mari mencari....

Google
 

Wednesday, November 18, 2009

hey you!...



hello...
hari ni macam biasa la. tak de apa yang menarik pon. petang semalam on the way back obek dah call tanya kat mana. saya kata tengah on the way la. sebab dia dah tunggu kat rumah untuk amik kunci. hehehehhe... haa..tunggu la. saya tengah bersuka-ria dalam jem ni. hwuaahhaha.... takde la. kejap je dalam 1/2 jam saya pon dah sampai, bagi kunci dan bye-bye.
*****
masok rumah penat. perot lapar. teringin sangat makan pizza dominos yang thin crust tu. teragak2 dah nak bergerak pergi tapi malasnya. dah le hujan kan. tak lebat macam gerimis. so, end up goreng fun fries je la dulu. tapi disebabkan rasa lapar, harus le rasa macam tak cukup je kan makanan tu. so, nampak spagetti. apa lagi..buat spageti goreng la. sos spageti takde, baked beans pon takde, tu yang buat goreng je tu. potong daging burger kecik2 jadikan perencah. ketang-ketung-ketang-ketung, siapppp.... yahuuuu.. jimat duit takyah kuar. lepas siap masak, baru mandi. lepas mandi, kita... makannnnnnn!!!!!!!
*****
makan dengan nezha. bagi dia daging gigit kecik2. hehehhehe... makan sikit je dah tak boleh banyak2 nanti sakit perot. lepas tu sambong tengok tv. cerita apa ye malam tadi. lupa la. asyik tukar2 channel je. owhh..tengo cerita melayu kat 105 tajuk bahang ravina. owhhh..boleh la tahan ceritanya tu. si nabila dengan jasmin hamid dengan sapa ntah lelaki tu husband si lisdawati tu la. jalan cerita biasa2 je.. dah biasa sangat. anak baik-jadi jahat-jadi derhaka-ibu yang terseksa dek anak dan laki-laki jahat ada pompuan lain... sangat common. takpe la.. dari takde cerita kan, layan je la. tapi tak syiok la maknya still guna bulu mata pelesu. hwuaahhahah.... apa kes dok rumah jadi tukang jahit then kene dera fizikal dan mental but still manage to get lashes??? hwuahhahahha... dah pegang watak sedih2 tu takyah le berlashes2 bagai. entah la. pengarah suruh kot? bosan. ok2... ending cerita tu anak kene balasan la kan. camne ntah muka kena terkelupas2 panas le kan..dah kata tajuk pon bahang. sebab dia pukul2, maki2 mak dia tu kan. so, mak dia takmau maafkan dia. dia nangis2 merangkak. habis cerita.. the end.
*****
lepas habis cerita tu, saya dnegan nezha tido la. tengah tido dia pon suruh garu. ingatkan dah pagi rupanya baru pukul 1230am lorr. haiyaa..ini budak manyak jahat wooo.. kacau sama orang mau tido. garu le jugak. sampai saya pon tertido. pukul 5am dia kejut lagi. time ni saya pon bangun dah. golek2 melayan nezha. geram betol. rasa nak gigit2 je tangan pipi dia tu. ngehehehe...
*****
bangun pagi hari ni malas. nak kemas apa pon tak mau. ingat nak buat breakfast tapi tak jadi. malas. nak buat air pon tak jadi. malas. bila malas habis cerita. pegi keje jalan macam biasa. light2 jem la. ingatkan jalan clear sebab budak spm dah start hari ni kan. aduhhh.. moga2 semua yang amik spm tahun ni menjawab dengan tenang dan bersedia. semoga diberikan ilham oleh tuhan untuk menjawab soalan2 tu. sebab kelebihan setiap orang tu berbeza2. ada yangmatured dari umor, jadi tahap pemikiran pon lebih matured. ada yang tahap pemikiran muda dari umur. hehhee.. apapon, good luck to all spm candidates!!!!
*****
kat radio pagi tadi cerita pasal how should children behave when they are out and about? ala..isu budak2 lari2 jerit2 kat restoran la.. kan ada je budak2 yang macam tu. then yang buat lagi worst ialah bila parents lansong tak tegur anak. biarkan je. anak usik sana sini, biarkan. anak lari2 jerit2, biarkan. bukan nak kata salah budak2 berlari jerit2 tu, nama pon budak mesti suka nak jalan2, imaginasi tinggi katakan. cumanya kadangkala situasi tu mengganggu orang lain kalo dah keterlaluan sangat. macam tadi cerita kat restoran, lari sana sini kang tertumpah le pulak sup panas ke apa ke, kan dah jadi isu. mak pak kena la lebih prihatin sikit. kene bagi anak behave sikit. tak dinafikan ada jugak budak yang well behave kalo kat luar. saya pernah tengok dan jumpa. sangat baik kelaluan. makan teratur, cakap pon teratur walopon suka gurau2. lepas makan, baru bangun jalan2 itupon tak lari2. just wondered around je. parents dia saya tengok kalo rasa anak dia dah over the limit akan panggil nama dan buat isyarat jangan dengan menggerakkan jari, alaa..tau la yang no-no-no sign tu kan. so, anak dia paham lak tu. padahal budak kecik je dalma umor 3 tahun macam tu. ada pulak yang tak pedulik. ko bagi la bahasa isyarat dari planet marikh pon menehen je. lagi lari2 ada. hehehhehe... kadang2 terlebih manja punya pasal le tu. dan yang tagi terok, bilamana oranglain tak boleh tegur kesalahannya anaknya. membuatkan parentsnya naik hangin. welll.. patot pon anak peel macam tu, sebab parent dia peel macam tu jugak. situasi ni ada je kat mana2... even time raya hari tu pon kat rumahma, ada orang datang beraya. minah ni boleh buat menehen je anaknya dah meramas kuih raya my mum dalam balang raya tu walhal depan mata. sungguh kureng a*ar... hwuahhahha... entah.. pkir sendiri la. anak masing, corakkan dengan sebaiknya. kat sinar.fm hari ni isu masalah anda le. biasa le tu. terdengar sorang pompuan ni, kes anak dara mengacau laki dia. well.... mati2an dia memenangkan lakinya cakap yang salah tu anak dara. helloo... bak kata k.e tu kan, kalo anak dara tu je yang merenyam, kalo laki ko tak layan takkan jadinya. yang patot dimarah dijaga tu laki ko la. anak dara tu pedulik hapa.. dia tak kawen lagi sukati dia la nak buat apa, yang laki ko ni dok melayan siang malam tu apsal. kadang ada laki ni pandai je berlakon. depan bini bukan main baik.. kat belakanggg. dia la jaguh. pada saya 3-3 pon salah. apsal 3? anak dara tu, lakinya dan bininya jugak. well... enough said.
*****
pagi ni sempat beli karipop kat kedai depan tu. tapi entah la bila nak makan. hari ni takde mood la. sebab awal pagi dah bengang. alalala..asyik le bengang je takde yang happy. hehhehehe.. emosional sangat la lu ni. muwhahahhaha.....
*****
obek still tak sihat. dari sehari ke sehari suruh pergi klinik tak jugak. esok kot terpengsan kat site idak le makcik tauu.. bior suruh jcv angkot dia bawak pergi klinik. hambekkkkk....
*****
ok la.. cuaca hari ni pon mendung je kan. harap2 semua ok. bye!
*****




