sama masa kat kampung dia tu kan. pilih puny pilih, dalam berbanyak2 kaler tu, baju melayu kaler hitam yang disukanya!!!! hantu betol. saya rasa nak je guling2 kat jalan tar tu kegeraman. bengang betol. lama2 lantak la sana. bior kan dia. dah le hitam, habis tu mana nak corak hapa ke bendanya. geram betol. so, pusing-pusing-pusing-pusing, tanya la saya balik pukul berapa malam tadi? tanya laaaaaaaa... balik pukul 2 pagiiiiiiiiiiiiiiii.. memang saya nangis dalam kereta. ini penderaan membeli belah namanya tau tak. uwwaaaaaaaaaa... jenuh le orang tua tu mujuk. bior lantak. saya macam stress sangat. dah elok sikit tu singgah kedai makan kejap. minum2 dan makan sate. jadinya saya tak sahur la malam tadi sebab dah makan sate pukul 2pagi tu. tapi still tepek pic from google gak sebab nak gak ada gambar makanan sahur awal. hehehehhee...







sahur awal hari ke-25 (15/09/09-selasa) : sate, teh o ais limau. makan kat kedai.
~~~~~~~~~~~~~
balik memang flat habis. since dah memang taknak bangun sahur, saya pon terlajak tidor pukul 730am baru sedor. hambekkkkkkkkkkkk... suboh atas katil jawabnya. pagi ni pulak pon jalan jem jugak. aduhhh..betol2 menduga betol la. dah le macam tak larat sangat ni. nangis lagi. sampai opis lambat hari ni 930am. nangis lagi. apa punya pelakon air mata da..ini kalo neng yatimah tengok pon boleh tergugat ni. sikit2 nangis, sikit2 nangis. hehehehe...tapi entah le. kebelakangan ni saya jadi terlebih2 sensitifnya. tak boleh silap sikit. kalo tak tu menyinga je mengaum2. skrg udah terbalik daaaa....
~~~~~~~~~~~~~
cerita pasal nezha pulak, pagi tadi pegi tengok tempak uk-uk dia ada lak seketul terjun keluar. terlebih kayuhle tu jawabnya. takpe2.. tak geram. kemas je la diam2. makanan dia pulak habis. dari sehari ke sehari nak pergi beli belom gak lagi ni. egegeggee... cukup untuk petang ni je. kalo petang ni jem jugak, alamat esok saya bagi nezha makan megi rebus je dah. hehehhehehe....
~~~~~~~~~~~~
owh...nezha memang kejut saya pagi tadi, alarm pon bnyi, tapi saya off alarm hp, tarik nezha masok selimut. burrrrrrrrrrrrr... sedap tido. bila dah bangun lambat baru la nak ternganga2 mengamok. very good betol punya perangai.
~~~~~~~~~~~~
so, petang ni obek kata dia belikan dulu makanan untuk saya, then dia pergi berbuka kat luar. tak kisah le. hari2 pon memang saya buka secara berduet je dengan nezha. yang penting, tolong belikan siap2 makanan, kalo tak meroyan saya nanti. esok pon obek ada majlis lagi. wahhh.. ngabihkan duit je korang ni la.
~~~~~~~~~~~~
kasut raya belom beli. ingat nak beli sandal scholl biasa je la. heels takyah le. heels yang pakai pegi koje ni elok je lagi. lagipon heels tu bila2 pon boleh beli. raya tahun ni saya fesyen makcik2. semua baju kurung biasa takde labuci2 ngerlip2 bagai. plain. kasut pon pakai sandal je nanti. biorkan. takde mood betol.
~~~~~~~~~~~~
ingat macam nak pergi berbuka kat rumah ibu la malam ni. hehehe.. tapi yang maals tu kang nak kene drive balik malam2 tu yang tak larat tu. saya ni kalo boleh lepas berbuka tu nak terbongkang je dah. tapi kalo buka rmah ibu best. meriah. ramai orang. budak2 kecik pon ramai. rumah dia tu konsepnya open house hari2. sapa2 nak datang makan masok je. biasanya budak2 le kawan si adik dengan kawan si aish... kalo kawan ngah tu jarang sikit sebab dah besor. dah pandai segan. selamba sukati je bebudak kecik tu masok rumah "ibuuuuuu... nak makannn.." wahh.. ibu orang pon jadi ibu ko jugak kan? hehehhee..layan kan je la budak2 tu. sebab tu kalo pergi rumah ibu, takan nak beli goreng pisang 2 hengget tu rentikan je la. tak cukup nanti. nak beli, bior beli banyak bagi cukup. kalo tak, jangan beli lansong. tengok la nanti camne. takot jalan jem je macam semalam. nangis woooo....
~~~~~~~~~~~~
ok la..takmo bising2 banyak. love you all....
~~~~~~~~~~~~
i love you obek...(tq obek.. )
i love you nezha..(nezha makan tu dulu ye, nanti petang kita beli makanan lagi)
i love all of you...(suka la korang kan nak raya ni)

Monday, September 14, 2009

mari bercerita hujung minggu...


huhuhuhu... lawohabis dah tu nezha tu udah rupa apa je ntah le. konon penat la. letih puasa konon. ye beno. celik je bijik mata udah menuju ke dapor dulu makan. hehehhee.... itu sebenarnya dia tengah tido. tapi dia terdengar saya dok nak snap pic dia terus terjaga. macam la nezha ni. anyway.. i love you nezha...

~~~~~~~~~~

cerita hujung minggu. biasa la. jumaat badan macam penat. haih..hari2 pon penat tak pernah yang tak penat pon. jumaat berbuka apa ntah. lupa dah. owhhh... balik kerja terus pergi shah alam. konon nak pergi pkns nak carik baju raya. huioshhhh... tak best lansong. takde la best beno. berbuka minum air je then balik baru makan. buat penat je pergi. balik singgah kedai mamak beli roti canai dan mee goreng. air fresh orange. hehehehhee.. lapar gila sebab tak berbuka properly petang tu. takpe la..dah pegi, puas hati. jangan bising2. malam pon tak kuar sebab penat.

~~~~~~~~~~~

sahur untuk hari ke-22 tu, adalah best jugak. menarikkkkk.....hambekkkkkk....




sahur hari ke-22(12/09/09-sabtu) : Tetaplah juga dengan katil tilam bantal selimut segalanya. hwuahhahahhaa......

~~~~~~~~~~

kali ni saya sedar, tapi terlajak. hari tu tak sedar lansong. kali ni sedar, then konon nak baring dulu kejap baru nak bangun. makan dah ni. nasi ayam. wahhhh..hebat.... sahur makan nasi ayam. tapi sayang semuanya hanyalah dalam mimpi belaka. hwuahahhahhaaa.... gila terasa macam betol2 dah makan ni tau tak. siap ikut segala route setiap pagi sahur tu. dengan air milonya dengan air suamnya. tapi rupanya mimpi aje. geram betol. sedar2 dah pukul 545am. alahiiii... kalo la terjaga awal sikit dalam pukul 530am ada harapan dapat minum milo secawan. takpe la... tu la, dok berangan je kojenya sampai termimpi2. tapi apsal mimpi makan nasi ayam lak? walhal tak gemo lansong nasi ayam ni. takpe...dugaannnn....

