mari mencari....

Google
 

Friday, October 30, 2009

wish me luck...

wish me luck..

i need it for tomorrow..

wish me luck...

ok sikit...


source : http://positivesharing.com/


hari ni dah pergi keje walau pon kepala masing pusing2 macam berada di awang-awangan. chewahh..merasa la jadi pari2/peri2/pori2 dari langit kan. hwuahhahha...

apa la pepagi dah merepek. memang tak berapa sihat la. ada je penyakit. selalu naik angin je tapi still darah rendah. ingatkan kalo selalu marah darah naik. hwuahahahha... sudah terbalik la. anywayyy.. syukur sebab bukan penyakit kronik kan? syukurr.. takat pening demam tu makan je la panadol. habis cerita.

nezha ok je. bertambah manja, terlalu manja, dan manja yang teramat. asyik la nak kena garu perot dia, garu kepala dia, garu kaki dia. hehehhe..tapi suka je melayan dia. agak2 kalo saya dah penat menggaru tu tolak je dia whuahahha.. semalam jatuh katil lagi. kahkahkahkahhh..tu la nakal sangat. baring nak mengendeng je kat orang nak baringkat tempat yang sempit lak tu. sekali member nak pusing2 badan bagi sedap bedebuk ke bawah. hwuahahha... sian dia.

obek buzy. entah bila yang tak buzy tu entah la. dalam tak sihat saya semalam tu sempat gak la kemas rumah 1 round. habis tingkap2 & kipas2 semua makcik lap. wahh..rajinkan. kata nak raya.. raya apa lagi? raya aji ada, raya krismes ada. haaa.. ok la tu. lepas tu pengsan kebabom. takpe..kuar peluh sikit.

malam ni ada kenduri kat rumah pakcik obek. nak berangkat ke mekah menunaikan ibadah haji dah. syukurr.. dah sampai juga hajatnya ye. kita bila la lagi. silap2 akan tabung haji pon takde. hwuahahhah... check jangan tak check. kalo boleh beli dvd yang harga rm6 3 keping sebulan baikla duit tu dimasokkan kat dalam tabong haji. ada gak bergerak nombor dalam akaun tu. tak kira la seploh hengget ke, doploh henget ke.. ye tak?

anywayyy... takde mood sangat nak bercakap (ke menulis?). have a nice weekend dear..

i love you obek..(miss you)
i love you nezha..(always)
i love all of you..(its your fav day today--friday)

Thursday, October 29, 2009

im not feeling well...

nothing important..

just want to rambling around..

im not feeling well..

hohohoho....

Wednesday, October 28, 2009

semakin terkejar2..apa yang dicari?...


betol la macam kartun tu cakap. terkejar2 sana, terkejar2 sini nak ngejarkan benda yang tak seberapa tu. tapi.. kalo tak buat tak boleh pulak. nak tak nak terpaksa juga buat. tapi tak boleh pulak cakap terpaksa, dah memang tanggongjawab. habis tu camne? redha je la.. entah apa yang dikejar say asendiri pon tak tau. duniawi? akhirati lagi le jauh. bayang pon belom nampak lagi. asyik mengejarkan hal dunia je sepanjang masa. bila nak insaf. bila nak sedar. sedar dah lama. tapi tak jugak berubah. bila nak berubah. entah. kenapa entah pulak. ada keinginan tapi belom sampai masa. habis, bila masa tu tiba? bila dah ada dlm tanah esok baru nak berubah? dah terlambat lorrr....

apa la saya bebel pepagi ni. entah la. kadang2 fedup. kadang2 taktau kenapa jadi macam ni. pakar motivasi kata buat macam ni, buat macam tu. ahhh..pakar motivasi tu bukan tau masalah hidop kita. dia memberi bayangan saja camne kita perlu memilih jalan yang tenang untuk kita. agaknya la. kang ada lak pakar motivasi yang marah kat saya pulak. masalah orang tu tak sama. berbeza2 setiap satunya. ni apa hal lak nak cerita pasal masalah ni? ahh..lupakan...

semalam pon sama la macam dulu semalam. balik kerja terkejar nak menguruskan hal yang satu tu. sempot. selesai urusan pukul 930pm. ye.memang masih awal pada kamu tapi terlalu lewat pada saya sebab tak berhenti seharian. penat yang melampau. makan pon tak sempat. sebelom balik singgah beli nasi lemak. tapi tak makan pon cuma jamah sikit je. bagi nezha makan then sambong urusan. pukul 230am baru tido. tido pulak tak lena. tak pernah yang lena tidor saya ni. siap mimpi2 bagai. mimpi bergaduh bersilat berkeris bagai. whauhahha..nak kata tengok cerekarama idak le pulak tetiba je masok bab bersilat. hantu betol. ni mesti pasal masa tengah terkejar2 tu rasa nak silatkan je orang2 tu then tu le pasal sampai termimpi2. hehehe....takpe..exercise katakan. exercise dalam mimpi. ok la tu.

bangun terlewat. ingat taknak pergi kerja dah hari ni sebab badan pulak tak berapa sedap. tapi dipikir2 rugi pulak kalo tak pi koje hari ni. sayang cuti. sayang mc. paksa juga diri bersiap. jalan pulak jem macam hantu. melekat tak bergerak2. ada kereta rosak rupanya kat bridge tu. damn! pukul 930am baru sampai office. takpe.. setelkan mana yang larat. kalo tak larat kang 1/2 day chow je la. kepala pon berat semacam je ni.

obek pon buzy. ngadu kat dia pon takde gunanya. malas le kaco dia. dia pon banyak lagi benda nak dibuat selain dari dengar saya mengomel. hehehhe...

nezha? sian dia. dah ala2 anak terbiar kurangkasih sayang je 2-3 ari ni sebab saya sangat kecoh dan kelam kabut. pagi tadi dia kejut saya suruh garu2 tu siap nyondol2 kat bantal sebab sempit dia nak baring tak muat. hehhehe...walhal sebelah sini tu bukan main lapang, tempat sempit gak
yang dia nak masok. layan je la. garu2 sapu2 kepala dia sampai kita dua orang pon tido semula.

entah. tak tau apa nak tulis lagi.

bosan.

i love you obek..(always)
i love you nezha..(always)
i love all of you..(always)

Tuesday, October 27, 2009

macam2 hal, penat badan, penat otak...



hello...

hari ni penat sangat. sejak dari semalam terkejar2 kesana kesini. ada urusan perlu dilaksanakan. aduhduhduhduhh..sudah lah..jangan mengeluh. ini waktu dan ketika untuk menghadapi masalah. takkan selamanya tenang, mesti ada pasang surut perasaan dan pergolakkan kehidupan. terima la dengan hati yang tenang, walaupon pada ketika itu rasanya macam mahu menjerit. hehehhee.... sabar.. sabar...

anyway.. selepas berkejaran ke sana ke sini semalam, malam tadi pergi rumah ma. ada hal sikit. mama pon ada kat sana. wahh..bukan main terkejut mama dah tukar kereta. no more accent, sekarang orang tua tu drive satria gti yooo... siap sport rim bagai. waduh waduh waduhh... kitaorang bagai nak rak gelak. ingatkan kereta anak dia, rupanya kereta dia. dengar dah dari hari tu lagi dia nak tukar2 kereta tapi dok la ingat nak tukar kereta yang ala2 baya dia punya trend. sekali salah daa..hambekkkk... ndar anak mama siap komen mama bawak siap koner baring bagai. mamat tu nampak je hensem tapi penakot ya rabbi. huwahhahaha.. pegi rumah ma saya pon suruh naik atas takmau. takot katanya. apsal semua orang kalo pergi rumah ma takot nak naik atas ha?? saya naik elok je. siap tido sorang2 lagi kat atas tu sebab dah sah2 le atas tu bilik saya. hwuahahhaha... takot hantu le tu. jangan takot..kalo ada hantu pon saya le hantunya tu. apa la korang ni. so, borak2. opss..obek pon ada sebab tolong bawak kereta ma bawak balik rumah. mama kalo jumpa obek borak bagai nak rak. heran betol. ada je projek depa dua orang tu. tapi sedih la, sebab ma saya tak berapa sihat la. doakan kesihatan ma saya ye. ibu pon ada. penat. penat. macam2 cerita. tapi takyah le cerita kat sini. borak2 lebih kurang dengan mama, ajak pegi dinner sebab dah pukul 10pm lebih. mama pulak dah makan. tapi kitaorang lapar le walopon tadi tu mama dah bagi wedges kat kitaorang. saya dah sah2 kebuloq sebab lunch pon tak berapa makan. otak runsing. bila dah reda keadaan baru la nak ingat nak makan. so, saya obek & ibu pergi pusing2 cari kedai makan. konon nak try kedai baru le tu dia bapak mana hala ntah ibu bawak. layan je la. lapar tapi perot dah masok angin. so, makan sikit je la. aish pon ikut. sebok je mamat kecik tu tak padan nak exam hari ni. exam bahasa arab tu beb.. huhuhuhu...lepas makan, balik. saya memang flet habis, balik, mandi, makan panadol sebab dah sakit kepala, terus tidor. sedar2 nezha dok jilat2 gigit kepala suruh garu dia. owhh..dah siang rupanya hari ni ye. lega la tak mimpi apa2 malam tadi. agaknya pengsan kot malam tadi. hehehhe.. layan la nezha garu2 selagi takmau. sebok je mamat kepochi tu tau. harus kene garu lelebih sebabmalam tadi kena tinggal lama pukul 12am baru saya sampai rumah. hehehhe..alalla siannya dia....

pagi bangun macam berat je badan. perot pon sakit. standard. mandi2, siap2 semua bagi nezha makan bagai, pegi koje. jalan jem2 biasa la. now kat office mengantok sangat rasanya. aduhhhhh...nak tidorrrrrrrrrrrrr.....

petang ni pon akan buzy jugak. selagi tak settle selagi tu la berkejaran ke sana ke sini. apa nak buat. hadap je la. nak pegi kedai carik klip kereta tu pon tak sempat2 jugak lagi. uuwaaaaa......

ok la.. takde apa yang nak ditulis lagi.

i love you obek..(always love you)
i love you nezha..(noty-noty boy)
i love all of you..(take care)

Monday, October 26, 2009

aduh...pagi2 dah banyak hal...



mmmm..hari ni kira bad day for me. pagi2 lagi dah ada je masalah yang mendatang. pagi tadi nak start kereta sekali terperasan bunyi macam kuat sangat kluk kluk kluk entah le apa bendanya. actually dah 2-3 hari jugak ad abunyik tu tapi buattak kisah je sebab ingatkan bunyi kereta sebelahke apa ke, tapipagi ni lain macam benor bunyiknya. so bukak bonet tengok apa ke masalahnya macamle pandai. sekali buka tengok rupanya klip yangikat bekas kipas tu tercabut da.. patot le bunyik kuat sebab penutup tu bergetar dengan entah apa ke bendanya yang lain. hantu betol. mujur juga buka pagi tadi kalo jalan je pegi koje entah2 tersangkot entah2 berenti tengah jalan. tak ke haru. alhamdulillah. walopon sakit hati tapi masih ada kebaikannya. so, camne nak ikat benda alah tu? apa lagi..guna tape je la. lantak le sana asalkan jangan tanggal dan jangan bunyik2 lagi sudah. nantibawak pegi kedai. call oobek ngadu obek kata murah je klip tu. ye la..harap2 murah le takot kang bila pi cek kang lain lak penyakitnya. obek pon musibah jugak pepagi ni. entah le apa yang dia pikir hand break tak ditariknya. tau2 je kereta meluncur kebelakang. apa lagi..tummm... langgar tempok. bercium le but belakang dengan tembok. suwei betol pepagi ni. saya pulak sampai je ofis baru melangkahmasoh dah sapat berita buruk lagi. haih... entah la. hari penuh musibah hari ni. jangan salahkan hari. dah ketentuan. moga allah mencerahkan hari saya hari ni dan dipermudahkan segala urusan. aminn.. doa2kan untuk saya ye...

