mari mencari....

Google
 

Thursday, September 17, 2009

boring sungguh hatiku ini...


boring ke, baring ke, telungkop ke, tatap dulu gambor nezha ni. hwuahahha..ini gambor lama tapi suka la tengok muka dia tu (memang hari2 pon suka je tengok dia). hehhehee.... owhh..taktau sebab apa boring tapi tu la dianya. susah le nak cakap. orang makin nak raya makin gembira, saya makin nak raya makin boring. hanya yang melaluinya je yang tau camne rasanya. kehidupan setiap orang tu berbeza2, takkan sama. cakap pon tak guna la.
~~~~~~~~~~
petang semalam punya la hujan lebat. mujur ada selipar spare kat ofis so, tukar le heels dengan seliapr. tak kuasa nak berjalan dalam hujan dengan heels bagai. tak apsal2 kang ada yang terbongkang tengah jalan. dah le nak ke tempat parking tu jauh. pakai payung pon lenjun woooo.. takpe. hujan tu kan ke rahmat. tapi korang tau le saya ni kan ke penakot hujan. hwuahahhaa....
~~~~~~~~~~
sampai rumah pukul 705pm. tak le lambat sangat kira ok le tu. selagi sampai rumah sebelom waktu berbuka saya consider saya sampai awal. hehehehhee... obek kan bersuka ria pergi majlis berbuka (jealous betol walhal takde kena mengena pon), tapi being him, dah belikan saya siap2 makanan. owh....sampai area rumah saya tak hujan pon tau. rebas pon tak. tapi nampak le bekas2 hujan. semalam obek belikan banyak la makanan. apa dia ingat saya ni pelahap sangat ke? ingat nak bagi makan 10 orang ke? haihh..orang dah belikan pon banyak bunyik lak. bukan banyak bunyik, beli banyak2 tu membazir je. saya bukan makan banyak pon. minum air je lebih. semalam obek belikan ikan bakar besar (nezha yang makan, saya cubit sikit je), tauhu sumbat 3, goreng kangong, sambal sotong, kuih bulat2 kaler putih tu dan popia. air teh bunga. hambekkkk.. sapa nak makan banyak2 tu. sampai rumah saya masak nasik. bila tiba wakt berbuka nasi belom kering lagi tapi takpe la..makan kuih dulu. yang pentingggg..air mesti banyak, tak cukup dengan air teh bunga tu saya buat lagi ribena. fuhhhh..lega tekak. suppose kalo hujan tak le haus sangat kot tapi saya tak kira, panas ke hujan ke tetap nak minum air banyak. hehehehe... lepas tu baru la makan nasi. sejemput. jadi la.
~~~~~~~~~~~~
lepas isyak, saya memulakan operasi saya. huhuhuh...operasi apa? operasi buat kacang sambal pechal le. huhuhuhuhu.... penat gila 3 kg tu. memang le senang penat. dengan si mamat kepochi yang menyebokkk kalo boleh dengan dia2 sekali nak tolong pegang sudip tu. hangin betol. tung tang tung tang, pukul 11pm siap. obek call tanya nak kuar ke tak? idak le temann.. teman penat ni kome, idak le teman larat ank kuar lagi. nak ngelap dapor lagi nak kemas barang lagi. baik teman tido. kemas2, mandi lagi sekali sebab dah berpeloh2, pukul 1230am tido kebabommmmmmmmm... mamat kepochi? standarddd... mengekor je la koje dia tu.
~~~~~~~~~~~~
pagi ni sahur simple2 je dah. takde mood dah. hehehhehee... hari ni untuks ahur hari yang ke-27, saya sahur ayam goreng mekdi dengan cheese cake. beli semalam. cheese cake tu beli sampai 2, tapi sebab malas nak penuhkan fridge tu saya satukan dia la dalam satu kotak. jimat ruang. beli apa ntah yogurt apa ke benda dengan new york cheese. apa? ingat saya bedal benda tu sorang2 ke? saya kena share tau tak dengan nezha!!!! dah kata mamat tu hantu cheese cake. geram betol. tapi ayam saya makan sorang je sebab pedas. hehehhehe..gila kedekot takmo share dengan nezha. layan la je la.


