mari mencari....

Google
 

Monday, November 30, 2009

cerita hujung minggu # 8...

source : http://hobbyphotographytips.com/wp-content/uploads/2008/02/trees.jpg


hello....
apa khabar? harap semuanya sihat2 sejahtera la hendaknya kan. anyway... semalam tak update blog. buzy la.. hehehhe..takde la. semalam pi dating2 dengan obek. wahh..lama betol tak pegi dating2 dengan obek ni. semalam jalan sampai macam nak tercabut kaki. aduhhh..sakit lorr.. takde pagi mana, just pusing2 kl je la. then pow obek. hwuahhahaha... rasakan!
takde apa sangat cerita menarik. cerita hari raya dah cerita dah kan. hari sabtu pukul 2pm saya berangkat balik rumah la. takde bawak bekal apa pon sebab ma sabtu tu dari pagi pegi surau sebab orangkat sana buat korban. diaorang buat hari sabtu sebab nak buat hari jumaat tak sempat katanya. sabtu pagi hujan mencurah2. wahhh.. berdebar2 betol camne orang nak buat korban ni kan. tapi dalam pukul 10am tu dah reda dah. sabtu pagi tu buat breakfast lempeng. hehehe.. senang je sebab malas. ma pegi surau, saya dok rumah tengok tv la melayan kartun entah hapa2. pukul 1230pm tu ma balik. lepak2 kejap then saya pon balik.
sampai rumah terkam nezha dulu. waduh2...rindu betol kat mamat tu. pas tu tengoktv la. nak tido rasa macam tak mengantok pulak. tak kuar rumah pon. dok la terperap kat rumah. ingat nak kuar pi tengok2 wayang ke tapi takde geng le pulak. bosan la. dok rumah lagi bagus. dinner makan sandwich. sedapppp.....
ahad bangun lambat. tak le lambat dah bangun awal tapis aja la golek2 je atas katil tu malas nak bangun. sebab takde buat apa pon. pukul 9am obek call ajak kuar. yahuuuuuuuuu...obek dah balik kl. yahuuuu yalee yaleee.... siap2 mandi semua, kemaskan nezha wangi2 bagai, pukul 1030am tu obek sampai dan off we go. takde la kemana pon. pi brickfield kejap, entah le carik apa. then pi midvalley. pow obek. hwuahahha... kaya y.e.s..harus le menceburkan diri jugakkan. lepas tu dah tak larat jalan. rasa nak nangis sebab macam sakit kaki. tapi obek ajak pegi lowyat pulak. idak le makcik larattt..ampunnnn... nak balikkkk....sebelom balik singgah lagi jalan pasar, obek nak beli hapa entah lampu apa ke benda. tak paham la. lepas tu balik. balik2 ingat nak membongkang tapi tak jaid le pulak. tengok tv jugak lagi. malam perot macam lapar. ajak obek pi dinner. kuar makan dekat2 situ je lan. lepas tu balik, tengok csi, tengok doraemon, lepas habis doraemon, tidorrrrrrr....
nezha seperti biasa pepagi buta dah kejut suruh garu2. aduhh..layankan je la. hari ni awal saya bangun. dan pergi kerja macam biasa tapi sebab jalan tak jem belom 830am dah sampai. lepak2 dlukat parking tu dengar radio. malas le nak naik opis awal2. ada bawak kek kecik untuk breakfast tapi tak selera le pulak. wahhh..kalo kat sini asyik le tak selera kan. tapi cuba kalo kat rumah ma.. 24jam asyik la nak mengunyah. heran betol la. lepas tu asyik2 le naik weighing scale tu. apa laaa....pompuan ni memang obses betol dengan berat badan. lelaki saya tengok takde le pulak. main hentam je. apsal ha????
ye ke bulan 12 ni nanti banyak cuti hari jumaat? ye ke? inform sikit..bunyik macam best je kan.
owhh.. obek balik kampung tu bawak balik sini laok korban dia tu le. apa ntah macam rendang daging, pas tu ayam masak merah, pas tu jajan2 le kerepek pisang 1 balang, kek kecik2 ada le 6, pas tu kek coklat sekerat.. apa lagi.banyak betol. dah pesan hari tu cakap jangan bagi saya banyak2. takde orang nak makan. aduhhh... nanti le saya gigit2 benda tu satu hari sikit. tapi ayam masak merah tu sedap la. saya ni sebenarnya dok la asyik teringatkan sup tulang macam yang buat masa kenduri kat rumah saya hari tu. aduhhh..sedapnya. rasa macam nak buat lagi tapi mengenangkan ala2 tak berbaloi je kan kalo buat untuk makan sorang. dah le berejam2 nak tunggu benda tu masak. uuwwaaa......
saya nak tengok crita ninja assassin yang rain berlakon tu le. hari tu tengok dia punya 'the making of' tu nampak menarik lorr.. hehhehe.. yang sebenonya nak tengok si rain tu je kan. layan je la.... tapi takde geng lor. obek asyik koje je. takpe la..nanti kalo cd dah kuar tengok cd je la. hehhehehee...
so, hari ni suasa macam sejuk sikit. sejuk cuaca, sejuk mood, sejuk segala la. tapi tungguuu..kejap lagi si kaki kipas datang hangat le suasana. menyampahhhhhhhh!!!!!!!
ok la.. nanti2 sambong lagi. nak pi ronda2 blog kawan2. hehehhehe....
i love you obek...(rindu lagi jugak)
i love you nezha...(tido tau)
i love all of you...(selamat bekerja)
i love monday!!!

Friday, November 27, 2009

salam aidiladha...10 zulhijjah...


assalamualaikum...

salam aidiladha... semoga semuanya sihat sejahtera dan berada dalam lindungan Allah s.w.t hendaknya....

cerita hari raya aidiladha saya tahun ni....

malam semalam, khamis malam jumaat, buat kenduri tahlil kat rumah ma ni la. kan dah cakap hari tu. khamis saya cuti. ye la.. sapa lagi nk tolong ma kalau bukan saya. penat macam nak mati. pinggang rasa nak patah, leher belakang segalanya sakit le. hehehehhe..tapi seronok. ramai jugak jemaah surau yang datang.

so, menu untuk malam semalam ialah, sup tulang, ayam kampung masak lemak cili api boh ubi kentang, tumis cendawan, ikan masin goreng, keropok, anggur, air kopi panas dan sirap ais. then untuk door gift tu saya bagi simple2 je la.. air kotak, kitkat, swiss roll & buah apple. habis selesai. hehehhee....

kenduri was success. alhamdulillahhh...

lelaki mkn kat atas..biasa la.. pompuan2 makan kat bawah. belah atas makan hidang le, pompuan kitaorang buat buffet style saje. tak cukup kaki tgn kepala lutut dah ni. huhuhuhu... ada budak2 kecik ramai. meriahhh.. lari2 sana sini tapi baikla takde la langgar apa pon. suka tgk budak2 tu berebut makan grapes... so happy.

lepas siap kenduri, kemas2. lagi satu hal. saya suka kenduri tapi nak mengemasnya tu le aduhaii... bercinta. sakit pinggang berdiri basuh pinggan piok segala. siap basuh, susun siap2, esoknya terus simpan store. settle. pukul 12++ siap saya pon mandi then kebabommmmm!!!!!1

pagi suboh terlajak. bagus betol

pagi raya.. bangun macam biasa tapi lewat sikit. panaskan lebihan laok kenduri semalam ada tinggal lagi sikit. then buat nasi goreng dan sambal ikan pari kering. sodappp!!! ma balik sembahyang raya, kitaorang makan. kenyang. lepas tu lepak tengok tv. then tido. then makan. then tido. then makan. hwuahhahha..itu je la rotation untuk hari ni. now tengah hujan. dari petang tadi hujan. so menakotkan.

itu je la cerita raya saya. biasa2 je takde apa pon yang menarik. obek kat kampong dia la kan. ada buat korban. penat le tu. tadi mesej cakap macam nak pengsan. hehehehe... baru dia tau. rindu kat obek sangat. haippp... apa ni baru 2 hari tak jumpa. fuhfuhhhh..cepat la jumpa. hehehehe....

aidiladha anda bagaimana???

i love you obekk..(miss u so much!!)
i love you nezha...(miss you too)
i love all of you...(selamat makan sup tulang byk2...)

Wednesday, November 25, 2009

mujur..sikitttt lagi nak kena..


hello...hehehhe...sorry..ni pon pic lama. kira recycle je la ye. suka je tengok muka nezha tu. geram betol. rasa nak cubit2. memang dah cubit2 pon.

ok.. cerita petang semalam. balik macam biasa. on the way back banyak kejadian yang telah menggegarkan jantung dan menyebabkan beristighfar banyak2. aduhaiii.... jalan jem. biasa le tu. masa tu memang tak bergerak. kereta lorong sebelah kanan saya pon ak bergerak tapi sekali tu bunyik sretttt... tum..tum..tum.. tengok cermin pandang belakang tu dia.. kereta dok bertumpu cium bontot kereta depan. mengucap panjangs aya. mujur lorong sebelah. kalo lorong saya? harus bontot kereta saya yang kena cium tu. pelik betol sebab masa tu memang semua kereta dalam keadaan statik. saya rasa kereta yang mula2 langgar tu tertekan pedal minyak kot. dia ingat brek rupanya minyak. tu yang cium bontot kereta depan. kereta depan pon cium lagi depan.. ada la dalam 4 kereta macam tu. aduhhhh... sedih la. lepas tu..kejadian lagi satu semalam, yang ni betol2 nak kene kereta saya. dari jauh saya dah perasan kereta jenis toyota alphard ni dok la mencilok kiri kanan. pas tu kalo brenti nanti nak jalan macam tekan minyak kuat2 then tekan brek. sampai tergoncang2 keretanya. saya dah cakap..ni kalo kene kereta saya cakaplain takde.. bagi tapak kasut dulu baru bukak mulut. lu takmau bayar saya punya kereta? takpe.. takde hallllll. kasut saya lu sudah makan cukup la.. dalam pada dok pikir2 tu betol la pulak.. saya brek, dia pon brek mengejut sikittttttt lagi nak kene bontot glen. glen tu nama kereta saya daaaa... saya pikir tak sampai 1 inci kot sebab bila dilihat dari cermin tu memang betol2 dekat. saya tunggu je kot2 ada rasa tupp... takde le pulak. then saya diam sekejap bagi kereta depan jalan dulu jauh sikit baru saya jalan. si lahanat tu seboleh-boleh nak berambos. saya doa ko menumpu le ke dalam longkang hendaknya. bangkai betol. apa2pon..takpe..saya tak kena. kalo kena sure dah lain cerita kan.

sampai rumah ingat nak pegi kedai beli apa2. sekali macam malas le pulak. pikir2 kat rumah ada roti buat roti telur je dah le untuk dinner. obek pon koje je dah call awal2 cakap malam dia takde. mmm...takpe la. balik lepak kejap mandi then masak roti telur. pas tu goreng keropok, pas tu rebus yang macam buah melaka tu tapi boh santan. ala..itu saya beli yang instant punya, just masakkan then letak santan. 1 peket ada 10 biji, saya buat 4 biji je. belen simpan. lenkali boleh makan. tu dia... macam2 menu malam tadi. air ribena. kenyanggggggg.......

sambil makan, sambil bagi nezha makan jugak. pas tu obek call...borak2 kejap pas tu tengok tv. entah le cerita apa. bosan betol. asyik la tukar2 channel. menyampah la. pukul 1030pm tidooooo... pelok2 nezha, main2 dengan dia sampai terlelap.

malam tadi macam panas le pulak cuaca. bahang tanah tu agaknya naik. entah la.. pagini bangun awal.. biasa la 530am. pusing2 kejap, lepak2 then siap2 pergi keje. hari ni pon tak buat breakfast. takde mood la. semalam konon nak makan roti untuk breakfast pon tak jadi. tak selera. end up terus makan lunch je la. hari ni kang entah la... lapar tapi tak selera la.

esok dah start cuti. nak masak2 sebab malam tu nak buat kenduri tahlil kat rumah ma. aduhduhduhdhhhh... saya suka kenduri tapi tu la kepenatannya tu tak dapat disangkal. tambah2 semua kene buat sorang. ayoyoyoyoooo....

petang ni baru nak beli lagi sikit barang2 jajan untuk bagi kat orang balik kenduri. entah le nak beli apa. taktau lagi. kalo jadi nanti saya amik pic ye boleh letak kat sini. bila ntah nak balik rumah ma. malam ni ke pagi2 esoklepas suboh ke. taktau la. ma sure suruh balik hari ni jugak. saya je takot tak sempat. tengok la camne kang..mudah2an semuanya berjalan lancar.