Sunday, October 25, 2009

hari ni hari ahad..



hello... hari ni hari ahad.. huhuh..so boring tak de buat apa pon. petangs emalam pukul 4pm obek dah pergi ke kedah. tapi tau2 je la kalo dah pegi beramai2 tu.. bukan tentu pukul 5pm boleh bertolak, itu ini begitu begini, entah le pukul berapa diaorang tu bertolak. jangkaan saya selalunya betol. malam tadi pukul 230am baru dapat sms dari obek cakap dia baru sampai. huahhahhahahaaa.. hujan lebat katanya sepanjang perjalanan. mmm..maybe itu salah satu sebab apsal lambat. takpe la... tu la dianya kalo pegi last minit, tiket flight pon dah takdo. takpe2.. pegi naik kereta boleh le dia menyinggah kat mana2 beli jajan. hahahhahaa....

semalam petang takde buat apa. masak nasi, masak sambal ikan bilis garing dengan ubi kentang, tapi udah terpedas pulak. spoil betol. tak larat la nak makan. apsal cili api tu pedas sangat. saya bubuh 5 bijik je pon pedas bagai nak rak. mujur ada buat lagi satu laok yang tauhu telor tu. so, makan dengan tu je la. air ribena. biasa la tu. lepas makan sakit perot sebab kepedasan tadi tu. aduhduhdudhhhhhh...

malam tak boleh tido. gelisah tak menentu. pikir macam2. kalo tertidor pon mimpi macam2. angin kuat betol malam tadi bunyik sampai menderu2. menakotkan. nezha pon takot. terkebil2 je dia kalo tak tu dia la raja melompat tetengah malam tu kan. pelok2 2 orang then tido. tapi tetap la terjaga2. bila dah angin menderu kuat tu you all tau2 je la, macam2 bunyik ada. yang tinggal ni penakot ya rabbi. hehehehhee...owh..kaki adalah lebam. entah le kenapa. biasa la tu. lebam sana sini macam dah kena dera pulak. pelik betol. tapi tak pulak sakit.

pagi bangun awal. sebab dah memang tak boleh tido kan. kemas2 lebih kurang then sambong tido. baru laaa aman dunia ku boleh tido. hehehehhee.... pukul 930am bangun lagi. tak tido dah. ingat nak masak nasi goreng dengan lebihan nasi malam tadi tapi tengok2 dah macam nak lembik pulak. nak basi le kot. jangan mengambil risiko. makan roti bakar je la lebih elok. dengan kek birthday tu jugak. hehehehhee.... nezha pon suka makan kek tu. heiii..budak tu memang la. suka je kalo manis2 ni. geram betol. sayang nezha.

obek kata balik hari ni tapi takyah le nak mengira2 pukul berapa orang tua tu sampai kl. maunya macam malam tadi jugak pukul 3am agaknya. so abaikan. hehehhehee.... ingat nak kuar pegi salon kang tapi tengok la camne. hati rasa melonjak2 nak kuar tapi malas le pulak. malas nak bersiap2 tu. malas nak drive. malas nak keluar. eee..macammana ni????

itu je la kot cerita hari ni. lagipon awal pagi lagi tak dapat nak dikenalpasti apa kejadian untuk sepanjang hari ni. owh..tadi masa saya buang sampah nampak rumah hujung lorong tu buat kenduri. dah 2-3 hari nampak khemah terpasang then pagi n tadi berderu2 dah kereta datang. heheheh..mesti meriah tu kan. agaknya la.

ok la.. nanti sambong lagi. nak sambong tengok kartun. bye!!!

i love you obek...(thanks obek oby sayang obek)
i love you nezha...(nezhaaaa..mari makan asyik nak main je)
i love all of you...(thanks kepada yang wish birthday saya semalam)

Saturday, October 24, 2009

happy birthday...TO ME!!!!!!!



ALHAMDULILLAH....

HARI NI HARI JADI SAYA YANG KE... HWUAHAHHAHA... TAKPAYAH LE TAU. DIRI SENDIRI TAU SUDAH LE.

SERONOKNYA HARI NI HARI JADI SAYA. MACAM2 PERASAAN ADA. ADA GEMBIRA, ADA SEDIH, ADA TERHARU, ADA MACAM2 LAH PERASAANNYA.

TERIMA KASIH KEPADA OBEK SEBAB BUAT SURPRISE DAN BAGI HADIAH. HWUAHHAHAHAA.... I LOVE YOU SO MUCH.





INI KEK BIRTHDAY SAYA. BUKAN CELEBRATE MALAM TADI, TAPI PAGI BUTA TADI, PUKUL 430AM, BOLEH? BOLEH LA.... OBEK BELIKAN KEK. ITU ADA TULIS NAMA NEZHA BAGAI. YANG LAIN2 TU PON NAMA KUCING SAYA YANG LAIN JUGAK SEBENARNYA. NEZHA, NEXIN, NEMEY & NELLI.. SEMUA KUCING KESAYANGAN SAYA.. SAYA SAYANG SEMUANYA!!!!!!



HADIAH BIRTHDAY DARI OBEK. APA HADIAHNYA? HUHUHU... TENGOK JE LA BOX TU, MUJUR TAK NAMPAK COP KAT BOX TU KAN. EHEHHEHE.. TERIMA KASIH OBEK. OBEK BANYAK JAGA SAYA SELAMA NI. SEMOGA TUHAN MEMBALAS SEGALA JASA BAIK OBEK. AMIN...

ITU SAJA LA CERITA UNTUK HARI INI. PETANG NI OBEK DAH BERANGKAT KE KEDAH. MUDAH2AN ESOK DAH BOLEH BALIK. SEMOAG SEMUANYA SELAMAT.

TERIMA KASIH KEPADA ANDA JUGA SEKIRANYA ADA TELAH WISH BIRTHDAY KEPADA SAYA.

DOAKAN KEJAYAAN DAN KEBAIKAN KEPADA SAYA. SEMOGA HASRAT SAYA DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T. AMINNNNN.....

Friday, October 23, 2009

hari ni dah jumaat, syukur dengan segala nikmat..



hello.... hehehhee..apa korang buat tu ha? pepagi jumaat ni mesti semangat membara berkobar2 tu kan. al-maklum, esok nak cuti dah. hehehehe... ada yang buat plan nak makan2, ada yang buat plan nak jalan2, ada yang buat plan nak pindah rumah, ada yang buat plan nak lepak je. semua orangpon ada perancangan tersendiri. saya doakan semua perancangan tu akan berjalan dengan lancar. mudah2an dipermudahkan segala urusan kita ye. amin.....
*****
cerita pasal petang semalam. jalan tak berapa jem. tapi tu la, bila jalan tak jem, perangai manusia pulak macam musibat. agak2 ada je lobangsikit mula la nak mencocok2 nak masok. lepas tutak reti nak Q untuk bayar tol. semua nak main potong garisan. getik la. jenis2 yang tak paham bahasa ni kalo kita marah guna apa jenis bahasa pon takdenya dai paham. nak bagi dai paham ni haa..buku lima tu baru dia boleh paham. kenapa ye kat mana2 pon mesti ada je peel yang macam ni. takde kesedaran sivik lansong la. saya pikir pembentangan budget petang ni perlu menitikberatkan jugak soal pembelajaran dan pelajaran dikalangan masayarakat umum di malaysia. bukan setakat melihat kepada berapa peratus peruntukan kewangan yangperlu diberi kepada sesuatu sektor. kalo dilihat sekarang, kesedaran sivik dikalangan rakyat semakin menurun. mana dengan isu gejala sosial, mana dengan isu jenayah, mana dengan isu perkauman, mana dengan isu kekeluargaan. semuanya semakin menipis. macammana kita nak didikmasyarakat supaya lebih bersifat positif dan menjadi baik. kalo zaman dulu2 ada matapelajaran sivik. sekarang takde cuma ada subjek moral je itupon untuk pelajar yang tidak mengambil subjek agama islam. taktau le if sekarang subjek tu dah ditawarkan kepada semua. isu kesedaran sivik tu memang suatu isu yang jaoh dan takkan dapat dibentuk dalam tempoh masa yang singkat. tambahan pula bila nak menuju ke arah kebaikan. banyak betol halangan. cuba kalo buat jahat. sekejap je dah jadi pandai. kat mana2 sekrang kita boleh nampak orang buang sampah merata2. tak kira kecik besar tua muda. dah jadi macam satu perkara biasa. macam-heii..takde apa2.. buang je la sampah kat mana2 pon. betol tak? lagi satu kalo orang meludah2 ni. eeee..sungguh kurang sopan. agaknya dia kat rumah pon macam tu la kot, meludah je kat mana2. pas tu tak pam toilet. aduhh.. kenapa le ko bengong beno. ni bukan takat lelaki je, pompua pon ada gak yangjenis sengal bodoh tu. buang pad macam tu je. takde nak basuh2 ke apa ke. sumbat kat mulut ko baru tau. buang pampers yang berselumuih dengan taik anak tu selamba je. tepek kat muka ko baru tau. apa lasalah, bungkus dalam paper ke then buang elok2. eeee... entah la. nak kata tak berajar kang marah lak. mula la sebok kuar segala fatwa hadis bagai yang mengatakan dia tu datang dari keturunan orang baik2 belaka, mak pak ajar cukup segala. tapi?? tengok la sekarang. tadi dengar radio dia minta pendapat apa yang perlu diperuntukkan dalam belanjawan 2010. ada pendengar yang bagi pendapat supaya menaikkan gajipencen dia. sebab katanya memang tak mencukupi. ye betol. sekarang ni setakat pegi pasar kuar duit 100 entah apa2 je yang dibeli. habis lesap. tapi.. bagaimana dengan mereka yangtidak ada pencen? kwsp pon bukannya banyak. yang dulunya bekerja sebagai tukang sapu sampah agensi swasta. dah sah2 tentu sohih takde pencen. takde simpanan. semua pon take. maka umor dah meningkat. tak larat nak keje. camne nak tanggong kehidupan? jadinya..sapa2 yang ada pencen tu bersyukur laaa..walopon yang diterima cuma 500 je sebulan sekurang2nya adalah 100kali lebih baik dari mereka yang takde apa2. syukur. belajar bersyukur. berita cakap cuepac nak minta bonus 2 bulan. alhamdulillah kalo kerajaan luluskan. tapi cuba bayangkan, ada lebih berribu kali ganda pekerja yang tidak pernah mendapat nikmat bonus sepanjang hidop mereka. ada beratus ribu lagi pekerja yang tidak pernah merasa nikmat 'advance' menjelang musim perayaan dan musim persekolahan. ada beratus ribu lagi pekerja picisan ni yang tak pernah mendapat nikmat pekerjaan seperti allowance perumahan la, allowance kenderaan la, hatta makan2 kat office pon tak pernah. bukan macam sesetangah tempat tu yang memang ada peruntukan buat makan2 setiap bulan, buat company family day setiap tahun, ada annual dinner bagai. takkkk....masih ramai pekerja2 ni yang tak mendapat hak yang sepatotnya. cuba letak diri korang dalam tempat mereka. bayangkan betapa seksanya jiwa dan raga dalam mengharungi kehidupan. ye..ulat dalam batu boleh hidop. sebab ulat tu makan batu. kita manusia tak boleh pulak makan batu. makan jambu batu boleh la. cuba bayangkan. saya bukan nak kondem mana2 pihak dalam isu pemberian bonus ni. tapi perlu pikir. pikir dengan lebih mendalam. korang ada yang gaji kecik tapi dapat kelebihan dari segi lain, ada elaun itu ini, ada peruntukan itu ini, ada boleh buat loan lagi. ada orangyang lansong takde benda2 tu semua. kesian tau. semacam ada diskriminasi dikalangan rakyat dan pekerja itu sendiri. penggubalan undang2 mungkin boleh membantu, tak banyak sikit akta pekerjaan itu perlu dikaji semula. segmen pembayaran dari pihak majikan kepada pekerja perlu dilihat semula. ada majikan yang sengaja 'merugikan' akaun penyata pendapatan mereka supaya tidak dikenakan cukai. ada... ramai majikan yang buat macam tu. ada duit lebih, masok poket, belikereta besar, beli rumah besar. pekerja lansong tak dihargai. seksa sungguh. mana2 antara anda yang bertuah dapat kerja di sektor yang katanya dijamin masa depan tu, patut bersyukur. janga asyik nak demand je. ramai lagi orang yang lebih jauh terseksa dari anda. saya tak tujukan kepada sesiapa. ini secara umumnya dan secara umumnya juga, memang sifat manusia tu takkan pernah puas dengan apa yang dia ada. saya pon macam tu. dah ada motor, nak kereta, dah ada kereta kancil, nak le pesona, dah ada pesona, nak le pulak honda. keinginan tu sentiasa jauh lebih maju kehadapan. tapi..itu semua keinginan, bukan kemampuan dan keperluan. jangan sampai sanggopp berhutang atas perkara yang macam tu. berbalik kepada isu kos sara hidop selepas umur pencen, kalo orang gomen, ada pencen. kalo orang swasta? kalo tak beringat dari sekarang ni memang alamatnya entahla... setakat mana larat bekerja? umor 50tahun nak pergi ofis lagi ketuk ketak pc? nak dok kampong? kalo ada kampongnya. kalo takde? bukan semua orang ada kampong. bukan semua orang ada rumah pusaka. bukan semua orang ayah dia ada perturunkan tanah sebidang, bukan semua orang makpak dia da buatkan tabong amanah. kalo ada, syukur, alhamdulillah. macam kita2 yang takde ni? semua kene carik dengan titik peluh sendiri. nak kene bayar duit belian rumah lagi, yang rata2 sudah pasti memilih tempoh maksimum 35 tahun pembayaran semula. interest pulak bukan main tinggi lagi. bank2 ni la sebenarnya ahlong. ahlong yang dibenarkan oleh kerajaan. harga interest pon dah nak lebih kurang sama dengan harga rumah atau kereta yang dibeli. ahlong yang parang2 tu jangan cerita la. dah sah2 hantu. taktau nak hidop dimasa depan. tak mustahil dalam tempoh 10 tahun lagi sawi sekilo berharga 20 rengget.. telor 10 bijik berharga 10 rengget. mungkin pendapat saya ni tak betol. sebab saya melihat dari sudut orang2 yang susah, orang2 yang tidak diendahkan, orang2 yang diketepikan haknya, orang2 yang tak mendapat nikmat seperti yang sepatutnya. jadinya, anda2 yang ada merasa sedikit nikmat tu, kongsi2 kan la dengan mereka. kongsi bukan la maknany asuruh bagi duit gaji kat mereka tu. takkk... tapi kalo ada lebih apa salahnya. kongsi dari segi perkongsian peruntukan dari pihak yang bertanggongjawab tu la. zaman dahberumah masih ada kawan2 kita yang ditakrifkan dalam kategori miskin tegar. sedih. orang dok heboh2 zaman IT, zaman naik ke bulan, tapi rupanya masih ramai dibumi malaysia ni yang merempat di negara sendiri. wallahulam...
****
terpanjang pulak membebel pagi ni kan. ok, cukup bab bebel membebel tu. cerita pasal petang semalam. balk tak jem. sampai awal so singgah kedai ingat nak beli roti nak buat roti telor. just nakmakan ringan2 je sebab saya lapar betol petang semalam tu rasa nak gigit2 je stereng kereta tu. nak makan ringan2 je sebab obek kata nak bawak kuar pegi makan malam. sekali pukul 7pm dia call cakap kene pergi keje ada hal urgent. haiyoooo... kalo macam tu alamatnya memang takde la kuar pegi makan2. kalo sempat pon sure dah malam sangat nanti. so, tak suka la kalo kelam kabut. takpe la.. tapi terus macam rasa takde mud. dah pegang2 roti pon letak balik. terus balik rumah. sampai rumah menyesal sebab tak beli roti tu. hahahhahaha.. apa punya peel daaa.. pikir punya pikir, nampak megi. masak sekerat je la sebab saya tak berapa nak boleh makan megi tu nanti lepas makan sure terkeluar balik. ada sayur dalam peti ais, boh sayur banyak2. lepas tu mandi sementara nak tunggu megi tu sejuk. then makan, then tengok tv. by 10pm obek call tanya dah makan ke belom. chewahhh..saya kata takyah makan. merajuk konon walhal dah bedal megi semangkok. obek kata kejap lagi dia datang suruh siap2 pegi makan. wahhhh.. melompat2 le saya. nak le jugak pegi makan. hehehehehhee... tapi tak le makan banyak sebab dah takde mud dah. share je dengan obek. sian dia. kadang2 saya pikir kenapa le say ani suka nak marah2 merajuk2 dengan dia. dia keje sampai jauh malam pun masih nak call tanya saya dah makan ke tak. takkan pasal tu pon saya tak boleh bertolak ansur? betol la obek banyak bertoleransi dengan saya. tetiba je rasa macam saya ni buruk perangai kat dia. hwuahahahhaa... ahh..salahkan dia sebab terlalu memanjakan saya. see..masih nak salahkan orang lain. apa la saya ni.