~~~~~~~~~

pagi pukul 10am, balik rumah ma. sampai2 je terus sinsing lengan pakai short operasi la jawabnya. penat gila rasa nak nangis. apasal ha kalo kemas rumah je nangis? sebab penat laaa... tekak kering itu jam masok bilik air basuh kaki pon syahdu beno rasanya. aduhhhhh.... sabar2. petang tu masak lebih kurang je yang pastinya buat air sirap 1 jug besor. hwuahhahahhaa... makannasi 2-3 suap then makan pisang goreng then minum je yang lebih. sampai naik kembong perot.

~~~~~~~~~~

sahur untuk hari ke-23 tu... makan nasi. sebab tadi berbukanya tu takde makan sangat kan. siap masak ni ayam masak kicap dan goreng ikan. wahh..sedapnya makan panas2. tapi sayang sorry takde gambar la. saya kelam kabut lagipon ma ada kang dia bising2. hwuahahhaha... takde la.. dai tak bising tapi saya yang lupa sebenarnya. dah siap makan dah kemas, dah lepak depan tv pon baru le teringat. apo nak buat.. dah terlepas. so, just imagine je la ye. tapi saya tepek gak gambor yang lebih kurang korek dari google. thanks to the original provider. eeggegee....



sahur hari ke-23 (13/09/09-ahad) : nasi, ayam masak kicap, ikan tenggiri goreng, milo suam, air suam.
~~~~~~~~~~

ahad pagi kemas2 pinggan cawan sudu piring segala lak. jenuh mengumbah dari store pinggan. kalo tak buat sekarang nanti sabtu esok nak raya dah kelam kabut. mana nak kemas pinggan, basuh2 lap2, mana nak masak lagi. malam tu kalo jadi ada orang datang takbur. super buzy la jawabnya. manusia lain jangan pikirkan la. baik buat sendiri. kalo dok tunggu diaorang jawabnya tak menjadi satu apa koje pon. lepas susun pinggan bawak kuar semua, letakkan kat tempat yang elok sikit. nanti senang nak amik. lepas tu lipat baju, lepas tu pukul 1pm balik.
~~~~~~~~~~
balik2 je pelok nezha. kemas bilik baju pulak. haihhhh.... mamat kepochi pon sebok nak tolong kemas jugak. sebok je. lagi melambatkan koje ada la. anyway.. lepas tu pukul 330pm pegi salon. wahhh..kata nak raya harus le makcik bagi rambut cantik2 kan. muwahhahhaha.... lawonya sekejap je. lepas bangun tido tu dia... balik asal. takpe la. syiok sendiri pon ok apa....
~~~~~~~~~~
obek takde. sabtu malam ahad tu dia dapat berita kurang baik. pakcik dia kat grik perak tu meninggal dunia. so, bertolak malam tu juga ke grik. tunggu mak midah sampai dari johor dulu, pukul 10pm baru sampai kat kl. dari kl, terus shoot ke grik. bersahur kat tapah. hujan lebat pulak tu sepanjang perjalanan. sian obek. penat. dah le sabtu siang tu dia koje berpanas2. sian dia. huhuhuuu... so, saya tak kacau dia la. ahad tengahhari baru dia call saya cakap nanti pukul 3 or 4 nak balik kl dah. mmmmm.... so, sampai kl malam tadi pukul 9pm. berbuka kat rumah makcik dia kat kerling ulu selangor. hari ni harus pengsan orang tua tu kepenatan. jhwuahhahah..saya tak kacau dia pon malas nak call ke apa ke. orang tengah penat, biarkan dia rehat dulu cukup2.
~~~~~~~~~~
sahur untuk hari yang ke-24 ni pulak, saya sahur honey star je la. dengan milo, dan air suam. makan juga bahulu mak midah bagi. hwuahahhahha... belom apa2 dah dapat kuih raya ni. dapat kuih bahulu, putu kacang & kuih tat. bahulu tu mak midah buat sendiri tau, then jual. gigih la dah tua2 ni nak buat2 semua tu. mak midah memang macam tu. dia jual kuih2 tradisional ni semua la. bahulu biasa, bahulu gulung, putu kacang, kerepek pisang, kerepek ubi, macam2 lagi la. kalo saya takde la..surrender. malu betol. sebab saya tak bagi apa2 pon. whuahahhahaa... takpe.. nanti saya beli je la kuih raya bagi kat dia. kenyang woo makan bahulu tu. cicah2 milo. owhhh..best.

sahur hari ke-24 (14/09/09-isnin) : cereal honey star, milo suam, air suam, bahulu seketol.
~~~~~~~~~~~
hair ni jalan jem biasa2 je la. takde berapa nak ada mud. entah la bilanya ada mud tu kan. hehehhehee... ok la.. takmo cerita panjang2 lagi. selamat hari isninnnnnn...saya suka hari isnin. yahuuuuuuuuuuuuuuuu....
~~~~~~~~~~~~
i love you obek...( take a good rest okey)
i love you nezha...(jangan nakal2)
i love all of you...(have a great day ahead)

Friday, September 11, 2009

sorry my dear blog..i've forgotten your birthday...



1st of all... i would like to say 1000 sorry to my beloved blog, because im totally out of mind.. cant remember a single date of its birthday. blog ni lahir pada 09/06/08.. wahhh..dah berapa bulan berlalu. betol2 lupa. hari ni masa belek2 update baru la teringat, aduhhh.... im so sorry my dear blog. if its not because of you, i would never get to know new friends, would never able to express myself in writings, and there will be no electronic memories of some happening in my life.. read my first writing in this blog. hehehhee.. kata 1st writing, harus la tulis testing, testing dulu. at that time, my blog was so dull. nothing fancy in it. just a very basic background. slowly, i learned something about blogging tricks every other day. hey.. its a big achievement to me okeyyy.. from zero knowledge of IT, now im able to handle a blog. dowhhh...even its just a simple task for someone else, but it does mean a lot for me. and im still still learning. and always learning... dear blog.. i love you...
~~~~~~~~~~
okeyyyyyyyyyyyy... sudah2 le menyesal sebab lupa birthday blog tu. anyway.. back to daily routine. semalam sampai rumah bapak lambat. 715pm baru sampai. aduhh..jejak je rumah baru nak letak bontot dah azan. takpe la.. minum je la dulu. then masak nasi. sementara nasi masak, makan kuih dulu. luckily, obek belikan mee goreng. macam tau2 je saya akan sampai lambat kat rumah. hehehhee..ada 6th sense kot orang tua tu. bagus juga. tapi saya makan sikit je la. perot tak boleh terima la kalo berbuka tak makan nasi. nanti meragam. nasi masak, terus je makan nasi. semalam obek beli lauk gulai lemak telur dengan sambal paru. boleh la tahan. kuih pula, kuih putih yang bulat2 (apsal hari2 obek beli kuih ni ha??), cucur badak dan kuih bom. just nice. singgit 3 bijikkan. hehhehehe.... dia belikan air jagung. dowhh.... tak sedap dan rasa nak muntah. terus tak jadi minum. buat air ribena. baru lapang tekak. tq obek hari2 belikan juadah berbuka. love you so much.
~~~~~~~~~~~
malam tengok cerita apa ye? lupa la tajuknya khairiah & amani berlakon. best wooo.. hehehehe.. walopon ada adegan2 yang agak tak logik, but still jalan ceritanya menarik dan bermotif. suka la kalo khairiah berlakon. menusuk kalbu. jadi jahat pon boleh, jadi baik pon boleh, jadi sedih lagi la.. berjurai2 ayaq mata. hehehehe... she's a very good actress. walopon tak berapa lawo tapi manis tetap manis, kulit pon sawo matang gitu tapi bakat dia tu besar. dia cerita pasal si khairiah watak ayu ni le jadi penjaga si amani watak weeda selepas mak pak weeda meniggal. but si ayu ni koje gro. hehehhee... then termengandung, bf lari lorrr... si wida ni pulak konon2 alim la, so takmo duit hasil koje gro si ayu tu buat byr yuran stpm dia. dia kata tak berkat, haram, nanti apa yang dia belajar dan makan tu jadi tak elok la and so on laa... biasa la. konon sebab dah boleh berfikir masa tu. dulu2 tu tak boleh pikir sebab kecik. puiiiii... so depa berdua gaduh2 la. hehhehehe... dah tau tak berkat kenapa baru sekarang nak tersedar. dah stpm lorr..kalo kata ko tu baru pmr kot2 la. habis,kalo tak suka apsal lepas spm tu ko tak berambos lari? ke pegi cari koje part time ke tanggong makan minum duit yuran sendiri? bongok betol. hwuaahha... ala.. nak dijadikan cerita le tu kot. then ada ustaz baru. ustaz ala2 berkenan kat si wida ni la kononnya. ada tukang cocok ustaz kata konon tok imam kampung tak jalankan tugas. tak halang maksiat. ammar makruf nahi mungkar katanya. kene tegakkan islam. so, depa kumpul2 pakat nak halau si ayu ni, pas tu juma pas tu pukul si ayu ni. ye..islam la sangat pukul sepak terajang wanita mengandung. islam duniawi namanya tu. si wida tu le yg pegi mengadu kat ustaz tu. gatal juga rupanya. pakai tudung labuh sampai ke lutut pon tak reti halal haram ugama sebab tinggal serumah dengan ustaz. ustaz kata takpeeeeeee...sebab bilik lain2. huwahhahahhaha... kalo macam tu, semua orang pon nak tinggal bf & gf, takpe, sebab dok bilik lain2 kan? hwuahahahha..... dipendekkan cerita, setan datang mencocok2. setan cakap kedah nooo.. hwuahaha.. memula tu tak berapa perasan, then dah lama baru perasan sebab hanya ustaz tu je yg bercakap dengan mamat pakai celak mata tu. bukan orang lain. wahhh.... dipendekkan cerita lagi, pada malam yang dikatakan diaorang nak serang kelab dangdut si ayu tu, 2 orang je yang pergi, si pelopor propagand tu le. hwuahaahha... apa ke namanya lupa dah. ustaz? ustaz kat rumah tengah beromen dengan si wida. romen serban tak tanggal. whauhahhahahhaa... gila la. so, kena tangap. on the other side, si ayu ni dah bertaubat le kat masjid. bf ayu pon dtg, say sorry dan akan bertanggungjawab. kind of happy ending for ayu la. as for ustaz & wida, kene pegi balai polis loorrr.... moralnya tu la dianya, tak semestinya yang kita nampak jahat dan buruk tu tak elok sangat, tak semestinya yang kita nampak alim tu betol2 alim. buruk baik seseorang bukan kita yang menentukan. overall, bagus cerita tu. banyak isi dan moral yang disampaikan. not bad. entah sapa lak pengarahnya tak perasan pulak. hwuahahhaha.... eh, yg saya dok cerita panjang2 ni wat pe la kan.nanti korang tengok la.. kat 105, tajuk apa ye? lupa la.. garisan? sehalus garisan? lebih kurang macam tu la. nanti sure ada tunjuk lagi tu esok2.
~~~~~~~~~~~~
lepas habis cerita tu sambong tengok cerita apa ha? lupa, lupa. tapi tido lambat pukul 1230am baru tido. set alarm siap2. hari2 pon set dengan harapan pagi ni jangan le tak terbangun lagi. alhamdulillah...pagi tadi, bunyik 2 kali je saya terus bangun. hwuahahha.. takot wehh kalo tak terjaga. so, pagi ni sahur balance mee goreng tu, panaskan dia la, milo & air suam. ada buah mangga dalam peti ais tu makan jugak. dah lama dah nak lembek kalo tak makan nanti membazir pulak.


sahur hari ke-21 (11/09/09:jumaat) : mee goreng, telor mata, mangga, milo suam, air suam.
~~~~~~~~~~~
lepas sahur kemas2 meja. entah le camne botol minyak tu saya nak bukak tertumpah le pulak. waduhhhh.... yangsaya pon gatal yang nak usik2 botol minyak tu wat pe. takde kena mengena lansong dalam agenda bersahur pag tadi. hwuahhahaha.. hambekkk.. lap le dapor pepagi buta. best kan. lap minyak. maunya kena lap 3-4 kali. tape.. eksersais. lepas sahur tengok cerita ap entah tajuk kat 702. best jugak. sian cerita tu. mak pak dia drug addict. siap ada aids lagi. tapi dia sayang dengan parents dia. so dia berusaha untuk berjaya dalam hidop. study hard. dapat biasiswa yang best. masok harvard. waaahhh..betol2 memberi inspirasi cerita tu. hambekkkkk... cerita habis pukul 6am. lepak2 lagi, siap2 pegi koje. hehehehe... tapiiiiiiiiiiiiiiii.. hari ni jalan jemmmmmm.. entah le kenapa. saya sampai opis lambat harini pukul 930am. hwuahhahahha...
~~~~~~~~~~

nezha biasa je. nakal pulak malam tadi. orang dah nak tido dia masih nak main2 walhal malam tadi kan saya tido lambat. sambil tengok tv sambil melayan dia. owhhh..malam tadi korek telinga dia la. hwuahahha.. gila berjam2 nak menyudahkan. nezha standard la. penakot. korek sikit, cabut lari. tangkap, korek, lari. tangkap, korek, lari. eeeeeeeeeeee..geram betol. rasa nak cubit2 je dia tu. kena gak la tepk bontot dia tu, geram dah saya. lepas tu dia main bola. sepak2, kejar2, lari2. suka beno. so cute. sampai saya dah tido dia pon dok nak main lagi. terus saya bangun saya tutup semua lampu gelap gelita. baru nak senyap. hehehhehehe... kejap je tutup lampu. saya mana le boleh tido tutup lampu. mesti on punya. pelok nezha, then tido.
~~~~~~~~~~~~
hari ni dah jumaat kan? cepat betol masa berlalu. sekejap je dah nak habis puasa. orang kata dah masok 7 likor ye? lailatul qadar. dapat ke jumpa? insyaallah... mesti doakan yang baik2. jangan was2. semoga apa yangkita hajati tu semuanya tercapai ye. aminnnn......
~~~~~~~~~~~~

last but not least... ni budak tengah baring kat atas laptop. standardddddd.... pantang nampak benda tu ada harus nak tido baring atas tu. sebenarnya masa tu dia tengah bring baik punya, saya datang slow2 dengan harapan dia tak sedar tapi dah nama pon nezha, mesti dengar punya. hehehhehe..amik jugak gambar dia. bahan bukti ni lenkali kalo screen monitor tu rosak lagi saya mintak ganti rugi kat nezha sebab dia yang berat tido atas tu sapa suruh. tunjuk kat dia gambar ni sebagai bukti. whauhahhahahaa...
~~~~~~~~~~~
ok la.. harap semua bergembira hujung minggu ni ye. saya entah la.. dah macam2 agenda dalam otak untuk rumah ma. penatttttttt...
~~~~~~~~~~~
i love you obek...(miss you)
i love you nezha...(jgn nakal2)
i love all of you...(have a nice day)

