mari mencari....

Google
 

Saturday, October 3, 2009

cerita jalan2 : pegi wedding kat kampar


pon cerita dah lama jugak. tapi takpe.. kita tulis jugak. lama tu kan antik. hwauhahah.. secara kebetulannya, masa kat kampar tu, ada le jumpa kereta antik ni. not that antik ancient ke hapa tapi kira lama punya le jugak. tu kereta tu. nombor plate kalo tak silap JT atau JX 1223 kot kalo tak silap. kalo tak silap la.. masa tengok ingat, sekarang dah lupa. tak terpikir lak nak amik pic dekat2. malu woooo... wahh..bayangkan.. kereta tu masih berfungis sampai sekarang. bagus betol maintenance. mesti tuan dia jaga betol2 ni. actually rasanya masa saya kecik2 pon ma pernah ada kereta macam tu. tapi kaler merah. hehehehe..kejap je lepas tu tukar kereta lain. entah kereta apa ntah. zaman kanak2 yang tak begitu menarik. so takyah diingat2. hehehhee..
anyway..back to the story pasal pergi wedding ni. ni wedding kawan obek. kawan masa sekolah dulu katanya. geng2 most wanted by the cikgu. hantam la.. so, dibuat kat dewan kampar tu le. eh, entah2 ada pulak antara pembaca yang pergi ke wedding tu jugak. chewahh..macam le beratus2 orang baca blog ni. biasa 2-3 orang je.. takpe2.. tak kisah. majlis start pukul 12pm katanya. kitaorang sampai awal la sebab nak kene berkejar balik ke sini sebab obek kena ada di putrajaya by pukul 3pm. terbayang2 dah nanti dok merasa dalam kereta terbang kejap lagi on the way back. layannnn... sampai2 je takde orang lagi. sebab still awal dalam pukul 11am macam tu kitaroang sampai. so parking jauh sikit supaya nanti senang nak balik. by the time dah makan sure orang dah ramai parking2 kan. so, lepak2 dulu dalam kereta. borak2 and what not. by 1215pm, still macam takde orang. wahhh..makcik suspen ni. ada orang ke tak datang majlis ni. bior betolllll.... tunggu lagi. dah pukul 12.40pm macam tu baru la ada 1-2 kereta masok. so, kitaorang pon kuar le ikut masok. masok2 je kat pintu ada 2 makcik ni. pakai biru. i guess itu theme kaler le kot. depa wat dekkk je, jemput pon tak, tanya pon tak. kita nak tanya pon segan. dah terpusing2 kulu kilir depan tu then ada sorang akak ni jemput. haa..masok2.. baru la. then baru le makcik tu nak tanya. mulut tany atapi muka pandang tempat lain. bolhe? tak mesra alam betol la. sebelom ni dok berborak. makcik no. 1 is so.. malas nak cakap. makcik no.2 is ok. boleh tahan. lama baru le tau depa tu mak2 pengantin. pengantin pompuan & lelaki buat serentak sebab kawen sekampung. so jimat budget le tu buat sekali je majlis. owhhh..bosan. pilih2 bulu le pulak. orang2 kereta beso disambut bagai nak rak. kita jalan kaki pandang pon tak. kalo tau tak hingin datang la. al-kisahnya jemputan pon dipilih2. not everyone in the kampong / taman tu dijemput. hanya orang2 tertentu sajorrrr... manusiaa..manusia..



saya dah mula la tak syiok. obek seperti biasa bukan banyak cakap. geram betol. rasa takmo je pergi masok dewan tu. wat pe. macam le kita ni dok terhegeh2 nak makan. benci laaa... apa la macam ni. niat nak meraikan terus spoil. obek tarik jugak masok dalam. dia tau kot saya dah takde mud, terus suruh saya duduk dan dia amikan nasi. buffet style la. biasa la tu. laok biasa2 je. nasi minyak, rendang daging, ayam goreng kosong, sambal belacan, ulam timun, gulai lemak terung bulat, bubur kacang, air oren. sian pulak tengok obek nak tatang sampai 2 pinggan so saya pergi jugak la beratur. lepas amik2, kat hujung sekali tempat air ada budak (bukan le budak sangat pon, dah besar panjang ada otak dah) jaga bunga telor. tu le bunga telor dalam bakol tu. sementara saya dok tertengok2 nak mencedok sambal belacan tu 'pappp..' minah tu letak bakul telor tu dalam pinggan makan saya. eeeeeeeeee.. sakitnya hati. kalo tumpah tadi camne? terus haku simbah kat baju ko kan. geram la. takyah bagi pon takpe..orang boleh amik sendiri. bukannya bongok sangat nak amik sampai 10 bijik. orang pon tau la. dah le muka macam musibat. menambahkan sakit hati aku je. obek pon tak terkata apa. diam je la then pergi duduk. makan. baru 2 suap, saya dah dapat 'hadiah' daa... hehehe..ada 'orang' dalam terung tu. takpe la.. benda kat dalam kita tak tau. so, that's it. tunggu kawan obek si pengantin tak jugak muncul2. kata muncul pukul 1pm, tu dah 130pm. orangtua ni dah kelamkabut nak kena kejar ke putrajaya pukul 3pm. sempat ke? atas dasar kawan, tetap la jugak tunggu. kita pon tak tau nak dapat emergency call tu kan. kalo tau, tak le kelam kabut. perancangan awal memang nak melepak lama2. al-maklum.. member nak jumpa kawan2 sekolah dulu sure havoc. tapi belom apa2 udah buat hal. elok juga tak lepak lama kalo tak berbulu jantung saya. dah 130pm ++, still takde, obek kata what to do, we have to make a move jugak la kan. elok jenak pergi kat kereta, saya nampak dah bunga manggar. lorr.... ingatkan pengantin datang naik kereta ke hapa ke, rupanay dok bersolek kat surau belakang dewan tu je. hantu betol. kalo tau awal2 kami dah pergi sana. pengantin pon takmo bagitau kat obek walhal orangtua tu 2-3 kali call dia. apa laaaa. tak paham betol.


ni kitaorang dah dalam kereta. lambai2 je pengantin dalam kereta. masa ni obek dok tanya ' mana kompang? mana kompang?' hehehhee... sebab senyap sunyi. sempat lak tu pengantin jawab kompang dalam dewan. hahahha.. saya ni tak le busuk hati.. suruh jugak obek kuar salam2 pengantin. kata kawan kan, kena la beramah mesra sikit walopon sengal.


ni le pengantin tu. entah apa nama ady.. ady. apa ntah. pengantin pompuan sebok la nak berborak dari tadi tak sudah2. orang dah panggil nak snap pic pon dokkkkkk la berborak dengan orang belakang. heran betol. dah la..malas nak cakap. lu pikir la sendiri.



ini pelamin. macam kerusi kopitiam takde penyandar. hehhehe.. bagi le kerusi ada penyandar tu..penat pengantin kene duduk tegak. macam2 style le korang ni. saya ni dok komplen tu sebab dari awal hati sudah bengang. tak pernah lagi pergi majlis jadi macam ni. by the time nak balik, bapak pengantin tegur obek, dah nak balik ke? obek kata ye sebab nak kejar masa. haa..bawak kereta elok2.. jumpa t** kirim salam. obek senyum je la. dalam kereta obek kata, tak dapat nak nolong. wahh..terkejut makcik. jahat jugak ye obek tu dalam diam2. mak dia bila dengar ayah dia sebut nama t** baru terhegeh2 datang kat kitaorang, eehh..dah nak balik ke?? datang naik kereta apa? nak laok tak bawak balik? tak hingin hakuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. see.. tanya datang naik kereta apa ye tuan2 puan2. sangat diskriminasi. tadi awal2 nampak kita jalan kaki buat tak tau je. tengok pon taknak. bila dah nampak kereta dengan kita koje dengan orang2 tertentu tu baru nak manis muka. sorry.. sudah terlambat.
so, far itu je la. takde pon sweet memory pergi sana tu. owh..sebelom pergi tu kan ke singgah pekan kuala kangsar lagi sebab nak belikan laksa untuk ayah obek. dan belikan jugak hadiah untuk pengantin. ap ayang dibeli? takde idea, pusing2 1 pekan tak nampak apa. obek kata belikan labu sayong tu, saya kata nak buat apa. macam tak best je. end up beli set pinggan je la. pengantin boleh guna. kot2 ada orang datang boleh guna. lawo gak la pinggan tu. boleh le.. takde le berlenggang je. kalo berlenggang agaknya mak pengantin lagi suruh kita blah kuar agaknya. hehehhee. hishh...tak baik mengata orang tua tu. ntah la.. banyak2 majlis saya pergi yang ni betol2 menyakitkan hati. tak best. kita bukan diminta layan macam raja. cukup sekadar beramah mesra dah la. kata pon tetamu. kalo tak suka kita datang, pesan kat anak awak awal2 cakap jemput tetamu tertentu je so tak le kami2 ni rasa terpinggir. rata2 yang datang majlis tu pon nampak macam orang2 tertentu je la. memangbukan dari setiap golongan orang kampung or taman tu. mmm..lantak le majlis orang. majlis saya esok entah le macammana. minta2 elok je la. wallahualam..

2 comments:

zh-ena said...

adat la tu manusia memandang darjat dan wang ringgit..

saya said...

ena--ye la tu agaknya. heran betol.