mari mencari....

Google
 

Thursday, September 3, 2009

pulut kepal dikemam-kemam, hari ini saya demam...

hello...
hari ni tak berapa sihat la macam demam. tapi tak le terok sangat. kepala pusing2. wahh..hebatt..kepala pusing wa cakap lu. camne le rupanya tu kan. anyway.. sejak semalam badan tak berapa nak sihat dan sedap. entah laa.. bila otak runsing badan pon terima le effectnya. chewahhhh..macam ahlil psikologi le pulakkan. takpe2.. lupakan semua itu.
~~~~~~~~~~
semalam balik tak jem. syukur alhamdulillah. kalo tak lagi nangis le saya jawabnya. sampai awal semalam. pukul 645pm dah sampai rumah. on the way back tu obek call tanya saya kat mana, saya kata dah nak sampai dah, so dia kata masak nasi je la nanti dia belikan laok. wokehh..no problem. balik2 je sempat lagi kemaskan tempat uk-uk nezha pas tu masak nasik. alahai..masak nasi segenggam tak le lama sangat. pas tu obek pon datang bawak makanan. bagusnya. seperti biasa dia memang beli banyak. semalam makan laok sambal ikan keli, sup cendawan, momtot ayam goreng hehehhee..itu saya yang suruh carikan. ada pulak. kuih pulut panggang dengan kuih kaler hijau macam apam tapi bulat atasnya ada kelapa. air soya bean. ehehhehee... tak habis pon makan. tak larat la. sayang je makanan. kuih tu pon lepas isyak paksa2 gak telan dalam perot sebab sayang takot membazir. sudahnya tak larat jugak.
~~~~~~~~~~
obek ajak kuar malam tadi saya tak larat. cakap macam nak demam. so obek ok je. baring2 depan tv. mata pedih tapi tak boleh lelap. tengok numbers then tengok cerita macam hantu2 sikit la kat tv8. apa la tajuk dia lupa la. nak kata hantu bukan jugak macam psiko la. seronok pulak. tengok sampai habis pukul 12am. tak tengok pon csi. macam takde mood pulak. lepas habis tengok tv, tido. pon still rasa tak sihat. makan ubat then try tido. baru le tido.



pukul 4am alarm bunyik. aduhhh..malas betol nak bangun. baring2 dulu. rupanya terlelap. sedar2 nezha dah garu2 kepala tengok2 jam dah pukul 525am. hah hambekkkkkkkkk...baru le meloncat. wahhh..terima kasih nezha sebab kejut saya, kalo tak alamat tak bersahur le hari ni. huhuhuh.. so, dah kelam kabut tu lari2 le ke dapor. cadangan awal nak buat roti telur untuk sahur tu terbengkalai le sebab dah tak sempat. kepala pulak pening pusing2. sampai jadi macam tak tentu arah nak pegang yang mana satu. nak amik cawan terpegang pinggan. nak amik milo terpegang sos. hambekkk...nezha tengok saya kelam kabut dia pon ikut kelam kabut. melompat2. hehehhehe..so cute. sabar2..tenang2kan diri dulu. baru le boleh buat air. so, rasa2 macam tak sempat dan terus takde mood, saya cuma sahur milo suam, air suam dan kurma sebijik. amik 2 bijik tapi tak larat.




sahur hari ke-13 (03/09/09-khamis) : milo suam, air suam, kurma.

~~~~~~~~~~

lepas sahur terus baring balik. rasa betol2 tak larat la. rasa2 leher macam dah nak dedar. haih....jangan le demam. tido2 ayam lepas tu terjaga. terus bersiap pergi kerja. nak dijadikan cerita, petang semalam saya tak sempat nak isi petrol. dah menyala merah pulak pagi ni. so, memang niat nak isi pagi ni kat petrol station yang dekat dengan rumah saya tu. jalan nak keluar pulak ada minor jem. tak kisah le tapi dalam hati gelabah puyu. maunya tak.. buatnya dia berhenti kat tengah jalan seba tak de petrol takke naya. mana nak diharukkan pepagi tu? hwuahahhaha... so, setelah berdoa2 dalam kereta sampai le ke tempat yang dituju. sesambil tu nak top up kad t&g jugak. sampai je petrol station, tengok orangtu tulis tarah baik punya besar cakap t&g offline. hampeh betol. tapi takpe, ada lagi belen rm3 dalam tu so boleh lagi guna untuk pagi ni. masok nak bayar petrol, akak kaunter cakap tak boleh isi petrol sebab offline. humanghaiiii... harus le makcik pucat lesi dah ni. maunya tak. petrol memang dah menyala dari petang semalam. terbayang2 je kereta tak boleh start dah ni or berhenti kat tengah jalan nak menyampaikan ke next petrol station. uwwaaaaaaaaaa... nak nangis dah rasanya ni. so, doa banyak2 dalam kereta. meter minyak memang dah tak naik lansong, kereta pon dah slow semacam. aduhhhh... terbayang dah yang bukan2 je masa tu. tapi...alhamdulillah.. sempat sampai kat petrol station lagi satu dan berdoa jugak tempat tu tak offline. kalo tak memang saya tak pergi koje hari ni la, bior lantak sana. frust le konon. dah le masa tu dah pukul 830am. dah sah2 terang nyata akan sampai lambat kat office. sampai je, terus tuju kaunter, mujurrrr... semua ok. isi petrol kasi penuh2 then isi kad t&g banyak2. puas hati. baru la bermulanya perjalanan meredah jem menghala ke office. nikmat tuhan bagi kan. tapi saya sering terlupa. baru bagi dugaan petrol station offline dah gelabah nak nangis2 nak marah2, walhal kat epan tu ada je lagi petrol station lain. entah la..sekarang ni saya pikir saya patut banyak bersyukur dengan apa yang saya ada. walopon tak sehebat orang lain, tap bersyukur la.

~~~~~~~~~~

cakap pasal nikmat tuhan ni, obek semalam terima berita tak berapa nak sedap. projek yang di harap2kan tak dapat. tak dapat direct ke dia la tapi dapat kat kompeni lain but still involving him la kan. semalam call sedih2 je bunyik suaranya. ye la.. bertungkus lumus bagai nak rak at the end tak dapat pulak. apa nak buat, dalam kes2 macam ni kuasa "duit" melebihi segalanya. saya kata takpe la.. bukan rezeki kita. mungkin lain kali baru dapat. ada la hikmahnya tu obek tak dapat. allah tu maha mengetahui, apa yang dia bagi kat kita sekarang, itulah yang terbaik buat kita untuk masa ini. sedih memang sedih, tapi kene think positif la. lagipon itulah permainan dunia perniagaan ni, ko hebat ko banyak bagi "hadiah", dapat la. kalo ko lurus, takde nak bagi "hadiah", melopong la. takpe... sabarrrrrrr... jangan jadi kayu api neraka. dosa yang ada pon dah cukup banyak. biarkan orang lain dengan cara hidop mereka. again to remind, rasuah masih berleluasa dengan hebatnya di malaysia. enough said. period.

ini namanya muka mengantuk tapi masih nak teman saya bangun sahur. sampai terlentok2 kat meja. hehehhehee....so cute. itu la mengubat duka lara saya. nakal bukan main. semalam punya perangai, lepas berbuka saya just tutup je balance makanan tu kat atas meja dengan tudung saji. dah kata beli tuding saji baru harus le guna kan? hehehhehe... dalam saya syiok2 tengok tv tu itu budak hitam sudah panjat itu meja kasi panjat lagi atas itu tudung saji. haiyooooooooo... geram betol saya dibuatnya. memang kena jerit la. kalo jatuh kang apo nak dikato? makanan harus tertumpah2, dengan dia-dia sekali jatuh kang apa nak jawab? jatuh pas tu kene hempap dengan pinggan makan tu kang lagi naya? haiiii..geram betol. betol2 berperang dengan dia malam tadi. saya angkat dia turun, dia naik lagi, turun, naik, turun naik. aduhhhhh..tensen betol. dah le orang sakit kepala ni. sudahnya saya kemas jugak makanan atas meja tu letak dalam kabinet. tu la pasal... malas punya pasal. kononnya takmo kemas dulu, nanti2 baru kemas. dah gitu gayanya harus dikemas meja tu kalo tak kang jadi menambah satu koje. sabar, sabar.....




dari terlentok2 tadi, terus baring kat meja. ngantok sangat le tu gamaknya tak larat le tu. tu laaa...malam2 orang panggil tido takmao. duduk kejap pas tu keluar bilik merayap entah ke dapor la ke depan la. dah tu baru tau ngantok. alallalalal...comelnya dia. walopon comot tapi comel. hehehehhee... lepas dah sahur tadi dokong dia la tido. sebab saya pon tido. hehehhehee...
~~~~~~~~~~
ok la..takmo borak banyak. hair ni saya demam. tapi light fever je la takde la sampai panas berapi ke apa. tengok la kalo larat tunggu sampai petang, kalo tak larat, 1/2 day.
~~~~~~~~~~
i love you obek...(sabar, oby sayang obek)
i love you nezha..(jangan noty2 la)
i love all of you...(korang pon macam ada demam gak ke)

4 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

moga cepat sembuh...xbest la bulan puasa demam2 ni ;-)

MOKCIK AZWA said...

Kesiannya...dah ok ker?

semoga cepat sembuh ya...take care..

zh-ena said...

semoga leeya cepat sembuh tau,,

saya said...

thank you semuaaaa......sayang korang.