apa lagi nak cerita ye??? obek balik kampong esok petang. rumah dia pon ada buat kenduri. wahhh.. masing2 buzy ni. takpe la... hari tu kalo tak silap hari sabtu malam ahad tadi, saya terkejut sebab dapat call dari nombor rumah obek kat kampung. harus makcik suspennnn..idak le makcik nak angkat call tu kan. sebab saya tau bukan obek yang call. obek ada kat kl ni ha tengah koje. bagitau kat obek.. obek call kampung tanya sapa yang call saya.. rupanya mak obek la call.. nak cakap jemput datang kenduri rumah dia. haiyooo..bikin suspen je la. sorry la ye..idak le saya dapat pergi.. rumah saya pon kenduri juga. hehehehhee.... kal saya pree pon takkannya saya pergi. takot woooo....suspen2... dupdapdupdap jantong makcik. lenkali jangan le calll.. saya takottt.. pesan kat obek sungguh2 dah ni. uuwwaaaa.. obek gelak je la dia. ni le peluang dia nak menyakat saya kan.


ok la.. nanti2 sambong lagi. esok kalo tak buzy boleh update.. kalo buzy assalamualaikum. hehhehe.. nak potong2 bawang halia kunyit bgai esok ni. sure tak cukup kaki tangan. tolonggggggg!!!!!!!!!!!!

i love you obek..(rindunyaaaaa)
i love you nezha..(musyuk2)
i love all of you..(makan jangan tak makan)

Tuesday, November 24, 2009

rambut ke?...

source : http://bored.com/comics/hairinsoup.html





makkkk.... pengsannnn!!!!!!

huwahhahahhaa.... tu la koranggg.. lenkali kalo terjumpa rambut kat dalam makanan kat kedai makan jangan le terus makan. kalo rambut betol takpe lagii...ini... rambut ketiak. hwauhahahha... pengsannnnn!!!!!!

moral of the story : pilih betol2 tempat makan yang benar2 bersih. sekarang pon markah untuk kedai makan dapatkan status kebersihan a, b atau c pon dah dinaikkan. kan ada yang tampal kat dinding kedai tu kan... macam sijil tu kan.. haa..hati2. kadang2 ada gak sijil tu tapi kebersihan tunggang langgang jugak. baik makan kat rumah. tapi kalo beli kat kedai tapi makan kat rumah pon takde maknanya. sama jugekk... jadi, adalah lebih baik masak dan makan kat rumah. sendiri masak sendiri makan. makanya kalo terjumpa rambut ke apa ke dah sah2 rambut korang sendiri kan? hwuahhahahhaa..... alahaii..kembang2 tekak pulekkk...

cuaca masih mendung...



hehehhehee... sorry..ini pic lama nezha tapi saya suka pic ni. nampak so cute.. for me lah kan. macam innocent je mamat tu. walhalllllll...dia lah pengganas antarabangsa kat rumah tu. chechechewahhhh...

anywayyy... cuaca masih mendung. hujan je. kat berita dah sebut dah belah2 pantai timur sana hujan dijangka berterusan. mangsa banjir pon bertambah ramai. ya allah..lindungilah kami dari segala bahaya dan bencana.

balik semalam jem jugak. entah le apa kena. takpe la..perkara biasa je tu kan. nak buat camne pon. balik singgah kedai. beli stok telor dah habis. beli garam, ubi kentang dengan kicap. hehehhee... itu semua ration disaat2 kecemasan. balik dah gelap. sian mamat kepochi dah menjerit2 kat muka pintu. hehehhee..penakot ya rabbi. pelok2 dulu then mandi. perot macamkenyang macam lapar. nak makan macam takde mood pulak. obek pulak koje so memangtakde harapan nak keluar le jawabnya. takpe la...dok rumah je. bukak peti ais korek apa yang ada. mmmm..sudahnya buat nasi goreng la. sambal pari kering hari tu ada lagi boleh dibuat rencah, potong kacang panjang, pecahkan telur..kacau2 tingtongtingtong...nasi goreng satu siappp!!!! hehehhee..minum air teh o suam. sedapppp..sejuk2 ni minum suam2. baru segar. pas tu tengoktv. entah le cerita apa saya pon lupa dah. owhh..tengok cerita labu labi untuk kali ke 100 agaknya. layan je la. lepas habis labu labi pukul 10++ macam tu saya pon kebabommmm....

malam tadi tak berapa boleh tido. mimpi macam2 tapi dah lupa la. hari ulak hujan. tengok nezha pon gelisah je tergolek2 je. amik dia pelok2 masok dalam selimut. baru la lega perasaan. wahh..dia pon apa lagi.. terover2 lak ngada2nya. layankan je la. lama2 tertidor jugak.

bangun macam biasa. ingat nak buat breakfast roti telor tapi takde mood pulak. teringat roti beli semalam ada lagi kat office so takyah la. makan roti kat office je la. air pon tak buat. malas betol nk kuar dah le renyai2. tengok jalan pon jem. aduhhh..sabar je la. lepas pelok cium bye2 dengan nezha, saya pon berangkat. seperti yang diduga, jalan adalah jem. apa nak buat, dok je la sambil dengar radio. entah isu apa tak pasti sebab saya asyik la tukar2 channel. bosan.

dah musim raya korban ni.. apa pengorbanan anda? ustaz saya dulu cakap tak semestinya dengan menyembelih.. kadang2 ada pengorbanan yang lebih hebat dari itu. pengorbanan yang datang dari hati. macam2 adaaa... ada orangterpaksa mengorbankan masa mudanya sebab nak bagi peluang kepada adik2 belajar, so dia terpaksa kerja. takde masa nak berjumpa kawan2. ada orang terpaksa mengorbankan kerjaya sebab nak jaga anak. ini ramai ni. ada orang terpaksa mengorbankan kehendak dan kepentingan sendiri demi orang lain. macam2 ada. ikhlas dengan tak ikhlas je la. entah..susah nak cakap. hanya tuhan yang lebih mengetahui.

owhh... kenapa orang selalu lari dari kita bila dah mendapat kepentingan yang dikehendakinya dari kita? pelik kan. pernah kena tak? masa belom dapat bukan main..hari2 ym, hari2 sms, hari2 call...bila dah dapat..senyap macam hantu. hantu pon ada bunyi2 gak. pelik..pelik perangai manusia ni. jangan kata nak berterima kasih, tegor hoi2 pon takde dah. hehehhehee.. kelakarnya. biasanya macam tu la.. lagi satu kalo kita bagi berhutang dengan orang. dia yang pinjam duit kita tapi kita lak yang jadi segan nak tegur dia sebab dia tak pulang2kan duit kita. dia lak yang nak lari2. kita tak kejar tapi terasa sendiri. hahahhahahha..... macam2 peel.

anywayyy..... harap2 cuaca bertambah baik la ye. risau la... area rumah ma saya tu pernah gak banjir. aduhhhh.. sedih betol. dan takot juga.

saya hari ni rasa macam nak gaduh je dengan orang. sapa le bakal mangsanya nanti. hehehehhee... bakal mangsa dah ada... tunggu masa je. sendiri carik pasal merasa le kan. saya bukan suka pon gaduh2 ni tapi kalo dah terpaksa. bukan gaduh la..cakap tinggi suara sikit. takde la tumbuk2 bagai.

obek masih buzy. kerja terpaksa disiapkan juga segera tapi cuaca tak mengizinkan. aduhh..sian pulak tengok budak2 kat site tu koje siang malam. takpe la ye..dah nama pon carik rezeki. esok2 dapat payment hilang le sakit2 badan penat tu kan.. mudah2an...

takde mood nak makan.

i love you obek...(always love you...)
i love you nezha...(always love you too)
i love all of you...(apa perbuatan ikhlas anda hari ni?)

Monday, November 23, 2009

hujan, demam, sakit perot...



helloooo.... berapa hari dah tak bersiaran. chewahhh... saya ada online baca2 blog orang tapi saya takde la pulak update kan. macam malas le pulak... meh nak cerita kejadian weekend...

sabtu : pagi tak de buat apa. dok kat rumah je la tengok tv. mood adalah spoil sebab plan saya tak menjadi. huhuhuh... bosan betol. tapi takpe.. obek keje. tapi kejap tu dalam pukul 930am tu dah call saya cakap kansel keje pagi.. nanti pukul 2pm baru masok. so, saya pon siap2 pegi kuar le sarapan. ye beno..orang dah nak masok lunch saya baru terhegeh2 nak sarapan pukul 1030am. takpe la.. tak de la makan apa pon.. ingat nak makan lontong takde jugak. end up makan mee + kotiaw goreng, dengan ulam timun dan kacang panjang. ooo..ada amik sambal tumis kerang sikit. air teh o. jadi la. lepas makan obek tanya nak pegi mana2 tak? saya macam takde mood so nak balik je la. lagipon obek ada paperwork nak kene buat. so, balik. sambong tengok tv dengan nezha. petang pukul 4pm macam tu balik rumah ma. sebelom balik dok pikir nak beli apa la bawak balik. nak beli kfc bosannya ayam, ayam, ayam. pas tu teringat hari tu ma ada sebut nak makan rojak. haa..pegi carik rojak le. beli sampai 2 di 2 kedai yang berlainan. bior dia rasa mana yangs edap. esok2 kalo sedap boleh beli lagi. huhuhuu...beli jugak murtabak. sedap!.. sampai rumah ma hujan renyai. kan sabtu semalam memang hujan je sepanjang hari. risau betol. malam pon takde buat apa. lepak2 je la. nak tengok tv pon macam bosan. tido lagi baik.

ahad :
pagi buta pukul 630am dah kuar pegi pasar. waduh... nak ngejor orang jual tulang & daging. ma tu standard le.. pegi pasar nak pepagi buta. layan je la. kat pasar tu saya beli pulut dengan sambal sotong. sedap! dah beli2 semua, balik rumah. kemas2 simpan daging tulang semua, then ma pon nak pegi marhaban. sekali pegi2 kat rumah yang dijanjikan tu sonyap jo takde bernyawa pon pintu pon tutup. biar betollll... call2 sana sini lama2 ma pon dah malas. so, balik rumah. lepas tu teringat pulak nak beli beras untuk kenduri tu. cabot lagi keluar pegi beli beras dan barang2 lain. settel hal barang2 kenduri. huiii..penat gila. tinggal nak order kelapa je. ma tu bukan dia nak santan yang dah siap proses macam kat pasar tu. takmaunya dia.. dia nak perah sendiri. huiii..tu yang tak sanggop tu tau tak. pas tu tak larat, saya le mangsanya. haduihhhh...kalo 1-2 bijik takpe labuuu... ini haa.. 20 bijik.. keras tangan makcik perah santan. tu pasal saya selalu bising penat kalo kenduri. hehehhehehe.... nanti kene mintak upah lebih2 sikit kat ma. so, barang2 untuk kenduri dah siap. tinggal nak mengerjakannya je lagi. khamis tu saya cuti eso bersilat le kat dapor. ma takde lak pagi tu sebab kene pi hospital check-up. harap2 cepat le ma balik. lepas tengok melodi semalam, saya pon balik rumah. sebelom balik ma suruh pi kedai jap belikan makanan untuk baby ayam yang baru menetas. comel2 yooo... rasa nak cubit2 je. geram betol. mulut bising citcitcetcit... huhuhuhu... pegi beli jagung halus sekali salah beli daaa.. rupanya ma suruh beli yang macam dedak serbuk tu. haiyoooo... udah le makcik kene pegi kedai lagi tukarkan benda tu. hantu betol. main2 kejap dengan baby ayam tu then balik. on the way back, singgah dominos. dah berapa kurun teringin nak makan thin crust tu semalam beli hak yang extra large punyaaaaaaaaa... hambekkk..makan sampai muntah. hujan renyai. saya samapi2 je mamat kepochi udah memekak menjerit mengadu macam2 le dia tu. layankan je la. tengok tv sambil makan piza dengan dia. dia makan topping chicken tu je la kan. lepas tu tido. lepas tu sakit perot. sampai le hari ni. padan muka.

isnin:
hari ni le tu..takde apa yang menarik. malam tadi pon macam biasa je. hujan. tengok tv. entah cerita apa.. tido awal sebab macam demam la dari petang semalam tu. tampal cool fever, tampal koyok, sapu minyak angin. dah bermacam2 bau dah badan ni ngalahkan orang dalam pantang lak rupanya. hehehhhe... takpe..bukan ada manusia pon. nezha je yang ada. nezha kata sedap je bau, dia sondol2 je suruh garu so ok la tu kan. hwuhahhahaha....

pagi jalan tak berapa jem. jem biasa2 je sebab orang dah cuti kot. entah la. saya macam tak berapa nak sihat ni. tadi dah pi beli roti dengan air ingat nak makan tapi tak selera le pulak.

ngenangkan nak kena kerah tenaga kenduri esok ni terus demam! hwuahahahha...

ok la.. nanti2 sambong lagi.

i love you obek...(miss you)
i love you nezha...(jangan nakal2 ye)
i love all of you...(selamat bekerja)

seperti biasa, hari ni hari isnin so tagline kitaaa.... i love monday!!!!!