Thursday, September 10, 2009

teringin betol sambal kuini,saya sahur special hari ni...


yuhuuuuuuuuuuuuu...
hello everybody..hwuahahhhaha... ye la betol la. saya teringin betol nak makan sambal buah kuini. ni gara2 tengok blog orang le ada buah tu so terus teringin. tapi sekarang macam takde musim je kan. takpe la.. sabar la nanti lepas raya boleh le makan kalo ada. lagipon bulan2 puasa ni bukan pon larat makan banyak2. buah kuini tu macam buah macang tu le. lebih kurang le. kot2 le ada pulak yang tak tau. juga bolhe dibuat makan dengan santan masak boh gula. perghhh...sedap. tapi saya kurang gemar sebab manis. hehehhe..ni apa kes ni pepagi dah cerita pasal makan? nafsu..nafsu...
~~~~~~~~~~
semalam balik tak berapa jem la. syukur alhamdulillah. sampai macam biasa, pukul 645pm. obek dah siap2 belikan laok. gulai lemak daging + tempe dan sambal tumis ikan bilis. kuih popia, kuih bulat2 putih tu dan kuih cucur badak. hehehhee... saya tak kisah le dia beli apa pon. janji boleh makan. owhh..ada juga momtot ayam madu. hwuahhahaa...sedappppp... 2 cucuk habis saya bedal. air soya bean. berbuka dengan nezha. suka la dia malam tadi makan banyak. dia makan makanan dia la, saya hangkot letak sekali duduk dengan saya. baru la dia berselera. lepas makan rasa tak larat. macam flat je. sebenarnya dari petang tu dah macam tak larat. sakit tekak. but still minum ais. baring2 tengok berita. dowhh..bosan betol. isu negara, isu orang tak sedar diri, isu orang tak tau diuntung, isu penipu, isu perompak, isu rasuah. semuanya yang menyakitkan hati. sambil tengok saya pon terlelap. sedar2 dah pukul 9pm lebih. tengok numbers tapi tak tengok betol2 sebab still terlelap2. belom pun pukul 10pm saya dah kebabom. kepala pening berdenyut2. entah la. macam2 penyakit ada. tidor punya tidor punya tidor... alarm bunyik pukul 4am bangun sahur. in between tidor seperti biasa terjaga2. penat betol. letih la macam ni selalu. so, bior alarm snooze for another 3 minutes. biasa macam tu dan biasanya 2 kali snooze saya dah bangun. pagi tadi entah le apa kena, boleh pulak tertido. time nak kena bangun tu la baru dia nak lena kan. geram betol. jadinya saya sahur special tau hari ni. nak tau apa? jeng jeng jenggggggg.....





sahur hari ke-20 (100909-khamis) : katil, tilam, selimut, bantal pelok, bantal busuk dan yang seangkatan dengannya.

~~~~~~~~~~

ini gambar google la. kalo katil tilam saya rupa macam ini, bukan bangun pukul 7am, terus pukul 5pm baru nak sedar dunia. gila lawo gebu katil. macam tu punya set entah berapa puluh ribu lak harganya?? uuwwaaa...tak sangop makcik kalo mahal2. tapi macam katil pengantin kan? lawo kan? angan2 je la jawabnya.

~~~~~~~~~~

uuwwaaaaaaaaaaaaa... geram betol. saya sedar2 udah pukul 7am nak sahur apa ke bendanya??? itu dah kira breakfast dah tu. bangun2 terus meloncat. tersedar pon sebab tetiba macam dengar bunyik bising2 kat luar kereta lalu lalang. memang le bising, dah pukul 7am orang nak pergi koje, budak nak pergi sekolah. nangis loorr... saya dah le jenis mesti sahor kalo tak lembek longlai badan ni. dah le haus. uuwwaaaa...sambong nangis lagi. call obek. 50x call tak berjawab. sure tido lagi mamat tu. geram betol. kejap tu dai call back so saya pon ngadu2. dia tanya nezha tak kejut ke? biasa nezha kan gigit2 garu2 kelapa saya. saya kata ada... tapi saya pulak terus pelok dia konon nak bangun dah tu. rupanya saya pelok dia, dia pon bantai tido, saya pon lena. uuuwwaaaaaa..... sambong nangis. obek kata takpe la.. praktis2 puasa tak sahor. baru le terasa nikmat seksa berpuasa tu. chewahhhh..pandainya dia bercakap. geram betol. geram2 pon apa boleh buat. lalu kat dapor telan air lior saja la tengok jug air tu. hwuahuahhahaaaa...

~~~~~~~~~~

jadinya, itu la sahur special saya hari ni. tido tak sedar2. geram betol. time malam tido terjaga2, time nak kena bangun tu dia.. lelap pulak. bukan rezeki la tu kot nak bersahur. takpe la. ramai je orang tak bangun sahur elok je berpuasa, kan? takpe2.. saya cuba. saya bukan apa, saya ni jenis lembek sikit. cepat je nak lemah2. huwahahaha..alasan. alah..bukan budak2 kecik lagi. dah tua bangka dah. kalo kawen anak dah sekolah darjah 4 dah gamaknya. ehh..teiba je masuk isu tu. tak sesuai tau.

~~~~~~~~~~

takpe2... mujur lebihan samal tumis semalam saya dah simpan dalam fridge. cadang nak buat lempeng bersahur. takpe, petang ni kalo tak jem cepat sampai saya nak buat lempeng. dapat sekeping jadi la, buat lepas kempunan. hehehhehee... eh.. apsal bank muamalat tu payah beno nak jumpa cawangannya ha?? tensen betol la. tetiba je masok isu bank muamalat le pulakk.. bosan betol.

~~~~~~~~~

pagi ni jalan tak jem. bagus betol. harap balik ni pon tak jem la ye. jem2 biasa tu standard la. masih boleh diterima akal. hehehehhee...

~~~~~~~~~~

pagi tadi masa bagi nezha makan saya tanya dia apsal tak kejut saya? wahh..dia macam paham je kan saya tanya apa, terus ni tengok muka saya, then datang kat saya gesel2 meow2. owhhhh.. terus cair hati saya tak jadi nak marah dia. chewahhhh... apa hal lak nak marah kat dia kan, dia takde salah apa pon. hehehheee....dia baik betol malam tadi. main pon senyap2 je takde la nak bising2. biasa cuba kalo saya baring depan tv tu. time tu la dia nak berlari panjat2 badan saya, langgar2 badan saya. sakit wooo... cuba bayangkan, korang tengah syiok2 baring2 tu sekali dia lari bedebuk atas perot korang. tak ke senak perot hati limpa hempedu semuanya. aaa..itu le yang saya rasa hari2. hwuahahhaha... anyway. tetap lah jugak sayang nezha.

