mari mencari....

Google
 

Thursday, October 15, 2009

nezha memang suka buli orang...


hehhehehee..tengok la tu. pantangggggg kalo dia nampak kita bukak lappy mesti nak menyelit nak duduk kat atas tu. aduhhh...tak serik2 lagi la dia tu. hari tu dah rosak sekali (tapi saya tak rasa sebab nezha suka dok atas lappy tu monitor jadi rosak, tapi saja la nak salahkan dia jugek. hehhee), ni buat lagi. ahhh..bila2 masa dimana jua asal dia nampak je lappy tu mesti nak dudk atas. tu. apa best sangat ke duduk atas tu? saya rasa macam keras je kan. heran betol la. layan je la.. sambil tu boleh buli dia. ke dia yang buli saya sebab dia takmau beralih dari lappy tu? uuuwwaaaaa.........


selagi tak angkat dia, selagi tu la dia akan duduk kat atas tu. kalo alihkan pon, harus panjat balik meja tu nak duduk. tu tengok dah duduk atas 2-2 lappy. geram betol la. panggil la nama dia bagai nak tercabut anak tekak pon menehen je dia. itu kalo lappy tu tutup, kalo kita berjaya buka dan guna pon, harus jugak carik jalan nak menyelit nak duduk atas keyboard. ayoyoyoy...tak bleh tahan woo ini budak..manyakkkk degil suka buli. saya pernah hari tu buat koje, pergi dapor kejap, datang depan tengok dia tengah landing baikkkk punya atas keyboard jadinya koje saya udah kuar tulisan macam2. uuuwwwaaaaa.....ini penderaan namanya nezha.


tapi takpe..layankan je. cerita petang semalam, macam biasa je la. jalan tak berapa jem, sampai rumah macam biasa pukul 7pm. obek dah memekak dari petang tu ajak kuar. ye la.. ye la..orang nak bersiap le ni. kecoh la orang tua tu. plan asal nak pergi tengok wayang, masa tengah tercangak2 dok tengok jadual sekali obek dapat call daa.. kene ada hal jumpa orang malam tu. chehh.. so, tak jadi le tengok wayang. tapi mujur juga belom beli tiket kalo tak camne? rugi je. so, pergi makan2 jalan2 je la. kitaorang makan kat black canyon malam tadi. tak pernah try tu yang nak cuba malam tadi tu. sekali bukak menu aikkk..apsal ada tulis thailand pulak ni kan? makcik suspennnnn....kalo takat nak makan nasi goreng ikan masin baik le makankat kedai tomyam, murah pon murah, banyak pun banyak. takyah nak bayar sampai berbelas2 hengget takat makan nasi goreng tu. so, end up try yang lain sikit la kan. obek amik salmon steak, saya amik beef steak. outcome--presentation cantik, tapi rasanya kureng la. masin! 2-2 dish pon masin. owhhh... so, tak habis. minum air mint tea. haaaa..itu sedap. masam manis berangin. obek minm apa ntah nama jamaican coffee blablabla..ala... sekali datang macam kopi susu je. tak le best beno. masa dah nak bayar, mamat cashier tanya how was your food? saya jawab, its too salty, both of it. i cant eat it. pas tu nak buat muka pelik2 lak. wahhh..dah ko tanya customer punya feedback tapi macam takmau terima pulak kan. apa kes.. at the end say ajawab i dont like it. hwuahaha.. i dont like it pon tetap la ko kena bayar. mahal le pulak tu. well.. it will be my 1st and last time le makan2 kat black canyon. memang diblack list kan le dari senarai kedai makan. huhuhuhuhuuuu..... kesimpulannya, tak berbaloi lansong bayar berpuloh2 hengget untuk makan makanan macam tu. tapi takpe..pengalaman tu. kalo tak cuba sampai bila tak tau. bila dah cuba, dah tau lenkali jangan le pergi lagi.



lepas tu pusing2 je la tengok2 baju tengok2 ntah hapa2 barang. wahhh..pergi kaunter perfume orang tu dah tutup la. mmmm..takpe la. lagipon bukan nak beli. saja gatal nak try test sampel tu kan. hahahhahahhaa..... pukul 10pm balik. obek hantar, pas tu hye2bye2 dengan obek, dai pon pegi le meneruskan perjalanan jumpa orang.
saya pulak dah balik tu, tu yang dok buka lappy konon nak check ntah le hapa2. sesambil tengok csi macam tu la kiranya. owhh..dengan nezha yang mengacau membuli, dengan mata yang macam dah ngantok, dengan tekak yang rasa tak selesa, baik la tido. tido punya tido, pukul 2am terjaga. tekak rasa tak sedap sangat2 ni, rasa dah terlonjak2 je kat anak tekak. pi toilet dan keluarlah segala steak segala mint tea yang makan tadi. hambekkkkk.. puas hati. owhhh..seksa la tekak kalo ada kejadian2 yang macam tu. lepas ut tak boleh tido. tengok tv cerita apa ntah cerita melayu. kira boleh le kayan sementara nak mengantokkan mata ni semula. pas tu sambong tidooooooo....
itu je la ceritanya semalam. takde apa yang menarik pon. nak amik gambar obek kata takyah laahhhhh... uwhahahahhaa.... so takde la gambar2 makan2 tu. hari ni pegi koje cepat. takmau la hari2 pon sampai lambat. sebelom orangtegur baik kita elakkan. esok orangtegur kita jugak yang naik hangin jadi baik cegah dulu. sempat beli kuih cucur badak 2 bijik buat sarapan. boleh le..



hehehe..sebelom berpisah, tatap la gambar wajah kesayangan beta ini. yee..itu namanya gaya conquer segala mak neka lappy yang ada dalam rumah. sila fokus kepada nezha sahaja dan sila abaikan persekitaran yang macam tongkang pecah itu. hwuahahahahhaa.....
i love you obek....(work hard ye..)
i love you nezha....(jangan sepah rumah, penat le nak kemas)
i love all of you...(hari ni dah khamis kan?)

4 comments:

zh-ena said...

nezha memang suak betul la kan duk atas laptop tu kan..comel jea

nak marah pun tak jd bila tgk muka dia yg cute tu

~dARlee zURiS~ said...

nezha takut kalu kalu buat kerja,tak layan die pulak
tu yg nak menyelit dok atas lappy tu gak.hehee..

black canyon?waaa..zuris suka makan kat situ.
setakat nie,yg kat ipoh nie punya blm wat hal lagi lah
cuma,tak gemo ngan staf2 die
takkan takde org m'sia nk keje situ ek?
hmmm...

TEACHER OF SOMEONE said...

comel je dia dok atas laptop tu
hehehe

saya said...

ena/zuris/fiqah--nezha memang itu la habit dia. entah le apa yang best sgt duduk atas lappy tu.