Friday, November 20, 2009

makan, rezeki, happy...


hello....
hehhehee.. tengok la muka stim mamat kepochi bangun pagi2. cute je kan. penuh taik mata pon tetap la comel. cuba kalo saya amik gambor muka pepgi. harus korang demam 2 minggu berturut2 ni sebab terkejut punya pasal. hwuahhahha....
*****
anywayyyyy... nak cerita pasal petang semalam. balik macam biasa. jalan tak jem yoo.. bagus betol. maybe ramai ibubapa yang dah mula cuti ikut anak2 cuti sekolah. bagus betol. cepat je saya sampai semalam. saya ni dah macam seminggu dok teringin je nak makan udang besar masak lemak cili api. waduh, waduh, waduh.... mana nak carik udang besor lorr.. tengok kat giant kecik2 sajor. takpe2... saya dah buat perkiraan awal. kalao sampai cepat, saya nak masak, kalo sampai lambat, saya beli je makanan. sekali sampai cepat da.. mula la kecur2 air liur terbayang2 udang masak lemak tu. tak boleh jadi. pergi jugak cari udang. singgah pasar, then beli. hambekk.. 10 ekor sekali beli memang nafsu betol la. nampak lak ikan bawal, beli gak. takde yang kecik la. leceh betol. saya minta orang tu potong siang siap2. then beli bayam, nak buat goreng tumis je. on the way tu obek call.. tanya nak makan apa. saya kata takmo kuar saya nak masak hari ni, dia tanya nak masak apa, saya jawab le nak buat gulai udang. wahhhh..katanya. ye la.. obek pi keje. saya pon ok je la. lepas siap2 beli, sampai rumah pukul 7pm. ok le tu. kira awal kan. masok rumah terus pelok nezha dulu sebelom buat koje kalo tak kang tak jadi koje saya. lepas tu bersilat kat dapor. tung tang tung tang.. siapppp..... ikan tu saya goreng sekerat je la. lagi sekerat simpan esok2 boleh buat lauk lagi. jimatttt.... jangan membazir. jadinya itu la menu saya petang semalam, gulai lemak udang dengan peria, tumis bayam, ikan goreng, dan semestinya ribenaaaaaaaaaaaa....
*****
lepas siap masak, kemas dapor, barula mandi.. tengah syiok2 mandi tu hp bunyik daa.. ahh..lantak la. nezha kat depan pintu bilik air pon meow2 memekak. waduh2..tak senang le orang nak mandi. jawab jugak phone rupanya obek yang call..
*
obek--tengah buat apa?
oby-tengah mandi lorr..
obek--cepat pakai baju.. ada orang nak datang rumah.
oby-saya terkejut le sapa nak datang rumah? nak wat pe? apa hal? saya takde janji pon dengan sesapa. malas la.
obek--cepat jugak siap. ni ada orang nak hantar barang.
oby-barang apa? takde order apa2 pon.
obek--eh budak ni..cepat je laaa....
oby-ye2.. kejap2...
*
lepas bersiap macam kartun tu saya pon tunggu le. kejap tu obek dan lori pon sampai. haa sudahhh... apa hal lak ni kan. obek sengih2 je kuar kereta. saya tengok je la. dia kata.. obek ada surprise untuk oby ni... wahhhh...surprise gitu.. amenda la agaknya ye. sekali dapat tv baru daaa... haiyoooo..wat pe la membazir tak sudah je la orang tua ni. tv yang ada ni pon elok je lagi. obek kata siannnnn oby tengok tv monitor. kasi tukar la.. memang selama ni saya guna tv yang guna untuk tengok monitor cctv tu je. tapi yang beso le idak le kecik cekonet tu kan. tv tu bagus sebab dia memang special made untuk on sepanjang masa. function dia lain la dari tv komersil di pasaran ni kan. tak dapat cakap apa.. orang lori udah bawak turun tv gedabak masok rumah. depa pon kemas2 le tempat tv tu..alih tv lama naik tv baru. wahhhh.. lawo gak ye guna tv besor ni. hwuahhaha..orang dah berkurun saya baru nak merasa. itupon obek belikan. kalo tak, takde la maknanya. owh..rupanya tv tu ada macam2 function ye. boleh dipelbagaikan. sambong kat pc pon boleh ye. aduhh.. ketinggalan zaman betol. gambornya nak kasi kecik ke beso pon buleh jugak. idak le teman tau. tambah2 saya bukan jenis fancy2 ni... yang saya tau tekan remote, kuar gambor ada kaler ada suara. lama gak orangtu godek2 segala kan. nak sambong kat astro kat speaker le hapa ke benda semua. kasi test masok dvd boleh ke tak. ketang ketung ketang ketung, wokeh..settel. terima kasih obekkkkk.. hwuahhahahha.. i lebiuuuu... lenkali buat la surprise lagi.. beli kan la pulak peti ais beso yang pesen baru tu ye. hwuahhaha.. wah.. melampau..bagi betis nak peha lak budak ni. obek seperti biasa tersengih je dan buat2 aksi nak pengsan kalo saya minta barang. hehehhee... dia tu mana banyak cakap. lepas dah ajar camne nak guna tv tu saya tapaukan la laok tu... sian obek. obek pon suka laok yang saya masak tu. lepas tu... blah la.. takkan nak tunggu situ lagi. saya nak makan ni sambil tengok tv baru. whauahhaha.....
*****
macam tu le ceita petang senja semalam. time orang tu dok install tv tu..nezha seperti biasa kepochi. boleh tak pegi gigit wayar tv tu? haduihhhh... geram betol la. angkat dia letak dalam kotak beso. baru diam. main2 dnegan plastik. geram betol la dengan mamat tu. tapi dia standard la.. qa/qc mesti ada. tapi.. ada gak tapinya tu.. macam sakit mata le pulakkan. maybe terang beno ke apa ke atau sebab tak biasa. sebab biasa tengok kecik je pastu jadi beso. belom dapat diadaptasi lagi keadaan tu. tengok cerita apa ye malam tadi. owhh..tengok dvd 2012.. huwahahha.. tapi tengok sekerat je lepas tu tido. mengantok sangat.
*****
malam tido ada mimpi. uuwwaaa...saya sampai mengigau tauuuu.. saya mimpi..kononnya kunci rumah saya tertinggal so patah balik nk amik kunci. sampai kat rumah tengok ada budak kecik gemokkk tengah nak ketuk2 pintu grill saya. macam main2 la..budak2 kecik kan suka je menggelejat2 ni. macam nak masok la. saya pon tegur.. haipp..wat pe tu? dia pandang saya pas tu tersengih pas tu lari2. bayangkan la budak gemok kecik lari2 tersengih. so cute. lepas tu saya bukak pintu rumah ada lak orang kuar dari rumah saya. ini boleh mendatangkan kemarahan.. saya kata,
saya--heiii, ni apsal ni ramai2 ni?
depa2--kitaorang dok sini.
saya--ni rumah saya!.
depa2--kitaorang dok sini. lama dah...
saya--ramai2 ni?
depa2--ha.ahhh...
*
wahwahwahhhh... pas tu saya macam apa ntah nak blah sebab macam dah lambat pegi koje. ok..itu 1 part. (seperti biasa mimpi saya memang ada le banyak segmen. hewuahahha...)
*
lagi 1 part... ada la 1 minah ni.. taktau le dah lupa namanya. masa dalam mimpi tu ingat. dia ajak saya pergi rumah dia. saya pergi la naik kereta dengan orang lain tak kenal. dah sampai rumah dia tu..obek pon ada saya.minah tu macam nak ngorat2 obek lak. wahh..ini tak boleh jadi ni. saya marah 2-2. saya cubit2 obek. hehehhehe...itu realiti pon selalu kene. sian obek selalu kena cubit dengan saya. ok..sambong..sambong. on the way nk pi rumah minah ni.. macam lalu perkampungan la. nampak 1 rumah ni..rumah tinggi macam style rumah kampong dulu2.. tapi dinding sekerat. saya tengok dalam rumah tu ada orang tua tengah nak menyisih2 pisang. banyak pisang dalam rumah tu. saya tanya, orang tu buat apa? ada orang jawab, ooo..orang tua tu memang buat rumah tinggi besor tu untuk simpan pisang. bila dia dah amik pisang banyak2 dari kebun, dia letak kat rumah tu le. saya jawab..ooo..ye ke.. lepas tu on the way lagi nampak kedai ke gerai kecik.. jual burger la. hwuahhaa.. nama orang kedai tu ramli. ramai orang kat situ. pas tu dah le sampai kat rumah minah tu. rupanya rumah minah tu nak buat kenduri. masa kat sana saya kan macam ala2 bengang sebab minah tu nak usha2 obek lak. saya suruh obek blah jangan dok kat rumah tu. so, obek pon blah. pas tu minah tu tarik saya.
*
minah--kak..kak..meh la sini, (sambil tarik2 tangan saya)
saya--nak buat apa? takmo la. ye la.. (hati kan bengang. mana nak geng dengan dia)
minah--kak cuba tengok ni..saya rasa bilik air yang ni saya nak robohkan, nak buat paip je bagi luas sikit.
(memang pulak kat rumah tu ada 3 bilik air sebelah menyebelah)
saya--elok jugak tu.bagi lapang sikit. boleh buat basuh2 pinggan ke kalo kenduri.. nak buat mandi mayat pon boleh! sambil jeling kat minah tu. hwauhahhha..ala2 perli le tu kan.
*
lepas cakap macam tu saya pon macam jerit bagitau kat mak dia saya kata..makcikkkk.. bilik air ni kalo renovate jadi lapang pon bagus.. senang nanti. makcik tu senyum je la. minah tu macam ada adik beradik lelaki 3 orang.. saya macam tak berapa berkenan la.. then lepas bercakap tu kitaorang semua lepak2 kat bilik la. borak2 saya, minah tu dengan adik beradik dia yang lelaki. tu. at that time macam mesra pulak, borak2, gelak2, happy2, gurau2.. sampai le satu masa, ada satu pakcik ni jerit2, bukan jerit la..macam panggil2.. sebab nak agih2kan berkat. ala..kan biasa lepas kenduri tu kan orang bagi beg kecik tu isi jajan2 la nasi ke apa2 je la.. saya panggil berkat le tu. so, kami yang tengah2 lepak2 kat bilik tu pon berlari le ngejor berkat tu. berebut2 seronok2... bila tiba time saya, saya dapat satu je la kan, saya minta lagi satu. pakcik tu tu tanya nak wat pe.. semua orang sorang satu je, saya kata nak bagi kat minah tu.
*
pakcik--minah mana?
saya--ala..minah tu le yang saya sembang2 tu.. anak makcik ni..
pakcik--ko bior betol.. minah tu?
saya--ha..ye la..
pakcik--minah tu nunnn.. dok kat belakang kedai burger ramli tu ha..
saya--hah?? belakang kedai burger tu apa?
pakcik--situ kubur la.. ko ni.. ni kita kenduri ni buat kenduri untuk dia la..
saya--habis yang saya dok sembang2 tido2 gurau2 sama2 tu sapa? masyaallahhh..
pakcik--ko bawak istogfar banyak2..
*
kwang kwang kwanggggg.,.. sebijik macam cerita cerekarama daaa.... saya pon jam2 tu jugak menangiss... menangis beriya2 teresak.. sekali saya rasa bontot saya kena garu daa.. nezha kejutkan saya. aduhhh.. saya sedar2 saya tengah nangis air mata mengalir2. wahwahwahhh.. hebat penangan mimpi saya malam tadi sampai terigau2. sampai sekarang saya macam dok ingat je kat minah tu. hwauhahhaha.. sapa la gamaknya ye... nak panggil saya teman dia ke? aduhhh.. belom lagi le kot.. belom bertaubat. tau buat ada la.. hehhehee... takde apa la..kesimpulannya.. budak kecik gemok tu sebab saya suka je budak2 kecik ni. orang2 ramai2 kata sewa dok rumah saya sekali tu.. entah la.. agaknya memang ada je 'orang' yang duduk kat rumah saya tu. selalu je ada dengar2 bunyi2 kan. lebam2 pon adooo... standardd... rumah simpan pisang? saya suka makan goreng pisang kot? hehehe.. kedai burger ramli? burger jenama ramli memang le sedap..huwahhahha... kenduri minah tu? siap tarik2 saya sekali ni?? wallahualam..walo sapa pon malam tadi..saya sedekahkan al-fatihah.. jangan kacau2 saya lagi. amacam? seram tak? tak seram sudehhhh... pegi sambong keje.
*****