~~~~~~~~~~~

ok la..takmo cerita panjang2. nak ronda2 blog orang.

~~~~~~~~~~~

i love you obek...(miss you)

i love you nezha...(miss you too)

i love all of you...(miss you all jugak la.)

Wednesday, September 9, 2009

nezha jalan terkedek-kedek, hari ni entry pendek...


huiyooooo.... hari ni gila2 punya jem kat jalan depan rumah saya. gila la sampai berlapis2 kereta tak boleh bergerak. rasa nak nangis dah tau. rasa2 macam nak je cuti tapi mengenangkan cuti pon dah tiris tak le jadi cuti. nak mc hari tu demam kebabom dah mc sampai seminggu. haduihh..betol2 menyiksa jiwa dan raga. entah le apa yang dah terjadi. tapi takpe la.. dah sampai opis pon kan. syukurrr....
~~~~~~~~~~
aaaaa..malam tadi kan, tengah tido syiok2 tu sekali dengar ada bunyik2 kuat2 beno tau. entah le bunyik apa tapi bunyik macam kat atas siling rumah. memang betol kuat punya lak bunyi tu. lama. taktau la bunyik apa. bunyi binatang ke, bunyi orang ke, bunyi hantu ke. tapi memang menakotkan. nezha pon takot. dia terkejut terus duduk tegak. saya lagi la. sebelom2 ni memang aselalu dengar bunyi-bunyian kat rumah tu tapi malam tadi memang menakotkan. saya beranikan diri juga bangun pusing2 rumah kot2 ada ternampak apa ke bendanya tapi takde le pulak. bila diamat-amati bunyik tu datang dari rumah sebelah. apa sudah jadi. jangan banjir macam hari tu udah le. memang saya bahasakan nanti. tak kira la bulan ramadhan ke, bulan september ke.. melampau tu namanya. so, kuar pegi tengok meter paip. wahh..waktu tu berani pulak nak kuar rumah sorang2 pukul 3am pi check meter paip kat depan pagar tu. tengok rumah sebelah gelap je tak bangun2. lantak la. tapi memang tak boleh tido la lepas tu sebab bunyi tu lama. saya takot je bunyi tu ialah u-u.... korang tau ke apa u-u tu? hwuahahhah..takot nak sebot la... nauzubillah..mintak dijauhkan dari segala bahaya ya allah...
~~~~~~~~~~
so, call obek pagi buta. luckily mamat tu sedar dan saya mengadu semuanya. dia kata nanti dia datang nak check. by the time dia sampai dah takde dah bunyik tu. so, kitaorang kuar pegi mekdi beli sahur. hehehhehe...sahur mekdi la pulak kan hari ni. bagusnyaaaa..sukanyaaaaa.

sahur hari ke-19 (090909-rabu) : mekdi double cheese burger, milo.
~~~~~~~~~~
saya makan kat rumah le. malas le nak berlama2 kat luar tu. obek blah la wat pe lak nak ada jugak kan. suboh hari pon jadi jugak dating. malam tadi pon kuar jugak. pusing2 ikut pegi tempat koje obek. gila scary tempat tu kalo malam2 takde orang. uwwaaa...macam haunted betol2. eeee...camne la boleh koje kat tempat macam tu. hantu pon pikir 2-3 kali nak datang. hwuahahhahaa.....
~~~~~~~~~~
semalam saya sampai rumah awal betol. 630pm dah sampai. yahuuuuuuuuuu..ini betol2 punya good record untuk bulan puasa. tapi petang ni for sure sampai lambat. tau dah. boring betol. semalam obek belikan laok sotong masam manis, ikan bakar, popia, kuih bulat2 macam ada tepong dan putu bambu. air soya bean le apa lagi. saya just masaknasi je. bagusnyaaaa.. ikan bakar habis makan sebab share dengan nezha. kuih pon habis, cuma kuih bulat2 tu je yang tak habis, air soya habis, sotong tak habis. hehehehhe...banyak betol makan berbuka semalam. pas tu tengok leverage. hehehhee..seronok. pas tu kuar. pas tu balik. pas tu tido. apa punya jadual waktu daaaa....
~~~~~~~~~
takde apa yang menarik nak diceritakan hari ni. kang tulis panjang berjela kang ada la orang tu tak larat membaca. takpe la.. layan kan je la ibu mengandung tu. hehehehhee...
~~~~~~~~~~
owh..ingat kawan saya yang selalu saya cerita tu? haa..hari tu kecoh2 dengan saya sebab dapat duit ganti pasal gelang dia hilang tu, then kecoh sebab laki dia dapat bonus, dia pon dapat bonus untuk raya, siap dapat duit raya lagi, tuptup.. tu dia..kereta eksiden. baru nganga. hari isnin lepas le tu eksidennya masa lakinya nak jemput dia dari kampung. kan cuti lama kan nuzul quran tu. lakinya kata kene langgar dengan treller, pecah bonet depan dan radiator pecah bagai. lori tu lari le. dai kat adia tak percaya. dia kata memang selalu lakinya bawak kereta tak betol. mmm..bila dengar (bukan dengar la, sembang tru ym) dia dok cakap macam tu kesian lak kat lakinya. dia kalo marah laki macam marah budak2. depan mak dia pon dimakinya lakinya tu. mmm..no komen. hal rumah tangga orang. sekarang dah susah sebab takde kenderaan nak pergi koje. ada motor tapi motor lakinya nak pegi koje, so dia takde kenderaan. saya kata takpe la..itu tanda2 nak beli kereta baru le tu. saja cocok dia sebab selalu beno dok dengar dia borak nak beli avanza la, nak beli perdana la, nak beli vios la. dia kata takmo. nak beli rumah. saya kata wahhhh..salam takde2 duit tu nak beli rumah pulak. cerita takmo mengalah. layannnnnn.... kalo bersembang dengan orang macam tu, jangan dibangkang, ye kan semuanya. kalo dibangkang nanti lagi dia takmo mengalah. lantak le sana.
~~~~~~~~~~
apa la.. kurus puasa saya hari ni. tapi nak jugak luahkan perasaan kat blog. entah la..susah nak cakap. hari ni mood biasa2 je. harap semuanya ok2 belaka la. jangan la ada apa2 masalah. saya tengah runsing sebenarnya ni tapi entah susah nak cakap. mujur ada nezha tempat meluahkan perasaan. heyyy..cakap pasal mamat tu, saya belikan bekas makanan baru untuk dia. yang jenis macam pasu tu tau. tembikar. boleh dia takmo makan dalam tu. geram betol saya. bila suap pon dia macam suspen2 je muka dia. sekali saya letak balik piring plastik pink dia tu baru la nak makannnnnnnnnnnn. uuwwaaaa... tensen betol. rugi je beli mahal2 bekas tu dia takmo lak makan dalam tu. nak jugak guna piring plastik tu. lantakle sana nezha, janji makan. saya kononnya nak le bagi lawo sikit bekas makan dia tu. dah dia taknak, nak buat camne. sekarnag 2-2 bekas tu saya letak makanan. bior la dia sukati nak makan dalam yang mana satu. mana tau kot2 nanti dah terbiasa ada bekas tembikar tu kan. elok sikit. hehehhehe... nezha, nezha.. macam2 perangai la ko ni. apa pon, saya sayang nezha.
~~~~~~~~~
ok la..takmo bebel panjang2. have a good day girls..and guy, if any.
~~~~~~~~~
i love you obek...(thanks)
i love you nezha...(muahh..muahhh)
i love all of you...(lalallalaaa...)

