mari mencari....

Google
 

Tuesday, September 1, 2009

hello..kalo ni entry panjang tau sebab malas nak buat banyak entry..



yuhuuuu...hello... happy tuesday!!! hehehehhee.... jangan la malas2, jemu, marah2 pepagi ni. kan dah cuti lama so hari ni kena la bersemangat sikit datang kerja baru la ceria. hehehhee... kalo korang rasa2 nak tido tu tatap je muka nezha yang tengah tidor. wakilkan je la rasa mengantuk tu kat dia. huwahhahaha..dia ok je kalo suruh tido walopon kadang2 melawan gak dia tu. saya suruh tido dia pergi main melompat2. haih..takpe, takpe.
~~~~~~~~~~
so, hari ni nak cerita sikit la kejadian sepanjang weekend hari tu. kan cuti lama sempena merdeka. wahhh...saya tengok tau perbarisan hari kemerdekaan yang buat kat dataran parlimen tu. tengok kat tv je la takde la sampai pergi kesana. kesian askar2, polis2, navy2 semua kene berbaris. mesti penat tu kan. tapi mujur juga cuaca hari tu mendung so tak le berapa panas. tak panas pon...cuba korang berdiri tegak kat tengah laman tu larat? ehhehehe... so, tabik la kepada semua yang terlibat dalam perbarisan tu. sedia berkhidmat betol. calang2 orang tak larat lor nak berdiri terpacak macam tu. tu pon sure dah berlatih beriya2 tu. aduhaiiii.....
~~~~~~~~~~
cerita hari sabtu (29/08/09) :
sabtu pagi saya balik rumah ma. malas nak balik dari jumaat tu. so, sampai2 rumah je apa lagi sinsing lengan baju sinsing seluar kemas rumah lor. eeeeee...heran betol la ada je benda yang nak dikemas walhal bukan ada manusia pon. takpe manusia lagi berhabok la rumah. heran betol. semut bukan main banyak. entah le dari mana datangnya. malam tu saya korek2 dah jumpa dah rumahnya. apa lagi..amik ridsect terus sembur banyak2. mau le habis kot sebotol ridsect tu. harap2 lepas ni takde lagi. nak kena jalankan operasi mencari lagi ni. dulu2 takde lak banyak2 semut ni. dia memang le tak mengacau tapi kadang2 mengganggu jugak. mujur belom sampai dapor lagi gerakan semut2 tu. ada je tau. petangtu berbuka saya sorang je kat rumah. sebab ma berbuka kat surau sebab kat surau ada orang buat moreh. takpe la. bukan tak biasa berbuka sorang2. so, takde apa benda yang menarik yang boleh diceritakan pada hari sabtu.
~~~~~~~~~~
cerita hari ahad (30/09/09):
pagi2 dah pergi pasar sebab nak pergi berbuka kat rumah mama sebab nak melawat opah. lama dah saya tak tengok opah saya. sian dia. sampai2 je pasar benda pertama yang saya nampak ialah toy dolphin wahhhh...terus berkenan ni. toy tu macam bantal la tapi bentuk dolphin. so comel. ada macam2 kaler. ada kaler oren, kuning, pink, biru. wahhh..comel sangat... mata saya memang dah pandang situ je la. ma pon tegor. haa..itu tak lain mata tengok patung le tu. hwuahahhaa... relax la ma. ma pegi la pilih bawang ke apa ke sesambil saya ushar dolphin tu. tapi belom beli lagi. kasi pusing2 dulu. takkan nak beli awal2 sebab masa tu belom pergi bahagian ikan lagi kang habis le dolphine saya berbau ikan. aikk..bukan dolphin tu memang ikan ke? hwuahahhaha... so, beli la hangkut semua ikan yang ada kat pasar tu. ma tu tau je la. kalo nak buat laok tu macam nak buat kenduri. takot beno kalo makan tak cukup laok tambah2 kalo bagi makan kat orang. haihh..layankan je la. mujur guna trolley pegi pasar, kalo pakai bakul angkat pakai tangan tu patah tangan. lepas tu pergi bahagian sayur pulak. saya kebetulan entah le takde mood apa pulak nak makan apa. lagipon waktu tu masih pagi lagi so perot pon kenyang lagi. belom ada apa2 yang teringin. eehehhee... tapi nampak jering pulak. cakap kat ma buat sambal jering je la dengan ikan bilis. lama dah tak makan tu. dah nak balik tu ma singgah lagi tempat bawang. sesambil dia beli tu saya pon pegi la beli dolphin tu. hehhehee...murah saje. rm15 tapi dapat kurang rm13. comellll....gambar lupa lak nak amik. nanti saya balik minggu ni saya amik gambar. dolphin tinggal kat rumah ma la. masa ma dah beli2 bawang tu dia dok tercarik2 saya. hehehe..sekali nampak saya dah bawak beg plastik besar. dia kata tu tak lain dah beli le tu. hwuahahha... so, belanja ma tudung. tudung yang biasa2 tu. murah je 1 rm5. so beli 2 la. lawo pulak saya tengok tudung tu. lepas tu balik masak2 semua, lepak kejap. pukul 3pm bertolak ke rumah mama. mama masak kari ikan. bagusnya. saya memang teringin tapi malas betol nak masak. jumpa opah. opah nangis2. sian lak tengoknya. nak buat camne. apa pon tak boleh buat dah sekarang. terbaring macam tu je la. jadinya malam tu kitaorang tido rumah mama la. owhhh... saya bawak le dolphine saya. saya bagi nama dia "opin" ada dekat2 upin ipin le pulak. tak kisah lee...