hehehhee... itu le pengkisahan mimpi saya malam tadi.. biasa la tu. pagini ingat nak buat breakfast nasi goreng. memang semalam masak nasi lebih untuk buat nasi goreng tapi tak mood pulak. cuma minum susu je sarapan tadi. lunch kang nak makan mekdi. kata mimpi kedai burger harus le makan burger kan. hehehehee.....jalan pon tak jem. bagus...bagus.. saya suka je.
*****
obek meeting pagi ni. pepagi buta dah call tanya nak pakai baju apa? biru ke putih ke kelabu ke? haiyaa.. pakai je la. bukan saya nampak pon. layankan je la kan orang tu pepagi. selalu tiap pagi macam tu la. good luck obek in your presentation. i lebiuuu..nanti untung projek belanja surprise lagi ye. hehehhee...
*****
ok la. banyak betol membebel hari ni. sapa2 belom bayar saman lalulintas sila bayar. tadi saya cek.. nama saya clear.. nama obek ada 1. hehehe. tak guna seatbelt. haishhh.. mujur rm80 je. nanti nak bagitau kat dia. rm80 pon.. boleh buat belanja makan seminggu tuuuuuu.....
*****
korang2 sure suka la tu esok dah weekend. bagusss... buat perancangan perjalanan. saya esok pagi ada hal. doakan semoga saya berjaya. aminnnn....
*****
i love you obek...(thanks so much...)
i love you nezha...(comel2..)
i love all of you...(sila minta surprise dari pasangan masing2). hwauhahhaha....

Thursday, November 19, 2009

can you tell me...

pic source : http://gallery-of-cartoon.blogspot.com/2008/02/sesame-street-characters.html


sunny day
sweepin' the clouds away
on my way to the air is sweet
can you tell me how to get
how to get to sesame street
come & play
everything's A-OK
friendly neighbos there
that's where we meet
can you tell me hoew to get
how to get to Sesame Sterrt
it's a magic carpet ride
every door will open wide
to happy people like you
happy people like
what a beautiful
suny day
sewwpin' the clouds away
on my way to where the air is sweet
can you tell me how to get
how to get to Sesame Streettttt...
how to get to Sesame Streettttt...
*

hello.... wahh..pepagi dah ceria kan dengan lagu sesame street (jalan bijan??). jangan main2. lagu ni le saya hari2 dok melalak menjerit nyanyi masa kecik2 dulu. sangat suka. even sebenarnya sampai hari ni pon masih suka dengan sesame street. bagus rancangan tu. ada banyak pelajaran yangboleh dipelajari. cara mengajar pon menarik. paling suka count dracula la konon. tapi dia ajar kira2. 1,2,3..dia ada lagu dia. hehehhehe...suka la. tak dinafikan, saya banyak belajar pelbagai perkara dari Sesame Street. tapi dulu2 mana la pandainak ber fan club bagai. kalo ada pon takdenya ma tu nak melayan saya. zaman sekarang lain pula cara pembelajaran budak2. mak pak yang lelebih masokkkan nama anak as members in any club. bagus juga tu. malaysia patot contohi cara penyampaian pembelajaran macam ni pada kanak2. rancangan kanak2 kat malaysia nampaknya macam kureng menarik. lebih kepada merepek2 je saya tengok. entah la...
*****
anywayyyyyy...enough of sesame street. hari ni perjalanan pergi keje macam biasa. jalan kurang jem. maybe sebab ramai parents yang amik cuti sebab nak amik result upsr anak2 kot. kepada semua adik2 yang amik upsr tu saya doakan semuanya success!!!!! termasok la kepada cikgu2 yang turut bredebar2 dengan result sebab kalo percentage down harus cikgu2 kene bambu dengan pengetua. hehehehhee.... masa saya dulu camne ye? lupa la. rasanya macam biasa je takde yang excitednya. pegi exam pon macam biasa. amik result pon macam biasa. ma tak pernah janji apa2 kalo dapat result best. huhuhuhu..sedih wooo.. tapi dapat jugak sebenarnya. huwahahhaa.. apapon, kenangan menduduki peperiksaan dan mengambil keputusan tak dapat dilupakan. sapa suka exam turun tangannnnn!!!! wahhh..ramai tu suka exam. hwuahahhahah...
*****
semalam balik macam biasa. tapi jalan jem sikit. sampai rumah pukul 730pm. dah gelap plus hujan la. takpe la. balik rumahterkam nezha. pelok2 bagai nak rak baru le mandi. obek dah memekak suruh temankan dia pergi klinik. welll.. reti lak nak pergi klinik kan? ingatkan dah tala rokok 20 kotak tu dah elok le. tak elok jugak rupanya ye obek? hwuahhahaha...alalala..siannya dia. lepas mandi obek datang bawak pergi klinik. sampai klinik bagusnya takde orang. yahuuuu... sekali dengan nurse2 pon takde laa... whauhahha.. puas le ketok2 meja. nak tekan loceng takde le pulak kan. puas dah berhelo2 bagai.. baru le muncul sorang. haiyakk..lu mana pigi. ini patient sudahmau pengsan lor... kat dalam bilik doktor ada la parents dengan baby. masa tengah tunggu tu dok dengar baby menangis menjerit. siannya. mesti demam tu kan. lepas baby kuar.. obek lak masok. masa tengah dok tunggu2 tu terdengar perbualan ayah baby dengan mak baby.. baby tu dalam lebih kurang umur setahun la kot. comel. baby girl. mata merah. ayah baby dok bercakap2 dengan baby kata alala..sian adik ye camne adik boleh demam sakit mata semua ni? sambil pelok2 baby. wahhh.. so touching. mak baby kata tu la.. akak *tuttt* (entah dah lupa nama akak penjaga baby tu) dah cakap dah kat mak pak budak yang sakit mata tu jangan hantar, diaorang hantar jugak. ni budak tu dah elok kene lak kat adik. ayah dia jawab... lorr..teroknya. lagi mak dia cakap, ni sekarang ni abang budak tu pulak dah kene chicken pox, but still hantar jugak. akak tu dah kat ajangan hantar nanti berjangkit mak budak tu tak pedulik. dia kata takde orang nakjaga budak tu. ayah baby jwab.. astagfirullah.. habis camne ni? kang adik kene lak chiken pox tu. mak baby jawab...tu la.. risau la..taktau camne.
**
mmm..saya yang mendengar pon terkejut dog jugak kan. biasa anak kalo demam or sakit memang nursery takkan terima sebab takot berjangkit dekat baby lain. as the parent pada baby yang sakit tu.. patot konsider la sikit kat baby2 yang lain. betol dah bayar untuk sebulan tapi pikir sikit keselamatan baby2 yang lain. saya tak tau le prosedur camne kalo baby kita sakit then tak hantar kat nursery tu nanti dia potong ke bayaran atau terus jugak kene bayar full? haa..sapa2 yang hantar anak kat nursery boleh bagitau ye. kalo hantar kat penjaga yang memang jaga anak kita sorang je takpe.. sakit pon boleh hantar sebab takde baby lain. ni nursery..punya ramai budak. tak termasok lagi dengan budak2 yang transit tu. kecoh wooo...sian kat baby. saya rasa tak patot la mak pak baby yang sakit tu tetap hantar. perlu amik cuti jugak untuk jaga baby dia sepanjang masa baby sakit. ke tak payah? as for other parents pulak, maybe patot bersuara cakap dengan parent tu sendiri, bukan melalui cikgu penjaga kalo cikgu penjaga pon dah gagal nak nasihat parent tu. ye ke camtu? boleh ke? susah gak ye....
**
so, pada sapa2 yang anaknya dijaga oleh orang yang hanya jaga anak awak saje, tak kira la mak jaga ke, pengasuh ke, jiran ke.. patot la bersyukur sangat2. bila say atengok rumah nursery kat mana2 waktupagi2 ni..kesiannn tengok kanak2 tu. dah ramai2 tu tau2 je la. cikgu pon tak menang tangan nak layan semua orang. tapi tu la.. kalo ikut hati mak pak mana yang nak hantar anak ke sana kan. tapi dah tuntutan kerja memaksa, tak boleh buat apa. nak amik maid pon bukan satu perkara yang mudah. banyak perkara perlu dipikirkan. jadi, tawakkal je la. sebab tu, kena la tolak ansur dengan parents lain, kalo u dah tau anak u tak sihat dan boleh menjangkitkan penyakit kat anak orang, please... at least amik la cuti sehari dua biar reda penyakit anak baru pi hantar kat nursery. anak2 pon waktu sakit tu dia akan lebih nak kat mak pak dia dari orang lain. ini pendapat saya la.. saya pon belom ada anak lagi. zaman esok2 entah le camne pulak. saya doa semuanya ok!
*****
ok.. sambong cerita pasal obek pi klinik. dapat ubat sebeban. memang sah demam. bagus betol. lepas kuar klinik terus pegi makan. obek tak larat jalan so makan kat kedai mamak yang terdekat je la. obek order mee goreng, teh o suam dan amik laok telur ikan. saya order tosei dengan kopi o ais. bila dah dapat air baru le ternampak poster teh belang2 tu. chehhh.. lupa je nak order teh belang2 tu la.. masih belom berkesempatan nak merasa. uuwwaaa.... sementara tunggu makanan sampai, obek dok berkali2 cakap kang mee gorengtu share tau. obek tak larat makan. saya kata ye laaa..nanti share. sekali.. dah makan cangkol sikit2 terus habis korang..sampai saya pon tak merasa. lepas tu boleh lak order roti canai kosong lagi satu. wahwahwahhhh...say adok perli obek say kata, tadi cakap nak share mee, sebab tak larat, ni sampai order lagi lak roti canai. nike orang demam yang tak selera makan tu? hwuahhahahha... obek sengih je. dia tu mana le bercakap sangat. diammmmmm je. haihhhh... sebab tu saya suka je menyakat dia. anyway..lepas makan, bagi obek makan ubat then terus balik. bye-byeeee....
*****
sampai rumah saya sambong melayan nezha. tengo cerita numbers. mata dah mengantok sangat. tapi sebab nak tengok csi miami tu tahan jugak mata. siap dah pelbagai posisi meniarap, telentang, bangun, duduk, menonggeng semua bagai tak gak boleh tahan mata. sudahnya... kebabommmmm..tidurrrr.. pukul 1230am tu sedar then masok bilik tidor betol2. nezha pon menyelit. tak larat bangun mamat tu. kena la pulak dokong. ngada betol. cubit kang.
*****
pagi pukul 530am nezha kejut. garu2 dia. saya pon dah bangun. mimpi apa ntah malam tadi lupa dah. lepas tu bangun siap2 pergi keje. sempat breakfast minum susu dengan cereal bar. jadi la. dari tak makan apa lansong.
*****
teringin makan pizza beom gak dapat. boring betol.
*****
cerita pasal kawan saya yang sorang tuuu.. maknya pulak patah tangan sebab terjatuh tangga. now dah kelam kabut sebab takde orang nak jaga baby. sementara ni lakinya amik baby letak kat rumah mak lakinya. dia macam berat hati sikit. entah la.. saya harap semuanya baik2 belaka. kalo dah patah tangan tu alamatnya lama baru nak semboh. dia pulak, sekarang asyik la dok kuar dengan skandalnya. ngeteh katanya. ngeteh apa ke jadahnya kalo sampai pukul 4am? ahhh..malas le nakmasok campor. dia cerita, saya dengar. takde cerita, saya diam.



kartun sushi pack pon saya suka lorrr... hehehhehe.. comel2 je. itu konon2nya karektor sushi la. menarik. korang try le tengok. sorry la kalo korang tak suka kartun. saya ni suka je apa kartun pon.
*****
ok la.. dah panjang berceloteh hari ni. nanti2 boleh sambong lagi. apa matlamat kerja anda hari ni? anda keluar rumah pagi tadi niat camne? malas nak keje? memang nak pergi keje? atau aim sebenar hari ni ialah nak pegi lunch? hwuahhahaha.... renung2kan..dan selamat beramallll....
*****
i love you obek... (rindu kat obek. bila nak pegi jalan2 ni??)
i love you nezha..(shomeli, shomeli..)
i love all of you..(dah khamis dah ni.. jangan tensen2)

