mari mencari....

Google
 

Tuesday, September 8, 2009

tulis surat berkajang-kajang, kalo weekend entry mesti panjang...


hello.....
chewahhh... tataplah wajah blur2 nezha tu dulu ye pepagi ni. hwuahhahaha.... seperti biasa, kalo weekend je harus le keluar entry panjang berkajang2. bukan sate kajang ye. hehhehe.. apa la cakap sikit nak gelak, sikit2 nak gelak. bosan betol. anyway... banyak benda yang berlaku
sepanjang cuti weekend dan cuti nuzul quran ni. macam2 adaaaa....
~~~~~~~~~~
jumaat berbuka apa ntah. dah lupa. apa ye? aduhh...betol2 lupa la sebab tak pernah pulak snap pic juadah berbuka. takpe la.. kira ok lah tu. seperti biasa, memang obek le yang belikan. bagus betol. malam tu kuar pegi jalan2 kat jalan tar. wahhh..ramai betol orang. takot la. bersesak2. macam2 perangai ada... hehehhehee... saya tak beli apa pon, just beli jam2 murah yang rm10 tu je. saja beli nak bagi kat budak2. lawo lak tu siap dengan ada boxnya. ada gambar ben10, ada upin ipin, ada superman, ada naruto, ada dragon ball. wahhh..hebat.. sure suka je budak2 tu nanti. biasa la raya. kasi layan je la. murah2 sudah, takyah memahal. muwhahahha..gila kedekot saya nih. lepas beli2 pusing2, tengok2 gak baju lagi. tapi belom ada yang berkenan dimata. obek lak ada gak tengok2 baju melayu. yang geramnya, ada ke nak beli baju meayu kaler hitam untuk raya. gila ke hapa. dalam banyak2 warna yang tergantung tu kaler hitam pulak yang dia nak!!! orang raya2 ni pakai le kaler ceria2 sikit. aduhhh... saya marah dia so terus tak jadi beli. huehahahhaa... tapi mesti dia beli jugak tu senyap2. biorkan dia. asal jangan beli depan bijik mata saya. geram la.
~~~~~~~~~~
sabtu pagi balik rumah ma. tapi minggu ni saya tak kemas apa pon. malas. hwuahhaha... petang buka kat luar dengan ma sebab ada majlis berbuka dengan anak2 yatim. layankan je la. bawak budak adik jugak anak si ibu tu. malam tu dia tido rumah ma la sebab saya malas nak hantar dia balik malam2 buta tu. dai ok je kalo dengan saya, tapinya penakot ya rabbi nak jugak suruh saya tido sebelah dia. dia kata takot tido sorang. haiyaa..udah besar panjang pon penakot gak lagi. lelaki lak tu. manja yang sebenornya. dia tu dulu kecik2 saya yang jaga. hwuahahhaha... sampai semua orang pon cakap dia tu anak saya, bukan anak ibu. habis tu udah nak berkepit je dengan saya 24jam. so, tido depan tv bentang toto semua. entah la pukul berapa dia tido saya tak tau sebab saya awal2 udah kebabom. ngantok la. balik dari majlis tu pukul 11pm dah. dia gasak tengok tv.
~~~~~~~~~
owh..lupa nak cerita pasal bersahur. sabtu pagi tu saya still sahur kat rumah saya la. simple2 sudah sebab macam malas le pulak. so, sahur untuk hari ke-15, sahur honeystar dengan milo je. hwuahhha.. lepas tu siang2 perot berkeriok2 baru la menyesal. very good betol. makan juga kurma tapi tak masok pulak dalam pic. air suam sudah semestinya.


sahur hari ke-15 (050909-sabtu) : honeystar (cereal), milo suam, air suam, kurma.
