mari mencari....

Google
 

Wednesday, November 4, 2009

heheheh..cerita biasa je..



fullamakkk.... ini lah gaya2 seorang (ke seekor?) kasanova jejaka idaman malaya.. muwhahahhaa.. posing baikkk punya atas bantal ye. macam tu la dia hari2 dok kat tepi saya suruh garu perot garu kepala garu badan. hehehhee...layan je la. so notty...

semalam petang best. sebab tak jem. laju je jalan, 630pm dah sampai rumah. syukur. kalo hari2 macam ni kan ke best. cuaca pon ok, tak panas sangat dan tak hujan. bagus betolll..... sampai awal tapi takde mud pulak nak keluar. obek ajak jugak tapi saya malas so lepak kat rumah je la. makan apa ye malam tadi? owhh.. balik tu beli goreng pisang. makan tu je la. rasa macam kenyang pulak. so pagi ni ala2 kelaparan. korek2 dapor takde makanan laa.. telor dah takde, roti ada. macam boring pulak. kalo ada telor boleh buat roti telor. ahhhh.. makan biskut je la dengan susu. tapi sekarang macam laparrr.....uuwwaaaaa....

saya balik semalam dapat hadiah. yeeee.. dapat hadiah dari nezha. patot le semalam balik jalan tak jem, al-kisah rupanya ada hadiah menunggu saya kat rumah!!! huhuhuhuu... nezha muntah laaaaa..berdepek je depan peti ais tu. patot la saya balik tu dia punya mengaum bukan main. ngadu le tu awal2 sebelom saya terperasan. huhuuhu.. takpe la..saya cuci je la walopon mulut membebel. bior le dia muntah dari tersekat kat tekak dia kang lain lak ceritanya. dia pi gigit ntah plastik apa ntah tu le yang termuntah tu. haihhh... orang bagi makanan elok2 mahal2 pegi gigit plastik beg tu le pasal. haa..kan dah kebabom. cek2 gak mulut dia kot2 mana le tau ada la gi ke. hehehehe..tengok elok je dah melompat2, so consider ok le dah tu. masa saya dok lap2 mop2 muntah tu tau lak takot takmo datang dekat. kalo tak tu pantangggg nampak saya buat koje mesti nak menyelit kalo boleh nak melengkor kat kaki saya sampai tak boleh bergerak. dah tau salahhh.. tu yang back-off tu kan. takpe la.. saya sayang nezha. lagi pon bukan hari2 dia buat peel tu.

obek pulak macam biasa. semalam ada la orang minta tolong dengan dia. huhuhu.. berat betol. biasa la orang projek2 ni kene tipu so mintak tolong. obek kata nak tolong duit takde la..tolong bagi pendapat boleh le. mmm.. kira bagi motivasi la kan. sebab kita dah merasa, dah melalui, dah pernah berada dalam lingkungan kegagalan tu so kita tau betapa terseksanya jiwa raga bila kena tipu macam tu. duit lebor macam tu je. takpe la. takkan selamat orang2 yang menzalimi sesama manusia ni. takpayah balas2, allah maha mengetahui. so, obek kata malam ni baru nak jumpa orang tu nak dok discuss apa benda ntah. saya just bagitau kat obek je la apa benda yang patot. malas nak masok campor sangat, hal orang lelaki. kalo kita tak tolong naikkan balik semangat orang2 macam tu, alamatnya memang berkubur je la, hidop dikelilingi hutang, takde kemajuan diri. sedih la...

