mari mencari....

Google
 

Friday, October 2, 2009

cerita jalan2 : cari mee udang...(berapa punya lama perap daaa)...

dah berapa hari draft, tak publish2 pulak. takde mood la.

--------

betapa punya lama mengidam nak makan mee udang dari tahun lepas lagi rupanya. sejak dari 18/09/2008. huih..lebih setahun dah tu. amboi, amboi, amboiiiii... bapaknya lamanya. sejak dari insiden di pasar dan pasaraya kes pasal udang tu, terus tak teringat lagi nak makan mee udang. lagipon takde pulak terjalan2 kat blog ke yang ternampak mee udang. tapinya sementelaah dah terberjalan sampai ke taiping bukit merah bagai, jadinya kami pon nak le mencarik mee udang kuala sepetang yang dikatakan glamer dan sedap macam nak meletop bagai tu. nak le jugak try merasa ye ke betol sedap ke apa ke kan. tekak orang ni kan berbeza2. jadinya, petang tu dah relax kejap saya pon carik le info kat tenet camne nak pergi ke tempat mee udang tu le. rata2 bagi review yang macam best je kan. tapi takde map la. cuma ada yang bagi direction kuar tol changkat jering dan cari signboard kuala sepetang. tapi saya adalah blur2 le pulak mana halanya highway tol changkat jering tu. hehehhehe... so, masa nak kuar, kat simpang bawah bukit resort tu, singgah kat gerai akak jual goreng pisang tanya jalan. wahhhhh... rupanya ada je jalan belakang tak yah lalu tol. tak le jauh sangat dalam lebih kurang 45minit perjalanan la. lebih kurang la. jadinya saya berazam le nak lukis map. gigih le melukis map sepanjang perjalanan. hajat nak share map kat sini tapi saya belom transfer masok dlm pc lagi. malas la. kalo ada kan senang. bior senang korang2 nak pergi nanti tak le tercari2 kan. apa salahnya share2 info. kot2 korang ada yang terpergi berjalan belah2 utara tu nak merasa gak, boleh je. tapi yang pasti, bukan itu je satu2nya kedai yang jual mee udang. rupanya ada banyakkkkkkk lagi kedai yang jual mee udang, kedai mak miah ada, kedai kak senah ada, macam2 le ada. bukan kedai mak teh tu je. tapi takpe, since dah tau ni lenkali boleh pegi try kedai lain pulak kan.




akak goreng pisang kata jalan terus je nanti jumpa trafik light masok kanan. sekali dahjumpa trafik light tapi macam suspen le pulak nak masok kanan sebab takde signboard. so, berenti tepi jalan tanya pakcik yang dok tengah buat site visit. chewahhhhh.... pakcik tu tengah nak tengok kebon dia la. tu obek tengah tanya jalan. tapi gaya2nya macam nak membeli kebun tu je. hwuahahhahaa..... al-kisahnya tak le susah benor. tapi sebab 1st time pergi, tu yang jadi macam teragak2 tu kan. so, korang2 kalo pergi dont worry, kompom tak sesat. kalo ikut map saya la. tapi saya punya map tu berdasarkan kalo ikut jalan belakang dari toll bukit merah tu tau. jangan pepandai kuar tol changkat jering. memang tak jumpa de. lain arahnya dah tu. (ye, cerita pasal map yang tak dilukis lagi. hahaha)



tu diaaa.. dah jumpa dah. sebijik le macam signboard yang saya carik2 dalam tenet le. hwuahhahah.. so, kita amik gambar dulu le kan. kedai dia biasa2 je. macam rumah je. agaknya dulu itu rumah dia le kot dah jadi kedai. rumah tokey tu harus le bukan itu dah sekarang. harus le udah banglo kan. agaknya la. hwuahahhaha....






ni pon signbord lagi. nampak je dari tepi jalan. tapi ye la, jangan le bawak kereta tu laju beno. slow2 la. dah nama pon area kampung. budak2 naik motor simpang siur. kena hati2 lebih. diaorang2 tu bukan reti pakai helmet ke bagi signal ke hapa ke. main terjahhhhh je. kao dah tergolek baru la nak salahkan orang itu orang ini.









kot2 la terlepas jugak, sebelah kedai tu ada petrol stesen. wahhhh.. petrol stesen katanya. petrol stesen koboi style. hehehhee.... banyak la kat sana. boleh kata every 1km ada je petrol stesen koboi tu. untuk orang2 kampung kot. dan lagi satu, kalo terlajak or tersesat jugak, kedai ni betol2 sebelah pencawang telefon maxis. haaa.. korang carik le pencawang tinggi tu kan. harus jumpa. lupa lak nak snap pic pencawang tu.