Wednesday, November 18, 2009

hey you!...



hello...
hari ni macam biasa la. tak de apa yang menarik pon. petang semalam on the way back obek dah call tanya kat mana. saya kata tengah on the way la. sebab dia dah tunggu kat rumah untuk amik kunci. hehehehhe... haa..tunggu la. saya tengah bersuka-ria dalam jem ni. hwuaahhaha.... takde la. kejap je dalam 1/2 jam saya pon dah sampai, bagi kunci dan bye-bye.
*****
masok rumah penat. perot lapar. teringin sangat makan pizza dominos yang thin crust tu. teragak2 dah nak bergerak pergi tapi malasnya. dah le hujan kan. tak lebat macam gerimis. so, end up goreng fun fries je la dulu. tapi disebabkan rasa lapar, harus le rasa macam tak cukup je kan makanan tu. so, nampak spagetti. apa lagi..buat spageti goreng la. sos spageti takde, baked beans pon takde, tu yang buat goreng je tu. potong daging burger kecik2 jadikan perencah. ketang-ketung-ketang-ketung, siapppp.... yahuuuu.. jimat duit takyah kuar. lepas siap masak, baru mandi. lepas mandi, kita... makannnnnnn!!!!!!!
*****
makan dengan nezha. bagi dia daging gigit kecik2. hehehhehe... makan sikit je dah tak boleh banyak2 nanti sakit perot. lepas tu sambong tengok tv. cerita apa ye malam tadi. lupa la. asyik tukar2 channel je. owhh..tengo cerita melayu kat 105 tajuk bahang ravina. owhhh..boleh la tahan ceritanya tu. si nabila dengan jasmin hamid dengan sapa ntah lelaki tu husband si lisdawati tu la. jalan cerita biasa2 je.. dah biasa sangat. anak baik-jadi jahat-jadi derhaka-ibu yang terseksa dek anak dan laki-laki jahat ada pompuan lain... sangat common. takpe la.. dari takde cerita kan, layan je la. tapi tak syiok la maknya still guna bulu mata pelesu. hwuaahhahah.... apa kes dok rumah jadi tukang jahit then kene dera fizikal dan mental but still manage to get lashes??? hwuahhahahha... dah pegang watak sedih2 tu takyah le berlashes2 bagai. entah la. pengarah suruh kot? bosan. ok2... ending cerita tu anak kene balasan la kan. camne ntah muka kena terkelupas2 panas le kan..dah kata tajuk pon bahang. sebab dia pukul2, maki2 mak dia tu kan. so, mak dia takmau maafkan dia. dia nangis2 merangkak. habis cerita.. the end.
*****
lepas habis cerita tu, saya dnegan nezha tido la. tengah tido dia pon suruh garu. ingatkan dah pagi rupanya baru pukul 1230am lorr. haiyaa..ini budak manyak jahat wooo.. kacau sama orang mau tido. garu le jugak. sampai saya pon tertido. pukul 5am dia kejut lagi. time ni saya pon bangun dah. golek2 melayan nezha. geram betol. rasa nak gigit2 je tangan pipi dia tu. ngehehehe...
*****
bangun pagi hari ni malas. nak kemas apa pon tak mau. ingat nak buat breakfast tapi tak jadi. malas. nak buat air pon tak jadi. malas. bila malas habis cerita. pegi keje jalan macam biasa. light2 jem la. ingatkan jalan clear sebab budak spm dah start hari ni kan. aduhhh.. moga2 semua yang amik spm tahun ni menjawab dengan tenang dan bersedia. semoga diberikan ilham oleh tuhan untuk menjawab soalan2 tu. sebab kelebihan setiap orang tu berbeza2. ada yangmatured dari umor, jadi tahap pemikiran pon lebih matured. ada yang tahap pemikiran muda dari umur. hehhee.. apapon, good luck to all spm candidates!!!!
*****
kat radio pagi tadi cerita pasal how should children behave when they are out and about? ala..isu budak2 lari2 jerit2 kat restoran la.. kan ada je budak2 yang macam tu. then yang buat lagi worst ialah bila parents lansong tak tegur anak. biarkan je. anak usik sana sini, biarkan. anak lari2 jerit2, biarkan. bukan nak kata salah budak2 berlari jerit2 tu, nama pon budak mesti suka nak jalan2, imaginasi tinggi katakan. cumanya kadangkala situasi tu mengganggu orang lain kalo dah keterlaluan sangat. macam tadi cerita kat restoran, lari sana sini kang tertumpah le pulak sup panas ke apa ke, kan dah jadi isu. mak pak kena la lebih prihatin sikit. kene bagi anak behave sikit. tak dinafikan ada jugak budak yang well behave kalo kat luar. saya pernah tengok dan jumpa. sangat baik kelaluan. makan teratur, cakap pon teratur walopon suka gurau2. lepas makan, baru bangun jalan2 itupon tak lari2. just wondered around je. parents dia saya tengok kalo rasa anak dia dah over the limit akan panggil nama dan buat isyarat jangan dengan menggerakkan jari, alaa..tau la yang no-no-no sign tu kan. so, anak dia paham lak tu. padahal budak kecik je dalma umor 3 tahun macam tu. ada pulak yang tak pedulik. ko bagi la bahasa isyarat dari planet marikh pon menehen je. lagi lari2 ada. hehehhehe... kadang2 terlebih manja punya pasal le tu. dan yang tagi terok, bilamana oranglain tak boleh tegur kesalahannya anaknya. membuatkan parentsnya naik hangin. welll.. patot pon anak peel macam tu, sebab parent dia peel macam tu jugak. situasi ni ada je kat mana2... even time raya hari tu pon kat rumahma, ada orang datang beraya. minah ni boleh buat menehen je anaknya dah meramas kuih raya my mum dalam balang raya tu walhal depan mata. sungguh kureng a*ar... hwuahhahha... entah.. pkir sendiri la. anak masing, corakkan dengan sebaiknya. kat sinar.fm hari ni isu masalah anda le. biasa le tu. terdengar sorang pompuan ni, kes anak dara mengacau laki dia. well.... mati2an dia memenangkan lakinya cakap yang salah tu anak dara. helloo... bak kata k.e tu kan, kalo anak dara tu je yang merenyam, kalo laki ko tak layan takkan jadinya. yang patot dimarah dijaga tu laki ko la. anak dara tu pedulik hapa.. dia tak kawen lagi sukati dia la nak buat apa, yang laki ko ni dok melayan siang malam tu apsal. kadang ada laki ni pandai je berlakon. depan bini bukan main baik.. kat belakanggg. dia la jaguh. pada saya 3-3 pon salah. apsal 3? anak dara tu, lakinya dan bininya jugak. well... enough said.
*****
pagi ni sempat beli karipop kat kedai depan tu. tapi entah la bila nak makan. hari ni takde mood la. sebab awal pagi dah bengang. alalala..asyik le bengang je takde yang happy. hehhehehe.. emosional sangat la lu ni. muwhahahhaha.....
*****
obek still tak sihat. dari sehari ke sehari suruh pergi klinik tak jugak. esok kot terpengsan kat site idak le makcik tauu.. bior suruh jcv angkot dia bawak pergi klinik. hambekkkkk....
*****
ok la.. cuaca hari ni pon mendung je kan. harap2 semua ok. bye!
*****




opss... belom habis da... pernah tak rasa macam scene di atas. kadang2 rasa kita le yang paling terok, rupanya ada lagi yang lebih terok dari kita. hehehhee... well...tooth bursh dengan toilet roll.. mana yang lebih terok? tepok tangan tanya nezha. hwuahahhaha... entah la kan. bersyukur apa yang ada.
*****
i love you obek...(sihat cepat tau)
i love you nezha...(mushi2 musyuk)
i love all of you...(kalo dah pinjam duit orang tu reti2kan le membayar, jangan buat2 lupa pulak. pesanan khidmat masyarakat kepada semua.)

Tuesday, November 17, 2009

do you miss me?...