~~~~~~~~~~
cerita hari isnin (31/08/09)-MERDEKA!!!
pagi pukul 730am bertolak dari rumah mama balik ke rumah ma semula. sebab ma ada tadarus. tak boleh ponteng kelas. hwuaahhahhaa... orang2 tua ni komited betol bab2 tadarus ni. sampai rumah, ma pon bersiap2 nak pergi tadarus. ma kata nak balik kang masak le dulu apa nak makan. saya kata malas la. takmo masal. sebelom balik tolong bungkus hadiah. sebab ma nak bagi orang. ada le 40 bungkusan. gila penat kaki tangan semua bekerja. dah siap settle semua, lipat baju dulu, so tak le berkedut sangat. lepas tu kemas2 sikit then berangkat balik la. hehhehehee... sampai rumah main2 dengan nezha, pas tu tido kejap. petang pukul 430pm obek call. ajak berbuka kat luar. wahhh....sepanjang bulan puasa ni baru semalam la dating2 berbuka. hehhehee.. jalan clear betol la semalam tu. tol sunway tu takde kereta. waktu siang la. malam saya lalu dah ada banyak kereta dah, sebab orang dah balik kot. tapi, cuba kalo pagi ni. hehehhee..bersusun kereta. so, semalam berbuka lagi di tempat ni. tahun lepas pon berbuka disini juga. apsal suka sangat pergi sini ntah le. tapi tahun ni dah macam tak best sangat. orang yang diukai dah takde. takpe la. tapi..makanan pon dah tak berapa best jugak la semalam. dulu kat belah luar pon dia ada letak, semalam takde pulak. maybe sebab orang tak ramai kot. tapi worst semalam sebab asap kambing panggang tu tak keluar le. habis berasap dewan dan berbau satu badan, rambut, baju semua. sian kat kanak2. mujur saya duduk belah luar. kalo betol2 kat belah dalam tu memang hazab la. patut buat ventilation lebih sikit. or at least pasang le kipas ke hapa ke kasi asap tu keluar. terok la. menu, biasa2 je. taste, boleh tahan. paling saya suka semalam cucur udang. tapi takde lak pulak nampak udangnya, ada tepong je. huhuhu..tak kisah le. saya makan tu banyak semalam. wahh..semalam ada kek besar tau gambar bendera malaysia. lawoooo... maybe sempena hari kemerdekaan kot. saya malu2 kucing je tapi berani kan diri pergi amik gambar kek tu. sedap gak. rasa butter rasa lemon. not bad la. kat situ macam2 gelagat orangboleh kita tengok. ada yang selamba, ada yang protokol lebih, ada yang garang, ada yang macam nak marah2, ada yang happy, ada yang macam diam je. hehehhehe.. budak2 pon bukan main. ada yang aktif, ada yang nangis, ada yang terlebih manja, ada yang independant. wahhh..macam2 ada. tapi..macam tahun lepas jugak, kitaorang tak memang pon cabutan bertuah, uwwaaa.. sedih betol. orang2 sebelah pulak yang menang. nampak dia macam dapat biskut la note book la pen la. hehhehee.. menarik juga. dan penyanyi adalah seperti biasa, kumpulan rabbani. mmm..orang baru yang gantikan arwah tu boleh tahan jugak suaranya. sedap lorrr... semalam dia ada le jemput audience naik pentas nyanyi lagu rabbani. wahhhh..menarik. ada mamat tu apa ye namanya lupa, big size la tapi suara sedapppppp.... suka la. semua orang tepok2 tangan. so sporting. lepas tu ada sorang girl ni pulak. alamak..ini dah kira macam dia lak take over pentas. hwuahhahahhaa... malas nak ulas. sapa pergi semalam tau la. anywayy.... hati gembira. sekali, saya nak pergi toilet, lagu kat depan tu ada booth2 jual macam2 la. so, ada tv, masa tu tengah berita. tak dengar apa cakapnya tapi tulisannya kata minyak naik harga. hwuahahhaha... baru nak happy2 terus jadi tak best. cakap kat obek, obek kata bior la.. tak boleh nak buat apa. ikut je la. aahhh...kalo bercakap dengan dia tu kadang macam tu la. geram. anyway... lepas habis2 makan2 balik la. ni pic semalam.



