mari mencari....

Google
 

Tuesday, September 29, 2009

cerita jalan2 : bukit merah lake town resort...


wokeh..kita sambung the journey story....itu le kuih apam besor yang saya cakap tu. sedapppppppp.. gebuuuuuuuuu.. marvelousssssss.. ingatkan tak sedap biasa2 je so beli 2 keping je sekali sedap daaaa....nyesal beli sikit. sampai sekarang terbayang2 kesedapannya. serius, ini le sesatunya makanan yang saya dok terbayang sepanjang holiday hari tu. hehehhee.. so sesapa yang duduk kat kuala kangsor tu, sila2 le kirimkan apam besor tu kat saya ye. tapi yang terbelobang tu bekas gigi obek. bukan gigi saya daaa. gila besar dia gigit. geram la. ok. lepas keluar dari pekan kuala kansar kitaorang dok pikir2 nak pegi mana lagi. ada 2 idea, 1, nak stay kat ipoh then boleh pergi rumah kawan obek kat sana jalan2 raya sekali. plus sebab esoknya senang le nak ke kampar rumah orang kawen tu. then pikir2 lagi. sekali obek kata jom pegi jalan2 nak? saya kata nak pegi mana? pegi penang ke katanya. haihhh..malas le jauh beno. lenkali je la. so, end up decided untuk pergi ke bukit merah laketown resort. tapi suspen jela kan sebab takde buat apa2 reservation ke hapa ke. buatnya pegi2 sekali fully booked, tak ke naya. tido atas highway kat r&r. padan muka. huawhhahaha.. seperti biasa, obek kompiden lebih. so, sementara dalam perjalanan tu, kita carik info la kan.




hehehhe... see..saya pon dah ada la laptop mini kecik cinonet tu. hehehhee.. saje la nak test2 atas highway boleh ke tak ke berguna. sekali boleh la... line pon clear je. terang dan nyata. laju je. chewahhhh.... so, kita bukak website dulu, cari info apa yang patot. so, try to call them up la kan. ada kosong katanya. yahuuuuu... tapi kene booked dulu guna kredit card. uikss... sorry. no credit card. we will pay cash. so kalo macam tu kami tak boleh nak reserve untuk cik, katanya... huiyooooo..... saya kata tapi bilik tu ada lagi tak? ada katanya dalam lagi 15 bilik. so, saya kata takpe la.. saya lagi sejam sampai so takkan dalam masa sejam tu bilik habis kot? orang tu jawab, rasanya ada lagi. jadi apa lagiii.. tekan le minyak tu laju2 bior cepat sampai. hwauhahhahaa... tak le jauh dari kuala kangsar ke bukit merah tu lebih kurang dalam sejam je la kan. sesambil tu check jugak nak kuar exit tol mana. tak pasal2 kang terus je perlis pulak. ayoyoyo... so, tulisannya kata amik exit bukit merah. wahhhh..senang je rupanya. lepas je tol bukit merah, jmpa trafik light, pusing kanan, dan wallah... dah sampai korangggg... tapi jalan naik tu ala2 genting le pulak. scarry le naik bukit pusing2 jalan sempit. mmmmm... memang ala2 mini genting kat atas tu rupanya. cuma takde casino je la. hehehhehee.... so, sampai je terus pegi kat reception. ok. settle.



yeeee... sudah sampai ye kawan2. lepak2 kejap then kuar pegi pusing2 kat kedai2 yang ada kat sana. survey dulu la kan kot2 nak beli t-shirt ke hapa ke. amik info jugak nak buat aktiviti apa kat sana. nak main2 air waterpark tu ke, nak pergi pulau orang utan ke. tapi leceh la sebab kebanyakkannya permainan tu dah tutup by 6pm. leceh lorrrr.... so, just jalan2 je la. mujur gak tak beli tiket main2 tu kalo tak sure tak sempat sebab esok paginya pagi2 dah nak berangkat pulak. dinner plan, baikkkkkkkkk punya. kitaorang plan nak pegi carik mee udang kuala sepetang yang glamor yang diwar-warkan tu le. hehhehee..jumpa korangggg..tapi tu cerita kat entry lain ye.



ni masa malam dah sampai balik ke b.m.l.t.r tu le. malam dia ada macam funfair la. yang safe2 punya la untuk kanak2. suka je saya tengok budak2 tu bermain. pegi le cerok man apon internet cafe tetap le penuh. haihhh..budak2 zaman sekarang. tak boleh berlekang dengan internet. hehehehe... gambar atas tu kira scene yang ada malam tu la. sebenarnya ada banyak lagitapi saya tak amik pon. pusing2 obek nampak kerusi ogawa. ala..yang urut2 tu la. dia nak try. say apon ikut gedik nak try. 15 minit rm3 je. murah. si tamak haloba terus amik untuk 1/2jam. sekali duduk je ha hambekkkkkkkkk..rasakan. sakit gila badan saya rasa macam dipatah2kan tulang ni ha.. nangis woooooo... memang seksa la. tak tahan betol. cakap kat abang yang jaga tu, bang saya takmo la 1/2 jam, nak 15 minit je tak tahan sakit badan. sekali abang tu jawab apa, tak boleh la kak, kitaorang dah set dah. uwwaaaaaaaaa.. apa lagi. salahkan obek sebab dia yang ajak. dia lak sedap je mukanya. saya tengok orang lain pon macam sedap je duduk atas tu. apsal saya je yang kesakitan. memang serius sakit la. saya tak tahan. natijahnya, badan saya memang lebam2 belakang ni. sampai hari ni ada part2 yang masih sengal. takmau lagi dah naik kerusi ni. nehi kabi nehi....




ni the next morning. nak pergi breakfast. jumpa la floor fountain. lawo, cun. ada jugak bidak2 yang melompat kat atas air tu. hehehehhee.. kasi chance la budak2 tu. nama pon holiday kan. gila excited bebudak tu awal pagi pukul 730am dah siap2 pakai swimming suit nak pergi main kat waterpark. hehehhehee.... untuk yang bawak baby2, boleh je letak baby kat floor fountain tu. alaa.. bukan nak mandi beno pon, just saje simbah2kan air kat baby. hehehhee..




ni jeti nak ke pulau orang utan tu. naik bot tu kena bayar dalam rm10 kot if saya tak silap untuk pergi balik la. saya tak pergi sebab tak sempat. kalo sempat pon saya takmo pergi sebab kena naik bot dan seberang2 laut ni. ampunnnn...saya penakot air. idak le. masa ni awal pagi lagi. tengok matahari pon baru nak naik. sangat lawa. pakci yang pegang baldi tu sebenarnya tengah cedok air laut (ke tasik ha??? tasik le kot sebab nama laketown resort. apa2 la...). dia cedok then siram kat pokok2 bunga dalam pasu keliling resort tu la. hehehhehe... jimat air katanya. takyah guna air paip.



kat sebelah kiri macam ada resort2 or chalet2 la yang lawo2 yang mahal2. amboiii..mesti best tu tapi not for me. saya memang takkan le tido kat rumah atas air macam tu. tidak..tidakkk... actually theyall ada gak buat promotion kepada orang2 supaya beli property kat situ. bila tengok plan, dia macam nak buat perumahan kat area lake tu. mmmm.. for future investment boleh le kot. nak suruh saya tinggal situ takmo la.. takot. hehhehe....



ni dah takde koje lain. gambar breakfast pon nak amik jugak. apa laa.. biasa la breakfast buffet. dapat kupon. tapi kalo bawak lebih dari room guest tak dapat le kan. heran gak ada famili yang sanggop bayar untuk breakfast buffet tu rm38 per person just for breakfast. kalo saya la... saya bawak anak bini turun bawah beli makanan kat kampung bawah tu. ada banyak gerai jual sarapan pagi2 tu. dengan rm38 tu dah boleh makan nasi lemak laok sambal sotong udang kuih roti canai serba sakneka bagai. kenyang. lagipon bukan jauh sangat nak turun bawah tu. lagipon tak berbaloi la kalo kena bayar rm38 for breakfast. bukan best pon. breakfast biasa2 je. nothing interesting. tapi tu la.. lain orang lain pendapat. pada saya spend wise la. food taste, biasa2 je. takde la sampai nak teringat2 macam apam besar kuala kangsar tu. pagi tu tekak dah mula dan sakit2. yee.. permulaan demam dah terasa tapi buat2 tak tau sebab nak berjalan punya pasal. hehhehehee....



ini le kerusi yang dah menyakitkan saya sampai sekarang. tobatttttt nak naik lagi. takkan. never. nehi. itu pic obek tengah syiok2 le tu. huwahhahahhaa... masa kitaorangs ampai takde pon orang yang nak naik kerusi tu. bila kitaorang dahnaik je, ramai pulak yang nak cuba. see.. kami pembawa rezeki. ehehhehehee.... ada gak makcik yang try. ada gak majikan yang bagi maid try. ada bapak budak yang try. bapak budak tu actually pening kot sebab sebelom tu kami jumpa dia dan anak2 kat dalam arcade. habis budak2 tubelasah dok beli token je nak main game. hehehhe..mau tak pening. kl pon main game, pegi holiday pon main game. hambekkkkk.... so, itulah ceritanya saya pergi b.m.l.t.r tu... not bad for the 1st time experience being there. so, lain kali kalo nak pergi dah tau dah apa yang perlu apa yang tak perlu. hehehhehee....

1 comment:

zh-ena said...

besarnya kuih apam tu..nak skitttttttt :D