mari mencari....

Google
 

Tuesday, October 13, 2009

pagi2 dah hangin!...


bluwekkk!!!! tengok nezha on paham dai jelir2 lidah. tanda benci le tu. bagus nezha.. nezha pandai paham bahasa, tapi ada manusia pon tak reti nak paham bahasa. getik laaaaaaaa.. go to hell la.

hari ni betol2 la menguji iman betol. actually pagi ni ok je tapi tu la.. benda dah nak jadi. hari ni saya bangun tido pagi2 lagi. sebab macam tak boleh terlelap dan lagi satu macam asyik mimpi macam2 je la. bosan betol. so, teringin nak makan lontong. hajat hati nak kuar le pegi cari kat kedai luar tu then balik rumah breakfastkat rumah baru nak pegi koje. so, siap2 semua kuar pegi cari lontong. malangnya.. ye malangnya takde kedai yang jual lontong. aduhhh.. sedih betol. pegi pulak tengok kat orang yang jual kat payung2 tu kot2 ada. pon takde jugak. majoriti yangtukang jual orang pantai timor. mana dia nak kenal lontong. laksam ada le dia jual pepagi buta tu. so, frust punya pasal saya beli nasi lemak je la. dengan kuih singgit. jadi la. pengubat hati. sampai rumah breakfast sambil tengok mickey mouse. sekali tu dengar kelentanggg!!! ingatkan apa.. biarkan jugak. pas tu bunyik lagi. kali ni lagi kuat. KELETTANGGGGGG!!!! berderai.. ye bunyik macam pasu bunga pecah. saya pi kuar tengok tu diaa..menyirap darah amkcik ni. kan ke jiran sebelah buat pagar. dai nak tutup pagar antara rumah saya dengan rumah dia tu dengan batu bata tapi bongok bahlol bangang tak reti nak bagitau dulu. yang pekerja indon tu pon main bukak je pagar tu dah berderai pasu saya. mujur tak kene kereta. apa lagiii.. memang menyanyi le saya pepagitu kat depan tu kan. saya bahasakan. saya kata kalo nak bukak pagar tu bagitau la dulu. ini tak senyap je bukannya saya takde kat rumah. memang betol pon. apa la salah bagitau dulu kak saya nak buka pagar ni tolong alihkan pasu2 tu. saya boleh le alihkan. saya pon idak le bebal beno macam korang tu ha. ini diam je main punggah je pagar tu. pas tu boleh buat muka toye. memang nak kena la tu dengan saya. pas tu saya korang tau la..kalo dah start bercakap tu kang tak boleh nak berenti. pokpekpokpek le saya sepanjang pagi tu. kurang ajor betol. apa ingat dia tu byk sgt duit ke? duit dia je dia kira duit kita dia tak kira. kira pon lebih banyak duit dari awak le tapi tak le nak menunjuk2 macam tu. kalo kene kereta saya tapi takde cakap2 dah..saya pecahkan pintu rumah dia. tengok la. dah le kes banjir bulan puasa hari tu saya pon tak surut lagi hati. kali ni buat hal lagi. memang jenis orang kurang ajar la. akal ada letak kat tapak kaki. berlagak tak pasal2. sombong. ko susah tau lak nak cari kita. lenkali ke depan2 ni tak hingin saya nak tolong. saya nak check dengan majlis perbandaran tu kang dia buat block dinding pagar tu dia tak nak plaster pulak belah rumah saya udah tak pasal2 jadi macam rumah setinggan pulak dinding belah rumah saya tu kan. memang saya harukkan. by law, memang dia kan patut plasterkan dinding tu. setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... eee..bengang betol la. saya bukan jenis nak marah2 tak tentu pasal tapi saya tak kacau orang, orang jangan le kacau saya pulak. elok lak jiran belah kiri ni cina paham bahasa lebih baik budi pekerti dari jiran melayu yang kononnya tudung labuh sampai ke lutut tu tapi kurang ajar. mengaji siang mlm pon perangai macam lahanattttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!! saya bagitau obek dia kata nanti dia nak datang bagitau kat orang2 tu. saya cakap, tolong laa.. tolong la bagitau kat orang tu sebab karang kalo saya yang bercakap kang lain jadinya. sebab saya dah cakap awal2 menehen jugak. leceh la dapat jiran bodoh macam tu.

tengok, tak pasal2 pagi2 dah menyumpah orang. itu yang dia nak. haaa..bagikan.

~~~~~~~~~~~~~

dah.. nak sabar2kan hati pulak ni.

semalam balik lambat. pukul 8++ baru sampai rumah. on the way back obek call cakap suruh balik cepat dia dah nak sampai nak bawak pi kuar nak pegi ntah mana2. eeee..penat la. tapi takmo la bising2 kang sentap lak orang tua tu. sampai rumahterus mandi2 siap2 semua. tak dan nak berjalan dah rasa macam terbang je dalam rumah tu sebab obek dah pinpinponpon kat depan pagar tu memekak. haihhhh....

so pegi la tempat yang dai nak sangat pergi tu. macam2 la peel dia layankan je la. pas tu makan kat kedai mana ntah. tak sedap. opss..tak baik marah makanan bukan salah makanan, salah orang yang masak tu. order daging masak merah tapi aduhai liat macam makan getah sekerap. hehehehe....tak boleh kunyah lorrr... obek order nasi goreng cili api tu diaaa...cili sebeban punya la banyak dia potong. huh...membazir betol. kan elok kalo letak seadanya je. again, tisu jadi isu. selai je dia bagi kat kitaorang 2 orang makan. kedekot nak mampos. mati bangkrup ke ko kalo letak kotak tisu kan customer? overall, next time takmo makan kat kedai tu lagi.

sorry..hari ni semua nada marah2 je la. sebab pagi2 dah spoil.

this week deepavali. takde plan nak pegi mana pon. dok rumah je la memerap. obek nak balik kampong lagi, amboiiiii..... over tu tiap2 mingug balik kampung. biorkan. malas nak layan.

ok la..takmo tulis panjang2 lagi sebab asyik nak marah2 je ni. gerammmmmmmmmmm...

to jiran sebelah yang kurang ajar... buat la sementara boleh buat ni, esok2 kot dapat balasan baru padan muka hang. GTH!!!!!

---------

love u obek...
love u nezha..
love all of u...

6 comments:

MOKCIK AZWA said...

i thought nampak tajuk tadi sabtu yang penat...bila baca posting lain pulak ..hehehe..ooppss... ropenya tertinggal keretapi mokcik nie...huhuh

wah kalau saya pun marah jugak kalau buat cenggitu..sib baik jiran2 mokcik setakat nie sumer baik2 belaka..

zh-ena said...

wah memang marah sgt2 nie..
itu la kan kalau duk berjiran..ader yg ok ader yg ko..

dpt yg ok boleh la hidup berjiran bersatu pasu dpt yg ko msg2 wat hal msg2..

~dARlee zURiS~ said...

nie takleh nk suruh sabar lagi nie
org camtu kena bahasa pun bkn reti nk paham
bg kena batang idung sebijik baru tau paham kot.huhuu...

nk mkn lontong ke?mmg susah nak cari
zuris dari awal bln posa teringin nk mkn tp takde langsung jumpa.
last2 hari raya baru jumpa.tu pun sbb isteri pakcik org jawo lah.hehee..

nURmALa mAZLan said...

wahhh
betul punya marah ni kak

Mince4AM said...

sabar itu subur...

saya said...

mokcik : mokcik tu la bz sangat tu yang selalu tertinggal keretapi tu. Hehehe..

ena : jiran tu kira nasib la.ada yang baik, ada yangs engal.

zuris : orang mcm tu tunggu je la pembalasannya walopon lambat.

mala : memang marah sangat2 ni

ahmad : sabar itu subur? Hah??!!!