opss... belom habis da... pernah tak rasa macam scene di atas. kadang2 rasa kita le yang paling terok, rupanya ada lagi yang lebih terok dari kita. hehehhee... well...tooth bursh dengan toilet roll.. mana yang lebih terok? tepok tangan tanya nezha. hwuahahhaha... entah la kan. bersyukur apa yang ada.
*****
i love you obek...(sihat cepat tau)
i love you nezha...(mushi2 musyuk)
i love all of you...(kalo dah pinjam duit orang tu reti2kan le membayar, jangan buat2 lupa pulak. pesanan khidmat masyarakat kepada semua.)

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

dalam i love u tu pun sempat bg pesan khidmat masyarakat ek? ;)

haa..zuris pun ada tgk cite tu last week.tertanya2 gak asallah si mak tu pakai bulu mata tu
memang tak kena gaya.

baru smlm terkena.
mak bapak bwk anak tgk wayang tp tak ajar nak behave.
sakit jiwa!

LotsOfLove-Pearls said...

Hi..
Hi..

Lama kita tak berkunjung, bertegur sapa..
Lepas ni kita selalu berkunjungan k.

Hehe..
Thanks melawat saya tau..
so sweet..

MOKCIK AZWA said...

ho..pasal berlakon tapi menten bulu mata pelesu tu hahaha...jasmin hamid la tu kan kan kan..citer melayu tengah tido pun pakai mekap tebal seinci huhuhu

tapi at least citer melayu ok sikit kelojikan citernya berbanding citer indon lalalala

ouch siap ada pesanan khidmat masyarakat lagik...dengan orang takde pinjam, dgn bank ada la..huhuhu

zh-ena said...

ena pun tgk citer melayu tu mlm td..mmg lawak la pki bulu mata palsu nie..duk kat kg pastu duk umah ajer..pastu colour rambut punya la merah..mmg tak sesuai..

bila la citer melayu nak naik kan klu mcm nie la selalu..dulu kutuk pelakon eja sbb nak mati pun pki bulu mata palsu..

tu semua nak maintain cantik la tu

saya said...

zuris--tu la..kat mana2 pon boleh jumpa situasi macam tu...

pearl--jalan2 le ke sini selalu...

mokcik--takkira pinjam dengan sapa pon tetap kene bayar...kalo tak nanti kene kejarrr...

ena--itu namanya pelakon pelesu. hehehhe...