balik dari makan2, singgah kedai beli roti, beli butter beli macam2 le. habis 2 keping not kaler biru. haiii.. macam nilai sepuloh ringgit je rasanya. sedih wooo.. balik tido la apa lagi. pagini bangun macam biasa. buat roti telor. yahuuu..breakfast roti telur dan anlene. chewahhh.. tengah semangat ni. tunggu lagi seminggu, tupperware tu yang minum anlene tu jawabnya. anywayyyy.. lepas tu pergi koje. jalan tak berapa jem. lancar je. yahuuuuuuu... syukur, syukur. sampai office awal.
****
esok pagi maybe nak pegi tolong kawan saya tu pindah rumah. kesian pulak kat dia. walopon peel dia terok tapi saya kesian kat dia. dia tengah betol2 susah sekarang ni. laki pon dahtak bagi nafkah dah berapa bulan. aduhhh..sedihnya. tengok la apa yang saya termampu esok saya tolong la. nak ajak obek sekali. bolehle tolong angkat2 barang yang berat. kalo saya je kang takde maknanya. walopon esok dia mesti ada ahli keluarga yangtolong tapi tak salah kalo kita tambah meringankan urusan pindah2 tu. ramai orangkan bagus cepat siap keje. petang pulak sure saya akan sedih melalak2. sebab obek kene outstation ke kedah. uwwaa.... sedih wooo.. cheh.. gatal je lebih. bukan pegi lama pon hari ahad petang balik dah katanya. uuwwaa.. kat kl ni takde ke projek yang sampai nak ke kedah tu??? dah rezeki kat situ, terima je la. ye la, ye la.. saya doakan semoga obek selamat pergi selamat balik dan dipermudahkan segala urusan kat sana. jangan lupa beli jajan ye. so jawabnya sabtu malam saya sorang le ye. wohoooo... freedom tu. sapa mau keluar dengan saya turun tangan!!!!! huwahhahahaha..... dok rumah je la. takpe la. layan nezha.
****
itu je la nak cerita hari ni. nanti2 sambong lagi. selamat berhujung minggu.
****
i love you obek...(jang lupa hadiah saya)
i love you nezha..(hari2 pon kene ilebiu ko kan?)
i love all of you..(have a nice weekend)

Thursday, October 22, 2009

busy+lapar=berangan nak makan macam2...



hehhehehe.. yuhuuuuu... aduhduhduhduhh..hari ni busy benor le pagi tadi. dari semalam. chewahhhh.. time busy sebok nak bagitau, time melangot tu diam2 je kan. anyway... tule pasal lambat update blog ni. tu je sebab musababnya. dah, dah..takmo cerita pasal keje, nak cerita yang menarik2 je. hehehhehe....
**
teringin mekdi la
**
petang semalam macam nak balik lambat sebab banyak keje la. tapi pikir2 macam malas le pulak. haihh..sudahnya hangkot bawak balik rumah. saya seboleh2nya memang cuba mengelak dari bawak balik keje ke rumah. tak suka la. hal keje kat opisla jangan bawak balik rumah tapi semalam tu kira betol2 exceptional la...tak boleh nak ditolong lagi. huhuhu..ok, abaikan. so, balik rumah, then pukul 730pm obek ajak kuar makan. aduhh..malas betol sebab otak dah set nak setel keje. takpe la..layankan je nanti dia dah busy saya jugak yang memekak apsal tak kuar pegi jalan2 kan. so, kuar pegi makan. pegi ke satu kedai ni dulu ok, sekarang hampeh lorr.. servis macambiasa tapi kualiti makanan dah tak bagus plusss.. dah jadi mahal. so, rasanya takde la nak pegi sana lagikan. competitor pon banyak dah.

**
tiba2 teringin makan lempeng le.
**
lepas makan2 pusing2 kejap then bali. sambong buat koje. nezha saya biarkan main. waahhh..bukan main suka dia segala benda nak dipanjatnya. hari ni takde pic nezha le tak sempat na snap2 pic. tengok csi, pas tu tido. tido seperti biasa mimpi yang bukan2. benci betol. pagi ni bangun awal sebab nak kuar awal. mmmm..takde maknanya pukul 8am jugak baru bergerak. hehehhee.. makan biskut dan milo as breakfast. tapi sekarang dah lapar le pulak.
**
teringin ayam masak lemak tapi takmo yang pedas punya..
**
pagi2 datang dah terjah pc. sekali printer pulak buat hal. ko ni memang. time orang urgent kelam kabut tu la dia pon buat hal. geram betol. kalo tak tu tercongok je tersengeh. huhuhuh... tungtangtungtang..kowtim.. alhamdulliah..allah permudahkan koje saya.
**
teringin ikan bakarrrrrrrr
**
hari2 saya selalu je dengan segmen dr. fadzilah kamsah kat sinarfm tu pepagi. dia kejap je ada la dalam 2 minit macam tu tapi penyampaiannyaberkesan. kata bagi motivasi. dai kata kalo pegi koje kene la happy2.. jangan murung2 tak suka tak suka. sebab kebanyakan masa kita dihabiskan ditempat keje. hehehhehe... sekali pikir, betol jugak. tapi bila kene time sengal tu yang hangin je satu badan kat office kan? huhuhu...biasa la tu.. nama pon kehidupan.
**
teringin sandwich pulak. boh mayonis dan tomato sos wallawehhhhh...
**
apa lagi nak cerita ni ye. owhh..malam tadi almaunah sms tanya nak bagi hadiah apa kat ibu. mmm.. buntu otak. saya kata bagi cooking utensil je la since ibu suka masak2 ni hwuahhahah.. kalo ibu masak kita pon tumpang kenyang. kahkahkahkahhhh.... tapi taktau lagi la.. tengok dok pikir2 lagi nih.
**
laparrrrrrrrrrrrr..nak makannnnn
**
ok la..takmo borak banyak2 lagi. ada lagi benda yang nak diselesaikan. enjoy your work, people!!!

i love you obek..(muuah...)
i love you nezha..(mmuahhh)
i love all of you..(muah jugak la..)

Wednesday, October 21, 2009

apa emosi anda hari ni?....


hello... how are you today? good? not good? sad? angry? hehehehhee.... emosi yang pelbagai le katakan ye. apa emosi korang hari ni? anyway.. pagi2 jangan sedih2 yee... ceria2kan hari kalo tak nanti sepanjang hari mendung je la mood kita nanti. saya ni cakap je pandai tapi kadang2 saya pon moody je. gegegeggee.... sila2 kongsi emosi anda hari ni. at least kalo sapa yang bengang ke dahboleh luahkan perasaan sikit. jangan jadi macam saya suka pendam perasaan nanti yang merana diri sendiri. hehehehee.....

hari ni kira ok la. jalan jem2 biasa je so sampai office macam biasa. singgah kedai stationery nak beli tempat letak card tu. ala.. bukan business card pon, yang plastik tempat letak ic tu haaa.. saya punya udah koyak rabak. dari sehari ke sehari nak beli tapi lupa je. hari ni teringatterus pegi beli kalo tak kang tercicir ic kat mana2 lagi payah. sebab saya kalo kuar saya tak guna handbeg ke purse ke. guna card holder tu je simpan ic dan segala kad dan sikit duit. simpan dalam poket. hehehehe... so, senang le nak berlenggang kangkong. takde terkial2 pegang handbag. tapi pi opis guna le handbag. jadi tempat letak bedak. jadi laaa....

petang semalam balik lambat lorr. pukul 830pm baru sampai rumah. mamat kepochi kat rumah udah mengaum2 menjerit2. hehehehee.. alallalaa..siannya dia. lupa nak turn on lampu awal2 la. kahkahkahkahhh..sure hangin je mamat tu. apa tak nya. saya bukak je pintu terus menerkam mengaum2 mengadu la kononnn.. ye la, ye la.. saya layankan je la. lepas bersihkan diri semua dok la melayan dia. bagi makan, garu2 selagi tak mau sampai letih tangan. owhh.. malam tadi cerita kat tv semua tak best. dah le hujan. asterok pon kebabom le jawabnya. benci betol orang nak tengok korea ghost story tu kat 303 bestt... tapi tak dapat sebab 'service currently not available' benci lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

pukul 11pm tido. mimpi yang bukan2. kenapa ha saya hari2 pon mesti mimpi? hehehhehee.. lagi mau tanya. sendiri jawab la.

pagi ni bangun macam biasa. sempat masak mee goreng untuk breakfast. dan juga minum anlene. wahhhhh.... kata menjaa tulang kat iklan dia bersenam sekali tulang ada bunyik krekk..krekk..krekk.. haaa..saya pon ada gak bunyi2 macam tu. suspen.suspen.. yang benonya nak kan gelas dia tu je. susunya tu baru2 ni je la akan bersemangat waja nak minum. esok2 bagi nezha le jawabnya. before this pon memang minum susu gak, tapi dutch lady biasa tu je la kan. dah kata kat iklan ada dapat cawan cantik, harus le teruja. saya ni memang mudah terpengaruh dengan iklan la. hehehhee.. apa2 pon iklan cakap percaya je buta2. kahkahkahkahhh...

sebelom pergi keje, kemas2 lebih kurang. tak kemas rumah takpe.... yang penting tempat uk-uk kena bersihkan. kalo tak nanti tak seronok la nampak comot. actually nezha takde la berteabur2 uk-uk dia tapi tak syiok la kan. kang balik penat2 nak le tengok rumah elok sikit.

anywayyyyy... hari ni mesti banyak koje, dah tau dah sebab bahalol tu tak siap2kan lagi part dia. jadinya saya punya part akan jadi charlie chaplin le. dari hari isnin dah cakap cepat siapkan, jawapannya ye, ye. ye kepala otak kau. benci la orang macam ni. jenis yang menyusahkan.

ok la... takde apa lagi nak tulis. obek hari ni ada keje penting. pepagi dah call tanya nak pakai baju kaler apa. haiyoooo.. pakai je la baju apa 2pon tapi sebagai memberi sokongan moral saya cakap le pakai le baju putih. bila dibagi suggestion baju putih, tanyalak lagi kalo pakai biru boleh tak? huwahhahahhaa.. layankan je la.. orang tengah suspen tu. apa keputusannya nanti malam jumpa baru tau. itu pon kalo jumpa. tadi dia cakap macam kena kerja malam ni. haihhhh.. macam2 la dia tu. apapon, saya doakan semoga semuanya berjaya. amin ya rabbal 'alamin...

i love you obek...(good luck, i miss you)
i love you nezha...(sayangggg dia)
i love all of you...(sapa nak hadiah?)