Tuesday, September 8, 2009

tulis surat berkajang-kajang, kalo weekend entry mesti panjang...


hello.....
chewahhh... tataplah wajah blur2 nezha tu dulu ye pepagi ni. hwuahhahaha.... seperti biasa, kalo weekend je harus le keluar entry panjang berkajang2. bukan sate kajang ye. hehhehe.. apa la cakap sikit nak gelak, sikit2 nak gelak. bosan betol. anyway... banyak benda yang berlaku
sepanjang cuti weekend dan cuti nuzul quran ni. macam2 adaaaa....
~~~~~~~~~~
jumaat berbuka apa ntah. dah lupa. apa ye? aduhh...betol2 lupa la sebab tak pernah pulak snap pic juadah berbuka. takpe la.. kira ok lah tu. seperti biasa, memang obek le yang belikan. bagus betol. malam tu kuar pegi jalan2 kat jalan tar. wahhh..ramai betol orang. takot la. bersesak2. macam2 perangai ada... hehehhehee... saya tak beli apa pon, just beli jam2 murah yang rm10 tu je. saja beli nak bagi kat budak2. lawo lak tu siap dengan ada boxnya. ada gambar ben10, ada upin ipin, ada superman, ada naruto, ada dragon ball. wahhh..hebat.. sure suka je budak2 tu nanti. biasa la raya. kasi layan je la. murah2 sudah, takyah memahal. muwhahahha..gila kedekot saya nih. lepas beli2 pusing2, tengok2 gak baju lagi. tapi belom ada yang berkenan dimata. obek lak ada gak tengok2 baju melayu. yang geramnya, ada ke nak beli baju meayu kaler hitam untuk raya. gila ke hapa. dalam banyak2 warna yang tergantung tu kaler hitam pulak yang dia nak!!! orang raya2 ni pakai le kaler ceria2 sikit. aduhhh... saya marah dia so terus tak jadi beli. huehahahhaa... tapi mesti dia beli jugak tu senyap2. biorkan dia. asal jangan beli depan bijik mata saya. geram la.
~~~~~~~~~~
sabtu pagi balik rumah ma. tapi minggu ni saya tak kemas apa pon. malas. hwuahhaha... petang buka kat luar dengan ma sebab ada majlis berbuka dengan anak2 yatim. layankan je la. bawak budak adik jugak anak si ibu tu. malam tu dia tido rumah ma la sebab saya malas nak hantar dia balik malam2 buta tu. dai ok je kalo dengan saya, tapinya penakot ya rabbi nak jugak suruh saya tido sebelah dia. dia kata takot tido sorang. haiyaa..udah besar panjang pon penakot gak lagi. lelaki lak tu. manja yang sebenornya. dia tu dulu kecik2 saya yang jaga. hwuahahhaha... sampai semua orang pon cakap dia tu anak saya, bukan anak ibu. habis tu udah nak berkepit je dengan saya 24jam. so, tido depan tv bentang toto semua. entah la pukul berapa dia tido saya tak tau sebab saya awal2 udah kebabom. ngantok la. balik dari majlis tu pukul 11pm dah. dia gasak tengok tv.
~~~~~~~~~
owh..lupa nak cerita pasal bersahur. sabtu pagi tu saya still sahur kat rumah saya la. simple2 sudah sebab macam malas le pulak. so, sahur untuk hari ke-15, sahur honeystar dengan milo je. hwuahhha.. lepas tu siang2 perot berkeriok2 baru la menyesal. very good betol. makan juga kurma tapi tak masok pulak dalam pic. air suam sudah semestinya.


sahur hari ke-15 (050909-sabtu) : honeystar (cereal), milo suam, air suam, kurma.
~~~~~~~~~~
hari ahad, dah sah2 le sahur kat rumah ma. melayan tekak si adik nak makan asam pedas, harus le saya bertungkus lumus kat dapor tu pepagi buta masak asam pedas. layannnn... so menu pagi buta tu, asam pedas ikan apa ntah tak tau namanya, telor dadar dan ikan goreng sebab ma tak boleh makan pedas2 untuk sahur. gastrik. makanjuga buah mangga. manis woo.. banyak betol buah mangga kat rumah ma tu geram betol. air milo untuk saya dan adik, ma punya susu. gila tangkap gambar cepat2 sebab takot ma nampak. hwuahha..hantam la sampai surat kabo pon ada masok dalam pic tu. hehehhee.... lepas sahur tengok tv kejap, suboh, pas tu bantai tido sampai pukul 930am. hwauhahhaa... sebab hujan lor. sejuk sedap tido. mujur ma tak marah. kalo tak berasap le telinga. hehehhee...