sahur hari ke-27 (17/09/09 : khamis) : ayam goreng mekdi, cheese cake. air kosong biasa je malam nak minum milo suam.
~~~~~~~~~~~~
semua orang dah bersiap2 la ni kan nak balik kampong. balik kampong... wowowowowooo balik kampong. hehhehehe... suka la korang. ramai yang dah bercuti kot sebab pagi tadi macam lengang je. sedih lak tengok kl macam lengang. hehehehhee.. pelik woooo... anyway, saya pon dah siap2 serba sikit barang2 la. malas betol. bukan malas, tapi bosan. kalo musim perayaan je mesti kene buat kerja rumah double triple. kalo ada orang tolong takpe la.. ini sorang2 lorrr...
~~~~~~~~~~~~
dalam orang nak bersuka ria raya ni, obek lak tadi call cakap kawan dia excident. mmm.. bawakkereta laju sangat. patutnya balik kampung pagi ni tapi dah excident malam tadi nak berapa apa ke bendanya. terok katanya tak sedar sekarang ni. saya doakan semoga semuanya elok la. sian kat anak bini. tu nak kejor balik rumah cepat sangat le tu. mujur juga dia sorang, kalo masa kejadian kereta penuh dengan anak bini apo nak dikato?? tu la..kita sebagai orang rumah ke anak ke, tak kira sesiapa pon la.. jangan la kejap2 asyik nak call laki, abang, adik atau sesapa pon nak tanya bila nak sampai? pukul berapa nak sampai? dah janji katakan pukul 10pm sampai rumah dah le. jangan asyik menggesa2 orang yang tengah drive tu cepat sampai. kita taktau apa benda jadi kat tengah jalan. kot2 terlewat 1/2 jam pon takpe la lagi. tapi memang, ada je orang yang suka call2 ni. kejap2 nak sms tanya kat mana, kat mana. eeee... menyebok je. jadi ingat, jang le suka suki nak call. kan dah janji awal2 tu tunggu je la dengan kesabaran. kalo nak call pon sekali cukup la. takyah berkali2.
~~~~~~~~~~~
saya maybe esok dah mula cuti. banyak hal urusan dirumah yang nak disettlekan. tahun ni nezha beraya dengan saya kat rumah ma. wahhhh...1st time ni. biasa saya tinggalkan dia kat pet hotel. uuwaaa..every time hantar pon memang bercucuran ayaq mata sampai orangkedai pon takot. ingat apa ke benda dah jadi. saya tak bawak nezha balik sebab ma tak suka kucing la. saya heran betol. dispute sungguh. tapi disebabkan tahun ni ma bela ayam... haa..saya hangkot nezha balik la. hehehhee... tak kira. apa nak jadi pon jadi la. tapi saya risau juga sebab rumah tu kira open air je selalu. pintu ternganga2, takut je mamat kepochi ni cabut lari keluar. nauzubillahiminzalik. mintak dijauhkann. korang doakan semoga semuanya selamat ye. itulah jantung hati permata jiwa saya. tak jumpa obek takpe, jangan tak jumpa nezha. every time kalo ada cuti panjang memangjiwa saya terseksa. serba tak kena sebab asyik teringatkan kat nezha. hwauhahhaa.. kadang2 obek jadi jealous. sebab saya selalu ingat kat nezha kalo pegi jalan2. dia kata haa..amik le letak dalam perot. saya jawab, memang.. kalo boleh mana pergi nak masokkan dalam perot. bawka pi opis. hwuahhahahaa.....
~~~~~~~~~~~
dalam pada tu, saya dah susun barang yang nak dibawak balik ke rumah ma esok, wahh..boleh tahan banyaknya. penuh le kereta. takpe2.. layankan je.. duit raya? saya tak tukar pon. takde nak bagi kat sapa pon kecuali anak2 ibu. alaa..ada le 4 kerat tu ha. takyah susah2 tukar. untuk budak2 yang datang beraya ke rumah, ma le jadi banker. makcik taktau. hwauhahahha... rumah saya kat sini, sapa pon yang nak datang. nezha dan kawan2 je yang ada. itu takyah bagi duit raya.. itu bagi je royal canine semangkok sorang habis cerita.
~~~~~~~~~~~~
ok la.. takmo celoteh banyak2. apa pon, kalo saya tak sempat nak update blog sebelom raya, (tapi insyaallah boleh update yang simple2), saya, obek dan nezha ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pembaca yang saya kenal atau tak kenal, semoga ikatan persahabatan kita sentiasa diberkati Allah s.w.t. selamat hari raya aidilfitri.
~~~~~~~~~~
love you obek...(gonna miss you)
love you nezha...(tahun ni nezha takyah tinggal sorang2 lagi)
love all of you...(selamat hari raya)

6 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

selamat hari raya...
maaf zahir batin ;-)

eedany said...

buat saya, obek dan nizha...

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

:)

ije said...

bestnya tgk mcd tu.. malam tadi x bgn sahur pun..

zh-ena said...

selamat hari raya
maaf zahir & batin

afiq said...

saya....
selamat ari raye...maap zahir dan batin....jike ade terkasar kate...sob** sob**

saya said...

fiqah/eedany/ije/ena/afiq--selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin dari saya, obek & nezha. love all of you...