hellooo... hwuahahhaha... dah berapa hari tak update ha? alaa.. relax la.. bukan ada orang beriya nak baca pon. tapi takpe.. hari ni baru berkesempatan. meh nak cerita pasal weeekend.
~~~~~
Sabtu :
pagi tak buat apa. lepak2 je kat rumah. nak pegi jalan2 pon obek kerja. saya dok rumah tengok tv layan kartun. lunch time obek datang bawak pergi makan. makan apa ntah lupa dah. takpe2.. tak de lapenting sangat. balik dari makan, tido. main2 dengan nezha paksa mamat tu tido jugak. memula tu takmaunya dia. meompat2 sana sini. lama2 senyapp je rupanya udah krohh..krohh..krohhh.. hehehhee..so cute. petang pukul 4pm balik rumah ma. sampai rumah ma terkam tudung saji. wahh..ma buat sambal macang le. waduh2.. terus makan nasi. gile buruk lantak. makan dengan ayam goreng. sedapnya. malam pon tak buat apa. tv pon cerita entah apa2 je. tak kuasa nak tengok.
~~~~~
ahad :
pagi2 pergi pasar dengan ma. borong macam2 biasa la tu. tak breakfast tapi early lunch. sebab balik je dari pasar terus masak nasi. masak asam pedas, goreng bendi, sambal macang, sambal ikan pari kering dengan ulam pegaga. wahhhhh... tak hingat dunia makan. lepas zohor pegi rumah mama sebab nak melawat opah. hehehehe... sampai rumah mama sambong tengok tv. takde apa pon yang menarik kat sana.
~~~~~
isnin :
pagi2 pergi bawak ma aca heck-up kat GH. hehehe..tu pasal le saya takde semalam. cuti lorrr.. bawka ma pegi sana. takpe la.. seperti biasa adegan tunggu-menunggu adalah sangat sinonim dengan hospital. hwuahahaha..... sampai2 je terus letak kad, then pergi breakfast. takde selera lak semalam. just makan karipop 2 bijik. alahai..kecik2 je karipopnya tu... then minum air kotak mangga. ma siap check dalam pukul 11am. kira awal le tu. then hantar ma balik. semalam cuaca amat le terok. hujan je dari pagi. kalo tak hujan pon cuaca mendung betol kan? suspen woooo... ingat nak masok keje after 2pm tu, mintak tolong obek hantar kan saya sebab kat area opis ni kalo datang lambat alamat memang takde parking la. tu yang kena minta tolong tu. sekali orang tua tu lak kata hujan lebat. saya dah on the way balik rumah saya. kebetolan sampai rumah saya pon hujan lebat bukan main. aduhhhh.. kesudahannya tak pegi keje la. mandi2 sebab dahkuyup masa buka pagar tu, makan lunch, laok dah siap2 amik kat rumah ma, lepas tuuuuuu.. tidorrrrrrrrrrrrrrrrrr.. sampai petang. hwuahahhahha.. best kan. malam pon tak kuar. just makan keropok goreng je. jadi la.




hari ni bersemangat bangun awal sebab rindu opis lorr... keluar awal, isi petrol, redah jalan. tak berapa jem. bagusnya. 845am dah sampai opis. terus bersilat. now dah siap sekerat. yahuuuu.. saya suka kerja. tadi ada beli sandwich tapi belom sempat nak makan. kejap2 lagi la.

ma kata nanti malam raya aji tu nak buat kenduri kesyukuran. haduihhhh.. lemah makcik la. sebab takde orang nak tolong. so, menu dah finalise. saya nak pikir nak bagi apa kat orang datang as door gift. entah la. bosan le cupcake je. nak le idea lain. kalo ada sila kemukakan ye. TQ.
~~~~~
owhh..tadi on the way datang opis saya dah sampai tol sunway yang padat tu obek call. tanya saya ada kat mana sebab kunci dia tertinggal dalam rumah. bagus betol kan. saya kata saya dah jauh dah kat tol sunway tak boleh patah balik. dia kata takpe la kang dia datangopis nak amik kunci. huhuhuhu... tu la pasallll..entah le apa yang dia ingatkan. saya memang ada je kunci spare rumah & kereta dia. apa2 hal senang. obek.. obek.. buzy beno le tu tak cukup tangan sampai tak teringat dah lock pintu tapi kunci kat dalam rumah ye. hehehhehee... saya saje je menyakat dia kata pecahkan je kunci tu..nanti beli baru. whuahahhahhaa.... idea membunuh tak membantu lansong.
~~~~~
okla..takde nak cerita apa sangat. nezha sihat2 je jangan risau hal dia. semuanya tip top. yang tak tip top saya ni ha...hehehehee....
~~~~~
selamat berkerja...
~~~~~
i love you obek...(keja rajin2)
i love you nezha...(dah makan tido tau)
i love all of you...(peace!!)

Friday, November 13, 2009

masih hujan...


hello...
semalam hujan je kan sepanjang petang membawa ke malam. semalam kan saya balik lambat. ditambah pulak dengan jalan jem pukul 9pm baru sampai. sian nezha tunggu je kat pintu. huhuhuhuu.... sebelom balik singgah beli dinner. beli nasi lemak dengan sate. sate tak best. tak sedap, kecik beso kelinking tapi reganya 50sen. melampau2 la meniaga. balik terus mandi2 semua segarkan badan then makan. obek pon sakit kepala so tak keluar le. entah dia makan apa entah la. bagi nezha makan, then tengok tv kejap. cerita apa ntah lupa dah. lepas tu tido. so, takde apa yang menarik semalam. biasa2 je.
*****
pagi ni bangun macam biasa. buat breakfast roti telor dengan goreng sikit fun fries dan buat teh o suam. sedap pulak makan time mendung2 ni kan. hari ni memang purposely keluar lambat. malas. lantak le. ngadu kat obek, dai tu lain takde, suruh rehat kat rumah je. amboiii.. macam le kompeni ni sendiri yang punya. kalo kompeni sendiri pon takde maknanya nak rehat kat rumah je. lagi le harus kene datang opis buat koje. apa la obek tu. dia bukan apa, saja la suruh saya lepak kat rumah sebab kang kalo apa2 kang saya dok la memekak kat tinga dia kan. hwuaahhaha..... apa2 la. love you obek. mujur jalan tak berapa jem. pukul 9.05am dah sampai. wahh..best jugak. pelik betol. kalo kuar awal, sampai lambat. kuar lambat sampai lebih kurang je. haishhhhh... pelik2...pelik2...
*****
anyway... hari ni dah hari jumaat. esok weekend. ramai antara korang yang dah plan nak pegi mana2 tu kan. saya takde plan apa pon. dok rumah je kot. balik rumah ma. melayan nezha. haihhh.. pagi tadi mamat tu betol2 mencabar kesabaran saya la. orang tengah syiok tido dai seperti biasa datang le nak suruh garu2 tu kan. mula2 ngendeng tepi, pas tu naik sikit, naik sikit lelama landing baikkkk punya atas perot saya. harus le saya sesak napas wooooo.. sabar je la. pas tu tolak dia bagi baring kat sebelah. kena la dok menggaru je. kalo berenti nanti dia cakar2. haihhh...apa manja sangat ni. sampai saya tak larat dah pas tu angka dia letak atas kerusi plastik dia. hwuahhahahha.... habis nak menggaru daia je takyah tido le saya ye. pandai le dia. pas tu merajuk. panggil2 pon diam je takmau menyahut. biorkan.



pagi ni pon cuaca macam mendung je kan. semalam berita masih cakap ada lagi mangsa korban banjir. aduhhh..sedihnya. dah le susah dengan takde rumah, habis barang ditenggelami air, kehilangan ahli keluarga pulak. bertambah2 sedih. kita patut bersyukur. kita sini baru hujan je dah merungut2. ya allah.. ampunkan daku. betapa daku tidak beringat dan bersyukur dengan keadaan di tempat daku.
*****
takde apa yang menarik untuk diceritakan. saya tengok orang nak komen pon takde. entah kenapa. en. ahmad kata tak boleh tinggalkan komen, ye ke? ada masalah kot. say apon ada tinggalkan komen kat blog kawan2 tapi tak keluar pulak. masalah betol la. dah le blog ni takde orang baca, bila dah takde orang komen lagi bertambah sunyi. hehehehhee.... takde la bercita2 nak ramai readers kan. balik2 orang yang sama jugak. terima kasih kepada anda yang membaca blog saya hari2. nanti saya bagi hadiah ye. apa? takmau? ambik la.. saya bagi ni.. apa? takmau jugak?? ye la..ye la..takyah bagi la. hwuahhahahhaha......
*****
ok la.. nanti2 sambong lagi. have a nice weekend. bye!
*****
i love you obek...(rindu kat obek)
i love you nezha...(baca a, b, c tu)
i love all of you...(good day..)

Thursday, November 12, 2009

jalan,makan, beli....


hello...comel je kan nezha tu? hwuahahha...perasan betol. takpe la. sapa cakap tak comel memang juling la tu jawabnya. anyway... nezha sihat2 dan ceria je. malam tadi main kejar2 dengan dia punay la seronok. melompat2. punya excited mamat tu sampai calar2 kaki saya dia cakar. takpe la... sikit je bukannya apa pon. suka tengok dia happy. lepas main lompat2, makannnnnn... lepas makan, sambong lepak2 dan tengok tv. hehehhehe.... ops..jangan lupa aktiviti menggaru perot dia. sampai naik lenguh tangan dok menggaru dia je. huhuhuhuuu...
*****
petang semalam jalan jem jugak. tapi sampai rumah dalam 715pm macamtu. boleh laaa.... sebelom balik tu beriya nak buat lempeng, tapi sebab dah jem mood pon dah kebabom so tak jadi la. ajak obek kuar pegi dinner. obek ada keje tapi dia kata takpe..kuar jugak kejap. yahhhuuuu... dah sampai keluar tu pepandai le saya nak drag time bior dia lambat. whauhahahha.... makan apa ye malam tadi? mmm... ohh.. makan mihun tomyam, air sirap limau. obek makan nasi goreng cili api dengan telor dadar, pau kaya 1 dengan air oren. tapi 2-2 orang pon makan tak habis. nasi goreng tu tapau bawak balik. lepas makan ajak obek pegi pusing2 dulu. nampak kedai 100yen tu ingat nak singgah tapi takde parking so takyah le. lepas tu nampak lak kedai d.i.y... wahh..baru buka. obek ajak singgah, so saya lagi le suka. nak jalan2. tak dapat beli tengok2 je pon jadi la kan. wahhh..best2 jugak barang kat kedai tu ye ada macam2. murah2 pulak tu. end up saya beli pinggan aluminium 1, orang dulu2 panggil pinggan ayan. saja buat spare. dengan mangkok 1. pas tu pusing2 nampak lak apron. wahhh..beli, beli jangan tak beli. murah2 sajorr...empat hengget je harus le beli kan. ada gak yang mahal. beli yang murah sudehhh... pusing2 lagi.. obek beli apa ntah macam tape2 apa ke benda malas nak tau barang2 lelaki ni. sekali nampak white board. wahhh.. macam menarik. murah lak tu. belek2, amik letak, ambik letak.. obek kata beli la. nanti apa2 boleh tulis kat board tu. saya kata nak tulis bagi sapa baca? takde manusia. dia kata takpe.. tulis je kot2 nak tulis apa yang teringat. boleh suruh acha belajar a,b,c kat rumah. hwuahahahhaa.....so, end up beli juga white board. tu. hwuahahhahaha... entah le apa motifnya.



ini le white board tu. balik rumah gigih menukang dinding. bukan susah pon. dia dah siap bagi paku semua tinggal nak pakukan je. sonang je.... kalihkan sikit dart tu. lama dah tak main. so, itu le hasil penulisan saya malam tadi. berangan ni jadi cikgu tulis2 kat white board. hwauhahahha.. nezha seperti biasa harus melompat2 kegembiraan. dokong dia kasi cium kat white board tu. hwuahhahah.. cakap kat dia nanti saya pegi keje acha dok rumah baca a, b, c tauuuu.... sekali dia meyahut daa...meoowwww katanya. wahhhh.. macam pepaham je kan. itu ada lukis gambar acha gemok, ada lukis bear, rabbit, rumah, ikan, laut, kapal, gunung, bunga, yang tu kononnya nak lukis mickey mouse tapi tak menjadi laa.. hwuahahha.. hantamla... saja je suka2. ada le gunanya tu esok.
*****
lepas siap2 kemas semua tu, tengok tv. cerita numbers dengan csi. lepas habis csimiami, tido la apa lagi sebab dah pukul 11pm. ngantok dah. harini tangan sebelah kanan sakit. maybe sebab salah tido kot. masa tengah tido terjaga sebab sakit tangan terkepit. wahwahwahhhh...tido sorang pon terkepi jugak??? nezha seperti biasa mengempek tepi saya. suruh garu lagi. uuwwa.. orang ngantok mana larat nak garu. lama2 saya tolak dia ke tepi. hwauhahhahh....


ni apron tu le. murah aje empat hengget je. wahh..dia tali dia tu bukan macam dulu2 kena ikat bagai, just sarung je dah jadi. best la. apa la punya ketinggalan pesyen apron saya ni. saya sebenarnya nak carik apron yang lawo macam kat mag jepun tu. siap ada ropol2 korangg..tapi tak berjumpa le pulak. kalo macam tu sure lawo kan? masak pon 2 tahun sekali kecoh nak apron lawo. chehhh......
*****
anywayyy.... pagi ni bangun awal. tak breakfast la tapi beli kuih karipop kat kedai depan opis ni tadi. kuar awal sebab nak elak jem. mmm..sampai opis before 9am. bagus betol. macam ni la pekerja harapan negara. hwuahahhaha.....
*****
masih ada banjir kan kat sesetangah negeri. kesiannya. kanak2 orang pompuan semua tu mesti tak selesa. aduhaii..dugaan betol ye. moga banjir cepat surut dan mereka boleh pulang ke rumah.
*****
obek buzy hari ni. entah ada apa entah. saya pulak hari ni balik lambat. tau dahhhh... sian nezha kene tinggal lama hari ni.