~~~~~~~~~~
hari ahad, dah sah2 le sahur kat rumah ma. melayan tekak si adik nak makan asam pedas, harus le saya bertungkus lumus kat dapor tu pepagi buta masak asam pedas. layannnn... so menu pagi buta tu, asam pedas ikan apa ntah tak tau namanya, telor dadar dan ikan goreng sebab ma tak boleh makan pedas2 untuk sahur. gastrik. makanjuga buah mangga. manis woo.. banyak betol buah mangga kat rumah ma tu geram betol. air milo untuk saya dan adik, ma punya susu. gila tangkap gambar cepat2 sebab takot ma nampak. hwuahha..hantam la sampai surat kabo pon ada masok dalam pic tu. hehehhee.... lepas sahur tengok tv kejap, suboh, pas tu bantai tido sampai pukul 930am. hwauhahhaa... sebab hujan lor. sejuk sedap tido. mujur ma tak marah. kalo tak berasap le telinga. hehehhee...

sahur hari ke-16 (060909-ahad) : nasi, asam pedas ikan, telor dadar, ikan goreng, mangga, air milo, air suam, kurma.
~~~~~~~~~~
lepas bangun tu pusing2 rumah kejap. ada orang datang nak pasang pagar untuk reban ayam ma. haihh..macam2 la. saya tak suka reban ayam tu tapi ma suka pulak. buat main2 katanya. entah la. lepas orang tu datang, saya seperti biasa jadi minah kepoh2 le tengok sana sini. ooo..patot la nezha pon jadi mamat kepochi, ikut peel saya rupanya. hwuahahhaa... adik lambat gila bangun pukul 1030am baru nak celik bijik mata. lepas tu pergi kedai kejap sebab ma suruh beli buah tembikai. nak bawak surau. sampai kat kedai buah tu, borak2 kejap dengan makcik kedai (makcik kedai pon jadik jugak nak buat berborak. hwuaahhahaa..) sekali makcik kedai cakap ada orang meninggal. wahh..terkejut saya sebab yang meninggal tu makcik yang saya kenal. dan makcik tu takde lak sakit2 apa pon, just sakit lutut biasa la orangtua. nak kata sakit kronik takde la pulak. saya tanya bila meninggalnya? makcik tu cakap pagi tadi, lepa suboh. uuwwaaa... saya sedih la. makcik yang meninggal tu kadang2 ada jugak datang rumah ma, dia tu kira jual ubat2 kampung ni la. ubat angin la apa la semua dia buat sendiri. sedih wo. balik rumah cepat2 bagitau kat ma. ma pon bapak terkejut bila dapat berita tu. area rumah saya kira jauh sikit la dari area makcik tu meninggal sebab tu takde dengar announcement tu kan. biasa kan if ada orang meninggal ada announce kat surau. ni kira macam dah kariah lain la. ma kata takpe la. petang kang dia pergi melawat. lepas tu saya keluar balik sebab nak round kat rumah makcik yang meninggal tu nak tengok orang ramai ke tak. tengok2 macam dah takde orang, tapi kat masjid ramai le orang. owhh..balik report kat ma. ma kata takpe la.. dah nak kebumi la dah tu sebab masa tu dah pukul 12++ dah. kampung tu memang cepat kalo uruskan jenazah. apapon al-fatihah untuk makcik ubat tu. semoga rohnya dicucuri rahmat.