Tuesday, October 20, 2009

menyampahhhh.....



hamboiii.. tengok la betapa penatnya si nezha tu mengemas rumah sampai terjelir2 lidahnya. hwuahahha.. dah maca kes penderaan dah ni. ye benor le tu mengemas rumah. itu namanya baru lepas melompat menggigit menggaru mencakar serba sakneka mak nenek barang dalam rumah tu. entah apa yang dia cari2 entah la. saya balik semalma udah tungganglanggang rumah tu. table runner jangan cerita le. udah ke lantai peginya. takpe la..layankan je. dia pon boring tu. so, main je la apa yang ada kat rumah. hehehee...

balik semalam semangat nak masak mee kering goreng tu la. singgah kedai beli udang, sotong, sayur bagai. dah berangan2 dah ni. nak beli pulut sebab nak makan kuah durian. durian yang hari tu obek beli sayang je saya tengok elok lagi. tapi kedai tu pulut dah habis lorr.. so, terus takde mood nak masak. huwhhahaha.. balik2 rumah, disambut dengan ngauman nezha menjerit2. ye, ye.. tunggu le kejap saya angkat barang letak dalam rumah baru le boleh dukung. sekali saya terperasan la dinding pagar tu orangtu dah cat!!!!! masok ikut mana? hantuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. eeeee.. rasa.. eh..bukan rasa lagi. memang saya menyumpah2. bukan tak bersyukur dia dah cat tapi masok kawasan rumah saya ikut mana? panjat pagar tu le kan??? geramnya saya..ikut hati nak je bahasakan tapi istighfar banyak2. allah maha mengetahui.

masok rumah dengan hati yang membungkal. terus takde mood nak masak ke nak makan ke. tapi tetap ke dapor menyiang udang sotong tu. takpe la.. tak jadi masak pon at least benda2 tu dah disiang kot2 petang ni ke nak masak dah senang. sesambil tu jerang jugak mee kering tu. haihh..otak celaru la. kata taknakmask tapi pi jerang lak mee tu. macam2 la. so, end up duduk tengok tv. dapor tunggang langgang. call obek mengadu. alalala..kalo bercakap dengan obek tu kadang nyakitkan hati je. tapi bagus sebenarnya. dia tak melayan kepala angin saya. kalo dilayan makin menjadi2 la jawabnya kan. dia kata nanti dia jumpa orang tu. ye kan je la. saya bukan apa. sekadar meluahkan perasaan tak puas hati. tu je la. jangan jadi kurang ajar sangat masok pagar rumah orang tak minta izin. esok saya pagarkan rumah saya tu ko masok tak jumpa pintu keluar baru padan muka.

dah la..malas nak cakap pasal hal tu. so, malam tadi tak makan apa. tengok 201 cerita padayappa. entah dah berapa kali tengok tetap le nak tengok. lagi bagus tengok cerita tamil tu dari mikir hal2 yang macam ni. makan biskut dengan ribena. jadi la. betol2 takde mood. nakkuar obek pon koje malam tadi. ahh..malas le kaco dia. by 1030pm, obek call tanya dah makan ke belom. mujur ingat jugak ye.. pas tu dia belikan mee goreng dengan roti canai. hambekkkk... seperti biasa, mana nak habis. tak selera, otak celaru, takde mood. lepas makan, tido..

tido lak mimpi yang bukan2. haihhhh..sampai terjaga2 tengah2 malam tu. sampai macam tak sanggop nak tido berdoa la supaya cepat siang. hehehhee...sure korang bengang kan. korang beriya le nak tido lelama saya pualk mintak bior cepat siang. hehehhee.. im sorry...kihkihkihkihhh....

pagi ni tengok jalan tak berapa jem. just nice le. sekali sampai tol sunway tu dia..tak gerak lorr.. baru cadang2 sampai awal kat opis bolehle singgah bbeli kuih ke apa ke kan, tapi udah lambat batalkan je la niat murni itu. takpe la..lagipon balance roti semalam ada lagi so makan je la buat breakfast pagi ni. mmm..alkisahnya entah le sultan mana kuar dari jalan tabong haji tu.. tu yang polis2 sekat jalan semua tu. sorang punya pasal nak lalu, semua rakyat jem. elok le tu. please be remind, bukan semua bos kat malaysia ni jenis memahami. dapatyang jenis terejal berkira sangat, datang lambat nak catit, datang lambat nak catit..haa.. camne? ko nak cakap kat bos tadi sultan lalu so jem tu yang datang lambat? ingat bos tu nak percaya?? takde maknanya. melainkan kalo dia sendiri yang mengalami. biasanya takkannya.. pity to those yang kene macam tu.

anywayyy..... takde apa dah nak cerita. hehehhehee...

i love you obek...(miss you)
i love you nehza...(dok rumah elok2)
i love all of you...(keje rajin2)

Monday, October 19, 2009

what a sad story....


A devastated Leon Lai mourns the death of his beloved cat-Heavenly King Leon Lai's beloved cat Baba recently died of kidney failure, as reported by the Hong Kong news. The singer-actor was present at a charity event a few days ago when Baba's condition suddenly deteriorated. A nervous and panicky Leon interrupted the host a few times and rushed down to the hospital in hopes of seeing his cat for the last time.
----------
In an interview at the event, Leon revealed that his cat, Baba (who shared the same name as a song) was admitted into hospital two days ago for kidney failure. Although she was said to be in stable condition, he was instructed to head down to the hospital as soon as possible as her condition suddenly took a turn for the worse.
----------
"The doctor suggested putting her to sleep. I told him to stop scaring me. I hope that it can be saved and I want to go give her some encouragement. Even if she cannot be saved, I hope to see her one last time before she goes."
----------
Leon sang praises of Baba and shared that she was the most obedient cat out of the three at home. Upset at her death, he said, "It was very sudden. After taking care of it for seven years, there are definitely feelings. I have not kept any pets before and I started taking care of cats only 10 years ago. I have not had the experience of facing with the death of pets."
It was reported that Leon and his wife, Gaile Lok rushed down to the hospital to see Baba for the last time. Unfortunately, she passed on before they arrived and Leon had to comfort Gaile who was visibly upset in tears
----------
----------
aduhduhduhhhh... baca je saya memang dah sedih dah. begitu dia sayang betol kat kucing dia. tak dapat saya bayangkan kalo benda tu berlaku kat diri saya. harus pengsan 3 hari 3 malam gamaknya. saya kalo bab2 kucing ni memang le sensitif sangat. tak kira la kucing kurap ke kucing jalanan ke rasa macam ada suatu tarikan pada mereka2 yang bergelar kucing ni. nampak betapa jauhnya beza kehidupan mereka tu kalo dibandingkan dengan nezha. tapi tu la.. sama jugak macam manusia.. ada je perjalanan kehidupan yang tersendiri. walopon rumah saya tu dah ibarat zoo kucing sebab ada je kucing yang datang menumpang makan, saya suak je. lagipon diaorang tak kacau2. lepas makan blah, tak pon berak kat area rumah saya. bagus betol. hehehhee...



look at these cutre creature.. how can you resist it? uuwwaaa... sayang nezha sangat2. nezha.. i love youuuuuuuu......


to leon lai (huhuhu...macam le dia baca blog ni kan, tak dulikkkk..nak jugak tulis), be strong (ye la tu.. cakap senang la...cuba kena), let the momories with your beloved baba remain forever. (carik jugak gambar si baba tu idak le pulak jumpa. huhuhu....)
---
pic courtesy of googles

sambungan cerita ahad...



hello...

sambungan dari cerita semalam, ahad..kes obek ruined the lunch plan.. at 330pm, he called ajak kuar lunch le. i said u better take me to the best place for lunch or else. chewahhh... dalam lapar2 tu demanding jugekkkk... ye la. dah le lapar plus sakit hati so double triple bengang. obek kata, ok.

so, berangkat le kami. jauh beno perjalanannnya nak makan. bila tanya nak pi mana jawabnya ikut je la. huh.... biarkan.. tengok je. rupanya pegi ke 1u. alalallala..ingat nak bawak pergi perlis ke terengganu ke tadi kan. jalan jem. al-maklum.. semua cuti so semua pon nak lepak2 le tu. pusing 2 kali baru dapat parking. tu pon parking kat padang luar tu. takpe la..janji ada parking. sementara tunggu obek mencucuk rm, saya pi tengok2. owhhh..rupanya semalam ada festival japanese food & culture kalo tak silap. masa saya sampai orang tu tengah ketok2 gendang besor. hehehhehe.. menarik juga. banyak ada jual makanan jepun. macam2 ada.. so, we end up lunch kat shogun. haaa..hambekkk.. memekak lapar nak makan sangat dia bagi saya makan buffet. alallala... tau je la saya ni memekak je lebih bila time makan tak de la banyak sangat. obek makan lagi berganda banyak dari saya. lapar sangat katanya. not bad la walopon itu 1st time makan kat shogun tu. owhh..sapa2 nak pegi tu pegila. memang bokeh makan banyak dan sedap2 semuanya. food variety pon menarik. macam2 ada... sapa hantu sushi sila pergi sana. lebih jimat dari makan kat sushi king kot? tapi pastikan perot betol2 boleh makan banyak la. kalo takat makan 3-4 piring tu baik la makan kat sushi king. kalo tak membazir je. pegi.. pegi. weekday lunch buffet 12pm-3pm.. weekend lunch buffet 12pm-5pm. dinner pon ada gak. 7pm-10pm. haaa..pegi2. presentation-ok. rasa makanan-ok. overall-ok. boleh makan.

lepas makan takde pegi mana pon, just pusing2 kat bawah tengok promosi makanan jepun tu. tengok2 jugak if dia ada jual bekas masak takotao tu kan.. elek pocik. bahan2nya ada la jual. hehehhe... konon kalo ada nak le beli. ini isu berangan lebih le ni.

anyway, pas tu terus balik. obek sakit kepala. balik saya pon lepak2 je la sambong tengok tv. tido kejap dalam 1 jam lepas tu bangun. sambong tengok tv. malam tak dinner sebab kenyang lagi. tapi obek ajak kuar pulak tapi macam dah malam la.. dah pukul 1030pm. malas betol. sian pulak kat dia kang dia ajak2 kuar tak kuar kang dia kuar dengan orang lain kang haa... cuba la kalo berani... memang carik nahas jawabnya. hhuhuhuhu... tetiba je kan. so, kuar teman obek makan. dia makan nasi lemak dan rojak buah, saya tak makan apa la.. just jamah2 rojak tu je sikit. lepas tu balik. lepas tu tido laa..apa lagi.

pagini bangun awal. sebab takot jem. tapi tengok jalan clear je. al-kisahnya budak cuti sekolah lagi ye hari ni? hehehehe.. bagus alhamdulillah. singgah kat petrol station beli roti dan air. nak buat breakfast. masa beli beriya semua nak. bila dah beli ni ha ada je tercongok kat depan ni tak selera la. sampai office awal sebab tak jem.

so, itu je la cerita weekend saya. weekend yang biasa2 takde apa yang menarik.

nezha macam biasa. manja terlebih. semalam banyak kali dia kejut saya. hehhehee.. dia takot saya lambat pegikoje kot. alala..semalam cuti la nezha. sayang nezha baik betol tolong kejut ye... i love you nezha.

ok la..nanti sambong lagi.

i love you obek..(hehehhe... dah love you balik dah)
i love you nezha..(always...never failed)
i love all of you..(happy monday!)