kek besar gambar bendera malaysia. sedap... masa amik gambar ni masa baru pusing awal2 nak berbuka tu. saya teringin nak yang dalam mangkokkecik tu kan macam jelli2, tapi bila pusing lagi seklai udah takde. uwwaaa...sedih tau. tengok kat meja sebelah amik sampai 3. apa la..share2 la dulu, orang lain pon nak jugak. lepas tu lagi bengang dia makan tak habis. sekerat2. uuwwaaaa..tensennya makcik.


aaaa...ini rabbani with new member. tengah nyanyi apa ntah semalam. not bad. ada lawak2 jugak. boleh la.... halwa telinga katakan.


1 malaysia, 1 malaysia. sekarang apa pon 1 malaysia. silap2 kang ada lak kuih raya nama 1 malaysia. hambekkkkk.....dulu gemilang terbilang cemerlang gelang2 bagai. sekarang 1 malaysia. macam2 tagline la.
~~~~~~~~~~
habis cerita tu, kita masok bab lain pulak. hari jumaat tu saya ada la beli tudung saji. sebab kadang2 obek belikan makanan banyak sangat so macam terdedah je gitu. jadinya beli la tudung saji. konon nak lain sikit. beli bentuk 4 segi lorr...bukan bulat. tahun lepas pon beli juga. tapi beli yang jenis macam kain net tu. macam kelambu baby tu le boleh bukak tutup tu. tapi korang tau la.. dengan adanya si nezha tu habis tudung saji kain net saya terbarai. hancor. lepas tu say atak beli2 dah sebab dah jarang guna. lagipon kalo bukan bulan puasa makanan tu tak le banyak atas meja. kalo ada pon terus boleh makan. yang ni kan hidang then kena tunggu2 tu yang rasa tak best je tu. hari tu tutp pakai paper je, rasa macam tak best le pulak. seperti biasa, kalo membeli harus tuan inspector sahab akan membuat pemeriksaan secara terperinci. sampai2 je benda tu kat rumah dia le dulu mengejar. belek2, cium2, garu2, usik2, tolak2 sudahnya dia naik atas tudung saji tu. sabr je la. saya jerit marahkan dia.menehen je dia. bila diangkat letak ke tempat lain dia datang lagi. last2 tak kuasa la dah nak marah. bior la lantak saya. tengok la tu.. menempek atas tudung saji baru saye. geram betol la....


duduk baikkk punya lepak atas tudung saji. lepas tu sempat lak juga gigit2 pemegang putih tu. aduhh..sabar je la.


ni entah le apa lagi nak buat. berpusing2 berjalan2 atas tu.



yang ni dok bertenggek pulak. lama jugak dia duduk atas tu. macam2 perangai betol la dia ni.
~~~~~~~~~~
haaaaaa... kan dah kata nak buat entry pasal juadah sahur. mesti, mesti.. jangan kasi terlobang entry sahur tu. kenapa mesti sahur? sebab sahur best la. hehehhehee.... so, cuti 3 hari kita pon buat lump sum jugak le ye.
~~~~~~~~~~
sahur hari ke-8 (29/08/09-sabtu) :
masih le makan roti tu. sebab 1 paket tu kan ada 6. baru makan berapa je 3 kot. hehehhee... jenuh le nak habiskan sepeket tu. so, makan dengan baked bean. sedap. boh lada hitam sikit. air milo dan air suam, kurma. makan jugak buah dragon tu. sedap.. sejuk2 je tekak masa telan tu. baru le segar. idak le lentok je time makan sahur kan.
sahur hari ke-8 (29/08/09-sabtu) : roti, baked bean, dragon fruit, milo, air suam, kurma.
~~~~~~~~~~
sahur hari ke-9 (30/08/09-ahad) :
kali ni sahur kat rumah ma. masih makan roti jugak sebab takde laok dah nak makan nasi. nasi ada lebihan berbuka tapi laok dah takde sebab saya masak sikit untuk saya sorang je masa tu. ma kan berbuka kat surau. hehehhee...so, malas makan nasi, kita makan roti. masih dnegan baked bean sebab suka. roti bakar adalah sikit hangit sebab saya tak perasan dia punya marking rupanya kat nombor 4. biasa kat nombor 2. sekali kuar2 melantun tu dia... hitam lorr... tu mesti dah tergesel la tu so tak perasan terus je tekan roti masok dalam toaster tu. takpe la.. hangit2 pon sodappp.. buat jugak telur dadar. ma pon sahur yang sama. tapi ma makan nasi jugak dengan laok telor dadar tu le. saya makan roti je. air milo seperti biasa dan air suam. hehehhe..perasan tak als meja mengkuang tu sama je dengan yang kat rumah saya. memang laaa... sebab saya memang beli 2 yang sama. satu letak kat rumah ma, satu kat rumah saya. hehehhee...sepesen je la jadinya.