~~~~~~~~~~
pukul 1pm macam tu saya pon berangkat balik. si budak adik merengek ajak ke pekan nak beli hapa ntah. nak beli pistol manik katanya. gatal betol dah besar2 pon nak main pistol. tapi tak sampai hati cakap 'tak boleh' pada dia. hehehhee..layan jugak. sampai sana pusing2 cari benda tu. ada. beli. pas tu teringat ibu mengadu duit ibu hilang kena curi. banyak woo rm400. duit tu la nak buat beli baju raya anak2 dia. sedih betol. entah la camne boleh hilang. dia simpan rm700, memanguntuk baju raya. lepas tu dia takde keluar2 pegi mana pon sebab ingatkan isnin semalam cuti tu le nak keluar. sekali tengok2 udah takde. apa nakbuat? menjerit pon takde gunanya. sapa la yang nak amik entah la. kawan2 ngah agaknya sebab dia selalu bawak kawan2 lepak rumah. tapi tu la, kita tak nampak tak boleh nak cakap apa. so, bila teringat macam tu, saya cakap kat adik jom pergi beli baju raya. wahhh.. melompat le mamat tu. beli2, pilih2. aduhh..susah pulak nak beli saiz dia tu. kurus tinggi. nak beli saiz orang besor, jadi beso pulak saiznya. nak beli saiz kanak2 udah kecik lak. pening2. berjam2 kat kedai pilih baju. habis dirembatnya la siap dengan beg lagi. pow kredit hp lagi. wahwahwahhhhhhh... takpe la..setahun sekali. orang kedai tu pon cakap si budak adik tu anak saya. whauhahahha...makcik layan je. kehkehkehkehhhh.... owh..beli jugak baju melayu untuk aish. geram tengok baju budak kecik2 comel2.
~~~~~~~~~~
lepas siap membeli dan membelah beg duhet saya, kami pon berangkat balik. sampai rumah dia pon tunjuk barang2 yang dibeli kat ibu. wahhhh...senyum je ibu. nampak muka macam lega sebab 1 perkara dah lepas. suka la tengok muka orang gembira2 macam tu. penat pon jadi tak penat. bila both of them say thanks pada saya rasa sedih pulak. whuahahhha..gila drama la saya ni. entah la.. saya sayang budak2 tu. sayang ibu jugak. takpe la.. janji apa yang budak2 tu nak dah dapat. saya takde baju raya pon takpe la. lagipon bukan pakai sangat baju kurung. pakai cuma kalo ada kenduri kawen je. lepak2 kejap. ibu suruh berbuka kat rumah dia. saya kata takmo la. sebab nak buka dating2 dengan obek. hwuahahhahaha... lepas tu balik rumah.
~~~~~~~~~~
sampai rumah terjah mamat kepochi nezha dulu. rindu woooooo..... lepak2 main2, then tido. petang pukul 5pm obek call ajak kuar berbuka kat luar. saya kata nak buka kat mana? dia kata ikut jela. benci aaahh. dia tu kadang nak pergi mana bukan nak buat reservation dulu. dah pernah kena dah. so, pikir2 sepanjang kereta dia kata jom buka kat tupai-tupai. ok la..sampai sana terus book, mujur ada tempat lagi. still awal, so kami pusing2 dulu pegi tengok kedai perabot sambil berangan2 beli perabot tu. mula la terbayang2 lawonya la kalo meja ni ada kat rumah saya. lawo wooo.. sekarang fesyen baru meja makan bentuk 4 segi tepat. besar, untuk 8 orang. kaca la kan. memang lawo tapi gila laa...saya tak sanggop beli meja makan sampai harga 4k. elok2 makan nasik terus makan pasir nanti. hwuahhahahhaa.... takpe la.. berangan je la dulu. tak beli pon tak kempunan. lepas dah sampai masa, pegi ke tupai-tupai, berbuka. lepas berbuka balik. tak larat dah nak jalan2 pusing2 sebab perot sendat kenyang. sampai sakit perot. balik, rehat kejap, kebabommmmm...
~~~~~~~~~~
sahur hari isnin tu pon simple2 je, sebab perot sebu sebab berbuka tu banyak sangat. rasakan. tamak makan banyak memangle sakit perot. so, sahor untuk hari ke- 17, cookie crisp (cereal le tu), milo suam, air suam dan bakar jugak roti kosong 2 keping. muwhahahha.. tapi tak habis makan. makan sekeping je.

sahur hari ke-17 (070909-isnin-cuti nuzul quran) : cereal, milo suam, air suam, roti bakar kosong, kurma.
~~~~~~~~~~
boring betol cuti semalam. takde buat apa. lepas bagun pagi tu lepak2 tengok tv sampai pening kepala. melayan nezha je la seharian. suka la mamat tu sebab saya ada dok menggaru perot dia je sepanjang pagi tu. pukul 2pm tu obek call ajak kuar pegi teman dia pergi kl. saya malas betol sebab dah le panas, dan mesti jalan jem gila2 la sebab orang cuti semua pon nak pergi shopping. tapi dok pikir2 kalo dok rumah lagi sangap. so, kuar jugak. lama jugak keluar, sampai pukul 430pm. dah macam tu terus singgah pasar ramadhan beli makanan. beli laok sambal udang, masak lemak daging, popia, kuih bulat2 taktau apa namanya, air mata kucing. tapi leceh la air tu betol2 semata2 air je, takde sebijik pon buah mata kucing tu. geram betol. berbuka dengan nezha. memang tak aman la dunia. semua pon dia nak cekau dan kacau. layan je la... malam tengok cerita apa ntah. lupa dah. lepas tu tido laaaa....
~~~~~~~~~~
malam tadi mimpi ntah hapa2. saya siap ngigau2 lagi. whuahahhaha... ye, saya tau saya mengigau sebab dalam mimpi tu saya bantai gelak beriya sekali sedar2 saya pon tengah gelak2 beriya. whauhahhahaha.... saya mimpi saya pegi menyakat orang la, tapi tak kenal lak sapa orang2 tu. entah le sapa. lokasi kat rumah maklong saya. hwuahahaha... takpasal2 rumah maklong saya masok dalam mimpi pulak. saya konon2nya mengintai le apa orang dalam rumah tu buat, tengok2 they all tengah kusyuk buat apa ntah, ada la bendanya. saya pon menyakat pakai telekong buat macam hantu. so, orang2 tu kelam kabut le bila nampak saya. tu yang saya bantai gelak mengekek2 tu. whauhahhahah.... sampai mengigau2. hadoihhhhh....sakit mulut sakit perot saya pagi tadi mengenangkan saya gelak banyak2. macam2 hal.
~~~~~~~~~~
pagi tadi saya pon sahur simple je. angis kus2 malas udah melanda la. sahur hari ke 18, saya buat roti telor je la. 2 keping. habis sekeping setengah. kurma, air milo dan air suam. owhhh..stok milo udah habis le. kene beli nampak gayanya petang ni. jangan lupa.

sahur hari ke-18 (080909-selasa) : roti telor, kurma, air milo, air suam.
~~~~~~~~
jadi, itu le cerita saya sepanjang weekend tadi. ada gembira, ada happy, ada bengang, ada marah. macam2 ada. hwuaahhahah... pagi ni tadi jalan tak berapa jem, cuma jalan kat depan rumah saya tu je yang jem. situ biasa la. kalo tak jem tu yang baru pelik. kalo jem tu tak pelik pon. anyway... itu je la ceritanya. penat dah tangan type2 ni. maru masok koje hari ni tapi dah dapat fax untuk kerja next week. benci betol.
~~~~~~~~~~
ok..nanti sambong lagi. saya nak pi jalan2 blog orang lain. nak tengok apa cerita weekend diaorang.
~~~~~~~~~~
i love you obek...(bila nak soping ni???)
i love you nezha...(jangan nakal2)
i love all of you...(have a nice day)

2 comments:

~dARlee zURiS~ said...

fuhh...pasnie kena buat part I,II & III.penat tau org preggy nih nk baca entry panjang berjela.huhuu.. ;P

laaa..kesiannye
camne duit ibu tu leh hilang pulak
nasib baik ada kamu ye
at least kurang beban dia sket
buat baik ngan org bulan2 puasa nie banyak pahala die kan...

saya said...

zuris--sabor2..jangan penat. baca jugak sampai habis. hwuahhahaa...