mari mencari....

Google
 

Tuesday, September 29, 2009

cerita jalan2 : kuala kangsar...



hehehhee..punya berkurun baru le nak cerita. oranglain semua dah habis khatam saya baru terhegeh2 nak buat entry ni. anyway.. hari jumaat tu obek ajak pergi jalan2. ingatkan nak kuar jalan2 pegi kl je la kan, sekali jauh le pulak pegi highwaynya. tanya punya tanya sekali katanya nak pergi kuala kangsar nak makan laksa kuala katanya. haa..hambekkk.. udah le sehelai sepinggang. takpe..kita beli saja. baju2 kat kuala tu murah2 je. hwuahahhaa.... hei..takde la.. saya kata balik dulu la amik baju segala. sebab lagipon katanya nanti nak terus singgah ke kampar pergi rumah kawannya kawen hari esoknya (sabtu) tu. larat ke nak beli je semuanya. kot koje cop duit pon harus habis dah dakwat nak cop duit tu tau tak. ops..sebelom kuar rumah seperti biasa amik pic nezha dulu. mujur dah siap2 turn on lampu kipas tv semua. kalo tak saya meroyan takmo pergi. kene siapkan mamat kepochi punya keperluan dulu baru boleh pergi jalan2.



so, dah nak sampai le ni. perot udah le lapar sebab saya memang tak makan dari pagi lagi. ingatkan boleh le makan lunch sekali obek tak singgah memana daa. dia kata simpat perot untuk makan laksa. dia bawak direct je macam kena kejar hantu kat atas highway tu. benci aahhh.. biorkan nanti kalo ada dapat surat cinta dari abang polis kita tepok tangan ramai2. anyway, saya tanya what if kedai laksa tak bukak haaa..camne? dia kata mesti bukak punya. wahh..kompiden je orang tua ni kan. saya ni idak le suka beno laksa, obek je yang suka sangat2, heran betol la. layan je la. haa..tu tengok dah nak sampai. dah jumpa signboard masok ke kuala kangsarrrrrr..





on the way ke pekan kuala, lalu le kat pekan2 kecik. sekali tu masa brenti kat traffic light, ternampak kedai ni. wahhh.. old time betol la. dia jual biskut dalam balang kaca susun lawo2. bestnyaaa.. lama dah tak jumpa kedai yang jual biskut macam ni. saya ingat masa saya kecik2 dulu ada la. dah tua2 bangka ni takde jumpa lagi dah. rupanya masih ada. masa time kecik2 dulu tiap2 petang pegi kedai, beli biskut 20sen. hari ni biskut lain, esok biskut lain. bukan nak makan sangat pon, saje gatal nak pergi kedai dan nak tengok balang cantik2 tu. hwuaahhaha.... then, terus snap pic la. tapi seperti biasa tak le lawo gambarnya sebab pakai hp saje. jadi la. buat2 kenangan. kalo tengok in real still boleh nampak biskut tu tersusun cantik macam batu bata je kat dalam balang kaca tu. dah nakmasok pekan, nampak sekolah clifford. obek kata dulu toknagh sekolah kat situ. wahhhh... gila lama le ye sekolah tu dah. tak sempat lak nak snap pic. sebab kenderaan bergerak. saya ni dah le jenis terkial2. idak le sempat nak snap apa2 pic. tapi masih macam teringat motto sekolah tu, 'the ship is more than the crew'. lebih kurang la. kalo salah sila betolkan. apa maknanya tu ye?? jejjejeeeee.....


dah sampai dahhh.... boleh kata semua kedai kat situ jual benda yang sama la. laksa dan cendol. hwuahahhaa... so competition very high la kan. kiranya sapa yang masak paling sedap dia le yang paling banyak dapat pelangan. masa ni kami pi kat macam medan selera la. memang itu 2 jenis le main dish yang dijual. actually ada gak yang lain macam abc, mee rebus, rojak, pasembor dan lain2 la. tapi semau orang pon saya tengok makan laksa dengan cendol. pening makcik. masok2 je food court tu orang kedai pon panggil2 la kan, mari2, laksa2, cendol2. hehehhehe..meriah. so, duduk kat table kedai nombor 5 tu le. laksa not bad. kira boleh masok le tekak saya. murah je pulak tu. laksa kosong rm1.70. kalo ada boh telor rm2.20. hehehhee.. mana ko nak carik laksa bertelor rm2.20 kat kl ni? kalo tak nyebot rm3.50 jangan mimpi nak makan laksa. anywayyyy.... sebab saya rasa macam tak berapa ngam dengan laksa, so order jugak pasembor. ingatkan best le sekali tak best daaa.. mmm.. macam rojak biasa je. in fact, rojak mamak lori kat depan banggunan telekom kat taman desa tu lagi 10 kali ganda lebh sodapppp... hwauhahhaha... takpe2.. pengalaman jalan2 cari makan. oder abc je satu, share dengan obek.

ni le rojak / pasembor tu. tak best la. tawaq je saya rasa. takpe2.. kita try test dulu. lenkali jangan le order. ye tak?