pagi tadi dengar fadzilah kamsah lagi. biasa la.. radio tu memang sentiasa memekak je sepanjang masa kat rumah. tv dah on pon radio tetap le berbunyik. hehehhee.. multitasking katakan. pagi ni cakap pasal apa ye, lupa la tapi lebih kurang pasal kenapa kita mesti sayang tempat kerja kita. dia kata kita macam perlu la sayang tempat kerja kita, setia, tapi kalo dah tempat koje tu tak memberi kebaikan, tak payah le tunggu lagi kat situ, as if tak naik gaji ke, tak de pembangunan kerjaya ke so watpe nak tunggu situ. dia kata bodoh la kalo stil tunggu. well.... saya tak berapa setuju le dengan keadaan yang dia cakap tu. kadang2 memang ada orang yang kerja di tempat yang tak best, tak naik gaji, takde pembangunan kerjaya tapi masih nak kerja kat situ sebab apa? mungkin sebab tempat kerja tu dekat dengan rumah dia, so senang dia nak amik hantar anak dia sekolah, mungkin tempat kerja dia tu flexible, bos tak pernah nak marah if terlambat datang as long as keje siap, mungkin dia selesa berada disitu walopon gaji kecik. mind you, kepuasan kerja tu bukan terletak pada tangga gaji semata2. banyak lagi faktor persekitaran yang mendorong kepuasan. memang la... duit,....sapa yang tak nak duit. ada orang koje gaji melangit, tapi stress kat tempat kerja, nak pergi balik kerja ngadap jem yang keterlaluan, sampai takde masa untuk family, sampai weekend pon kene keje, kadang2 kalo kes terlalu stress boleh jadi miscarriage pulak pada individu tu, so, macam tak syiok la cakap orang bodoh kalo dia tak nak berubah tempat kerja. betol tak? keperluan setiap orang tu berbeza2. again, sapa le saya nak menyangkal kata2 ahlil pakar motivasi tu. hehehhee.. pokok pangkalnya, terpulang pada diri individu.


pagi ni jalan boleh tahan jem. tak kisahle asal bukan jem melekat tak bergerak lansong tu udah le. teringin sangat makan nasi lemak untuk breakfast laok sambal kerang. hehehhehe.. tapikalo dah datang lambat nak breakfast apanya. makan je la biskut tu. lunch ni mesti makan banyak kang sebab lapar. kononnya la....

sabtu ni maybe saya akan pergi tolong kawan saya tu pindah. dah kompom dah dia nak pindah minggu ni. after this akan stay kat rumah akak dia kat shah alam. mmmmm.. dah takdir. semalam dia ada cerita la kat saya yang dia selalu kuar dengan skandal dia 1 office tu. balik sampai subuh pi'e...saya malas nak cakap apa la.. saya cuma kata kena hati2 la walo camne pon ko masih bini orang. nanti jiran2 nampak apa pulak ceritanya. jangan buat sesuatu yang membolehkan orang bercerita buruk pasal kita. dia ala2 marah saya la dia kata ahhh peduli apa dengan orang. masa aku susah orang2 tu takde menolong aku pon. skandal aku ni banyak tolong aku. saya kata itu tolong ada makna tu. habis tu ko kuar dengan skandal ko tu sampai suboh bininya tak marah ke? orang amik laki ko, tau lak ko marah la n ko lak kuar dengan laki orang apa kes? diam je dia. dai kata skandal dia pandai le nak cakap apa kat bininya tu. well... enough said. saya kata ok la..up to youuuuuuuuu... hehehhehehe.... mmm..banyak lagi benda yang diceritakan semalam buat malas le nak panjang2kan cerita. saya sorang tau cukup la.
nanti sabtu ni nak tengok datangke idak skandalnya tu tolong pindah rumah. nak juga tengok kot ye ke hensem beno ke, caring beno ke, gentelman beno ke.. tungguuuuuuuu.......

ok la..nanti2 sambong lagi. kepala pening je ni apa le kenanya. take care...

i love you obek... (rinduuuuu...)
i love you nezha...(hari ni jgn muntah2 lagi tau)
i love all of you... (keje rajin2)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

wahh...sakan nezha posing ye
ish ishhh....

banyak beno pknye kot
tu yg asyik pening je
;P

saya said...

zuris--ye la tu..pikir sampai pusing pening. hehehe

zh-ena said...

emmmm dh jd lagu tu plak..tak elok tu masih lg isteri org kan..kena gak pikir kan pahala haram dan perlu jugak pikir aper tggjwb seorg isteri selagi ikatan perkahwinan tu masih sah..