Sunday, October 18, 2009

happy deepavali..but im diong nothing at home...



hello..

saturday :
nothing much to do today. just lazying around. watch tv, eat, sleep, play with nezha and it goes round and round and round and round. hehehehee... wake up as usual at 630am, done some simple chores and went to sleep again. huhuhuh..what a waste of time and wake again at 830am. mmmm.. cant sleep anymore.


watch tv. not bad since its deepavali so i switched to 201 / 202 channel. hey.. not bad at all. watch cartoon and other stuffs. by 9am, i was disturbed by a bang at my gate. what the hell?? its look like the next so called neighbor wants to do the plastering at the newly built wall. eeeeeeeeee.. his face is such a jerk and snobbish guy and stupid and i hate him to the max. however, im allowed the indon workers to do their job, if not who's gonna do the plastering? its his responsibility afterall. can i curse him here? yeahhh... so, i removed my car outside and bammm!!! i slammed the as hard as i can. that stupid jerk!


nezha and me stayed in the house throughout the process. i dont want to look at them. let them do their job. they did used my things such as brooms, pail, scourer and even use my water!!! bastard!! they should use their owns things when you do your job! even if you really need to use others stuffs, pleaseeeeeeeeeeee ask for permission. i hate you!!!

so, i just stay inside the house, watch tv until my eyes cant watch it anymore. by 3pm, i herad they're gone. good. i dont need them around my lawn. cooked some simple dish, what else la.. sardines and some eggs... have my lunc by 4pm and continue watching tv.

by 7pm, obek called and asked me for dinner. ok la.. since i dont go out today plus.. im still pissed off with the situation. we went to petaling street. bought lots of things. mmmm.. what a waste of money. we didnt planned to buy anything, just a bag for his lappy. but we ended with t-shirts, dresses, bags and not to forget, the juicy air mata kucing and buah berangan. yummy!!!!

after that, we went to uptown (i think thats is the place name) at cheras. luckily, we didnt buy anything there. just walk around and sight seeing. not bad as by the time theres still less people coming. eat some cocok2 at the lorry and off to home. so, that's my saturday stories....

sunday:
woke up at 6am.. got to do some chores, and went to sleep again, and woke at 10am. hehehehee... what a lazy day for me. obek called and the plan is to have lunch somewhere at kuchai lama dor some asam pedas. ok.. i dont mind as long as i have my lunch. so, i get myself prepared, wore the newly bought superman t-shirt last night and by the time im ready there he goes... he called and cancell the plan as he have to meet with sombody by 12pm. haiyajkkkkkkk... i was so sakit hati and i even hempas the hp. pity to my hp. never mind, if the hp gone mulfunction, i'll ask obek to replace it for me. after all, its his faults!! and here i am now, talking and typing and watching at the same time. uuwwaaaaaaaaaaaa.. what a bad day to started with.

luckily nezha was here with me. i love you nezha. thinking of going to get some sundries for the house, the cabinet was empty by now. but, malas. no mood at all. now.. watching tv is the best solution. breakfast? forget it. lunch? will think about it later. obek must pay for this...

i hate it when somebody ruined my plan... $%^##@@%&*&*(


i love you obek..(not now)
i love you nezha..(always)
i love all of you...

Friday, October 16, 2009

bosan je...


hello....

hari ni dah jumaat. suka la korang ye. hari yang dinanti2kan oleh kita semua. hehhehehe.. esok cuti da.. tapi ada juga orang kena kerja hari sabtu kan. syukur la kompeni kita keje sampai jumaat je. camne pon esok sure cuti punya sebab deepavali kan. hehehhee... saya tengok tv semalam ada iklan petronas menarik la pasal deepavali. hahaha.. pasal mamat2 ni ala2 hiphop konon sekali jumpa nenek dia kat pasar hambekkkk..baru nak usha2 aweks.. lawak2.. tapi ada makna tu.

anyway.. nak cerita apa hari ni ha?? semalam balik macam biasa. jalan tak jem yoooo.. bagus betol. owh..lupa rupanya ramai yang cuti sempena deepavali dan juga cuti sekolah. agaknya la.. tapi alangkah bahagianya hidupku...... so, balik semalam memang takde idea nak dinner apa. takde mud la. singgah kedai runcit kat rumah beli gula sebab dah habis. beli limau sebab nak buat teh o ais limau. beli toilet roll sebab dah habis. dan beli telor untuk masa2 kecemasan. hwuahahhaa.... balik bakar roti. makan roti bakar kosong je la dengan buat air teh o ais limau. takde mood la. malam dah pukul 8pm macam tu obek call tanya nak makan apa. ahhh..takmau apa2 la takde selera nak makan. tapi dia belikan jugak rojak buah. oh, dan jugak buah durian sebijik. besor lak tu. tapi tak boleh habis la.. makan seulas je ingat esok nak buat kuah durian tu boleh bagi kat obek. dai suka makan kuah durian. haihhh... satu koje lak nak kena masak. tengok la kalo rajin. apa pon, tq obek.. i lebiu. hwuahhahaha.... nezha pon makan sekali roti tu. terok la mamat tu. semua makanan saya dia nak makan. bagi durian pon makan jugak! aiyakkkk..... nang butinang betol. sakit perot saya tak tau haaa.. tapi pagi tadi tengok elok je dia uk-uk takde la lembek ke uk-uk cair ke. so, consider ok la tu kan. memang dia suka makan durian. pelik la. ko ni manusia ke kucing ni nezha.

malam tadi saya macam tak berapa sihat, jadinya jadi pengunjung setia bilik termenung tu. boleh tak ammat kepochi tu mengeow2 kat luar pintu bilik air sambil ketok2 cakar. geram betol. terbantut ya qadzial hajat i tau.. memang la dia ni. dia bukan apa.. suruh bukak pintu tuuuuu... eeee..geram la. sudahnya saya bukak jugak then pesan sambil marah2 kat dia sebab saya nak buat hal pon tak senang. tapi dia bukan nak masok pon, saja suruh pintu tu bior macam terbuka sikit dan dia nampak kita dok kat dalam tu. pas tu dia senyap la duduk je depan pintu tu tunggu kita siap. haihhhhh...over melampau betol. selagi tak bukak pintu..selagi ut la mengeow sampai nak serak suara. takot beno kena tinggal. layannnnn.....

nak tengok tv pon takde mood la. macam penat je so baik kita tido. huhuhuhu...tido mimpi macam2. benci la..letih. pagi ni bangun awal sebab malam tadi tido awal pukul 10pm dah tido. so, golek2 je la melayan menggaru2 nezha tu. apa2 je la labu. so, macam tu je laperjalanan hidop saya. takde apa yang menarik. semuanya normal2 biasa2. agaknya korang sure kata alahai bosannya hidop dia ni kan. hwuahahhahaha.....

takpe2... esok deepavali obek kata nak pegi jalan. tapi dia kene keje pagi tu maybe petang baru boleh kuar le tu kot. bagus jugak. nak rehat2 je kat rumah la. letih. nak pi salon. nak lepak2.

ok la.. takde apa yang nak diceritakan lagi. sorry la terpaksa baca blog yang membosankan ni. hhhhahahhaaa....

i love you obek...(ada rahsia ye...)
i love you nezha...(jangan sepahkan rumah)
i love all of you...(happy weekend)

Thursday, October 15, 2009

nezha memang suka buli orang...


hehhehehee..tengok la tu. pantangggggg kalo dia nampak kita bukak lappy mesti nak menyelit nak duduk kat atas tu. aduhhh...tak serik2 lagi la dia tu. hari tu dah rosak sekali (tapi saya tak rasa sebab nezha suka dok atas lappy tu monitor jadi rosak, tapi saja la nak salahkan dia jugek. hehhee), ni buat lagi. ahhh..bila2 masa dimana jua asal dia nampak je lappy tu mesti nak dudk atas. tu. apa best sangat ke duduk atas tu? saya rasa macam keras je kan. heran betol la. layan je la.. sambil tu boleh buli dia. ke dia yang buli saya sebab dia takmau beralih dari lappy tu? uuuwwaaaaa.........


selagi tak angkat dia, selagi tu la dia akan duduk kat atas tu. kalo alihkan pon, harus panjat balik meja tu nak duduk. tu tengok dah duduk atas 2-2 lappy. geram betol la. panggil la nama dia bagai nak tercabut anak tekak pon menehen je dia. itu kalo lappy tu tutup, kalo kita berjaya buka dan guna pon, harus jugak carik jalan nak menyelit nak duduk atas keyboard. ayoyoyoy...tak bleh tahan woo ini budak..manyakkkk degil suka buli. saya pernah hari tu buat koje, pergi dapor kejap, datang depan tengok dia tengah landing baikkkk punya atas keyboard jadinya koje saya udah kuar tulisan macam2. uuuwwwaaaaa.....ini penderaan namanya nezha.


tapi takpe..layankan je. cerita petang semalam, macam biasa je la. jalan tak berapa jem, sampai rumah macam biasa pukul 7pm. obek dah memekak dari petang tu ajak kuar. ye la.. ye la..orang nak bersiap le ni. kecoh la orang tua tu. plan asal nak pergi tengok wayang, masa tengah tercangak2 dok tengok jadual sekali obek dapat call daa.. kene ada hal jumpa orang malam tu. chehh.. so, tak jadi le tengok wayang. tapi mujur juga belom beli tiket kalo tak camne? rugi je. so, pergi makan2 jalan2 je la. kitaorang makan kat black canyon malam tadi. tak pernah try tu yang nak cuba malam tadi tu. sekali bukak menu aikkk..apsal ada tulis thailand pulak ni kan? makcik suspennnnn....kalo takat nak makan nasi goreng ikan masin baik le makankat kedai tomyam, murah pon murah, banyak pun banyak. takyah nak bayar sampai berbelas2 hengget takat makan nasi goreng tu. so, end up try yang lain sikit la kan. obek amik salmon steak, saya amik beef steak. outcome--presentation cantik, tapi rasanya kureng la. masin! 2-2 dish pon masin. owhhh... so, tak habis. minum air mint tea. haaaa..itu sedap. masam manis berangin. obek minm apa ntah nama jamaican coffee blablabla..ala... sekali datang macam kopi susu je. tak le best beno. masa dah nak bayar, mamat cashier tanya how was your food? saya jawab, its too salty, both of it. i cant eat it. pas tu nak buat muka pelik2 lak. wahhh..dah ko tanya customer punya feedback tapi macam takmau terima pulak kan. apa kes.. at the end say ajawab i dont like it. hwuahaha.. i dont like it pon tetap la ko kena bayar. mahal le pulak tu. well.. it will be my 1st and last time le makan2 kat black canyon. memang diblack list kan le dari senarai kedai makan. huhuhuhuhuuuu..... kesimpulannya, tak berbaloi lansong bayar berpuloh2 hengget untuk makan makanan macam tu. tapi takpe..pengalaman tu. kalo tak cuba sampai bila tak tau. bila dah cuba, dah tau lenkali jangan le pergi lagi.



lepas tu pusing2 je la tengok2 baju tengok2 ntah hapa2 barang. wahhh..pergi kaunter perfume orang tu dah tutup la. mmmm..takpe la. lagipon bukan nak beli. saja gatal nak try test sampel tu kan. hahahhahahhaa..... pukul 10pm balik. obek hantar, pas tu hye2bye2 dengan obek, dai pon pegi le meneruskan perjalanan jumpa orang.
saya pulak dah balik tu, tu yang dok buka lappy konon nak check ntah le hapa2. sesambil tengok csi macam tu la kiranya. owhh..dengan nezha yang mengacau membuli, dengan mata yang macam dah ngantok, dengan tekak yang rasa tak selesa, baik la tido. tido punya tido, pukul 2am terjaga. tekak rasa tak sedap sangat2 ni, rasa dah terlonjak2 je kat anak tekak. pi toilet dan keluarlah segala steak segala mint tea yang makan tadi. hambekkkkk.. puas hati. owhhh..seksa la tekak kalo ada kejadian2 yang macam tu. lepas ut tak boleh tido. tengok tv cerita apa ntah cerita melayu. kira boleh le kayan sementara nak mengantokkan mata ni semula. pas tu sambong tidooooooo....
itu je la ceritanya semalam. takde apa yang menarik pon. nak amik gambar obek kata takyah laahhhhh... uwhahahahhaa.... so takde la gambar2 makan2 tu. hari ni pegi koje cepat. takmau la hari2 pon sampai lambat. sebelom orangtegur baik kita elakkan. esok orangtegur kita jugak yang naik hangin jadi baik cegah dulu. sempat beli kuih cucur badak 2 bijik buat sarapan. boleh le..



hehehe..sebelom berpisah, tatap la gambar wajah kesayangan beta ini. yee..itu namanya gaya conquer segala mak neka lappy yang ada dalam rumah. sila fokus kepada nezha sahaja dan sila abaikan persekitaran yang macam tongkang pecah itu. hwuahahahahhaa.....
i love you obek....(work hard ye..)
i love you nezha....(jangan sepah rumah, penat le nak kemas)
i love all of you...(hari ni dah khamis kan?)