*****
pagi tadi kat radio discuss pasal keje dari rumah. mmm..apa ye. ada orang cakap best, ada orang cakap tak best. tapi ye la, bukan semua jenis kerje boleh dibuat kat rumah. kang tetiba nak dokumen itu ini takde le pulakkan. hehehhehe.. mana nak cekau. lagi satu kalo keje kat rumah memang kene displin tu lebih sikit la. kang ada yang ngelat je. dari satu sudut memang ok. dari sudut yang lain pulak macam tak ok. entah la..terpulang la.
*****
ok la..takde apa lagi nak cerita. itu je la. nanti2 sambong lagi.
*****
i love you obek...(keje rajin2 ye)
i love you nezha...(study.. baca a,b,c tu)
i love all of you...(keja, keja..)

Wednesday, November 11, 2009

mood dah ok, nezha yang dengki...


hello.... hari ni takmo bengang2 sedih2 dah. lupakan segala yang berlaku. mana boleh lupa. mesti ingat lorr.. tapi takpe. jangan ikut perassan, sila ikut perasan. hwuahhahaa....entah la..takmo cakap pasal promblem2 ke apa ke. malas dah.
*****
semalam balik jalan macam biasa. tak berapa jem. so pukul 715pm dah sampai rumah. alhamdulillah. sampai je rumah terus pelok2 nezha. rindu sangat. semalam entah le kenapa asyik la teringat je kat dia. macam le berkurun tak jumpa kan walhal baru pagi tadi kuar pegi keje. apa laa.... main2 dengan dia kejap then perot pon mula mengeluarkan bunyi. ingat nak makan burger. buat sendiri lor semua bahan pon ada. apa susah.. tinggal nak goreng je lagi. tapi macam malas pulak takde mood. macam nak makan nasi. tapi laok takde. korek2 peti ais, pening pikir2 nak makan laok apa. sekali tingggg!!!! idea mari. so, semalam saya masak sambal tumis ikan bilis, daging black pepper, ulam salad dan semestinya air ribena. daging tu sebenarnya saya guna daging burger je. potong lecik2 sebesar sepanjang jari kelinking, goreng then masak la black pepper. sambal tumis ikan bilis tu pulak udah jadi terpedas. alallala...cili tu saya beli yang terpedas punya le pulak. silap beli le tu. takpe2.. makan juga sikit. nak kena repair lagi sambal tumis tu supaya tak pedas maybe petang kang panaskan boh tomato sos ke kan. hwuahahahaha.... wahh..berselera lor makan semalam. dah kata saya ni jenis kalo susah hati lagi selera makan. hehehhehe.. apa nak dikata. kenyang, alhamdulillah.
*****
lepas makan tengok cd. sebab tengok rancangan tv macam takde yang best. tengok tu la cerita orphan tu. husihhh.. gila jahat budak tu bunuh2 orang lak. kan dia sebenarnya orang besarkan? huhuhu..macam2 la. tapi ending dia tak best la sebab macam cepat sangat habis. anyway..boleh la. itu pon saya tak tengok betol2. saya forward 2x kasi cepat sebab macam boring je la pulak. lepas habis tengok cd, tido. awal tido malam tadi 1030pm dah tido. mimpi apa ntah, malas nak ingat balik. bior le sana.
*****
owh... obek buzy malam tadi so tak kacau dia la. tengah nak buat apa ke benda ntah tak reti le nak campor. reti tu reti tapi bior le dia buat keje dia. jangan kacau2 orang buat koje. esok2 dia untung saya gak nak menumpang senang. hwuahahhaha... sian obek keje terok keje keras. kadang2 saya macam rasa bersalah pulak sebab selalu je marah2 or kene jadi punching bag saya. hehehhe.. u all tau2 je la lelaki ni kadang bukan dia amik pusing sangat hal2 kecik2 ni tapi kita pompuan hal kecik2 tu le yang nak dipiir sangat. ahhh..takpe la. bukan hal penting pon. yang penting, sama2 gembira bahagia sudahhh... i love you obekkkkk!!!!!!
*****
pagi ni pon bangun macam awal sikit. bagusnya. suka la. mula2 ingat nak buat lempeng makan dengan sambal tumis tu untuk breakfast tapi entah le macam malas le sangat. bukan apa.. malas nak kemas lap2 dapor le pulak pagi ni. tu kalo panaskan sambal tumis tu harus ada je minyak yang melompat2 keluar. aduhhhhhh.. bercinta betol la nak lap2. so, end up buat sandwich je la. senang dan sedap. kenyang jugak. sekeping roti je pon, janji buat alas perot. minum anlene. haihh.. bila la nak habis stok susu tu. bosan dah minumnya. bagi nat nezha dia takmo pulak. kalo dia mau boleh le share. takmaunya dia.. milo nak le dia. ngada2 je tau mamat tu.
*****
pagi ni jalan tak berapa jem. bagus betol. syukurrr... macam ni la baru boleh pergi keje dengan hati yang berbunga riang. hehehehhee... tapikan, pagi tadi masa kat tol sunway yang padat jalan sejengkal2 tu, betol2 sebelah kereta saya kereta tu hentam kereta depan dia. haiyaaaaa... dah tau jalan sempot2 jaga2 le break.. kene lebih alert sikit. kereta merz kalo tak silap pi cium kereta chevrolet. memula tu tuppp!!!! kereta depan diam je lagi sebab kalo kuar pon takde gunanya. maybe dia pon pikir takpe la sikit je. tapi lagi sekali pula kali ni sampai 2 kali tupp!! tupp!!! hambekkk..minah chevvy tu turunkan tingkap dan marah mamat merz belakang dia. terok betol la. i mean, kalo sekali memangtak kemek sebab slow, tapi kalo dah 2-3 kali melampau2 le tu kan. takkan ko bengong tak rasa ko langgar kereta orang. so, minah tu jalan kedepan dan bagi signal supaya berhenti kat depan sana kat simpang subang, tapi boleh mamat tu jalan je. kurang ajar betollllll... tak pasal2 saya lak yang geram. benci la dengan orang yang macam tu. tu la saya kata, orang yang baik yang ikut peraturan ni selalu je kene. orang yang jahat tu elok je pergi. benci betol la. sebab saya rasa minah tu dah cool habis la bila kene 1st tu dia tak melenting. kalo orang lain harus dah mengamok. entah la.. susah nak cakap.
*****
kejap je dah rabu kan. pejam celik pejam celik entah apa la yang dah berlaku minggu ni.
*****
owhh..kawan saya pindah rumah sabtu lepas bawak skandal balik kampong. hwuahahhahaha.... hentam le labuuuu....


ini namanya budak kecik mendengki saya nak pergi keje. dah le kalo turn on lappy dia nak dok atas lappy, ni dah masok beg pon masih nak dok atas beg pulak. haiyaaaaaa.. ini budak manyak dengki lorrr.. dai punya lappy dah ada sebok nak gak kat orang punya. janga le gelak tengok beg lappy saya tu macam beg budak sekolah. hwauhahahha..macam tu senang nak hangkot. patot beli la yang lawo sikit kan? entah la.. apa pon boleh la... ingat nak cilok beg lappy obek punya yang beli kat petaling street hari tu. read : petaling street ye bukan beli kat pavilion so paham2 je la... yangtu lawo sikit. tapi takpe la.. malas le. sebab yang tu jenis macam sandang tepi tu macam tak best le pulak. yang ni boleh sandang belakang bagai. hwuahahhahaa...



aaaa...ni baru jelas sikit muka budak dengki tu kan. itu pon sebenarnya dah melunsur ke bawah, kalo tak tu memang betol2 panjat atas beg sambil garu2. apakah lappy saya berbau ikan yang menyebabkan nezha suka beno? owhhh.. harus di check nanti ni.
*****
ok la..takmo celoteh banyak2. nanti2 sambong lagi. selamat bekerja semuaaa....
*****
ops..hari ni mood dah ok sikit. mudah2an bertambah ok. jangan ada lak kang benda yang mencuit hati lagi. tak larat dah laa....
*****
i love you obek...(love you very much)
i love you nezha...(love you very much)
i love all of you..(love you too)

Tuesday, November 10, 2009

semuanya mencabar kesabaran...



kenapa semua kejadian kebelakangan ni menduga kesabaran betol? kenapa? kenapa saya yang kena? kenapa bukan orang lain? kenapa saya yang terpilih untuk menghadapi dugaan macam2 ni? kenapa orang lain tak kena? kenapa???

jawapannya..

entah.. tak tahu. tengah dok pikir le ni...kot2 dapat ilham.


takmo cerita benda2 masalah la. bosan. runsing otak. hadap je la. kalo menjerit berguling2 pon benda bukan boleh selesai. mau tak mau, kena hadapi. pusingan roda sedang berada dibawah. tu yang banyak le perkara tu. agaknya la. esok2 kalo roda dah berpusing naik atas boleh le bergumbira sikit kot. kot2 la. tapi entah bilanya roda tu nak berpusing naik atas. asyik le ke bawah. hehhehehee.....

semalam balik jalam jem macam hantu. yeee... macam hantu. sebab saya naik hantu dalam kereta. hwuahahha,..kiranya kalo hantu tengok pon pikir 2-3 kali nak datang dekat. chewahhhh... apa taknya..nak u-turn depan ni je dah 1 jam melekat tak bergerak2. heran betol la. tau la hujan, tapi takkan le sampai macam tu sekali. geram betol. dah habis dah segala zikir segala munajat dibaca tak jugak sabar, sudahnya kuar $^&#$$@@# baruuuu laa nak bergerak. cheit..betol2 bisikan syaitan.

sampai rumah pukul 8pm. hujan selebat2nya. mamat kecik dalam rumah udah melompat2 mengaum2 ketakotan. saya lak berlari2 bukak pagar tutup pagar lenjun2. takpe2... sabarr..... kejap tu obek call nak bawak pegi dinner. plan asal nak pergi pasar malam tapi sebab hujan tak jadi le. lagipon takde apa nak beli. ada tu ada la tapi saya dah takde mood. so, end up pegi makan2 je la. makan nasi lemon fish. sedap jugak. boleh laa.. habis nasi sekerat. lapar & hangin punya pasal. obek pulak pon ada je hal jadi. mmmm..masalah2... takpe..boleh dihadapi. insyaallah...

sampai rumah pukul berapa ntah, kemas2 lebih kurang semua kononnya nak iron baju untuk seminggu. angin rajin datang le tu kan. kalo tak tu kang pepagi nak pegi koje baru terhegeh2 nak iron baju. so, duduk le ngadap iron. si nezha dok la bermain2 kat keliling tu. sekali tu entah camne pandangan saya u macam ternampak dia nak datang dekat iron. macam sekilas pandang. saya pon secepat kilat macam mengibas tangan. papppp!!!! tu dia..tangan saya yang kene iron. si nezha rupanya ada je dok kat jauh sana tengah melompat2. apa lagii.. melalak le teman jawabnya kene iron. sedap woooo... sehingga menitiskan airmata. hwauhahhahaha... hantu betol. terus macam takde mood nak iron baju. mujur dah siap tinggal lagi sepasang je. terus kan jugak sampai melalak2 tu. nezha dengar tengok saya melalak dia pon mula la datang dekat nak gesel.2 sabar je la. lepas siap iron call obek. mengadu la konon. hambekkk... sambong melalak. obek kata telak ubat gigi. uuwwaa... pi lari toilet letak ubat gigi. bisanyaaa...macam bisa panas entah le camne nak cakap. udah le tak lawo tangan. obek tanya terok ke? saya kata terok la. walhal sikit je... tapi sebab hati dah memang merudum tu kan, bila jadi hal sikit je terus jadi penyebab nak melalak la. obek kata takpe2.. nanti elok. chehh..ye la..dia tak kena boleh la cakap.

lepas tu tengok tv. cerita apa ye? lupa la. tapi tidor awal. sebab sakit tangan sakit hati. ehhehehe..pukul 1030pm dah tido. pelok2 nezha. mamat tu pulak entah apa hanginnya nak marah2 je malam tadi. garang semacam. apa yang tak kena entah le. tapi bila dah panggil masok bilik tu elok je la.. melengkor atas kerusi plastik fav dia tu le. layan je la.. tido mati. pukul 1230am obek call tanya tangan camne. saya kat dah ok dah. pas tu tido lagi.

pagi ni bangun awal. opsss.. tapi malam tadi ada mimpi2 lorr.. benci laaa.. ok. then pagi ni bangun awal. kemas2 lebih kurang bersihkan tempat uk-uk nezha semua, settle. lepas tu buat breakfast. roti telor dengan goreng fries. chewahhhhh.... tengah goreng fries boleh lak minyak tu meletop toptoppp!!! kena tangan lagi. uuwaaaaaaaaaa... takpe2..sabarr..demi fries kurelakan jua.. uuwaaaa..

lepas tu baru nak menyuap sarapan, tenettenettenettt... hp lak bunyik. wahhhh.. panggilan musibat pulakkkkkk.. geram betol. pepagi dah bagi hangin. so, sarapan lebih kurang je la then pegi koje. jalan pulak jem macam ke hapa. lansong tak bergerakkkkkk..ni siapa yang mati tengah jalan ldp pagi tadi woiii???? nyusahkan orang je. haa..kannn..dah kena sumpah. pukul 930am baru sampai opis. masok2 je siamang dah menunggu kat table saya sambil tengok2 jam. menambahkan geram je. turn on pc, lembabol le pulak entah apa kena sampai 2-3 kali on baru boleh jalan. ya allah ya tuhan ya rasul ya nabi... kenapaaaaaaaaaaaaaa perkara ini harus terjadi kepada sayaaaaaaaaaa?????

sabar... sabar....

dah buat koje ada lak sekor monyet ni sukati tok nenek dia nak buat hal. hambekkk..kena bahasakan sekali padan muka. benci betol dengan orang yang bodoh tap buat2 pandai dan suruh orang buat at the end dia yang amik nama. orang macam ni kat mana2 opis pon ada dan selalu je aman jalan kejenya. tak pernah lak kena. tapi takpe. sabar.. dia belom kene sekarang.. esok2 dia kena terus terduduk. tengok la.

kenapa orang yang selalu ikut peraturan, yang jujur, yang baik, yang tak buat kesalahan tapi selalu kena masalah, selalu dikenakan, selalu dipersalahkan, selalu rugi? orang yang buat salah, tak ikut peraturan, talam 200 muka, semua ok2 je, happy je. kenapa??? kenapa?? cuba jawab sikit?

