mari mencari....

Google
 

Wednesday, September 9, 2009

nezha jalan terkedek-kedek, hari ni entry pendek...


huiyooooo.... hari ni gila2 punya jem kat jalan depan rumah saya. gila la sampai berlapis2 kereta tak boleh bergerak. rasa nak nangis dah tau. rasa2 macam nak je cuti tapi mengenangkan cuti pon dah tiris tak le jadi cuti. nak mc hari tu demam kebabom dah mc sampai seminggu. haduihh..betol2 menyiksa jiwa dan raga. entah le apa yang dah terjadi. tapi takpe la.. dah sampai opis pon kan. syukurrr....
~~~~~~~~~~
aaaaa..malam tadi kan, tengah tido syiok2 tu sekali dengar ada bunyik2 kuat2 beno tau. entah le bunyik apa tapi bunyik macam kat atas siling rumah. memang betol kuat punya lak bunyi tu. lama. taktau la bunyik apa. bunyi binatang ke, bunyi orang ke, bunyi hantu ke. tapi memang menakotkan. nezha pon takot. dia terkejut terus duduk tegak. saya lagi la. sebelom2 ni memang aselalu dengar bunyi-bunyian kat rumah tu tapi malam tadi memang menakotkan. saya beranikan diri juga bangun pusing2 rumah kot2 ada ternampak apa ke bendanya tapi takde le pulak. bila diamat-amati bunyik tu datang dari rumah sebelah. apa sudah jadi. jangan banjir macam hari tu udah le. memang saya bahasakan nanti. tak kira la bulan ramadhan ke, bulan september ke.. melampau tu namanya. so, kuar pegi tengok meter paip. wahh..waktu tu berani pulak nak kuar rumah sorang2 pukul 3am pi check meter paip kat depan pagar tu. tengok rumah sebelah gelap je tak bangun2. lantak la. tapi memang tak boleh tido la lepas tu sebab bunyi tu lama. saya takot je bunyi tu ialah u-u.... korang tau ke apa u-u tu? hwuahahhah..takot nak sebot la... nauzubillah..mintak dijauhkan dari segala bahaya ya allah...
~~~~~~~~~~
so, call obek pagi buta. luckily mamat tu sedar dan saya mengadu semuanya. dia kata nanti dia datang nak check. by the time dia sampai dah takde dah bunyik tu. so, kitaorang kuar pegi mekdi beli sahur. hehehhehe...sahur mekdi la pulak kan hari ni. bagusnyaaaa..sukanyaaaaa.

