mari mencari....

Google
 

Wednesday, October 14, 2009

hujan, jem, bengang..seronoknya!!!...



mmmm...camne nak mula cerita. hari ni hujan dari awal pagi. jadinya secara automatik jalan akan menjadi jem tahap gila dan banyak je la kemalangan terjadi. kenapa ha??? pelik betol. dah le hari ni terbangun lambat. malam2 tak boleh nak tido, dah suboh baru la nak mengantok. dengar dah alarm tapi buat tak tau je sedar2 nezha gigit kepala sekali tengok jam tu dia...730am. bagus betol. harus le melompat2 meloncat2 kan nak bersiap. geram la....

jalan jem. malas nak elaborate. hari ni sampai lambat le jawabnya. pukul 930am baru nak muncul kat office. masok2 je office siamang dah tercongok kat table saya. geram betol. double sakit hati. mujur dalam kereta tadi dah makan biskut bawak bekal so tak le lapar sangat perot. jadi la buat alas2 perot kan. anyway..takpe la.. bersyukur sebab sampai jugak office walopon lambat tapi selamat. bayangkan orang yang terlibat dalam kemalangan pagi ni. dalam radio info trafik dok cakap merata la ada excident. ada lori terbalik la, ada yang berlanggar la. macam2. jadinya bersyukur la.

petang semalam balik macam biasa. tak berapa jem dan tak le berapa lancar sangat. biasa2 je la. malas betol nak balik semalam sebab dok mengenangkan nak mengengok muka jiran hantu yang kurang ajar tu. saya lalu rumah semalam rupanya dai dah dinding sampai ke atas siling. dah le rupa dinding rumah saya dah jadi buruk macam rumah setinggan je. sakit hati betol. saya tak halal bahagian saya yang dia amik tu. cuba la cakap elok2.. bukannya saya takde rumah ke apa ke. cakap je la. taktau nama panggil je la hello, hello.. eee..bengang. sakit hati. saya takkan maafkan sampai bila2.

sebelom balik semalam singgah kedai dobi amik baju. ye la.. saya baju hantar dobi le tak basuh sendiri. huhuhu.. cadar belom kering lagi so petang ni baru amik. takpe la. bukan takde cadar lain pon. nanti nak hantar lagi. pas tu singgah kedai nak beli tepung gandum nak buat cucur keledek. keledek beli dah seminggu tak juga berbuat. malas. hehhehee... so, balik rumah. malas tengok orang sebelah terus tutup pintu. benci la dengan kau!!!! masak mihun sup. ala.. rencah simpel je fishball. takyah pening2 kepala la nak boh daging le udang le ketam bagai. ringkas je. so, itu le menu dinner malam tadi. mihun sup dengan cucur keledek. air putih kosong.

obek? tu dia.. petang semalam beriya ni message kata nak pegi tengok wayang. tapi tulis sana dia koje pukul 730pm baru balik. apa ke jadahnya. nasib bain makcik dah pro dengan jadualnya. jawabnya memang takkan sempat le nak pi tengok wayang. memang betl pon. pukul 9pm baru terhegeh2 call ajak kuar. tak kuasa le. dah malam baik membuta tengok tv ke apa ke. memang la ada je movie midnight tapi malas la. so, cakap kat obek takyah le. balik je la rehat2.

nezha pulak semalam macam tak berapa nak sihat la. makan sikit dan tak ceria. biasa dia melompat2 je kan. dan kalo saya masak kat dapor dia pon sure akan sebok macam nak tolong potong bawang je lagaknya. tapi semalam dok diam je. risau lak saya. korang tau la..saya ni kadang bolehtahan gak air mana neng yatimahnya tu. apa lagi..dok belai2 dia tu terus menangis. risau wooooo..mana tau kot2 dai sakit ke apa ke kan. tapi pagi ni tengok dah ok dah. dah melompat2 menggaru2 segala benda kat rumah tu. huhuhu..alhamdulillah...

