mari mencari....

Google
 

Thursday, November 5, 2009

hari ni saya bad mood...


hehhehee... hari2 pon bad mood. korang pernah ke dengar saya cakap saya happy? hwuahahha.. ntah apa2 je kan, sikit2 nak bad mood, cuba la ceria2kan diri sendiri. takde apa la..actually hari ni pepagi dah dapat bad news. well.. takpe la.. bukan rezeki saya nak dapat benda tu. ada la hikmahnya tu kan. think positive la. syukur dengan apa yang ada. lain kali boleh cuba lagi. anyway... ini le peluang untuk perbaiki diri dan lihat apa lagi kelemahan yang ada. dah, dah... jangan sedih2. nanti balik suruh obek pujuk belanja baju baru ye? hwuahhahaha...


petang semalam macam biasa. jem pon biasa2 je. pukul 7pm sampai rumah. hujan lak tu kan. takpe2... pukul 8pm macam tu keluar dinner dengan obek. wahhh..lama dah tak kuar. ye ke? entah..lupa la. pegi makan roti canai. huhuhu..pas tu makan mee goreng jugak tapi amik obek punya sikit la. nak merasa. lepas makan, balik. obek pergi keje ada jumpa orang. biarkan la dia. balik pelok nezha. garu2 nezha, manja2 dengan nezha. haihh...mamat tu semalam mood baik punya. perodi pusing2 kan badan dia pon diam je dia. hehehhe..hujan agaknya tu yang dia takot tu so dia tak pedulik la saya buat camne pon kat dia. janji saya ada. huwahahahhha....kesian dia saya buli dia malam tadi.
******
masa kat kedai mamak malam tadi tu belakang table saya ada le parent ni dengan anak pompuannya. manja ya rabbi dah tahap mengada2 pulak saya tengok. degil tak boleh ditegor. minah tu pi amik straw banyak2 sampai segenggam selamba pegi amik kat kaunter tu. mak pak boleh diamm je? haihhh.. sungguh kurenggg...minah tu tak le kecik sangat dalam umor 5-6 tahun kot. pas tu entah le camne mamak kedai tegur. so, itu budak sudah nangis lorrr.. bukan nangis betol pon tapi nangis ngada2 tu le menjerit2 macam histeria. mak pak membelai2 le anak kesayangannya tu. aduhhh.. saya tengok ramai lagi budak2 lain kat kedai tu elok je peel. well.. budak2 memang perangai macam tu suka lompat2 main2 tapi patot2 le. budak lain elok je makan, lepas makan baru bangun pusing2 kedai dan tak le pegi main straw la, kacau2 laok dalam bekas makanan tu le. harus le orang kedai tu tegur kan kalo dah peel macam tu. benda tu orang nak makan. entah la.. payah kalo terlalu manjakan anak ni sampai tak boleh ditegor. lama minah kecik tu memekak. apo nak dikato.. peringatannya kepada kita, manjakan anak tu memang boleh, tapi jangan sampai telalu manja nanti spoiled, lansong tak boleh ditegur ditegah. esok besor melampau2 jadinya. kene ajar camne tingkahlaku kalo ditempat orang dan dirumah. tapi tak tau le kan kot2 zaman moden ni memang macam tu lak ajarannya. tapi kalo saya, back to basic la.. takyah le moden beno....
*******
pagi ni dah breakfast dah tadi. apa2 la. sebab lunch kang takmo lunch sebab nak pegi bank, nak pegi beli barang sikit. nak kene beli something la sebab nak kene pulangkan bekas kawan bagi puding hari tu. tak sedap pulak kalo pulangkan bekas kosong je. entah le nak isi apa. beli je la epal sebungkus ke coklat ke udah le ye tak? hehehhee...nak tunggu saya masak puding jugak bagi balasan idak le dapat ditolong... sekian terima kasih le jawabnya nanti.
*******
ok la.. takde idea ank tulis apa. disebabkan bad mood, so, lambat le sikit enjin nak elok kan. huhuhu... wasallam.
*******
i love you obek...(miss you)
i love you nezha...(miss you too)
i love all of you...(miss you juga le..)

3 comments:

Ummi batrisya dan damya said...

dah habis bad mood ke ni?

hidup mesti happy :)

bila nak masak puding, boleh rasa?

zh-ena said...

betul tu rasa segan jea klu nak pulangkan ngan pinggan kosong ajer kan..mesti nak bg something utk balas semula

saya said...

ummi--mood masih belom pulih. hehehe..masak puding? aduhaiii....

ena---tu la.. hehehe..org memberikita merasa, org berbudi kita berbahasa..