mari mencari....

Google
 

Thursday, October 1, 2009

saya benci tau...


saya benci tau dengan orang yang sentiasa je la nak lebih dari orang lain. tak boleh kurang. kalo bercakap pon dia je layang bagus. kalo bercerita pon dia je la yang best. hatta kalo nak bermasalah pon masalah dia je la yang lagi besor dari masalah orang. bongok betol. orang2 macam ni memang jenisnya tak boleh kalah dengan orang. dia je yang betol. dia je yang macam bagus. perasan nak mampos. getik la... dah tu kalo rasa2 dah nak kalah tu boleh pulak pusing cakap, as if setakat tu je la yang dia mampu. eeeeeeeeeee..benci nyaaaa...


kau boleh la berjalan sana sini, ko bujang, senang, aku ni kang dengan anak lagi, itu ini
---->sapa suruh ko beranak? aku ke?

kau bujang boleh la ada duit lebih sikit, aku ni dah kawen2 ni semua nak kene pikir
---->macam la orang bujang ni takde masalah yang nak dipikir. yang ko gedik gatal pegi kawen tapi tak cukup duit tu sapa suruh? aku ke?

ko buat la open house, ko kan kaya
---->habis, kalo kaya je kena wajib la buat open house? ha'ahh..aku kaya, ko tu je yang miskin

eleehhh... zaman aku kawen pon hantaran 10k, takkan ko 8k je..
----->biar la.. laki aku bagi hantaran murah ko tau ke dia dah siap2 belikan banglo untuk aku? tak macam ko tu dok menyewa flet sampai dah beranak pinak ni.

itu kalo rate dia lebih best, kalo dia punya rate tak best lain lak dialognya,

hishh..wat pe hantaran sampai 25k tu. membazir je. nak menunjuk2 kan orang le tu
----->bior la.. yang ko sebok apsal? itu duit dia, bukan duit ko? ad ake orang tu pinjam duit ko buat hantaran tu?

aku kalo beli barang bior yang branded sikit.. baru elok..
---->ye ke? masalahnya aku tak pernah pon nampak barang branded yang ko dok sebut2 sepanjang tahun ni. asyik mintak aku sponsor je untuk anak ko

aku tak minat le koje kat kl ni, baik balik kampong, hati senang, semua ada
----->ye la.. sebab gaji ko kecik tu pasal ko sengsara dok kat kl ni kan? padan muka ko!

eee..banyak lagi barang aku belom settle untuk raya ni, baju lagi, gelang tak tukar lagi, duit raya lagi..
----->kalo takmampu buat cara tak mampu, jangan nak berlagak mampu, esok mampos.

ko takpe la.. takde apa sangat expenses, aku ni lain, banyak tanggungan
----->ko tau ke hal dalam rumah aku tu? hello.. makanan kucing aku sebulan pon lebih mahal dari rega susu anak ko sebulan tau tak.

aku kalo bab anak ni, bior bagi susu yang mahal sikit, bior berkhasiat, baru cerdik sikit. takmau aku bagi susu dugro tu.
----->berlagak. ramai je aku tengok orang bagi anak minum susu dugro tu pintar2 cerdik2 je. kalo mak pak bongok macam ko, tentu la menurun ke anak.. bukan pasal minum susu mahal anak jadi pandai.

anak aku pandai koo.. kalo nampak kita siap2 pakai baju semua, dia pon kelam kabut.
---->memang nature baby macam tu la. dia memang akan ikut apa orang sekeliling dia buat. kucing aku pon tau benda2 macam tu.

aku esok nak hantar anak aku pergi tadika private yang ajar english. bior pandai. otak berkembang sikit.
---->mampu keeeee???? tadika kemas sekarang pon dah bagus la. orang2 tu hantar anak pi private sebab gaji laki bini berbelas2 ribu sebulan. ko tu sedar sikit.


eeeeeeeeeeeeeeeeee..banyak lagi la dialog2 yang menyakitkan hati saya. itu antara jawapan2 yang saya bagi la, tapi jawab dalam hati. tak le jawab depan2. orang2 macam tu kalo kita menjawab kang dia lagi cakap besor. biorkan. biorkan luncai terjun engan labu2nya. dengar2 sekarang labu luncai pon dah berlobang, tengah nak tenggelam sekarang ni. baru ko tau nasib ko luncaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

-------------------

entry ni takde kena mengena dengan sesapa. sekadar luahan hati yang tengah bengang ni.

2 comments:

zh-ena said...

nie minah yg selalu ym ngan leeya tu erk..

betul tu klu org yg mcm nie lebih baik kita diamkan ajer sbb klu kita menjawab gak lg la bertambah2 skt hati kita tu nnti..pekak kan ajer telinga

saya said...

bagi 10 markah kat ena. hehehhee...