ini le pemandangan kedai makan tu. hehehhehee.. biasa2 je. menu tak perasan le pulak tapi rasanya limited la jugak kot. dah tau nk makan mee udang jgn le pegi order mee kungfu la kotiaw goreng la..tak dapat nak nolong tu. dia yang glamer nasi goreng udang dengan mee udang. kat tepi2 tu ada gak macam gerai2 kecik jual sate, laksa, sotong kangkong. menarik jugak.




saya order jugak sotong kangkong. sedapppp. kuah pekat, ada banyak kacang. hehehehe... suka je. kan ada tulisan cucur udang tu kan. tapi saya tak dapat le sebab dahhabis. masa tu dah petang pukul 6pm++ dah. tu abang tu tengah buat sotong kangkong untuk saya. hehehhee... kat situ saya order air limau ais. obek order air botol. sedap jugak.





jengg..jenggg.. jenggggg.. ini lah dia mee udang tu. dia ada 2 version. rm10 untuk udang laut, rm6 untuk udang bela. so kitaorang order 2-2 la so boleh rasa2 share2 apa perbezaannya. udang memang besar2 dan banyak, ada la dalam 10-12 ekor semangkok. ehhehehe.... berbaloi je la kalo bayar rm10 tu.sebab kalo nak beli udang mentah pon takdenya dapat harga tu. nak kena beli mee mentah lagi, nak kene beli cili la apa la buat bahan kuah. masa saya makan tu, ramai la orang makan2 dengan famili. ye la..raya mood kan masa tu. saya tak tau memang style mee udang macam tu ke atau apa sebab kuahnya cair. ye ke? saya dok terbayangkan kuah pekat macam mee rebus tu. hahahahhaa.... memang macam tu kot. anyway... rasanya, boleh la.. tapi nak kata sampai teringat2 tu idak le kan. tekak memasing je la. rasa saya, saya lebih teringat2 kat apam besar kuala kangsar dari mee udang ni. takpe.. next time kita pergi kedai yang lain pulak ye.




tu dia.... food spread... meriahhh.. macam nak makan 20 orang. hwuahahha.. sotong kangkong tu banyak. rm5 je. memang berbaloi. kat kl ciput je sotongnya, rm5. ini sekor besor tu ko... sedap lak tu. recommended. obek still makan dengan cili potong dan tuangkicap. owh... sungguh tak paham saya. tak cukup pedas ke? pada saya dah cukup dah tu. ye la.. saya kan tak tahan pedas. tapi ramai je saya tengok kanak2 makan mee tu. so, konsider tak berapa pedas le tu kan.





gambar selepas makna. kulit udang sepinggan. hwuahahhahha... so, itulah ceritanya saya pergi mencari dan makan mee udang. perot kenyang rasa nak meletop. saya memangtak boleh habis portion mee udang tu sebab kenyang makan udang berbanding makan mee. eh..lenkali pergi nak order kuah dengan udang je la takmo mee. agak2 orang kedai tu bagi tak? huewhahahaha... overall, ekspedisi cari dan makan mee udang memuaskan. nak kata termimpi2 terigau2 tu takde la. tempat makan biasa la.. takde la nak kata hygiene sangat ke apa ke, biasa2 je la. tapi yang pasti tak kedekut tisu. bagus. saya paling benci kalo pergi kedai makan takde tisu. apa bangkrap ke kalo supply tisu kat customer. kalo bagi pon sekeping je. ehh.. tak pasal2 nak membebel. balik dari makan2, terus cari kedai cermin mata sebab saya lupa nak bawak solution contact lense. eeeeee.. katpekan depan tu takde ko.. kene pergi ke pekan taiping. tak jauh dalam 10 km dari simpang 4 depan tu. tapi masa tu dah maghrib. kedai2 sana lak tutup cepat. suspen woooo.. mata dah pedih2 ni sebab lama sangat pakai lense. pusing punya pusing punya pusing ada le jumpa kedai ni. depan hospital taiping. hehhehee.... terus terjun masok kedai, itu pon dah tutup sebelah pintu. haiyoooo... terus beli. sekali apek kedai tu pulak tak tau mana letaknya kunci almari solution tu. kene lak dia call anak dia kot tanya. haiyaaaa.. takpe la.. kesudahannya dapat jugak. lepas tu terus balik laaaa...apa lagi.
ok. itu je ceritanya. cerita pergi rumah orang kawen nanti esok publish. bye-bye.

2 comments:

nURmALa mAZLan said...

oo..patut la...sampai ke taiping mmg wajib makan mee udang...
sebab udang dia bapak byk + besar

[S]itie [B]Um [B]Um said...

nk pegi ar nanti