Wednesday, October 14, 2009

hujan, jem, bengang..seronoknya!!!...



mmmm...camne nak mula cerita. hari ni hujan dari awal pagi. jadinya secara automatik jalan akan menjadi jem tahap gila dan banyak je la kemalangan terjadi. kenapa ha??? pelik betol. dah le hari ni terbangun lambat. malam2 tak boleh nak tido, dah suboh baru la nak mengantok. dengar dah alarm tapi buat tak tau je sedar2 nezha gigit kepala sekali tengok jam tu dia...730am. bagus betol. harus le melompat2 meloncat2 kan nak bersiap. geram la....

jalan jem. malas nak elaborate. hari ni sampai lambat le jawabnya. pukul 930am baru nak muncul kat office. masok2 je office siamang dah tercongok kat table saya. geram betol. double sakit hati. mujur dalam kereta tadi dah makan biskut bawak bekal so tak le lapar sangat perot. jadi la buat alas2 perot kan. anyway..takpe la.. bersyukur sebab sampai jugak office walopon lambat tapi selamat. bayangkan orang yang terlibat dalam kemalangan pagi ni. dalam radio info trafik dok cakap merata la ada excident. ada lori terbalik la, ada yang berlanggar la. macam2. jadinya bersyukur la.

petang semalam balik macam biasa. tak berapa jem dan tak le berapa lancar sangat. biasa2 je la. malas betol nak balik semalam sebab dok mengenangkan nak mengengok muka jiran hantu yang kurang ajar tu. saya lalu rumah semalam rupanya dai dah dinding sampai ke atas siling. dah le rupa dinding rumah saya dah jadi buruk macam rumah setinggan je. sakit hati betol. saya tak halal bahagian saya yang dia amik tu. cuba la cakap elok2.. bukannya saya takde rumah ke apa ke. cakap je la. taktau nama panggil je la hello, hello.. eee..bengang. sakit hati. saya takkan maafkan sampai bila2.

sebelom balik semalam singgah kedai dobi amik baju. ye la.. saya baju hantar dobi le tak basuh sendiri. huhuhu.. cadar belom kering lagi so petang ni baru amik. takpe la. bukan takde cadar lain pon. nanti nak hantar lagi. pas tu singgah kedai nak beli tepung gandum nak buat cucur keledek. keledek beli dah seminggu tak juga berbuat. malas. hehhehee... so, balik rumah. malas tengok orang sebelah terus tutup pintu. benci la dengan kau!!!! masak mihun sup. ala.. rencah simpel je fishball. takyah pening2 kepala la nak boh daging le udang le ketam bagai. ringkas je. so, itu le menu dinner malam tadi. mihun sup dengan cucur keledek. air putih kosong.

obek? tu dia.. petang semalam beriya ni message kata nak pegi tengok wayang. tapi tulis sana dia koje pukul 730pm baru balik. apa ke jadahnya. nasib bain makcik dah pro dengan jadualnya. jawabnya memang takkan sempat le nak pi tengok wayang. memang betl pon. pukul 9pm baru terhegeh2 call ajak kuar. tak kuasa le. dah malam baik membuta tengok tv ke apa ke. memang la ada je movie midnight tapi malas la. so, cakap kat obek takyah le. balik je la rehat2.

nezha pulak semalam macam tak berapa nak sihat la. makan sikit dan tak ceria. biasa dia melompat2 je kan. dan kalo saya masak kat dapor dia pon sure akan sebok macam nak tolong potong bawang je lagaknya. tapi semalam dok diam je. risau lak saya. korang tau la..saya ni kadang bolehtahan gak air mana neng yatimahnya tu. apa lagi..dok belai2 dia tu terus menangis. risau wooooo..mana tau kot2 dai sakit ke apa ke kan. tapi pagi ni tengok dah ok dah. dah melompat2 menggaru2 segala benda kat rumah tu. huhuhu..alhamdulillah...

apa lagi nak cerita ye? owhh..entah la tetiba terlupa la nak cerita apa. mmmm..kes kawan saya tu. yang sampai nak bercerai berai tu. semalam dah tau dah al-kisahnya. mmmm..sian jugak bila dengar. berat juga masalahnya. tapi apa yang saya jangka tu memang terjadi la. laki buat kes, masok lokap, ada pompuan lain, mencuri, menipu. itu bolehtahan lagi...yang paling tak tahan, sanggop cakap anak dah mati so dapat buat collection duit. astagfirullahalazim..memang mengucap panjang saya semalam. itu cerita kat orang lain. kat aweksnya dia cakap dia kawen dengan kawan saya tu janda, anak satu. yg tu bukan anak dia. nauzubillahiminzalik. lagi mengucap panjang saya semalam. sanggop tak mengaku anak. itu kat awek. ada kat orang yang lain pulak cakap dia kawen dengan kawan saya cuma 8 bulan je lepas tu ceraiiiiiiii.. astagfirullah.... kanke jatuh talak tu? entah la. ko cerita dengan orang ko dah cerai. balik rumah ko hadapkan jugak bini ko tu apa maknanya??? ya tuhan... masa my fren dalam pantang tahun lepas kan musim raya, dai bawak awek balik rumah jadi bini dia pulak. jiran nampak tapi takmo amik kisah sangat sebab ingatkan adik dia. tapi now semua dah terbongkar sebab awek tu sendiri datangjumpa my fren bagitau. nak kata menipu takkan la sebab siap boleh sebut corner ni ada apa, corner sana ada apa. kat bilik ada apa, kat dapor ada apa. haaa..hambekkkkk... memang elokpon masok lokap. itu kalo tak sedar diri jugak taktau le. kesian pulak saya tengok kawan say atu. ye la..walopon dai jenis tak mau ngalah, suka nunjuk2. tapi bila keadaan masalah macam ni saya sedih dan simpati. sampai hati suami cakap macam tu pada bini dan anak. saya doakan yang terbaik la untuk mereka. dia cerita semalam, saya pulak yang nangis. i mean, memang saya dah jangka benda2 ni berlaku tapi tak le sekali gus macam ni. sedih la.... next wik dia mintak tolong saya dia nak pindah rumah, nakbalik kampung. saya tak boleh janji cuma saya kata insyallah je la. mmmmm... laki dai tu kalo kita tengok memang takkan sangka. rupanya dah berenti koje dari bulan 7 hari tu lagi. tapi buat2 kuar koje macam biasa kuar pagi balik malam rupanya pergi mengadap awek dia kat rumah awek tu. aduhduhduhduhh.. minah tu koje jusco bukit raja. sapa2 tau memang itu le pompuannya. sewa rumah sini pulak rupanya dah 3 bulan tak bayar. tuan rumah pulak jenis baik hati, sebab dia ingatkan kawan saya ni ada masalah so dia diamkan je. tapi bila dah sampai 3 bulan tak bayar, harus le orang tu tanya kan. so, bila tanya baru le kawan saya ni tau apa kes sebenar. amboii.. bertimpa2 masalah dalam 1 masa. tu tak termasok lagi lakinya dok pinjam duit kiri kanan. aduhhhhh.....inilah cerita kehidupan. amik la ikhtibar dari kisah ni. buat pedoman. patot la bagai nak gila kawan saya nak mintak cerai bagai. tak boleh nak salahkan dia la kalo dah jadi macam ni. bila ditanya kat lakinya kenapa buat peel, jawabnya bini takmo layan dia. bila lakinya nak.. bini buat nehen. aduhhhhhh... takkan disebabkan itu sampai buat peel. kawan saya cakap camne nak melayan, kalo dah duit asyik takde je. bila takde duit, mood asyik nak marah2. bila dah marah2, mana nak datang mood nak bersama tu. aduhhh...ni sampai cerita dalam kain pon tersebar. wallahualam. nampaknya kawan saya dah nekad dengan keputusan. saya sebagai kawan bagi nasihat je la dan pandangan. takmau la lebih2 masok campor hal rumah tangga orang. takot wooo... entah la..pada saya 2-2 pon salah tapi tu la, bila dari awal masalah timbul takmo bawak berbincang, tu yang bertambah melarut2 tu. sedih la.... yang jadi mangsa---anak!

panjang lak membebel hari ni kan. tak pe la... buat peringatan pada diri sendiri dan kawan2. jangan jadi pada kita atau keluarga kita. harap2 semuanya elok2 je la.

ok la..takmo bebel banyak. hari ni koje boleh tahan. rindu kat obek. minggu ni obek nak balik kampung lagi. saya? dok rumah le melayan nezha. hehhehehehe...

love you obek..(miss you so much)
love you nezha..(nezha jangan sakit2 tau, mesti sihat selalu)
love all of you...(next wik birthday saya, sila bagi hadiah)

Tuesday, October 13, 2009

pagi2 dah hangin!...


bluwekkk!!!! tengok nezha on paham dai jelir2 lidah. tanda benci le tu. bagus nezha.. nezha pandai paham bahasa, tapi ada manusia pon tak reti nak paham bahasa. getik laaaaaaaa.. go to hell la.

hari ni betol2 la menguji iman betol. actually pagi ni ok je tapi tu la.. benda dah nak jadi. hari ni saya bangun tido pagi2 lagi. sebab macam tak boleh terlelap dan lagi satu macam asyik mimpi macam2 je la. bosan betol. so, teringin nak makan lontong. hajat hati nak kuar le pegi cari kat kedai luar tu then balik rumah breakfastkat rumah baru nak pegi koje. so, siap2 semua kuar pegi cari lontong. malangnya.. ye malangnya takde kedai yang jual lontong. aduhhh.. sedih betol. pegi pulak tengok kat orang yang jual kat payung2 tu kot2 ada. pon takde jugak. majoriti yangtukang jual orang pantai timor. mana dia nak kenal lontong. laksam ada le dia jual pepagi buta tu. so, frust punya pasal saya beli nasi lemak je la. dengan kuih singgit. jadi la. pengubat hati. sampai rumah breakfast sambil tengok mickey mouse. sekali tu dengar kelentanggg!!! ingatkan apa.. biarkan jugak. pas tu bunyik lagi. kali ni lagi kuat. KELETTANGGGGGG!!!! berderai.. ye bunyik macam pasu bunga pecah. saya pi kuar tengok tu diaa..menyirap darah amkcik ni. kan ke jiran sebelah buat pagar. dai nak tutup pagar antara rumah saya dengan rumah dia tu dengan batu bata tapi bongok bahlol bangang tak reti nak bagitau dulu. yang pekerja indon tu pon main bukak je pagar tu dah berderai pasu saya. mujur tak kene kereta. apa lagiii.. memang menyanyi le saya pepagitu kat depan tu kan. saya bahasakan. saya kata kalo nak bukak pagar tu bagitau la dulu. ini tak senyap je bukannya saya takde kat rumah. memang betol pon. apa la salah bagitau dulu kak saya nak buka pagar ni tolong alihkan pasu2 tu. saya boleh le alihkan. saya pon idak le bebal beno macam korang tu ha. ini diam je main punggah je pagar tu. pas tu boleh buat muka toye. memang nak kena la tu dengan saya. pas tu saya korang tau la..kalo dah start bercakap tu kang tak boleh nak berenti. pokpekpokpek le saya sepanjang pagi tu. kurang ajor betol. apa ingat dia tu byk sgt duit ke? duit dia je dia kira duit kita dia tak kira. kira pon lebih banyak duit dari awak le tapi tak le nak menunjuk2 macam tu. kalo kene kereta saya tapi takde cakap2 dah..saya pecahkan pintu rumah dia. tengok la. dah le kes banjir bulan puasa hari tu saya pon tak surut lagi hati. kali ni buat hal lagi. memang jenis orang kurang ajar la. akal ada letak kat tapak kaki. berlagak tak pasal2. sombong. ko susah tau lak nak cari kita. lenkali ke depan2 ni tak hingin saya nak tolong. saya nak check dengan majlis perbandaran tu kang dia buat block dinding pagar tu dia tak nak plaster pulak belah rumah saya udah tak pasal2 jadi macam rumah setinggan pulak dinding belah rumah saya tu kan. memang saya harukkan. by law, memang dia kan patut plasterkan dinding tu. setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... eee..bengang betol la. saya bukan jenis nak marah2 tak tentu pasal tapi saya tak kacau orang, orang jangan le kacau saya pulak. elok lak jiran belah kiri ni cina paham bahasa lebih baik budi pekerti dari jiran melayu yang kononnya tudung labuh sampai ke lutut tu tapi kurang ajar. mengaji siang mlm pon perangai macam lahanattttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!! saya bagitau obek dia kata nanti dia nak datang bagitau kat orang2 tu. saya cakap, tolong laa.. tolong la bagitau kat orang tu sebab karang kalo saya yang bercakap kang lain jadinya. sebab saya dah cakap awal2 menehen jugak. leceh la dapat jiran bodoh macam tu.