apa lagi nak cerita ye? owhh..entah la tetiba terlupa la nak cerita apa. mmmm..kes kawan saya tu. yang sampai nak bercerai berai tu. semalam dah tau dah al-kisahnya. mmmm..sian jugak bila dengar. berat juga masalahnya. tapi apa yang saya jangka tu memang terjadi la. laki buat kes, masok lokap, ada pompuan lain, mencuri, menipu. itu bolehtahan lagi...yang paling tak tahan, sanggop cakap anak dah mati so dapat buat collection duit. astagfirullahalazim..memang mengucap panjang saya semalam. itu cerita kat orang lain. kat aweksnya dia cakap dia kawen dengan kawan saya tu janda, anak satu. yg tu bukan anak dia. nauzubillahiminzalik. lagi mengucap panjang saya semalam. sanggop tak mengaku anak. itu kat awek. ada kat orang yang lain pulak cakap dia kawen dengan kawan saya cuma 8 bulan je lepas tu ceraiiiiiiii.. astagfirullah.... kanke jatuh talak tu? entah la. ko cerita dengan orang ko dah cerai. balik rumah ko hadapkan jugak bini ko tu apa maknanya??? ya tuhan... masa my fren dalam pantang tahun lepas kan musim raya, dai bawak awek balik rumah jadi bini dia pulak. jiran nampak tapi takmo amik kisah sangat sebab ingatkan adik dia. tapi now semua dah terbongkar sebab awek tu sendiri datangjumpa my fren bagitau. nak kata menipu takkan la sebab siap boleh sebut corner ni ada apa, corner sana ada apa. kat bilik ada apa, kat dapor ada apa. haaa..hambekkkkk... memang elokpon masok lokap. itu kalo tak sedar diri jugak taktau le. kesian pulak saya tengok kawan say atu. ye la..walopon dai jenis tak mau ngalah, suka nunjuk2. tapi bila keadaan masalah macam ni saya sedih dan simpati. sampai hati suami cakap macam tu pada bini dan anak. saya doakan yang terbaik la untuk mereka. dia cerita semalam, saya pulak yang nangis. i mean, memang saya dah jangka benda2 ni berlaku tapi tak le sekali gus macam ni. sedih la.... next wik dia mintak tolong saya dia nak pindah rumah, nakbalik kampung. saya tak boleh janji cuma saya kata insyallah je la. mmmmm... laki dai tu kalo kita tengok memang takkan sangka. rupanya dah berenti koje dari bulan 7 hari tu lagi. tapi buat2 kuar koje macam biasa kuar pagi balik malam rupanya pergi mengadap awek dia kat rumah awek tu. aduhduhduhduhh.. minah tu koje jusco bukit raja. sapa2 tau memang itu le pompuannya. sewa rumah sini pulak rupanya dah 3 bulan tak bayar. tuan rumah pulak jenis baik hati, sebab dia ingatkan kawan saya ni ada masalah so dia diamkan je. tapi bila dah sampai 3 bulan tak bayar, harus le orang tu tanya kan. so, bila tanya baru le kawan saya ni tau apa kes sebenar. amboii.. bertimpa2 masalah dalam 1 masa. tu tak termasok lagi lakinya dok pinjam duit kiri kanan. aduhhhhh.....inilah cerita kehidupan. amik la ikhtibar dari kisah ni. buat pedoman. patot la bagai nak gila kawan saya nak mintak cerai bagai. tak boleh nak salahkan dia la kalo dah jadi macam ni. bila ditanya kat lakinya kenapa buat peel, jawabnya bini takmo layan dia. bila lakinya nak.. bini buat nehen. aduhhhhhh... takkan disebabkan itu sampai buat peel. kawan saya cakap camne nak melayan, kalo dah duit asyik takde je. bila takde duit, mood asyik nak marah2. bila dah marah2, mana nak datang mood nak bersama tu. aduhhh...ni sampai cerita dalam kain pon tersebar. wallahualam. nampaknya kawan saya dah nekad dengan keputusan. saya sebagai kawan bagi nasihat je la dan pandangan. takmau la lebih2 masok campor hal rumah tangga orang. takot wooo... entah la..pada saya 2-2 pon salah tapi tu la, bila dari awal masalah timbul takmo bawak berbincang, tu yang bertambah melarut2 tu. sedih la.... yang jadi mangsa---anak!

panjang lak membebel hari ni kan. tak pe la... buat peringatan pada diri sendiri dan kawan2. jangan jadi pada kita atau keluarga kita. harap2 semuanya elok2 je la.

ok la..takmo bebel banyak. hari ni koje boleh tahan. rindu kat obek. minggu ni obek nak balik kampung lagi. saya? dok rumah le melayan nezha. hehhehehehe...

love you obek..(miss you so much)
love you nezha..(nezha jangan sakit2 tau, mesti sihat selalu)
love all of you...(next wik birthday saya, sila bagi hadiah)

No comments: