mari mencari....

Google
 

Wednesday, October 7, 2009

jangan berkalau2..syukur je la...


hehehehhee..manusia ni (saya la tu) tak pernah puas hati dengan apa yang dia ada. nampak orangtu ada, nak jugak. nampak orang ni ada, nak jugak. sama macam kartun tu la.. kalo la aku pon ada macam yang orangtu ada, tapi orang tu pulak nak macam yang kita ada. kesimpulannya??? bersyukur la dengan apa yang ada. kekurangan yang kita ada sekarang ni mungkin membawa kebaikan. kaya tak semestinya bahagia. miskin tak semestinya sengasara. saya bersyukur hidop bersederhana. cukup makan pakai. kalo ada rezeki lebih, alhamdulillah. kalo takde, syukur setakat itu. nanti boleh cuba lagi. yang selalu menjadi perang dalam hati bilamana dah berusaha pelbagai cara tapi tak jugak mendapat2 apa yang dirancang dan diidamkan. mungkin ada hikmahnya kita tak dapat benda yang kita hajati tu sekarang. setiap perkara yang berlaku ada kebaikannya, cuma ktia tak lihat dari pelbagai sudut. yang kita lihat, bila kita tak dapat, mula la nak marah2 dan mengempas2 (again, it's me..). kadang2 saya cuba untuk sabarkan diri, untuk berfikiran lebih terbuka, cuma untuk menenangkan hati. kadang2 tu berjaya, kadang2 tu tak berjaya. hehehhehe.. rasa iri hati tu tetap timbul. bukan la iri hati dengki, kadang2 terpikir la jugak, kenapa orang boleh dapat macam tu, kenapa saya tak boleh. haaa... itu la silapnya. membanding2kan diri dengan orang lain. boleh membandingkan, tapi jadikan motivasi. jangan menyalahkan diri sendiri. tapi tu la.. kadang2 rasa putus asa dan rasa seperti tak 'dilihat'. bila muncul fikiran yang macam tu, cepat2 beristighfar. ramai lagi orang yang serba kekurangan dari saya rupanya. tapi biasa la.. insaf tu kejap je. umpama makan nasi. time kenyang tu insaf la, kejap je dah lapar balik. hehehhehee.. entah la.. apa pon, cuba perbaiki diri setakat yang termampu. kalo tak mampu jugak, tu yang kadang2 meletop jugak gunung berapi. hehehehe..apa nak buat. layannnnnn.....

----------

tetiba je kan tazzkirah pepagi ni. bukan apa la.. peringatan untuk diri sendiri je. supaya lebih bersyukur, lebih bersabar dan lebih banyak berfikir. jangan pikir nak cucuk2 bintang je. pergi cucuk2 bintang pon sekarang dah mahal lorr..naik harga. rokok pon naik harga lorrr... eh..ni apa kes ni cerita benda2 tu pulak. anywayyyy..mari berborak pasal kejadian semalam.

semalma balik macam biasa. tapi yang bestnya jalan tak jem. 630pm dah sampai rumah. yahuuuuu... owh..jiran sebelah rumah saya tengah nak buat renovation. habis dah dicabutnya pagar. nakbuat pagar batu tinggi kot. batu bata pasir semua sampai dah. best la.. ada duit lebih boleh buat. kalo takde, takpe... guna je la pagar yang ada. balik, lepak kejap. layan nezha. apa lagi..garu2 dia la. manja sangat. berapa hari dah kan takde pic dia. hehehhehe...

malam kuar dengan obek. dia nak jumpa orang. aduhhh..saya tak suka la ikut dia kalo jumpa orang. seperti biasa, saya dok je diam2 dalam kereta. takde maknanya nak ikut tercongok jumpa orangtu. orang jumpa hal koje yang awal ank tercongok situ wat pe. come on laa.. bior lelaki sama lelaki discus. tapi mujur kejap je. orangtu pon bawak anak kecik. hahahhahaa... sempat bagi duit raya kat budak2 tu. suka je melompat2. macam2 peel kalo dah ramai2 tu.