tengok, tak pasal2 pagi2 dah menyumpah orang. itu yang dia nak. haaa..bagikan.

~~~~~~~~~~~~~

dah.. nak sabar2kan hati pulak ni.

semalam balik lambat. pukul 8++ baru sampai rumah. on the way back obek call cakap suruh balik cepat dia dah nak sampai nak bawak pi kuar nak pegi ntah mana2. eeee..penat la. tapi takmo la bising2 kang sentap lak orang tua tu. sampai rumahterus mandi2 siap2 semua. tak dan nak berjalan dah rasa macam terbang je dalam rumah tu sebab obek dah pinpinponpon kat depan pagar tu memekak. haihhhh....

so pegi la tempat yang dai nak sangat pergi tu. macam2 la peel dia layankan je la. pas tu makan kat kedai mana ntah. tak sedap. opss..tak baik marah makanan bukan salah makanan, salah orang yang masak tu. order daging masak merah tapi aduhai liat macam makan getah sekerap. hehehehe....tak boleh kunyah lorrr... obek order nasi goreng cili api tu diaaa...cili sebeban punya la banyak dia potong. huh...membazir betol. kan elok kalo letak seadanya je. again, tisu jadi isu. selai je dia bagi kat kitaorang 2 orang makan. kedekot nak mampos. mati bangkrup ke ko kalo letak kotak tisu kan customer? overall, next time takmo makan kat kedai tu lagi.

sorry..hari ni semua nada marah2 je la. sebab pagi2 dah spoil.

this week deepavali. takde plan nak pegi mana pon. dok rumah je la memerap. obek nak balik kampong lagi, amboiiiii..... over tu tiap2 mingug balik kampung. biorkan. malas nak layan.

ok la..takmo tulis panjang2 lagi sebab asyik nak marah2 je ni. gerammmmmmmmmmm...

to jiran sebelah yang kurang ajar... buat la sementara boleh buat ni, esok2 kot dapat balasan baru padan muka hang. GTH!!!!!

---------

love u obek...
love u nezha..
love all of u...

Sunday, October 11, 2009

hari sabtu yang penat...

nezha..i love you..



hello... lambat pulak nak update blog pasal cerita hari sabtu. hehehhehee... sabtu tu kan ada hal. obek punya hal la. alhamdulliah..semua dah settle. he seems happy, im happy, everybody is happy. agaknya la kan. hwuahhahaha...



sabtu pagi2 buta pukul 6am dah bangun. siap2 pukul 630am obek sampai dan kitaorang gerak la. 2 kereta. kerta saya dan kereta obek. pergi amik mak midah kat bangsar. huwahahhaa... sekali adik obek naikkerta saya daa.. hantu betol obek kenakan saya pepagi buta. mmmm...ok2 je la.



reached the said place at 7am. wahh..1st time salam makmidah & tok ngah. actually, its the 1st time i met with his parents after 4 years for courting each other... ayooyoyoyo...ketaq wooo. mwuahhahhaa... takde la tetiba nak jadi sopan santun melampau kan. biasa je la. saya dengan diri saya. takmau jadi pelakon handalan or penipu. baik jadi diri sendiri. so, tung tang tung tang.... pukul 12pm settle semua. yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... obek was very happy and all of us are very proud of him. congratulations obek!!!!!! lepas ni obek promis to sponsor me pulak. hhhhee.. so after that, harus le sessi camwhoring. semua saya seret tangkap2 gambar. hwuahhahaha... lantak la. tapi apsal gambar saya ada 2 keping je? ini tidak adillllllllllllllllllllllll...



lepas tu, pegi lunch. wahhh..saya dengan obek beriya la plan nak makan kat sana kat sini hujung2 tau makan kat mana? makan kehepsiiiiii..kat tol sungai besi. aduhduhduhduhhh...dah le jalan jem dari kl tu. our plan was tu have lunch at serdang coz obek want to take a studio photo of him and the family. kata special event kan. layankan je la. tapi udah jalan jem macam ke hapa ngalahkan wikday, rupanya ada rodblok laaaaa... entah apsal ntah. so, we all have our lunch kat kehepsi. all was eating like a mad horse. bukan tahap lapar dah. tahap kebulur dah tu la pasal. anyway... everybody seems surprise when i asked for tomato ketchup instead of chilli sauce. haiyakkkkk.... whats so weird about that?? hehehhehe... mak obek kata tomato sos untuk kanak2. adik dia lak nyampuk memang kanak2 pon. whuahahhaha... hantu betol. takpe2..kasi chance. tapi memang saya tak berapa keen pon dengan cili sos. kan selalu je makan dengan tomato sos kalo kakt rumah or kat kedai pon. takmau pedas. cili sos thai tu lagi laaa.. ayoyoyoyo.. anyway, lepas makan teruskan perjalanan ke serdang.



kat serdang, sessi tangkap2 gambar kat studio. hahahhahaaa...so funny. tadi yang semua havoc terus tukar jadi beku bila kat depan kamera kedai tu. so i took the chance to pay back my revenge. apa lagi..gelakkan kuat2 semua orang sebab semua macam patung tak reti posing. hwuahhahahaha....



after all the hilarious thingy...its time to go home. well... kind a sad le pulakkan. rasa macam dah mesra. hehhehee... apa la labu. before leaving, i handed over the little gift which i've prepared earlier. nothing fancy just small2 things je la. perfume for both lil sisters and purse for the parents. amik hati la kononnnnn... whuahhahahahaa....... so, lepas salam2, hye2bye2. hehhehee.. we took our separate ways, i went straight home and obek went to send the family to jusco 1st before heading back to johor.



saya balik2 rumah kemas barang2 semua yang terbongkang2 dalam kereta tadi then tidooooooo... by 630pm obek call kata dah sampai. mmmm.. cepatnya??? kata jem kat area seremban tu? itu pon bising2 kata lambat. hello.... 2 jam plus jem kata lambat ke dari kl ke johor? gila la. saya tak suka if dia drive laju2 tu.. bahaya. tapi ntah la...susah nak cakap. dah piat tinga pon bukan dia heran. hehehhee.....

overall, outing semalam with obek's family seems ok2 la.. tak la drama ke apa kan. owh..si jemi pon ada gak tau tapi semalam macam ok skt dgn dia but still nak xsyen pulekkk.. tak kuasa la. hehehhee.. bini jemi takde sebab konon tak larat (coz dia kan preg). well..takkan le sampai tak larat sangat nak jumpa mak pak mertua yang datang dari kampung tu? mmm..entah la. lu pikir la sendiri labu. hahahhahaa. .. adik2 obek yg pompuan berdua pon ada jugak merepot kat saya pasal cerita akak ipar depa tu. haihhhh... sounds not so good la. orang cerita,kita dengar je la. bukan saya yang korek2 ye. nampak macam ada sikit situation kat situ. entah la, tapi harap2 semua ok. belom dapat feedback komen dari obek coz he's still at kampung. will only be in kl tomorrow morning. i guess i'll meet him tomorrow nite la kan..for dinner. itupon kalo dia tak buzy koje. well... wish all the best for me.







love you obek...

love you nezha...

love all of you...

Friday, October 9, 2009

nak pergi ke tak nak?...



hello..mari tengok budak mok-mok tu posing. hehehhehe..pemalas betol. tu namanya tengah menunggu nak makan. comel je kan? hehehhe.. puji la anak sendiri orang lain takde pon nak puji. tak pe la nezha.. nezha busuk hitam buruk pon saya tetap sayang nezha. hhehhehee.....

balik semalam macam jem sikit. tapi sampai rumah macam biasa pukul 7pm. kira okey le tu kan. balik macam lapar. call obek tanya dia koje ke tak malam tu, dia kata dia koje. haihhh..benci betol la. orang nak kuar jalan2 pon payah. hehehhee.. takpe la..koje jangan tak koje. so, malas le nak kuar pegi dinner. terus masak mee goreng. ala..mee kering tu la. stok fishball memang ada je. penyelamat keadaan. in case kalo sesak sangat at least fishball tu dah ada. so, goreng mee, then panaskan sate yang lebih2 tu. kupas buah, buat air ribena. kenyanggggg.. tetiba macam sedap lak mee goreng tu semalam . hwuahhahahaha... sendiri masak sendiri puji. ok la tu kan.

lepas dah siap mandi makan semua, lepak kejap. tv cerita boring. nak tengok berita pon malas. takde mood la. then, tengok cd. dah beli lama tapi tak tengok2 pon. tengok the chronicle of riddick. kira boleh le. lawan2. tak le sengal sangat tapi jalan cerita lembab la. ke memang saya yang lemau malam tadi. saya punya style if dah boring tu harus le kasi laju je cerita tu. malas le nak tunggu betol2. habis je tengok cd, tido. tapi masalahnya tak boleh nak tido la. mata mengantok yang teramat tapi tak boleh lelap. golek2 kiri, golek2 kanan, tak jugak tido. lama2 baca buku pulak. wahh..bukan mengantok, jadi lagi segar. hantu betol. entah pukul berapa dekat pukul 12++ baru tido. then pukul 230am terjaga lagi. tak boleh tidor gak. golek2 lagi. apa hal le agaknya ye. pukul 330am++ baru lena balik. pukul 5am dah jaga lagi. nezha pon dah bangun. terkebil2 lagi. sampai le sekarang ni tak tido. tapi walopon tido kejap2 tu ada gak mimpi. mimpi tak best la. tak suka.

esok mak midah datang kl. ada something la. obek ajak lunch sama2. aduhhhhh.. malas le. hehehe..takot yang benonya. tengok la, nak pergi ke taknak pergi. tak pergi pon takpe bukan penting pon.

so, minggu ni obek takde. balik kampung. aduhhhh...double boring. kalo dia ada sini pon bukannya kuar sama je tapi entah la. rasa macam sunyi je. hehehhehe...

apa lagi nak cerita ni ha? owh..pagi tadi breakfast. kata dah bangun awal kan harus le breakfast. tapi takde la breakfat yang heavy2. makan biskut je la dengan air teh o. then makan buah. lega betol tekak bila buah sejuk2 tu masok. fuhhhh......

jalan tak berapa jem pagi ni. saya sampai awal tapi malas nak naik office. dok kat dalam kereta dengar kerenah sinarfm. hehehehe..lawak2 pulak hari ni.

owhh..pagi ni obek awal2 pagi buta udah ke kl. sebab ada koje pukul 7am kat sana. wahhhhh... patot sayatak boleh tido sebab telah diberi task untuk kejut dia. aduhhh..call 500 kali pon belom tentu dia bangun. bila jawab, ye, ye dah bangun dah ni. tapi kang call lagi sekali rupanya tengah terbongkang lagi. takpe2.. dia dah pergi pagi tadi pukul 630am. takot jalan jem katanya. tau pon. harap semua urusan success je la ye obek. love you.

sebelom pergi koje tadi dah siap2 kemaskan uk-uk nezha. bagi makan semua depan pon dah sapu. lega. makanan untuk kucing luar pon dah isi. wahh..jangan taktau. rumah saya udah jadi pusat makanan untu kucing2 luar tu. letak je nanti diaorang datang le makan. hehehhee..cute2 je muka masing2. ada kaler kelabu, ada coklat. bagus lak tu tak buat sepah2. tapi nezha biasa la. dengkiiii..bukan boleh nampak kucing luar datang. harus menjerit nak menerkam. alalallala... dengki betol. takot beno orang tu masok dalam rumah. takdenya... orangtu makan kat luar je dah makan diaorang blah pergi mana ntah. relax la bro....

ok la..takmo celoteh banyak. esok dah weekend kan? sure korang suka ni....sapa tak suka weekend turun tangannnn!!!! wahhh!!! ramai lak turun tangan. hwuahahhahahaa..... anyway. have a nice weekend ye. doakan weekend saya pon success (yg mana biasanya sengal2 je). huhuhuhuu...

love you obek...(miss you so much)
love you nezha...(cubit nak?)
love all of you...(cepat la monday. hehehhee..sure korang bengang kan?)

Thursday, October 8, 2009

kalo lapar makan sate...jangan makan rasuah..


tengok.. nezha pon paham dan marah tau. jangan la makan rasuah. tak malu ke muka bagi anak bini makan duit haram. hwuahhahahahha.... kat dunia boleh le demand nak berapa percent berapa percent. macam iklan kat tv tu.. pakcik tua datang orang tak layan..nak jumpa bos kata busy, sekali orang lain datang bawak hadiah terus boleh jumpa bos, siap dengan envelope selamat bercuti ke london. hehehehhehee.... tapi biasa la.. ko buat la iklan camne pon takdenya orang2 tu nak paham. lagi bertambah rancak ada la. itu kalo yang memang 'dibagi'. ini yang lagi terok dia pulak 'mintak'. kalo tak koje tak proceed, kalo tak project tak jalan, kalo tak proposal terbenam. hehehhee... ada pulak tu siap gaduh2 ni antara mereka2 sebab tak puas hati dengan percentage yang diberikan. haduihhhh... kelakar betol la. kenyang ye makan duit macam tu. apa tak bestnya.. dapat buat rumah besarrrrr.. dapat kereta besarrrrr.. dapat jalan2 percumaaaaa... tapi dia lupa esok kat kubur sempit. padan muka. ehhh..ni apa kes la pepagi membebel. takde la.. saja la cerita pasal perihal kehidupan masa kini. kalo kita jujur, makin kita ditindas. kalo kita bengkang bengkok.. dapat le habuan. tapi selama mana? ada yang sanggop.. ada yang tak sanggop. tepok dada, tanya selera. kalo selera nafsu besar ikan paus biru, memang itu la jawapannya. tak kira la orang besar ke orang kecik ke... sama je. pengurus ke, penggemok ke, penyelia ke, hatta kerani sekali pon ada gak yang demand macam2. muka tak malu betol. entah la..susah nak cakap. tapi ye la..tak semua orang macam tu. masih ada yang tau halal haram. patot lihat dengan lebih meluas lagi. see.. tetap la saya nak berpikiran positif. kahkahkahkaakhhh.... rasanya dah banyak kali la saya cerita pasal benda2 macam ni. selagi ada..tetap le saya cerita. bior korang bosan. sapa tak suka or terasa memang bosan laa.. cuba kalo kene.. hehhehe...

alaalalalala... apa nak bising2.. buat keje kerana allah. habis cerita. bertukar kepada mood yang lebih gembira. semalam pukul 430pm macam tu ada dialog sengal. hehehe..

him : oby, bek lapar ni tak makan lagi. oby nak makan apa?
her : ??????? (awak yang lapar tanya saya pulak nak makan apa. apa hal?) entah la, tak selera.
him : makan sate nak?
her : nak.. dengan nasi himpit.
him : okey.
her : okey.

ringkas je dialog. tapinya balik tu tau saya dapat berapa sate? 30 cucuk!!!! ayam 20, daging 10, nasi himpit yang panjang tu 1. gila laaaaaaaaa!!!!! sapa nak makan banyak2 macam tu. 1st, yang lapar tu dia, apsal belikan saya banyak2? 2nd, kat rumah tu ada saya je dengan nezhaaa..t akde manusia mahupon makhluk lain yang boleh diajak makan bersama. uuwwaaaaaaa.. ini kes penderaan namanya. penderaan perot. hehhehehee.... apa2 pon thanks obek sebab belikan makanan. so malam tadi saya dengan nezha bedal le sate cukup2. hehehe..sampai nezha pon takmo dah tengok sate tu. saya sua2 kat dia lari dia. hehehhehee... macam2 hal. malam tadi tak kuar sebab makanan pon dah ada. obek pon koje. saya dok rumah tengok tv lor.. tengok numbers then csi. hehhee.. pas tu tidooooooo.......





nezha seperti biasa kalo saya turn on lappy harus menyelit celah bedah mana pon nak jugak. ini tengok dok pikir2 nak buat aksi apa la tu. nakal betol. nakal2 pon saya sayanggggggg nezha.




yee..seperti diduga, inilah aksi menokak (menggigit) monitor lappy. aktiviti wajib ni kalo dia nampak lappy tu menyala. pas tu landing baikkk punya atas keyboard tu kan. bagusss!!! bravoo!!!! nezha pandai!!!!! golek2 la nezha, takpe. kalo rosak pon repair murah je. kalo button keybord rosak tak blh guna pon takpe.. boleh ganti. main2 la atas tu.. gigit2 la lagi. takpe.. takpe..ggggrrrrr...(sabar lah wahai hati)

anyway..tu je la cerita untuk hari ni. pagi ni kuar lambat. sempat masak cucur pagi tadi buat breakfast. sedap gak. hehehehhee... pas tu kemas uk-uk nezha, buang sampah. sampah mesti buang hari2 tak kira banyak ke sikit ke. sampah kering ke sampah basah ke. rasa macam tak syiok la kalo balik koje tengok tong sampah ada isi. hehehhehehe.... kalo dapor clear..lapang je dada rasanya. rumah depan tu kemas pagi2 pon takde maknanya. balik kang tengokla, nezha dah tolong 'kemaskan' jugak. biasanya takdela terok sangat dia menyepah, takat2 table runner tu jatuh, or paper2 koyak, or balang gula2 jatuh tu biasa la. nama pon budak kecik. hehehe..ye la tu. kecik sangat la awak tu.

perot meragam la. duduk depan, rasa nak membuang, macam tak menyempat2. bila pergi toilet, terus jadi elok pulak. apsal ni??????

okla.. nanti sambong lagi.

love you obek...(miss you so much)
love you nezha...(jangan nakal2 ye)
love all of you...(do you love me too?)

Wednesday, October 7, 2009

jangan berkalau2..syukur je la...


hehehehhee..manusia ni (saya la tu) tak pernah puas hati dengan apa yang dia ada. nampak orangtu ada, nak jugak. nampak orang ni ada, nak jugak. sama macam kartun tu la.. kalo la aku pon ada macam yang orangtu ada, tapi orang tu pulak nak macam yang kita ada. kesimpulannya??? bersyukur la dengan apa yang ada. kekurangan yang kita ada sekarang ni mungkin membawa kebaikan. kaya tak semestinya bahagia. miskin tak semestinya sengasara. saya bersyukur hidop bersederhana. cukup makan pakai. kalo ada rezeki lebih, alhamdulillah. kalo takde, syukur setakat itu. nanti boleh cuba lagi. yang selalu menjadi perang dalam hati bilamana dah berusaha pelbagai cara tapi tak jugak mendapat2 apa yang dirancang dan diidamkan. mungkin ada hikmahnya kita tak dapat benda yang kita hajati tu sekarang. setiap perkara yang berlaku ada kebaikannya, cuma ktia tak lihat dari pelbagai sudut. yang kita lihat, bila kita tak dapat, mula la nak marah2 dan mengempas2 (again, it's me..). kadang2 saya cuba untuk sabarkan diri, untuk berfikiran lebih terbuka, cuma untuk menenangkan hati. kadang2 tu berjaya, kadang2 tu tak berjaya. hehehhehe.. rasa iri hati tu tetap timbul. bukan la iri hati dengki, kadang2 terpikir la jugak, kenapa orang boleh dapat macam tu, kenapa saya tak boleh. haaa... itu la silapnya. membanding2kan diri dengan orang lain. boleh membandingkan, tapi jadikan motivasi. jangan menyalahkan diri sendiri. tapi tu la.. kadang2 rasa putus asa dan rasa seperti tak 'dilihat'. bila muncul fikiran yang macam tu, cepat2 beristighfar. ramai lagi orang yang serba kekurangan dari saya rupanya. tapi biasa la.. insaf tu kejap je. umpama makan nasi. time kenyang tu insaf la, kejap je dah lapar balik. hehehhehee.. entah la.. apa pon, cuba perbaiki diri setakat yang termampu. kalo tak mampu jugak, tu yang kadang2 meletop jugak gunung berapi. hehehehe..apa nak buat. layannnnnn.....

----------

tetiba je kan tazzkirah pepagi ni. bukan apa la.. peringatan untuk diri sendiri je. supaya lebih bersyukur, lebih bersabar dan lebih banyak berfikir. jangan pikir nak cucuk2 bintang je. pergi cucuk2 bintang pon sekarang dah mahal lorr..naik harga. rokok pon naik harga lorrr... eh..ni apa kes ni cerita benda2 tu pulak. anywayyyy..mari berborak pasal kejadian semalam.

semalma balik macam biasa. tapi yang bestnya jalan tak jem. 630pm dah sampai rumah. yahuuuuu... owh..jiran sebelah rumah saya tengah nak buat renovation. habis dah dicabutnya pagar. nakbuat pagar batu tinggi kot. batu bata pasir semua sampai dah. best la.. ada duit lebih boleh buat. kalo takde, takpe... guna je la pagar yang ada. balik, lepak kejap. layan nezha. apa lagi..garu2 dia la. manja sangat. berapa hari dah kan takde pic dia. hehehhehe...

malam kuar dengan obek. dia nak jumpa orang. aduhhh..saya tak suka la ikut dia kalo jumpa orang. seperti biasa, saya dok je diam2 dalam kereta. takde maknanya nak ikut tercongok jumpa orangtu. orang jumpa hal koje yang awal ank tercongok situ wat pe. come on laa.. bior lelaki sama lelaki discus. tapi mujur kejap je. orangtu pon bawak anak kecik. hahahhahaa... sempat bagi duit raya kat budak2 tu. suka je melompat2. macam2 peel kalo dah ramai2 tu.

lepas tu pergi makan nasi lemak kecik2 tu kat kampung baru. mmmm... ada buskers. best lak bebudak tu nyanyi. lagu2 yang dianyanyi pon best. suara sedap. muka pon hensem. kiranya entertaining la. hwuahahhahhaa... ada 2 orang. sorang main gitar, sorang main hapa ke bendanya goncang2. idak le teman tau apa ke namanya benda tu. tapi malaysian punya environment takdenya nak bagi2 tips for them. sian la... tipycal malaysian. malu la nak amik gambar tapi dalam hati melonjak2. not bad.. not bad at alll... on the way back, kitaorang kasi le something bubuh dalam topi dia dah sediakan. 'terima kasih, bang!!' budak2 tu cakap. hehehhehe... sangat sporting. aaa..sesapa pergi nanti pergi la tengok. tapi semalam ada lak penyanyi dan pemuzik iringan. yee..iringan le sangat. hehehhee..ada kucing gadoh la atas bumbung zink tu. kedekang kedekungg.. hehehhehee... kucing2 tu nakal betol. berebut awek punya kes le tu. haihh..macam2. anyway, it was a good outing malam tadi.

balik, ingat nak tido. sekali ada cerita pontianak gua musang daaaaaa.. bantai tengok sampai pukul 12++. aduhhhh..pagi ni baru la liat bijik mata nak celik. rasakan!

sempat breakfast kat rumah. ala..makan roti bakar dengan epal. air milo. jadi la.. obek hari ni koje pj. hwuahahhahah...tengah2 nak sampai tol sunway tu nampak kereta dia. zzoommmm... makcik kasi potong la. kasi eksyen sikit kat dia. dia memang berbulu betol kalo kata nak ke pj pepagi. malas jalan jem. hahahahhaha..hari ni rasakannnnn... makcik takpe..hari2 lalu situ makcik dah pandai cilok2. rasa macam seronok.. eh..seronok ke? rasa macam something la..hati bunga2 bila nampak yang tersayang pagi ni pergi koje. jumpa yang tak sengaja, bukan yang dirancang. rasa macam best je kan? chewahh..unsur2 gatal disitu. ok..lupakan. dia nak pergi site visit kat sg. buloh katanya. koje jangan tak koje. esok dapat bonus 32 bulan boleh belanja saya lagi. amin..amin... ya rabbal 'alaminnn..

ok la.. hari ni pon banyak koje yang dah menanti. takpe..sabar. ada koje ut buat je. ada orangtakde koje nangis2 pergi cari koje tak dapat2. patot bersyukur. syukurrrrr ya allah memberi aku rezeki selama ini.

ok.. nak pegi jalan2 blog orang pulak.

love you obek.... (miss you so much)
love you nezha...(lagi la miss kat budak ni)
love all of you...(selamat bekerja)