mari mencari....

Google
 

Friday, October 23, 2009

hari ni dah jumaat, syukur dengan segala nikmat..



hello.... hehehhee..apa korang buat tu ha? pepagi jumaat ni mesti semangat membara berkobar2 tu kan. al-maklum, esok nak cuti dah. hehehehe... ada yang buat plan nak makan2, ada yang buat plan nak jalan2, ada yang buat plan nak pindah rumah, ada yang buat plan nak lepak je. semua orangpon ada perancangan tersendiri. saya doakan semua perancangan tu akan berjalan dengan lancar. mudah2an dipermudahkan segala urusan kita ye. amin.....
*****
cerita pasal petang semalam. jalan tak berapa jem. tapi tu la, bila jalan tak jem, perangai manusia pulak macam musibat. agak2 ada je lobangsikit mula la nak mencocok2 nak masok. lepas tutak reti nak Q untuk bayar tol. semua nak main potong garisan. getik la. jenis2 yang tak paham bahasa ni kalo kita marah guna apa jenis bahasa pon takdenya dai paham. nak bagi dai paham ni haa..buku lima tu baru dia boleh paham. kenapa ye kat mana2 pon mesti ada je peel yang macam ni. takde kesedaran sivik lansong la. saya pikir pembentangan budget petang ni perlu menitikberatkan jugak soal pembelajaran dan pelajaran dikalangan masayarakat umum di malaysia. bukan setakat melihat kepada berapa peratus peruntukan kewangan yangperlu diberi kepada sesuatu sektor. kalo dilihat sekarang, kesedaran sivik dikalangan rakyat semakin menurun. mana dengan isu gejala sosial, mana dengan isu jenayah, mana dengan isu perkauman, mana dengan isu kekeluargaan. semuanya semakin menipis. macammana kita nak didikmasyarakat supaya lebih bersifat positif dan menjadi baik. kalo zaman dulu2 ada matapelajaran sivik. sekarang takde cuma ada subjek moral je itupon untuk pelajar yang tidak mengambil subjek agama islam. taktau le if sekarang subjek tu dah ditawarkan kepada semua. isu kesedaran sivik tu memang suatu isu yang jaoh dan takkan dapat dibentuk dalam tempoh masa yang singkat. tambahan pula bila nak menuju ke arah kebaikan. banyak betol halangan. cuba kalo buat jahat. sekejap je dah jadi pandai. kat mana2 sekrang kita boleh nampak orang buang sampah merata2. tak kira kecik besar tua muda. dah jadi macam satu perkara biasa. macam-heii..takde apa2.. buang je la sampah kat mana2 pon. betol tak? lagi satu kalo orang meludah2 ni. eeee..sungguh kurang sopan. agaknya dia kat rumah pon macam tu la kot, meludah je kat mana2. pas tu tak pam toilet. aduhh.. kenapa le ko bengong beno. ni bukan takat lelaki je, pompua pon ada gak yangjenis sengal bodoh tu. buang pad macam tu je. takde nak basuh2 ke apa ke. sumbat kat mulut ko baru tau. buang pampers yang berselumuih dengan taik anak tu selamba je. tepek kat muka ko baru tau. apa lasalah, bungkus dalam paper ke then buang elok2. eeee... entah la. nak kata tak berajar kang marah lak. mula la sebok kuar segala fatwa hadis bagai yang mengatakan dia tu datang dari keturunan orang baik2 belaka, mak pak ajar cukup segala. tapi?? tengok la sekarang. tadi dengar radio dia minta pendapat apa yang perlu diperuntukkan dalam belanjawan 2010. ada pendengar yang bagi pendapat supaya menaikkan gajipencen dia. sebab katanya memang tak mencukupi. ye betol. sekarang ni setakat pegi pasar kuar duit 100 entah apa2 je yang dibeli. habis lesap. tapi.. bagaimana dengan mereka yangtidak ada pencen? kwsp pon bukannya banyak. yang dulunya bekerja sebagai tukang sapu sampah agensi swasta. dah sah2 tentu sohih takde pencen. takde simpanan. semua pon take. maka umor dah meningkat. tak larat nak keje. camne nak tanggong kehidupan? jadinya..sapa2 yang ada pencen tu bersyukur laaa..walopon yang diterima cuma 500 je sebulan sekurang2nya adalah 100kali lebih baik dari mereka yang takde apa2. syukur. belajar bersyukur. berita cakap cuepac nak minta bonus 2 bulan. alhamdulillah kalo kerajaan luluskan. tapi cuba bayangkan, ada lebih berribu kali ganda pekerja yang tidak pernah mendapat nikmat bonus sepanjang hidop mereka. ada beratus ribu lagi pekerja yang tidak pernah merasa nikmat 'advance' menjelang musim perayaan dan musim persekolahan. ada beratus ribu lagi pekerja picisan ni yang tak pernah mendapat nikmat pekerjaan seperti allowance perumahan la, allowance kenderaan la, hatta makan2 kat office pon tak pernah. bukan macam sesetangah tempat tu yang memang ada peruntukan buat makan2 setiap bulan, buat company family day setiap tahun, ada annual dinner bagai. takkkk....masih ramai pekerja2 ni yang tak mendapat hak yang sepatotnya. cuba letak diri korang dalam tempat mereka. bayangkan betapa seksanya jiwa dan raga dalam mengharungi kehidupan. ye..ulat dalam batu boleh hidop. sebab ulat tu makan batu. kita manusia tak boleh pulak makan batu. makan jambu batu boleh la. cuba bayangkan. saya bukan nak kondem mana2 pihak dalam isu pemberian bonus ni. tapi perlu pikir. pikir dengan lebih mendalam. korang ada yang gaji kecik tapi dapat kelebihan dari segi lain, ada elaun itu ini, ada peruntukan itu ini, ada boleh buat loan lagi. ada orangyang lansong takde benda2 tu semua. kesian tau. semacam ada diskriminasi dikalangan rakyat dan pekerja itu sendiri. penggubalan undang2 mungkin boleh membantu, tak banyak sikit akta pekerjaan itu perlu dikaji semula. segmen pembayaran dari pihak majikan kepada pekerja perlu dilihat semula. ada majikan yang sengaja 'merugikan' akaun penyata pendapatan mereka supaya tidak dikenakan cukai. ada... ramai majikan yang buat macam tu. ada duit lebih, masok poket, belikereta besar, beli rumah besar. pekerja lansong tak dihargai. seksa sungguh. mana2 antara anda yang bertuah dapat kerja di sektor yang katanya dijamin masa depan tu, patut bersyukur. janga asyik nak demand je. ramai lagi orang yang lebih jauh terseksa dari anda. saya tak tujukan kepada sesiapa. ini secara umumnya dan secara umumnya juga, memang sifat manusia tu takkan pernah puas dengan apa yang dia ada. saya pon macam tu. dah ada motor, nak kereta, dah ada kereta kancil, nak le pesona, dah ada pesona, nak le pulak honda. keinginan tu sentiasa jauh lebih maju kehadapan. tapi..itu semua keinginan, bukan kemampuan dan keperluan. jangan sampai sanggopp berhutang atas perkara yang macam tu. berbalik kepada isu kos sara hidop selepas umur pencen, kalo orang gomen, ada pencen. kalo orang swasta? kalo tak beringat dari sekarang ni memang alamatnya entahla... setakat mana larat bekerja? umor 50tahun nak pergi ofis lagi ketuk ketak pc? nak dok kampong? kalo ada kampongnya. kalo takde? bukan semua orang ada kampong. bukan semua orang ada rumah pusaka. bukan semua orang ayah dia ada perturunkan tanah sebidang, bukan semua orang makpak dia da buatkan tabong amanah. kalo ada, syukur, alhamdulillah. macam kita2 yang takde ni? semua kene carik dengan titik peluh sendiri. nak kene bayar duit belian rumah lagi, yang rata2 sudah pasti memilih tempoh maksimum 35 tahun pembayaran semula. interest pulak bukan main tinggi lagi. bank2 ni la sebenarnya ahlong. ahlong yang dibenarkan oleh kerajaan. harga interest pon dah nak lebih kurang sama dengan harga rumah atau kereta yang dibeli. ahlong yang parang2 tu jangan cerita la. dah sah2 hantu. taktau nak hidop dimasa depan. tak mustahil dalam tempoh 10 tahun lagi sawi sekilo berharga 20 rengget.. telor 10 bijik berharga 10 rengget. mungkin pendapat saya ni tak betol. sebab saya melihat dari sudut orang2 yang susah, orang2 yang tidak diendahkan, orang2 yang diketepikan haknya, orang2 yang tak mendapat nikmat seperti yang sepatutnya. jadinya, anda2 yang ada merasa sedikit nikmat tu, kongsi2 kan la dengan mereka. kongsi bukan la maknany asuruh bagi duit gaji kat mereka tu. takkk... tapi kalo ada lebih apa salahnya. kongsi dari segi perkongsian peruntukan dari pihak yang bertanggongjawab tu la. zaman dahberumah masih ada kawan2 kita yang ditakrifkan dalam kategori miskin tegar. sedih. orang dok heboh2 zaman IT, zaman naik ke bulan, tapi rupanya masih ramai dibumi malaysia ni yang merempat di negara sendiri. wallahulam...
****
terpanjang pulak membebel pagi ni kan. ok, cukup bab bebel membebel tu. cerita pasal petang semalam. balk tak jem. sampai awal so singgah kedai ingat nak beli roti nak buat roti telor. just nakmakan ringan2 je sebab saya lapar betol petang semalam tu rasa nak gigit2 je stereng kereta tu. nak makan ringan2 je sebab obek kata nak bawak kuar pegi makan malam. sekali pukul 7pm dia call cakap kene pergi keje ada hal urgent. haiyoooo... kalo macam tu alamatnya memang takde la kuar pegi makan2. kalo sempat pon sure dah malam sangat nanti. so, tak suka la kalo kelam kabut. takpe la.. tapi terus macam rasa takde mud. dah pegang2 roti pon letak balik. terus balik rumah. sampai rumah menyesal sebab tak beli roti tu. hahahhahaha.. apa punya peel daaa.. pikir punya pikir, nampak megi. masak sekerat je la sebab saya tak berapa nak boleh makan megi tu nanti lepas makan sure terkeluar balik. ada sayur dalam peti ais, boh sayur banyak2. lepas tu mandi sementara nak tunggu megi tu sejuk. then makan, then tengok tv. by 10pm obek call tanya dah makan ke belom. chewahhh..saya kata takyah makan. merajuk konon walhal dah bedal megi semangkok. obek kata kejap lagi dia datang suruh siap2 pegi makan. wahhhh.. melompat2 le saya. nak le jugak pegi makan. hehehehehhee... tapi tak le makan banyak sebab dah takde mud dah. share je dengan obek. sian dia. kadang2 saya pikir kenapa le say ani suka nak marah2 merajuk2 dengan dia. dia keje sampai jauh malam pun masih nak call tanya saya dah makan ke tak. takkan pasal tu pon saya tak boleh bertolak ansur? betol la obek banyak bertoleransi dengan saya. tetiba je rasa macam saya ni buruk perangai kat dia. hwuahahahhaa... ahh..salahkan dia sebab terlalu memanjakan saya. see..masih nak salahkan orang lain. apa la saya ni.





balik dari makan2, singgah kedai beli roti, beli butter beli macam2 le. habis 2 keping not kaler biru. haiii.. macam nilai sepuloh ringgit je rasanya. sedih wooo.. balik tido la apa lagi. pagini bangun macam biasa. buat roti telor. yahuuu..breakfast roti telur dan anlene. chewahhh.. tengah semangat ni. tunggu lagi seminggu, tupperware tu yang minum anlene tu jawabnya. anywayyyy.. lepas tu pergi koje. jalan tak berapa jem. lancar je. yahuuuuuuu... syukur, syukur. sampai office awal.
****
esok pagi maybe nak pegi tolong kawan saya tu pindah rumah. kesian pulak kat dia. walopon peel dia terok tapi saya kesian kat dia. dia tengah betol2 susah sekarang ni. laki pon dahtak bagi nafkah dah berapa bulan. aduhhh..sedihnya. tengok la apa yang saya termampu esok saya tolong la. nak ajak obek sekali. bolehle tolong angkat2 barang yang berat. kalo saya je kang takde maknanya. walopon esok dia mesti ada ahli keluarga yangtolong tapi tak salah kalo kita tambah meringankan urusan pindah2 tu. ramai orangkan bagus cepat siap keje. petang pulak sure saya akan sedih melalak2. sebab obek kene outstation ke kedah. uwwaa.... sedih wooo.. cheh.. gatal je lebih. bukan pegi lama pon hari ahad petang balik dah katanya. uuwwaa.. kat kl ni takde ke projek yang sampai nak ke kedah tu??? dah rezeki kat situ, terima je la. ye la, ye la.. saya doakan semoga obek selamat pergi selamat balik dan dipermudahkan segala urusan kat sana. jangan lupa beli jajan ye. so jawabnya sabtu malam saya sorang le ye. wohoooo... freedom tu. sapa mau keluar dengan saya turun tangan!!!!! huwahhahahaha..... dok rumah je la. takpe la. layan nezha.
****
itu je la nak cerita hari ni. nanti2 sambong lagi. selamat berhujung minggu.
****
i love you obek...(jang lupa hadiah saya)
i love you nezha..(hari2 pon kene ilebiu ko kan?)
i love all of you..(have a nice weekend)

4 comments:

nURmALa mAZLan said...

ahahaha...
tajuk hari ini adalah kesedaran sivik..ekekeke!

Mince4AM said...

tak sabar nak tunggu pukul 3. sape2 yang nak check tgk apa kemungkinan dapat bonus ke apa ke blh lawati lmn web ni www.jgn.hrp.la.wei.com hahahaha.

"kalau memang dah rezeki itu untuk kita, nescaya ia akan mengikut kita ke mana sahaja kita pergi laksana ajal mengikut tuannya"

~dARlee zURiS~ said...

itu die YB kita berucap
hehee...

saya said...

HHEHEHHEE....oooo...gelak ye korang. nanti saya betol2 jadi YB baru tauuu... kihkihkih...