mari mencari....

Google
 

Thursday, September 10, 2009

teringin betol sambal kuini,saya sahur special hari ni...


yuhuuuuuuuuuuuuu...
hello everybody..hwuahahhhaha... ye la betol la. saya teringin betol nak makan sambal buah kuini. ni gara2 tengok blog orang le ada buah tu so terus teringin. tapi sekarang macam takde musim je kan. takpe la.. sabar la nanti lepas raya boleh le makan kalo ada. lagipon bulan2 puasa ni bukan pon larat makan banyak2. buah kuini tu macam buah macang tu le. lebih kurang le. kot2 le ada pulak yang tak tau. juga bolhe dibuat makan dengan santan masak boh gula. perghhh...sedap. tapi saya kurang gemar sebab manis. hehehhe..ni apa kes ni pepagi dah cerita pasal makan? nafsu..nafsu...
~~~~~~~~~~
semalam balik tak berapa jem la. syukur alhamdulillah. sampai macam biasa, pukul 645pm. obek dah siap2 belikan laok. gulai lemak daging + tempe dan sambal tumis ikan bilis. kuih popia, kuih bulat2 putih tu dan kuih cucur badak. hehehhee... saya tak kisah le dia beli apa pon. janji boleh makan. owhh..ada juga momtot ayam madu. hwuahhahaa...sedappppp... 2 cucuk habis saya bedal. air soya bean. berbuka dengan nezha. suka la dia malam tadi makan banyak. dia makan makanan dia la, saya hangkot letak sekali duduk dengan saya. baru la dia berselera. lepas makan rasa tak larat. macam flat je. sebenarnya dari petang tu dah macam tak larat. sakit tekak. but still minum ais. baring2 tengok berita. dowhh..bosan betol. isu negara, isu orang tak sedar diri, isu orang tak tau diuntung, isu penipu, isu perompak, isu rasuah. semuanya yang menyakitkan hati. sambil tengok saya pon terlelap. sedar2 dah pukul 9pm lebih. tengok numbers tapi tak tengok betol2 sebab still terlelap2. belom pun pukul 10pm saya dah kebabom. kepala pening berdenyut2. entah la. macam2 penyakit ada. tidor punya tidor punya tidor... alarm bunyik pukul 4am bangun sahur. in between tidor seperti biasa terjaga2. penat betol. letih la macam ni selalu. so, bior alarm snooze for another 3 minutes. biasa macam tu dan biasanya 2 kali snooze saya dah bangun. pagi tadi entah le apa kena, boleh pulak tertido. time nak kena bangun tu la baru dia nak lena kan. geram betol. jadinya saya sahur special tau hari ni. nak tau apa? jeng jeng jenggggggg.....





sahur hari ke-20 (100909-khamis) : katil, tilam, selimut, bantal pelok, bantal busuk dan yang seangkatan dengannya.

~~~~~~~~~~

ini gambar google la. kalo katil tilam saya rupa macam ini, bukan bangun pukul 7am, terus pukul 5pm baru nak sedar dunia. gila lawo gebu katil. macam tu punya set entah berapa puluh ribu lak harganya?? uuwwaaa...tak sangop makcik kalo mahal2. tapi macam katil pengantin kan? lawo kan? angan2 je la jawabnya.

~~~~~~~~~~

uuwwaaaaaaaaaaaaa... geram betol. saya sedar2 udah pukul 7am nak sahur apa ke bendanya??? itu dah kira breakfast dah tu. bangun2 terus meloncat. tersedar pon sebab tetiba macam dengar bunyik bising2 kat luar kereta lalu lalang. memang le bising, dah pukul 7am orang nak pergi koje, budak nak pergi sekolah. nangis loorr... saya dah le jenis mesti sahor kalo tak lembek longlai badan ni. dah le haus. uuwwaaaa...sambong nangis lagi. call obek. 50x call tak berjawab. sure tido lagi mamat tu. geram betol. kejap tu dai call back so saya pon ngadu2. dia tanya nezha tak kejut ke? biasa nezha kan gigit2 garu2 kelapa saya. saya kata ada... tapi saya pulak terus pelok dia konon nak bangun dah tu. rupanya saya pelok dia, dia pon bantai tido, saya pon lena. uuuwwaaaaaa..... sambong nangis. obek kata takpe la.. praktis2 puasa tak sahor. baru le terasa nikmat seksa berpuasa tu. chewahhhh..pandainya dia bercakap. geram betol. geram2 pon apa boleh buat. lalu kat dapor telan air lior saja la tengok jug air tu. hwuahuahhahaaaa...

~~~~~~~~~~

jadinya, itu la sahur special saya hari ni. tido tak sedar2. geram betol. time malam tido terjaga2, time nak kena bangun tu dia.. lelap pulak. bukan rezeki la tu kot nak bersahur. takpe la. ramai je orang tak bangun sahur elok je berpuasa, kan? takpe2.. saya cuba. saya bukan apa, saya ni jenis lembek sikit. cepat je nak lemah2. huwahahaha..alasan. alah..bukan budak2 kecik lagi. dah tua bangka dah. kalo kawen anak dah sekolah darjah 4 dah gamaknya. ehh..teiba je masuk isu tu. tak sesuai tau.

~~~~~~~~~~

takpe2... mujur lebihan samal tumis semalam saya dah simpan dalam fridge. cadang nak buat lempeng bersahur. takpe, petang ni kalo tak jem cepat sampai saya nak buat lempeng. dapat sekeping jadi la, buat lepas kempunan. hehehhehee... eh.. apsal bank muamalat tu payah beno nak jumpa cawangannya ha?? tensen betol la. tetiba je masok isu bank muamalat le pulakk.. bosan betol.

~~~~~~~~~

pagi ni jalan tak jem. bagus betol. harap balik ni pon tak jem la ye. jem2 biasa tu standard la. masih boleh diterima akal. hehehehhee...

~~~~~~~~~~

pagi tadi masa bagi nezha makan saya tanya dia apsal tak kejut saya? wahh..dia macam paham je kan saya tanya apa, terus ni tengok muka saya, then datang kat saya gesel2 meow2. owhhhh.. terus cair hati saya tak jadi nak marah dia. chewahhhh... apa hal lak nak marah kat dia kan, dia takde salah apa pon. hehehheee....dia baik betol malam tadi. main pon senyap2 je takde la nak bising2. biasa cuba kalo saya baring depan tv tu. time tu la dia nak berlari panjat2 badan saya, langgar2 badan saya. sakit wooo... cuba bayangkan, korang tengah syiok2 baring2 tu sekali dia lari bedebuk atas perot korang. tak ke senak perot hati limpa hempedu semuanya. aaa..itu le yang saya rasa hari2. hwuahahhaha... anyway. tetap lah jugak sayang nezha.

~~~~~~~~~~~

ok la..takmo cerita panjang2. nak ronda2 blog orang.

~~~~~~~~~~~

i love you obek...(miss you)

i love you nezha...(miss you too)

i love all of you...(miss you all jugak la.)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

tu nape muka mamat kepochi sorg tu camtu?
takpelah...sekali sekala tak sahur,ok pe
heheee...

MOKCIK AZWA said...

wakaka...kesian, tu ler berangan nak katil empuk, gebu macam dalam gambor...kan dah terlena terus miss sahur hahaha...

sesekali berposa tanpa sahur...sabor jer la ya

saya said...

zuris/mokcik--hehehhee...asyik berangan je kojenya tu yang sampai terbabas tido tu. hehehhee...