sahur hari ke-16 (060909-ahad) : nasi, asam pedas ikan, telor dadar, ikan goreng, mangga, air milo, air suam, kurma.
~~~~~~~~~~
lepas bangun tu pusing2 rumah kejap. ada orang datang nak pasang pagar untuk reban ayam ma. haihh..macam2 la. saya tak suka reban ayam tu tapi ma suka pulak. buat main2 katanya. entah la. lepas orang tu datang, saya seperti biasa jadi minah kepoh2 le tengok sana sini. ooo..patot la nezha pon jadi mamat kepochi, ikut peel saya rupanya. hwuahahhaa... adik lambat gila bangun pukul 1030am baru nak celik bijik mata. lepas tu pergi kedai kejap sebab ma suruh beli buah tembikai. nak bawak surau. sampai kat kedai buah tu, borak2 kejap dengan makcik kedai (makcik kedai pon jadik jugak nak buat berborak. hwuaahhahaa..) sekali makcik kedai cakap ada orang meninggal. wahh..terkejut saya sebab yang meninggal tu makcik yang saya kenal. dan makcik tu takde lak sakit2 apa pon, just sakit lutut biasa la orangtua. nak kata sakit kronik takde la pulak. saya tanya bila meninggalnya? makcik tu cakap pagi tadi, lepa suboh. uuwwaaa... saya sedih la. makcik yang meninggal tu kadang2 ada jugak datang rumah ma, dia tu kira jual ubat2 kampung ni la. ubat angin la apa la semua dia buat sendiri. sedih wo. balik rumah cepat2 bagitau kat ma. ma pon bapak terkejut bila dapat berita tu. area rumah saya kira jauh sikit la dari area makcik tu meninggal sebab tu takde dengar announcement tu kan. biasa kan if ada orang meninggal ada announce kat surau. ni kira macam dah kariah lain la. ma kata takpe la. petang kang dia pergi melawat. lepas tu saya keluar balik sebab nak round kat rumah makcik yang meninggal tu nak tengok orang ramai ke tak. tengok2 macam dah takde orang, tapi kat masjid ramai le orang. owhh..balik report kat ma. ma kata takpe la.. dah nak kebumi la dah tu sebab masa tu dah pukul 12++ dah. kampung tu memang cepat kalo uruskan jenazah. apapon al-fatihah untuk makcik ubat tu. semoga rohnya dicucuri rahmat.
~~~~~~~~~~
pukul 1pm macam tu saya pon berangkat balik. si budak adik merengek ajak ke pekan nak beli hapa ntah. nak beli pistol manik katanya. gatal betol dah besar2 pon nak main pistol. tapi tak sampai hati cakap 'tak boleh' pada dia. hehehhee..layan jugak. sampai sana pusing2 cari benda tu. ada. beli. pas tu teringat ibu mengadu duit ibu hilang kena curi. banyak woo rm400. duit tu la nak buat beli baju raya anak2 dia. sedih betol. entah la camne boleh hilang. dia simpan rm700, memanguntuk baju raya. lepas tu dia takde keluar2 pegi mana pon sebab ingatkan isnin semalam cuti tu le nak keluar. sekali tengok2 udah takde. apa nakbuat? menjerit pon takde gunanya. sapa la yang nak amik entah la. kawan2 ngah agaknya sebab dia selalu bawak kawan2 lepak rumah. tapi tu la, kita tak nampak tak boleh nak cakap apa. so, bila teringat macam tu, saya cakap kat adik jom pergi beli baju raya. wahhh.. melompat le mamat tu. beli2, pilih2. aduhh..susah pulak nak beli saiz dia tu. kurus tinggi. nak beli saiz orang besor, jadi beso pulak saiznya. nak beli saiz kanak2 udah kecik lak. pening2. berjam2 kat kedai pilih baju. habis dirembatnya la siap dengan beg lagi. pow kredit hp lagi. wahwahwahhhhhhh... takpe la..setahun sekali. orang kedai tu pon cakap si budak adik tu anak saya. whauhahahha...makcik layan je. kehkehkehkehhhh.... owh..beli jugak baju melayu untuk aish. geram tengok baju budak kecik2 comel2.
~~~~~~~~~~
lepas siap membeli dan membelah beg duhet saya, kami pon berangkat balik. sampai rumah dia pon tunjuk barang2 yang dibeli kat ibu. wahhhh...senyum je ibu. nampak muka macam lega sebab 1 perkara dah lepas. suka la tengok muka orang gembira2 macam tu. penat pon jadi tak penat. bila both of them say thanks pada saya rasa sedih pulak. whuahahhha..gila drama la saya ni. entah la.. saya sayang budak2 tu. sayang ibu jugak. takpe la.. janji apa yang budak2 tu nak dah dapat. saya takde baju raya pon takpe la. lagipon bukan pakai sangat baju kurung. pakai cuma kalo ada kenduri kawen je. lepak2 kejap. ibu suruh berbuka kat rumah dia. saya kata takmo la. sebab nak buka dating2 dengan obek. hwuahahhahaha... lepas tu balik rumah.
~~~~~~~~~~
sampai rumah terjah mamat kepochi nezha dulu. rindu woooooo..... lepak2 main2, then tido. petang pukul 5pm obek call ajak kuar berbuka kat luar. saya kata nak buka kat mana? dia kata ikut jela. benci aaahh. dia tu kadang nak pergi mana bukan nak buat reservation dulu. dah pernah kena dah. so, pikir2 sepanjang kereta dia kata jom buka kat tupai-tupai. ok la..sampai sana terus book, mujur ada tempat lagi. still awal, so kami pusing2 dulu pegi tengok kedai perabot sambil berangan2 beli perabot tu. mula la terbayang2 lawonya la kalo meja ni ada kat rumah saya. lawo wooo.. sekarang fesyen baru meja makan bentuk 4 segi tepat. besar, untuk 8 orang. kaca la kan. memang lawo tapi gila laa...saya tak sanggop beli meja makan sampai harga 4k. elok2 makan nasik terus makan pasir nanti. hwuahhahahhaa.... takpe la.. berangan je la dulu. tak beli pon tak kempunan. lepas dah sampai masa, pegi ke tupai-tupai, berbuka. lepas berbuka balik. tak larat dah nak jalan2 pusing2 sebab perot sendat kenyang. sampai sakit perot. balik, rehat kejap, kebabommmmm...
~~~~~~~~~~
sahur hari isnin tu pon simple2 je, sebab perot sebu sebab berbuka tu banyak sangat. rasakan. tamak makan banyak memangle sakit perot. so, sahor untuk hari ke- 17, cookie crisp (cereal le tu), milo suam, air suam dan bakar jugak roti kosong 2 keping. muwhahahha.. tapi tak habis makan. makan sekeping je.

sahur hari ke-17 (070909-isnin-cuti nuzul quran) : cereal, milo suam, air suam, roti bakar kosong, kurma.
~~~~~~~~~~
boring betol cuti semalam. takde buat apa. lepas bagun pagi tu lepak2 tengok tv sampai pening kepala. melayan nezha je la seharian. suka la mamat tu sebab saya ada dok menggaru perot dia je sepanjang pagi tu. pukul 2pm tu obek call ajak kuar pegi teman dia pergi kl. saya malas betol sebab dah le panas, dan mesti jalan jem gila2 la sebab orang cuti semua pon nak pergi shopping. tapi dok pikir2 kalo dok rumah lagi sangap. so, kuar jugak. lama jugak keluar, sampai pukul 430pm. dah macam tu terus singgah pasar ramadhan beli makanan. beli laok sambal udang, masak lemak daging, popia, kuih bulat2 taktau apa namanya, air mata kucing. tapi leceh la air tu betol2 semata2 air je, takde sebijik pon buah mata kucing tu. geram betol. berbuka dengan nezha. memang tak aman la dunia. semua pon dia nak cekau dan kacau. layan je la... malam tengok cerita apa ntah. lupa dah. lepas tu tido laaaa....
~~~~~~~~~~
malam tadi mimpi ntah hapa2. saya siap ngigau2 lagi. whuahahhaha... ye, saya tau saya mengigau sebab dalam mimpi tu saya bantai gelak beriya sekali sedar2 saya pon tengah gelak2 beriya. whauhahhahaha.... saya mimpi saya pegi menyakat orang la, tapi tak kenal lak sapa orang2 tu. entah le sapa. lokasi kat rumah maklong saya. hwuahahaha... takpasal2 rumah maklong saya masok dalam mimpi pulak. saya konon2nya mengintai le apa orang dalam rumah tu buat, tengok2 they all tengah kusyuk buat apa ntah, ada la bendanya. saya pon menyakat pakai telekong buat macam hantu. so, orang2 tu kelam kabut le bila nampak saya. tu yang saya bantai gelak mengekek2 tu. whauhahhahah.... sampai mengigau2. hadoihhhhh....sakit mulut sakit perot saya pagi tadi mengenangkan saya gelak banyak2. macam2 hal.
~~~~~~~~~~
pagi tadi saya pon sahur simple je. angis kus2 malas udah melanda la. sahur hari ke 18, saya buat roti telor je la. 2 keping. habis sekeping setengah. kurma, air milo dan air suam. owhhh..stok milo udah habis le. kene beli nampak gayanya petang ni. jangan lupa.