sahur hari ke-9 (30/08/09-ahad) : roti bakar, baked bean, telur dadar, air milo, air suam. kuram tak makan pulak sebab rakde kurma yang kurus kat rumah ma. semua yang gemok2 tu tak minat la.
~~~~~~~~~~
sahur hari ke-10 (31/08/09-isnin) :
aaaaa.... kali ni kan tido kat rumah mama. hehhee..insiden menarik, macam biasa saya bangun pukul 4am sebab nak sahur. tapi tengok senyap je, segan le pulak nak selongkar dapor rumah orang. hahhahahhaa... walopon rumah mama tapi jangan le main redah je kan. apa la.. bior le tuan rumah yang bangun. kahkahkahkah...so, saya pon baring2 jugak le, last2 dah pukul 430am tu orang tak bangun2 lagi saya dah gelabah le. sebab saya tak suka bersahur dalam keadaan kelam kabut sebab waktu imsak dah nak sampai. saya suka relax2, tenang2, aman2 makan. tak suka cepat2 macam tu. so, saya kejutkan mama. call je la hp dia bior dia bangun. dah tu dia pon bangun saya pon tolong siapkan meja la. panaskan laok, panaskan nasi semua tu. mama masak mihun goreng buat tambah2 makanan. goreng fries jugak sebab saya gatal nak makan fries. hwuahhahahhaaa....so, dah pukul 5am tu baru le makan. mmmmm..biasa saya kalo sahur sendiri pukul 5am tu dah siap2 relax dah. just lepak2 minum air suam kasi perut turun je lagi. anywayyy.... ini pon mujur dapat snap gambar. saya malu lor kang apa lak orang2 tu cakap apahal lak nak amik gambar makanan pepagi buta ni kan. so, gambar sewaktu makanan belom dimakan, takde. yang ni selepas makan masa tu orang2 dah beransur bangun nak hantar pinggan ke dapor saya cepat2 snap. malu lorrrrr....
sahur hari ke-10 (31/08/09 isnin) : nasi, lebihan laok berbuka, mihun goreng, fries, milo, air suam.
~~~~~~~~~~
sahur hari ke-11 (01/09/09-selasa) :
kali ni dah kat rumah sendiri. pagi tadi la ni kan. takde mood nak makan apa sebab perot rasa tak berapa sedap sebab semalam berbuka tu banyak sangat bercampur aduk. so, sahur makan cereal, air milo, air suam, kurma. itu je la. cereal tu saya makan dengan winter melon juice. ala.. air tembikai susu. air kotak je la. saje la tukar2 selera. asyik makan dengan milo & susu je sesekali tukar selera sedap jugak. tapi memang le sedap. tak percaya try laa...

sahur hari ke-11(01/09/09-selasa) : cereal + winter meon juice, milo suam, air suam, kurma.


oopsss... tetiba ada gambar selingan. ini namanya muka orang yang meneman saya sahur pagi tadi. hwuahahhahha... tengok la betapa dekatnya dia tu. itu pon kira jauh lagi tu. kejap je tu terus datang nak rasa. bagi dia rasa winter melon juice tu suka lak dia. haihhh.. ko ni nezha, memang apa yang saya makan memang ko suka je kan. anyway, itu la peneman paling setia. lepas sahur tengok cerita qalesya. sebab yang tayangan belah malam tu saya tak tengok. hehhehe..semakin best dah cerita tu. not bad.
~~~~~~~~~~
jadinya, itu le cerita entry panjang untuk kali ni (sebenarnya tak le panjang sangat pon, kepoh je lebih). tak kuasa la nak buat banyak2 entry. satu cukup la. harap2 korang tak penat membacanya. hehehhehee.... dan, jangan malas2 ye buat koje. kene rajin2 tau. hari pertama kerja setelah cuti panjang tu masa nakbangun tu cuba cakap, "wahhh..bestnya kerja". jangan la cakap "alaaaaa..malasnya kerja". buat la camne korang excited masa baru2 1st day masok koje dulu tu. haaaaa..baru le lebih ceria. hehehehhee....
~~~~~~~~~~
ok la... nanti sambong lagi ye... hari i pepagi hujan pulak kan. dah le jem, hujan pulak tu. what a great combination betol la. ggrrrr...opss..jangan marah2.. ceria2....
~~~~~~~~~~
i love you obek...(bila nak beli baju raya ni?)
i love you nezha...(notty, notty, notty boy)
i love all of you...(hooreyyyyyy....lalalalalaaaa.. hari2 kerja)

No comments: