mari mencari....

Google
 

Friday, September 4, 2009

sudah tertulis dalam sejarah, pagi-pagi hidung berdarah...

hello....
betol la... pagi-pagi lagi dah jadi hal. ingat tak dulu saya selalu cerita hidung saya selalu berdarah. lepas tu lama dah takde. tiba2 pagi ni dah jadi balik. aduhhh..geram betol. dah le kat opis pulak tu. mula2 rasa maca sakit hidong je macam nak bersin. so, amk le tisu lap2 hidung sekali berdarah la. hwuahahhahaa... relax la. bukan tak pernah jadi pon. apa nak bising2. lap je la. so,lepak2 kat toilet kejap then sms ngadu kat obek. obek reply kata suruh lap. haiyooo..memang la kene lap. hampeh betol penasihat ni. benci ahhhh... tetiba je nak benci kan. ni pon macam rasa ada lagi ni yg nak keluar. anyway..lupakan cerita berdarah yang tak best ni.
~~~~~~~~
korang jangan le terbalik2 kan monitor tu pulak. itu memang gayanya si nezha bermain2 malam tadi. sampai terbalik2 tergeliat2 badannya. saya nak amik gambor pon payah. hwuahhahaha... actually masa tu dia dahnak tido sangat. saya tengok dia tersenggok2 tu saya slow amik hp nak snap pic tapi tu le.. dia tu dengar je bila saya bergerak. malam tadi entah le tengok cerita apa. lupa la. owhh.. gluton for punishment. best gak cerita tu. every episod pon dia akan ada new challange. malam tadi dia nak jadi judge untuk sos pedas yangterbaik. uhwuahhaha..untuk qualify himself jadi judge, dia kena la rasa beratus2 jenis sos. entah le sos apa tapi pedas le. seronok jugak. sampai terbaring2 kepedasan. hwuahhahaha.. kalo saya pon tak larat la. last week dia amik challange jadi waiter. dan masok waiter race. best jugak. lepas tu tengok criminal minds. cerita tu dah main dulu tapi tengok jugak la. eh, eh..entah gluton dulu ke baru criminal mind ke atau sebaliknya lupa la.
~~~~~~~~~~
semalam berbuka teringin makan pizza. wahhhh..tekak tak ngalah. so, call obek cakap takyah belikan apa2 sebab nanti saya order pizza je. dia kata ye la.. dia belikan kuih je la. saya ye kan je la. orang nak beli takkan nak beriya2 cakap jangan. semalam pon sampai awal. 645pm dah sampai. so, sebab tak yah masak nasi, ada la masa nak lepak2 dulu. definasi beli kuih bagi obek ialah beli mee goreng, kuih apam, popia, kuih seri muka dan air soya. uuwwaaaa... dah kata dah tadi janga belikan apa2 tetap le jugak nak borong satu pasar ramadhan tu. dia kata takot saya kelaparan. takot saya kelaparan ke dia yang tengah lapar mata masa beli tu. haihhh.. mcam2 la dia tu. jadinya, bagai nak rak la saya makan malam tadi. makan mee goreng, makan piza, makan kuih, minum soya. rasa nak pecah perot. yang pastinya semua pon tak habis. pagi tadi ingat nak panaskan balance piza tu tapi macam malas pulak. so makan roti bakar biasa je sapu butter dan letak cheese sekeping. udah le. air milo dan air suam satu kemestian. hehehhehe.....


sahur hari ke-14 (04/09/09-jumaat) : Roti bakar sapu butter+cheese, milo suam, air suam, kurma.
~~~~~~~~~~
malam tadi rasa macam nak keluar jalan2 pusing2. sekali tu obek kata dia nak ada kene jumpa orang pulak. kalo nak keluar tunggu la lepas dia jumpa orang dalam pukul 10pm macam tu. haihhh.. dah malam buta baru nak keluar buat apa? apa yang nak dicarik kedai pon dah tutup. benci betol aahhhh.... saya kata kalo macam tu takmo kuar la. takyah le bior saya dok rumah tengok tv main dengan nezha je la. chewahh.. sambil buat suara ala2 merajuk gitu. obek kata nak pergi mana kalo keluar tu? saya kata nak pergi mydin, whauhahhaha. tak pernah umor nak jalan2 mydin tetiba malam tadi nama mydin naik la.. nak keluar punya pasal. sebenarnya takde pon na pergi saya tapi saje je la sebut je. obek kata esok la ye (malam ni le tu). wokeh..kita tunggu... samada jadi kuar ke tak. alaa..sebenarnya bukan le berat sangat nak keluar2 tu tapi saje la kan, kadang macam boring jugak kat rumah tu. nak bercakap pon cakap denan nezha je la pulakkan. hwuahahhaha......

hehehheee..dapat juga saya snap pic dia tengah tido. dia ni kadang tido pon ada macam ngigau2. mimpi kot. bergerak2 je mulut dia. hwuahahhaa.... ala2 sama je dengan saya, suka beno mimpi pas tu ngigau2. apa laaaa.....
~~~~~~~~~~
aaaa...cakap pasal mimpi, malam tadi saya mimpi tau. hwuahhahaha... susah le nak cakap, sebab saya mimpi skandal saya masa muda2 dulu. rasa seronok pon ada dapat tgk muka, rasa serba salah, rasa entah la.. macm2 rasa adaaaa...hwauhahhaha... takyah cerita la. dia pon dah kawen. lagipon masa tu kira sama2 berskandal je takde pulak ada agenda nak jadi serius ke apa kan. tapi kenangan2 zaman nakal2 dulu tu terus je menjelma. hwuahahhahaa.... nakal katanya. lebih kepada jahat macam hantu ada la. tu pasal selalu mimpi hantu sebab hantu pon ingat saya ni kawan dia. benci ahhhhhh.... apapon, sekarang masing2 dah ada haluan masing2. to carlos, hope you are happy now with your life and your family. let the memories remain as memories....


lagi gambar tunggang langgang dari nezha. hwuahhahahha... nakal betol dia malam tadi. masa main2 malam tadi dia boleh pegi gigit tangan saya. geram sangat agaknya dia tu. owhh..nak kene pergi beli treats dia la dah habis le pulak. malas betol nak pusing stereng kat klinik tu. eceh la. parking payah, dan tutup awal pulak tu pukul 7am. kat kedai lain takde lak benda tu. plus, beli kat klinik tu dapat diskaunnnn..hwuahahha...tu yang penting tu. rasa2 lepas raya kena bawak pegi klinik la check dia. dah lama tak pergi check. ayokkkk nezha, nanti kene cucuk momtot.. ha-haa... tak tahu,....hwuahhahah..syioknya kalo menyakat orang kan.
~~~~~~~~~~
obek hari ni ada meeting katanya. aahhh..dia tu hari2 pon ada meeting. semalam dia kelupaan. tak attend meeting. sebab dia ingat semalam hari isnin walhal dah hari khamis. hwuahahhaha... kene marah kat phone oleh orang2 lain sebab dia tak attend. kalo dekat takpe boleh dikejar, ini kebetulan dia pulak berada jauh dari tempat meeting. hambeekkkk.... tak pasal2 kene lecture. hehehhehee....entah la apa yang dipikirkan sampai hari dan tarikh pon lupa. walhal kat jam tangan tu kan ke ada tulis. memang purposely beli yang ada date & day supaya senang tak terlupa. ponnnnnnnnnn...tetap le lupa. haiyaaa... takkan saya pulak nak bagi ingat. saya mana le tahu jadual koje dia. biorkan dia. hehhehehe....i lebiu obekkkk....

hambekkk... last but not least, nezha jelir lidah kat korang. mwauhahahhahaa.... so cute creature. baik korang bagi nezha duit raya kalo takkk..harus dia marah lagi tu. apa la motif sebenar entah la.
~~~~~~~~~
ok la.. dah banyak bercerita hari ni. semoga hari ni berakhir dengan lebih bermakna.
~~~~~~~~~
i love you obek..(i will always be...)
i love you nezha..(lepas makan pi tido tau)
i love all of you...(korang pon hidong berdarah ke?)

2 comments:

armouris said...

info tentang hidung berdarah kat sini - Hidung Berdarah

saya said...

armouris--thanks!!!!