sahur hari ke-18 (080909-selasa) : roti telor, kurma, air milo, air suam.
~~~~~~~~
jadi, itu le cerita saya sepanjang weekend tadi. ada gembira, ada happy, ada bengang, ada marah. macam2 ada. hwuaahhahah... pagi ni tadi jalan tak berapa jem, cuma jalan kat depan rumah saya tu je yang jem. situ biasa la. kalo tak jem tu yang baru pelik. kalo jem tu tak pelik pon. anyway... itu je la ceritanya. penat dah tangan type2 ni. maru masok koje hari ni tapi dah dapat fax untuk kerja next week. benci betol.
~~~~~~~~~~
ok..nanti sambong lagi. saya nak pi jalan2 blog orang lain. nak tengok apa cerita weekend diaorang.
~~~~~~~~~~
i love you obek...(bila nak soping ni???)
i love you nezha...(jangan nakal2)
i love all of you...(have a nice day)

Friday, September 4, 2009

sudah tertulis dalam sejarah, pagi-pagi hidung berdarah...

hello....
betol la... pagi-pagi lagi dah jadi hal. ingat tak dulu saya selalu cerita hidung saya selalu berdarah. lepas tu lama dah takde. tiba2 pagi ni dah jadi balik. aduhhh..geram betol. dah le kat opis pulak tu. mula2 rasa maca sakit hidong je macam nak bersin. so, amk le tisu lap2 hidung sekali berdarah la. hwuahahhahaa... relax la. bukan tak pernah jadi pon. apa nak bising2. lap je la. so,lepak2 kat toilet kejap then sms ngadu kat obek. obek reply kata suruh lap. haiyooo..memang la kene lap. hampeh betol penasihat ni. benci ahhhh... tetiba je nak benci kan. ni pon macam rasa ada lagi ni yg nak keluar. anyway..lupakan cerita berdarah yang tak best ni.
~~~~~~~~
korang jangan le terbalik2 kan monitor tu pulak. itu memang gayanya si nezha bermain2 malam tadi. sampai terbalik2 tergeliat2 badannya. saya nak amik gambor pon payah. hwuahhahaha... actually masa tu dia dahnak tido sangat. saya tengok dia tersenggok2 tu saya slow amik hp nak snap pic tapi tu le.. dia tu dengar je bila saya bergerak. malam tadi entah le tengok cerita apa. lupa la. owhh.. gluton for punishment. best gak cerita tu. every episod pon dia akan ada new challange. malam tadi dia nak jadi judge untuk sos pedas yangterbaik. uhwuahhaha..untuk qualify himself jadi judge, dia kena la rasa beratus2 jenis sos. entah le sos apa tapi pedas le. seronok jugak. sampai terbaring2 kepedasan. hwuahhahaha.. kalo saya pon tak larat la. last week dia amik challange jadi waiter. dan masok waiter race. best jugak. lepas tu tengok criminal minds. cerita tu dah main dulu tapi tengok jugak la. eh, eh..entah gluton dulu ke baru criminal mind ke atau sebaliknya lupa la.
~~~~~~~~~~
semalam berbuka teringin makan pizza. wahhhh..tekak tak ngalah. so, call obek cakap takyah belikan apa2 sebab nanti saya order pizza je. dia kata ye la.. dia belikan kuih je la. saya ye kan je la. orang nak beli takkan nak beriya2 cakap jangan. semalam pon sampai awal. 645pm dah sampai. so, sebab tak yah masak nasi, ada la masa nak lepak2 dulu. definasi beli kuih bagi obek ialah beli mee goreng, kuih apam, popia, kuih seri muka dan air soya. uuwwaaaa... dah kata dah tadi janga belikan apa2 tetap le jugak nak borong satu pasar ramadhan tu. dia kata takot saya kelaparan. takot saya kelaparan ke dia yang tengah lapar mata masa beli tu. haihhh.. mcam2 la dia tu. jadinya, bagai nak rak la saya makan malam tadi. makan mee goreng, makan piza, makan kuih, minum soya. rasa nak pecah perot. yang pastinya semua pon tak habis. pagi tadi ingat nak panaskan balance piza tu tapi macam malas pulak. so makan roti bakar biasa je sapu butter dan letak cheese sekeping. udah le. air milo dan air suam satu kemestian. hehehhehe.....


sahur hari ke-14 (04/09/09-jumaat) : Roti bakar sapu butter+cheese, milo suam, air suam, kurma.
~~~~~~~~~~
malam tadi rasa macam nak keluar jalan2 pusing2. sekali tu obek kata dia nak ada kene jumpa orang pulak. kalo nak keluar tunggu la lepas dia jumpa orang dalam pukul 10pm macam tu. haihhh.. dah malam buta baru nak keluar buat apa? apa yang nak dicarik kedai pon dah tutup. benci betol aahhhh.... saya kata kalo macam tu takmo kuar la. takyah le bior saya dok rumah tengok tv main dengan nezha je la. chewahh.. sambil buat suara ala2 merajuk gitu. obek kata nak pergi mana kalo keluar tu? saya kata nak pergi mydin, whauhahhaha. tak pernah umor nak jalan2 mydin tetiba malam tadi nama mydin naik la.. nak keluar punya pasal. sebenarnya takde pon na pergi saya tapi saje je la sebut je. obek kata esok la ye (malam ni le tu). wokeh..kita tunggu... samada jadi kuar ke tak. alaa..sebenarnya bukan le berat sangat nak keluar2 tu tapi saje la kan, kadang macam boring jugak kat rumah tu. nak bercakap pon cakap denan nezha je la pulakkan. hwuahahhaha......

hehehheee..dapat juga saya snap pic dia tengah tido. dia ni kadang tido pon ada macam ngigau2. mimpi kot. bergerak2 je mulut dia. hwuahahhaa.... ala2 sama je dengan saya, suka beno mimpi pas tu ngigau2. apa laaaa.....
~~~~~~~~~~
aaaa...cakap pasal mimpi, malam tadi saya mimpi tau. hwuahhahaha... susah le nak cakap, sebab saya mimpi skandal saya masa muda2 dulu. rasa seronok pon ada dapat tgk muka, rasa serba salah, rasa entah la.. macm2 rasa adaaaa...hwauhahhaha... takyah cerita la. dia pon dah kawen. lagipon masa tu kira sama2 berskandal je takde pulak ada agenda nak jadi serius ke apa kan. tapi kenangan2 zaman nakal2 dulu tu terus je menjelma. hwuahahhahaa.... nakal katanya. lebih kepada jahat macam hantu ada la. tu pasal selalu mimpi hantu sebab hantu pon ingat saya ni kawan dia. benci ahhhhhh.... apapon, sekarang masing2 dah ada haluan masing2. to carlos, hope you are happy now with your life and your family. let the memories remain as memories....


lagi gambar tunggang langgang dari nezha. hwuahhahahha... nakal betol dia malam tadi. masa main2 malam tadi dia boleh pegi gigit tangan saya. geram sangat agaknya dia tu. owhh..nak kene pergi beli treats dia la dah habis le pulak. malas betol nak pusing stereng kat klinik tu. eceh la. parking payah, dan tutup awal pulak tu pukul 7am. kat kedai lain takde lak benda tu. plus, beli kat klinik tu dapat diskaunnnn..hwuahahha...tu yang penting tu. rasa2 lepas raya kena bawak pegi klinik la check dia. dah lama tak pergi check. ayokkkk nezha, nanti kene cucuk momtot.. ha-haa... tak tahu,....hwuahhahah..syioknya kalo menyakat orang kan.
~~~~~~~~~~
obek hari ni ada meeting katanya. aahhh..dia tu hari2 pon ada meeting. semalam dia kelupaan. tak attend meeting. sebab dia ingat semalam hari isnin walhal dah hari khamis. hwuahahhaha... kene marah kat phone oleh orang2 lain sebab dia tak attend. kalo dekat takpe boleh dikejar, ini kebetulan dia pulak berada jauh dari tempat meeting. hambeekkkk.... tak pasal2 kene lecture. hehehhehee....entah la apa yang dipikirkan sampai hari dan tarikh pon lupa. walhal kat jam tangan tu kan ke ada tulis. memang purposely beli yang ada date & day supaya senang tak terlupa. ponnnnnnnnnn...tetap le lupa. haiyaaa... takkan saya pulak nak bagi ingat. saya mana le tahu jadual koje dia. biorkan dia. hehhehehe....i lebiu obekkkk....

hambekkk... last but not least, nezha jelir lidah kat korang. mwauhahahhahaa.... so cute creature. baik korang bagi nezha duit raya kalo takkk..harus dia marah lagi tu. apa la motif sebenar entah la.
~~~~~~~~~
ok la.. dah banyak bercerita hari ni. semoga hari ni berakhir dengan lebih bermakna.
~~~~~~~~~
i love you obek..(i will always be...)
i love you nezha..(lepas makan pi tido tau)
i love all of you...(korang pon hidong berdarah ke?)