mari mencari....

Google
 

Wednesday, September 2, 2009

lari2 kuda pedati, kenapa saya susah hati?...


hello...
hari ni macam biasa la. cumanya ada macam rasa kurang sihat dan takde berapa nak ada mood. membuatkan saya lagi la tidak bercakap2. selama ni pon dah tentu la tak bercakap sangat, bila dah macam ni, lagi la bertambah senyap. saya senyap? hishh..boleh percaya ke ni? hwuahhahhaa... percaya laaaa... takde la.. biasa2 je. takde mood, boring dan malas. itu je yang sebenarnya.
~~~~~~~~~~
itu pic nezha malam tadi. seperti biasa bukan boleh nampak kalo kita nak buat koej ke hapa ke mesti nak sebok mengempek kat tepi tu. tu memula je baik la duduk kat tepi. lama2 kang sikit lagi dekat, lagi dekat, lagi dekat, sudahnya terus duduk atas keyboard. sabar je la.
~~~~~~~~~~
semalam berbuka sikit je. tak larat lansong la. entah le kenapa. jalan jem masyaallah.. allah je yang tau. taktau la nak cakap apa dah rasa nak nangis. hehehhee..ciwek betol la. sampai rumah pukul 715pm. takpe. bagus jugak sampai2 dah nak berbuka. tq obek sebab dah belikan awal2. obek beli kari daging, ikan bakar dan ayam goreng. kuih popia dengan apa ntah yang bulat2 kaler putih. air soya bean. wahh..macam nak makan 10 orang. ikan bakar share dengan nezha. mamat tu suka je kalo bab2 makan ni. hambekkk..saya pon tak larat sangat. makan nasi sejemput je. memang betol2 tak larat la. malam tengok cerita batu belah batu bertangkup. hehhehehe... lama tak tengok cerita tu. tak tengok pon csi sebab dalam pukul 915pm macam tu saya dah tumbang. sakit kepala la.
~~~~~~~~~~
jam bunyi pukul 4am untuk sahur pon tak sedar. tipu la tak sedar, sedar sebenarnya tapi malas nak bangun. bior dia snooze banyak2 kali last2 pukul 445am baru bangun. so boring tak tau nak makan apa. roti takde, telor pon takde. tak boleh jadi la macam ni. mesti ingat petang nanti kene beli roti dan telor. kalo ada senang boleh bakar je. so, korek2 ada lagi cereal tu. alamakk..rasa macam boring pulak nak makan cereal tu tapi dah takde makanan lain. hantam jugak la. minum milo dan air suam. itu je la. masa sahur nezha teman. standard. dia mana boleh berpisah dengan saya. hatta ke bilk air pon ditirutinya. hehehhehee... i love you nezha.

sahur hari ke-12 (02/09/09-rabu) : cereal, milo suam, air suam, kurma.
~~~~~~~~
entah le kenapa badan macam lemah je. obek ajak kuar malam tadi pon saya tak kuar sebab rasa macam tak larat je. apa la..kalo tak dah boleh dah kuar jalan2 pusing2 kejap. takpe la.. tengok la malam ni kalo larat. itu pon kalo obek takde hal. pagi ni jalan macam clear pulak. 830am saya dah sampai opis. hehehehhee..bagusnya. hari2 macam ni kan bagus, tak le bersesak2. kadang2 rasa macam nak pindah je kan duduk kat area2 kampung. kawan saya yang duduk kat area kampung kurang kesesakan, hidop lebih selesa, nampak macam menarik. tapi ye la.. setiap tempat pon ada pro dan kontranya. cumanya hidop kat bandar ni rasa macam lebih tertekan la. nak pusing2 rumah petang2? jangan harap la. rumah tu sekadar untuk tido mandi je. pagi2 dah kuar rumah, karang petang senja baru sampai rumah semula. tapi apa pon, saya patot bersyukur. ada orang yang lagi lebih terok dari kita. jangan la asyik mengeluh je. betol tak?

ini namanya sibudak comot. tengok la comot betol. bila nampak je saya amik tisu dia dulu mencicit lari. takot beno kene lap mata. geram betol.
~~~~~~~~~~
malam tadi saya tengah tido si nezha menggaru2 menggigit2. ingatkan dah pagi rupanya baru pukul 1230am. haiii..nakal betol. kejut ajak main agaknya. saya malas. pelok dia kuat2 selubung dalam selimut. hehehehhee....senyap je dia lama2 2-2 tertidor. bagus betol. entah bila dia bangun saya tak sedar pulak.
~~~~~~~~~~
hari ni takde isu dan isi la yang nak dibicarakan. otak runsing.

last but not least, tatap la gambar budak pendengki ni. tak dapat dduk atas keyboard, dapat duduk atas lptp pon jadi la. arrghhh... memang pantang lepa la lptp tu kat rumah. kalo dah guna harus cepat2 simpan dalam beg kalo takk..alamatnya memang jadi medan permainan dia la tu. anyway... nezha comel tapi nakal. camno tu? hehehhehe....
~~~~~~~~~~
ok. takmo cakap apa2 lagi dah.
~~~~~~~~~~
i love you obek...(nanti kita kuar ye)
i love you nezha...(dok rumah elok2, jangan sepah2kan rumah)
i love all of you...(do you love me too?)

3 comments:

zh-ena said...

mmg suka duk kar kg..aman damai jea..

nURmALa mAZLan said...

ye la kak..
semalam pon kita buka sket je
lepas isyak kita tros membuta sampai sahur

saya said...

ena--tu la.. tapi bkn semua org ada kampong. macam saya bandar ni le kampung saya. hehhehee..

mala--tido je kojenya. haahhaha..