lepas tu pergi makan nasi lemak kecik2 tu kat kampung baru. mmmm... ada buskers. best lak bebudak tu nyanyi. lagu2 yang dianyanyi pon best. suara sedap. muka pon hensem. kiranya entertaining la. hwuahahhahhaa... ada 2 orang. sorang main gitar, sorang main hapa ke bendanya goncang2. idak le teman tau apa ke namanya benda tu. tapi malaysian punya environment takdenya nak bagi2 tips for them. sian la... tipycal malaysian. malu la nak amik gambar tapi dalam hati melonjak2. not bad.. not bad at alll... on the way back, kitaorang kasi le something bubuh dalam topi dia dah sediakan. 'terima kasih, bang!!' budak2 tu cakap. hehehhehe... sangat sporting. aaa..sesapa pergi nanti pergi la tengok. tapi semalam ada lak penyanyi dan pemuzik iringan. yee..iringan le sangat. hehehhee..ada kucing gadoh la atas bumbung zink tu. kedekang kedekungg.. hehehhehee... kucing2 tu nakal betol. berebut awek punya kes le tu. haihh..macam2. anyway, it was a good outing malam tadi.

balik, ingat nak tido. sekali ada cerita pontianak gua musang daaaaaa.. bantai tengok sampai pukul 12++. aduhhhh..pagi ni baru la liat bijik mata nak celik. rasakan!

sempat breakfast kat rumah. ala..makan roti bakar dengan epal. air milo. jadi la.. obek hari ni koje pj. hwuahahhahah...tengah2 nak sampai tol sunway tu nampak kereta dia. zzoommmm... makcik kasi potong la. kasi eksyen sikit kat dia. dia memang berbulu betol kalo kata nak ke pj pepagi. malas jalan jem. hahahahhaha..hari ni rasakannnnn... makcik takpe..hari2 lalu situ makcik dah pandai cilok2. rasa macam seronok.. eh..seronok ke? rasa macam something la..hati bunga2 bila nampak yang tersayang pagi ni pergi koje. jumpa yang tak sengaja, bukan yang dirancang. rasa macam best je kan? chewahh..unsur2 gatal disitu. ok..lupakan. dia nak pergi site visit kat sg. buloh katanya. koje jangan tak koje. esok dapat bonus 32 bulan boleh belanja saya lagi. amin..amin... ya rabbal 'alaminnn..

ok la.. hari ni pon banyak koje yang dah menanti. takpe..sabar. ada koje ut buat je. ada orangtakde koje nangis2 pergi cari koje tak dapat2. patot bersyukur. syukurrrrr ya allah memberi aku rezeki selama ini.

ok.. nak pegi jalan2 blog orang pulak.

love you obek.... (miss you so much)
love you nezha...(lagi la miss kat budak ni)
love all of you...(selamat bekerja)

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

amboi2...mood baiklah nie ek
pepagi dah nmpk muka obek.hehee...

hmm..biasalah tu manusia
tak penah puas ngan apa yg ada
zuris pun kdg2 camtu ;P
tp...syukurlah gak.at least ada drpd takde apa2 langsung,kan?

zh-ena said...

betul jgn kita bandingkan diri kita ngan org yg lebih dr kita

klu kita bwk kancil jgn la bandingkan diri kita ngan org bwk keta bmw..nnti jatuh merundum perasaan kita..try pikir la lg kesian org yg bwk motor jea..syukur aper yg kita ader..

klu buat perbandingan utk kuatkan semangat tuk berkeja kuat takper la kan..tu baik
nie klu buat perbandingan pastu kondem org tu, tu yg kita menyampah jumpa org2 yg sebegini

manusia..manusia..tak pernah rasa puas kat diri sendiri

TEACHER OF SOMEONE said...

btl...btl
yg pntng kena bersyukur

saya said...

syukurrr...syukurrr.. eh..camne lagu kumpulan raihan? hehehehhee... marilah mari..pergi mengundi..tetiba aje kan.

Linda Lyn said...

bersyukur dengan apa yang ada...insyaAllah hati lebih lapang....