nak muhasabah diri camne lagi. kadang2 hilang sabar gak. sabar... sabarr....

patot la ramai orang pilih jalan yang salah untuk hidop sebab lebih selesa. di dunia. akhirat lain cerita.

ok.. cukup untuk hari ini. harap2 ada sinar menanti disebalik segala musibat ni. aminnnn...

i love you obek..(sorry sebab selalu kena jadi punching bag oby. love you)
i love you nezha..(dok rumah elok2. nak sepah2 pon takpe nanti malam saya kemaskan. love you).
i love all of you..(taktau nk cakap apa dah.)

Monday, November 9, 2009

cerita biasa2 je...


hello.... how was your weekend? mine was bored.. gila punya boring sampai terlentok2. wahhh..gitu. entah la. saturday, lepas lunch tu balik rumah terus lepak2. ingat nak baring2 tengok tv sekali tertidor daaaa... sedar2 dah petang. malamkuar pegi dinner dengan obek. bukan nak makan sangat just sebab nak keluar. beli bubur nasi, tapi makan sekerat je la. pas tu beli rojak buah. pon makan sekerat je. lagi beli apa ye? owhh..beli stok telor. hehehehe.. dan juga roti. selamat.

ahad... kononnya nak bagun awal nak carik sarapan kan dah berkurun nak makan lontong. sekali call beratos kali obek tidor lagi daa..benci betol. dah pukul 1030am baru dia bangun nak sarapan ke bendanya. kene lunch terus le jawabnya. sementara tu saya masak dulu roti telor. wahhh,.. bestnya. so, kenyang then tengok tv entah le cerita hapa2.

pukul 130pm baru kuar lunch. makan banyak. hwuahhahaha... then pegi beli beli donut tu le. lepas tu balik. takde pegi jalan mana2 pon. balik2, lepak2 tengok tv lagi sampai le ke petang. malam tak kuar dah. just buat pisang sira. teringin. turn on tenet carik resepi. wahhh..rupanya senang je nak buat benda tu. aduhaiii..apsal le saya ketinggalan zaman betol la. takpe..lenkali boleh buat lagi sebab senang sangat. suap nezha makan. bagi juga dia makan donut tu. suka la dia ada rasa cream2 tu kan. geram betol. lepas tu bantai main melompat2 sampai terjatuh vase bunga. hambekkkk..layan je la. nama pon budak kecik kan. hehehehhee....

malam konon nak tengok result sehati berdansa tapi dah tertengok cerita lain le pulak. entah le cerita apa. lupa dah. so, saya tak tau sapa yang keluar. huewahahahaa.. tak kisah le. tak penting pon. owhh..lupa. sabtu tu kan ada final piala malaysia, saya tengok kat tv je la. tapi pulak hujan so tak berapa clear. benci aahhhhh.. tapi memang bagus pon negeri sembilan memang. hwuahahhahaha.... congratulations... tapi benci sebab ada monyet2 baling2 asap le baling entah hapa sampai orang cedera. apsal le nak emosi sangat tengok bola je pon. bongok betol.

so, itu je la cerita weekend saya yang sengal. bosan betol. cerita lain takde, makan tido makan tido. pas tu gemok baru le memekak, takde exercise lansong.

alallala..sebenarnya ada le cerita lain kan tapi tak sesuai le nak cerita kat sini.

so, happy monday everybody!!!!!

i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

** sorry korang terpaksa baca entry yg membosankan ini....hahhahaa..

Saturday, November 7, 2009

separuh jadi, separuh tak jadi...



huhuhuhu..apanya yangseparuh jadi separuh tak jadi tu? alahaiii... kata kan semalam sepatotnya hari ni nak kene pergi 2 tempat. satu ada urusan sikit lagi satu nak pergi tolong kawan saya tu pindah. tapi urusan tu mengambil masa le pulak. bosan betol la. nyampah. dialog dengan orang2 tu pon agak tidak membeansangkan dan terasa macam ada sesuatu yang tak best je kan. tapi takpe la... kita tengok dulu camne. so, dah terlewat sangat nak pergi tolong kawan saya tu pindah. urusan selesai jam 11am. perjalanan dari situ ke area rumah kawan saya perlu mengambil masa lebihkuranh 1jam setengah. awgghhhh... benci la. so obek kat takyah pergi le tolong pindah tu. lagipon dia still keje sini just pindah rumah je. mmm..malas le nak cakap lagi. mujur saya tak de janji apa2 dengan kawan tu nak datang ke tak. mudah2an urusan pindah dia tu selesai dengan baik la hendaknya. amin...

on the way balik daru berurusan, singgah pergi makan nasi beriani. mmmm... boleh le tak le sampai nak termimpi2 ke apa kan. lagipon saya tengah dalam takde mood. ajak obek pergi jalan2 dia pulak kata nanti petang2. uuwwahhhh... bencinya. lepas tu saya merajuk. lepas tu saya tak bercakap2. hwuhahahahhaa...

dah siap semua, obek hantar balik. ok la tu. balik turn on tv, pelok2 nezha sambil mengadu ketidakpuasan hati dan online update blog. sekarang tengah tengok tv2 cerita hindustan le pulak. bantai le. perot sakit. tak sesuai agaknya penerimaan nasi beiani tu. tekak pon rasa melonjak2 je. jangan kata sekarang, masa tengah makan tadi pon dah melonjak2 anak tekak ni tapi tahan kan je la.

apa lagi nak cerita hari ni. takde apa le kot. yang pastinya mood adalah kureng dan benci dan menyampah dan bengang.

kenapa saya selalu je bengang2????

riak2 awal petanda saya bakal mengharungi hujung minggu yang sengal jelas kelihatan.

Friday, November 6, 2009

seredup hari yang hujan, begitu juga mood ku..


hehehhee..tajuk tak ngalah dah ala2 tajuk novel remaja perginya. chehh..tak kuasa teman. anyway... macam tu le gaya rupanya hati pon redup je sembab mendung sejak semalam. belom baik2 lagi. lama betol ye saya kalo merudum2 ni. tau takpe. itu nezha tengah pusing2 pandang tempat lain. geram lah. rasa nak cubit2 je. memang dah cubit pon. ehhehehe....
*****
balik semalam hujan jugak. tapi semalam balik lambat lorrr.. pukul 830pm baru sampai rumah. leceh betol la. bosan. benci. semuanya menyakitkan hati. takpe2..sabar2. kita tengok sampai bila boleh sabar. semalam dah beli barang2 dah. tapi ada lagi yang belom beli. sebab tak jumpa bendalahnya. hehhehe..nanti la tengok hari ni kot2 ada masa pegi beli lagi. pukul 830pm tu obek call tanya dah sampai rumah ke belom. saya kata kejap lagi nak sampai dah. surely dia dengar tone suara saya yang macam hantu tu kan so dia tau le saya mood kureng. dia tanya kenapa, wahhh.. terus makcik melalak. hwuahahhaha... kecoh2 je orang2 tua tu kene pujuk dalam phone. dia kata balik rumah mandi tengok tv makan tido, nanti malam lepas habis jumpa orang nanti dia call lagi. ye laa.. saya pon takde mood nak berbuat apa2. sampai2 rumah melayan nezha. kemas2 barang yang beli sebeban tu, mandi then lapar pulak. tadi tak lapar, dah mandi dah segar badan lapar le pulak. roti ada tapi macam takde mood nak makan roti. nak masak nasi malas pulak nak masak laok. lagipon telor lupa jugak beli. ikan bilis ada, sardin ada. tapi malas le. koreng2 kabinet jumpa spageti. so, makan spageti je la. kuahnya saya amik baked beans je dah le, masak tambah dengan sos tomato dan buah tomato. sodappppppp.......



ni le menu saya malam tadi. spageti mudah dan sedap dengan air nenas. sedap jugak. hehehehhee.... kenyang betol. nezha nak jugak tapi saya tak bagi takot dia sakit perot. so, seperti biasa, tangan sebelah suap mulut sendiri, lagi sebelah suap dia. aman sikit dunia kalo tak tu selagi kita tak bagi selagi tu la dia memekak menggaru2. menggaggu konsentrasi makan namanya tu. hehehhehehehe....
*****
lepas makan tengok tv kejap entah le cerita apa saya bantai pi tengok channel 202. hambekkk... anggereee anggereeee dialognya. layan je la. nak on tenet pon takde mood. so, kejap lepas surut perot pegi tido. pas tu tu pukul 1230am macam tu obek call cakap dia datang. yahuuu... yahu amendanya sambong melalak lagi. obek belikan sate dengan nasi impit. jumpa kejap je kat luar lepas tu balik then tido. baru lega kepala sikit. lega la dalam 10%. hehehhehee.....
*****
sate tu simpan dalam peti ais je la. so, pagi tadi breakfast panaskan sate tu. saya suka je sate anytime. sedappp.....buat teh o suam, then breakfast sambil tengok mickey mouse. wajib tu setiap pagi. ehhehehee...
*****
pagi ni hujan lebat jugak. so, saya malas nak berebut2 atas highway tu. biar la lambat sampai pon lambat la. tak kuasa dah nak terkejar2. mood masih kureng. pukul 820am baru saya keluar rumah. dah terbayang2 dah jem kat ldp. layan je la. lantak situ. akan tetapiii.. tidak jem pulakkk.. jalan clear lorrr.. ajaib bin muslihat betol. hehhehe..tapi syukur bagus jugak. belom pukul 9am saya dah sampai office. yahuuuu..sedikit sebanyak telah menceriakan saya.
*****
itu je la kot nak cerita. esok macam buzy, pagi ada hal. tapi dah clash time lak dengan kawan saya nak pindah tu. ni tengah dok pikir camne nak kasi bior 2-2 tempat dapat pergi. jarak jauh2 lak tu. haihhh... ahad, taktau lagi. tengok keadaan. plan tu ada tapi entah la..taktau jadi ke tak. bosan betol.
*****
tak lama lagi raya haji kan? hehhehe..tetiba je.
*****
i love you obek...(miss you..)
i love you nezha..(jgn noty2)
i love all of you..(have a nice weekend)

Thursday, November 5, 2009

hari ni saya bad mood...


hehhehee... hari2 pon bad mood. korang pernah ke dengar saya cakap saya happy? hwuahahha.. ntah apa2 je kan, sikit2 nak bad mood, cuba la ceria2kan diri sendiri. takde apa la..actually hari ni pepagi dah dapat bad news. well.. takpe la.. bukan rezeki saya nak dapat benda tu. ada la hikmahnya tu kan. think positive la. syukur dengan apa yang ada. lain kali boleh cuba lagi. anyway... ini le peluang untuk perbaiki diri dan lihat apa lagi kelemahan yang ada. dah, dah... jangan sedih2. nanti balik suruh obek pujuk belanja baju baru ye? hwuahhahaha...


petang semalam macam biasa. jem pon biasa2 je. pukul 7pm sampai rumah. hujan lak tu kan. takpe2... pukul 8pm macam tu keluar dinner dengan obek. wahhh..lama dah tak kuar. ye ke? entah..lupa la. pegi makan roti canai. huhuhu..pas tu makan mee goreng jugak tapi amik obek punya sikit la. nak merasa. lepas makan, balik. obek pergi keje ada jumpa orang. biarkan la dia. balik pelok nezha. garu2 nezha, manja2 dengan nezha. haihh...mamat tu semalam mood baik punya. perodi pusing2 kan badan dia pon diam je dia. hehehhe..hujan agaknya tu yang dia takot tu so dia tak pedulik la saya buat camne pon kat dia. janji saya ada. huwahahahhha....kesian dia saya buli dia malam tadi.
******
masa kat kedai mamak malam tadi tu belakang table saya ada le parent ni dengan anak pompuannya. manja ya rabbi dah tahap mengada2 pulak saya tengok. degil tak boleh ditegor. minah tu pi amik straw banyak2 sampai segenggam selamba pegi amik kat kaunter tu. mak pak boleh diamm je? haihhh.. sungguh kurenggg...minah tu tak le kecik sangat dalam umor 5-6 tahun kot. pas tu entah le camne mamak kedai tegur. so, itu budak sudah nangis lorrr.. bukan nangis betol pon tapi nangis ngada2 tu le menjerit2 macam histeria. mak pak membelai2 le anak kesayangannya tu. aduhhh.. saya tengok ramai lagi budak2 lain kat kedai tu elok je peel. well.. budak2 memang perangai macam tu suka lompat2 main2 tapi patot2 le. budak lain elok je makan, lepas makan baru bangun pusing2 kedai dan tak le pegi main straw la, kacau2 laok dalam bekas makanan tu le. harus le orang kedai tu tegur kan kalo dah peel macam tu. benda tu orang nak makan. entah la.. payah kalo terlalu manjakan anak ni sampai tak boleh ditegor. lama minah kecik tu memekak. apo nak dikato.. peringatannya kepada kita, manjakan anak tu memang boleh, tapi jangan sampai telalu manja nanti spoiled, lansong tak boleh ditegur ditegah. esok besor melampau2 jadinya. kene ajar camne tingkahlaku kalo ditempat orang dan dirumah. tapi tak tau le kan kot2 zaman moden ni memang macam tu lak ajarannya. tapi kalo saya, back to basic la.. takyah le moden beno....
*******
pagi ni dah breakfast dah tadi. apa2 la. sebab lunch kang takmo lunch sebab nak pegi bank, nak pegi beli barang sikit. nak kene beli something la sebab nak kene pulangkan bekas kawan bagi puding hari tu. tak sedap pulak kalo pulangkan bekas kosong je. entah le nak isi apa. beli je la epal sebungkus ke coklat ke udah le ye tak? hehehhee...nak tunggu saya masak puding jugak bagi balasan idak le dapat ditolong... sekian terima kasih le jawabnya nanti.
*******
ok la.. takde idea ank tulis apa. disebabkan bad mood, so, lambat le sikit enjin nak elok kan. huhuhu... wasallam.
*******
i love you obek...(miss you)
i love you nezha...(miss you too)
i love all of you...(miss you juga le..)