sahur hari ke-19 (090909-rabu) : mekdi double cheese burger, milo.
~~~~~~~~~~
saya makan kat rumah le. malas le nak berlama2 kat luar tu. obek blah la wat pe lak nak ada jugak kan. suboh hari pon jadi jugak dating. malam tadi pon kuar jugak. pusing2 ikut pegi tempat koje obek. gila scary tempat tu kalo malam2 takde orang. uwwaaa...macam haunted betol2. eeee...camne la boleh koje kat tempat macam tu. hantu pon pikir 2-3 kali nak datang. hwuahahhahaa.....
~~~~~~~~~~
semalam saya sampai rumah awal betol. 630pm dah sampai. yahuuuuuuuuuu..ini betol2 punya good record untuk bulan puasa. tapi petang ni for sure sampai lambat. tau dah. boring betol. semalam obek belikan laok sotong masam manis, ikan bakar, popia, kuih bulat2 macam ada tepong dan putu bambu. air soya bean le apa lagi. saya just masaknasi je. bagusnyaaaa.. ikan bakar habis makan sebab share dengan nezha. kuih pon habis, cuma kuih bulat2 tu je yang tak habis, air soya habis, sotong tak habis. hehehehhe...banyak betol makan berbuka semalam. pas tu tengok leverage. hehehhee..seronok. pas tu kuar. pas tu balik. pas tu tido. apa punya jadual waktu daaaa....
~~~~~~~~~
takde apa yang menarik nak diceritakan hari ni. kang tulis panjang berjela kang ada la orang tu tak larat membaca. takpe la.. layan kan je la ibu mengandung tu. hehehehhee...
~~~~~~~~~~
owh..ingat kawan saya yang selalu saya cerita tu? haa..hari tu kecoh2 dengan saya sebab dapat duit ganti pasal gelang dia hilang tu, then kecoh sebab laki dia dapat bonus, dia pon dapat bonus untuk raya, siap dapat duit raya lagi, tuptup.. tu dia..kereta eksiden. baru nganga. hari isnin lepas le tu eksidennya masa lakinya nak jemput dia dari kampung. kan cuti lama kan nuzul quran tu. lakinya kata kene langgar dengan treller, pecah bonet depan dan radiator pecah bagai. lori tu lari le. dai kat adia tak percaya. dia kata memang selalu lakinya bawak kereta tak betol. mmm..bila dengar (bukan dengar la, sembang tru ym) dia dok cakap macam tu kesian lak kat lakinya. dia kalo marah laki macam marah budak2. depan mak dia pon dimakinya lakinya tu. mmm..no komen. hal rumah tangga orang. sekarang dah susah sebab takde kenderaan nak pergi koje. ada motor tapi motor lakinya nak pegi koje, so dia takde kenderaan. saya kata takpe la..itu tanda2 nak beli kereta baru le tu. saja cocok dia sebab selalu beno dok dengar dia borak nak beli avanza la, nak beli perdana la, nak beli vios la. dia kata takmo. nak beli rumah. saya kata wahhhh..salam takde2 duit tu nak beli rumah pulak. cerita takmo mengalah. layannnnnn.... kalo bersembang dengan orang macam tu, jangan dibangkang, ye kan semuanya. kalo dibangkang nanti lagi dia takmo mengalah. lantak le sana.
~~~~~~~~~~
apa la.. kurus puasa saya hari ni. tapi nak jugak luahkan perasaan kat blog. entah la..susah nak cakap. hari ni mood biasa2 je. harap semuanya ok2 belaka la. jangan la ada apa2 masalah. saya tengah runsing sebenarnya ni tapi entah susah nak cakap. mujur ada nezha tempat meluahkan perasaan. heyyy..cakap pasal mamat tu, saya belikan bekas makanan baru untuk dia. yang jenis macam pasu tu tau. tembikar. boleh dia takmo makan dalam tu. geram betol saya. bila suap pon dia macam suspen2 je muka dia. sekali saya letak balik piring plastik pink dia tu baru la nak makannnnnnnnnnnn. uuwwaaaa... tensen betol. rugi je beli mahal2 bekas tu dia takmo lak makan dalam tu. nak jugak guna piring plastik tu. lantakle sana nezha, janji makan. saya kononnya nak le bagi lawo sikit bekas makan dia tu. dah dia taknak, nak buat camne. sekarnag 2-2 bekas tu saya letak makanan. bior la dia sukati nak makan dalam yang mana satu. mana tau kot2 nanti dah terbiasa ada bekas tembikar tu kan. elok sikit. hehehhehe... nezha, nezha.. macam2 perangai la ko ni. apa pon, saya sayang nezha.
~~~~~~~~~
ok la..takmo bebel panjang2. have a good day girls..and guy, if any.
~~~~~~~~~
i love you obek...(thanks)
i love you nezha...(muahh..muahhh)
i love all of you...(lalallalaaa...)

6 comments:

Ummi batrisya dan damya said...

dalam banyak-banyak cerita, mak cik paling suka gambar mc D itu :)

~dARlee zURiS~ said...

hahaaa..tu lah
kesian ibu mengandung tu kan
semput pulak nanti
;P

u-u tu ape?
nak tau lah gak
tu namanya rezeki
kalu takde bunyi tu..takde sahur mekdi tadi kan?
hehee...

MOKCIK AZWA said...

semua orang pun komplen jem teruk hari ni katanya...ada tali air pecah ker aper...as long as erl tak kena banjir...no problem for me...hehehe..

bestnyer sahur mekdi..tapi skang ni mokcik dah boikot mekdi huhuhu

zh-ena said...

mungkin ader kucing @pun tikus kot lari2 atas syiling tu..u u tu aper??

tarikh hari nie cantik kan..org cina mesti ramai yg kawen ari nie..

nURmALa mAZLan said...

kat umah kita pun selalu ada benda jalan cam ribut kat atas bumbung..rupanyer musang

saya said...

ummi--makan2 jangan tak makan. hehhee...

zuris--betol la tu. setiap yang berlaku ada hikmahnya. aminnn...

mokcik--boikot mekdi? aduhhh... saya belom boleh boikot lagi la.. nanti2 le. hehhee...

ena--entah la..tapi bukan bunyik macam tikus or kucing.

mala--musang berjanggut tu. hwuahahha...