ni laksa tu. 1st time saya makan laksa kuala. dengan abc. ni saya punya le. saya hirup kuah je la dengan makan sikit dalam 2-3 sudu. selebihnya bagi kat obek. dia kan hantu laksa. owh..yang buat special laksa2 kat sini tu dia guna tepung beras pure untuk buat laksanya tu. so, teksturenya lain la sikit. tak macam laksa2 yang kita biasa makan kat kl ni kan macam berkilat dan liat2. dia laksa sana tu tak liat, dia macam gebu2. aaa..pegi le try rasa nanti kalo korang ada pergi sana. pada yang suka tu mesti berkenan. mana yang kureng tu macam saya, hehehhe., boleh je order makanan lain. kahkahkahkahhh...


this is his 3rd dish. gila la orang tua ni. dah le laksa saya dia pon bedal, lagi mau order banyak2. tak le pulak dia sakit perot. heran.. heran.... lepas dari makan2, kita pusing2 jalan2 kat kedai2 jual barangan cenderamata kat tepi2 tu. banyak la beli jugak. owh..bukan saya beli. obek yang beli. saya cuma beli kuih apam besor je 2 keping. sodapppp.. nanti pic kat entry lain. obek dah berkira2 nak beli laksa mentah untuk hantar bawak balik kampung nak bagi kat ayah dia. waduh2.... camno tu larat le balik dari perak ni esok nak shoot ke johor pulak? ayah obek pon suka jugak laksaaaa.. hambekkkk.. anak beranak laksa. lepas berkira2 kat mana nak simpan segala, saya kata kalo nak jugak esok on the way balik singgah lagi sekali kat sini baru beli. ok la tu kan. obek beli macam2. beli labu sayong le (yang saya masih tak paham sampai je hari ni apa motif dia beli labu sayong tu), beli parang beso, parang kecik, entah hapa ke lagi. macam2 la dia tu shopping ngalahkan saya. saya cuma beli wind chime je la buat dari buluh. lawooo.. dah gantung pon kat rumah. kena angin dia kuar bunyik klukk klukk klukk. hehehhehe.. memekak je kan. hei..nezha pon suka apa. kalo benda tu bunyik je tegak je tinga dia. owh..kat sana pon ada jual jugak barang2 macam tembaga2 ni. kira kalo macam sapa nak kawen nak set tepak sirih tu dia ada la jual. harga kira boleh tahan le kan. saya tak beli le. beli buat apa.



ni pemadangan tepi sungai tu. see, ada signboard sungai kangsar kan? hehehehe... tetiba lak ada orang dating2 kat kerusi tu. tak laa.. diaorang tu pekerja apa ntah, baru je duduk kat situ berehat. sian, koje tengah2 panas. apa nak buat, cari rezeki yang halal. lawa sungai tu. tapi nampak macam deras. aduhh...saya ni dah le panakot air, tapi nak jugak amik gambar sungai tu. terketar2 woooo.. terus terbayang2 ni tetiba ada buaya melompat dari sungai, hwauhahhahhaa.. gila tahap imaginasi yang keterlaluan. lepas je snap pic, terus lari ke tengah jalan. takot. owhh.. lepas makan mesti nak kosongkan tangki kan? ada jugak tandas awam kat situ. masok kena bayar 30sen. tisu sila beli sendiri. hwauhahhaha....kebersihan tandas kira boleh le. nak melepaskan sesak hajat tu. nak shining2 bagai tak dapat le nak nolong tu kan. nama pon dah holiday, orang pon dah ramai yang guna.



seberang sungai ada masjid. masa tu ada dengar orang ngaji2. dah nak asar kan masa tu. lepas kuar dari tempat tu kitaorang pusing2 lagi kat pekan kuala kangsar. meriah. nampak pasar raya borong sakan. hwuahahhha..biasa dengar je kat radio hari tu nampak betol2 ko. kahkahkahakhhh.. harga? memang le murah. bedsheet tu baru dalam rm68 aje. haihh...rugi tak beli. takpe2.. lenkali kita datang lagi ye. sesambil tu survey orang jual laksa mentah untuk dibeli esok. rata2 jual dengan harga yang sama. rm10 untuk sekilo. katanya kalo sekilo tu boleh buat makan 8 orang. yee..tengok pada orangnya la. kalo obek harus dia je kot yang bedal sekilo tu? hwuahahhaha.. sian obek asyik kene perli je masa tu sebab makan laksa banyak. kahkahkahakhakhhh.. overall, perjalanan makan laksa ke kuala kangsar amat menarik. harap2 nanti boleh pergi lagi. mesti pergi lagi..sebab barang2 kat sana murahhhhhhhhhhh....

2 comments:

zh-ena said...

deman mcm maner? dh ok ker??

ena pun kurenggg skit ngan laksa..

TEACHER OF SOMEONE said...

wah ke bkt merah...
dah dkt dgn kg saya..
apesal tak ckp..
klu xblh dtg rumah..
blh bg duit raya...
hehehehe