mari mencari....

Google
 

Monday, November 23, 2009

hujan, demam, sakit perot...



helloooo.... berapa hari dah tak bersiaran. chewahhh... saya ada online baca2 blog orang tapi saya takde la pulak update kan. macam malas le pulak... meh nak cerita kejadian weekend...

sabtu : pagi tak de buat apa. dok kat rumah je la tengok tv. mood adalah spoil sebab plan saya tak menjadi. huhuhuh... bosan betol. tapi takpe.. obek keje. tapi kejap tu dalam pukul 930am tu dah call saya cakap kansel keje pagi.. nanti pukul 2pm baru masok. so, saya pon siap2 pegi kuar le sarapan. ye beno..orang dah nak masok lunch saya baru terhegeh2 nak sarapan pukul 1030am. takpe la.. tak de la makan apa pon.. ingat nak makan lontong takde jugak. end up makan mee + kotiaw goreng, dengan ulam timun dan kacang panjang. ooo..ada amik sambal tumis kerang sikit. air teh o. jadi la. lepas makan obek tanya nak pegi mana2 tak? saya macam takde mood so nak balik je la. lagipon obek ada paperwork nak kene buat. so, balik. sambong tengok tv dengan nezha. petang pukul 4pm macam tu balik rumah ma. sebelom balik dok pikir nak beli apa la bawak balik. nak beli kfc bosannya ayam, ayam, ayam. pas tu teringat hari tu ma ada sebut nak makan rojak. haa..pegi carik rojak le. beli sampai 2 di 2 kedai yang berlainan. bior dia rasa mana yangs edap. esok2 kalo sedap boleh beli lagi. huhuhuu...beli jugak murtabak. sedap!.. sampai rumah ma hujan renyai. kan sabtu semalam memang hujan je sepanjang hari. risau betol. malam pon takde buat apa. lepak2 je la. nak tengok tv pon macam bosan. tido lagi baik.

ahad :
pagi buta pukul 630am dah kuar pegi pasar. waduh... nak ngejor orang jual tulang & daging. ma tu standard le.. pegi pasar nak pepagi buta. layan je la. kat pasar tu saya beli pulut dengan sambal sotong. sedap! dah beli2 semua, balik rumah. kemas2 simpan daging tulang semua, then ma pon nak pegi marhaban. sekali pegi2 kat rumah yang dijanjikan tu sonyap jo takde bernyawa pon pintu pon tutup. biar betollll... call2 sana sini lama2 ma pon dah malas. so, balik rumah. lepas tu teringat pulak nak beli beras untuk kenduri tu. cabot lagi keluar pegi beli beras dan barang2 lain. settel hal barang2 kenduri. huiii..penat gila. tinggal nak order kelapa je. ma tu bukan dia nak santan yang dah siap proses macam kat pasar tu. takmaunya dia.. dia nak perah sendiri. huiii..tu yang tak sanggop tu tau tak. pas tu tak larat, saya le mangsanya. haduihhhh...kalo 1-2 bijik takpe labuuu... ini haa.. 20 bijik.. keras tangan makcik perah santan. tu pasal saya selalu bising penat kalo kenduri. hehehhehehe.... nanti kene mintak upah lebih2 sikit kat ma. so, barang2 untuk kenduri dah siap. tinggal nak mengerjakannya je lagi. khamis tu saya cuti eso bersilat le kat dapor. ma takde lak pagi tu sebab kene pi hospital check-up. harap2 cepat le ma balik. lepas tengok melodi semalam, saya pon balik rumah. sebelom balik ma suruh pi kedai jap belikan makanan untuk baby ayam yang baru menetas. comel2 yooo... rasa nak cubit2 je. geram betol. mulut bising citcitcetcit... huhuhuhu... pegi beli jagung halus sekali salah beli daaa.. rupanya ma suruh beli yang macam dedak serbuk tu. haiyoooo... udah le makcik kene pegi kedai lagi tukarkan benda tu. hantu betol. main2 kejap dengan baby ayam tu then balik. on the way back, singgah dominos. dah berapa kurun teringin nak makan thin crust tu semalam beli hak yang extra large punyaaaaaaaaa... hambekkk..makan sampai muntah. hujan renyai. saya samapi2 je mamat kepochi udah memekak menjerit mengadu macam2 le dia tu. layankan je la. tengok tv sambil makan piza dengan dia. dia makan topping chicken tu je la kan. lepas tu tido. lepas tu sakit perot. sampai le hari ni. padan muka.

isnin:
hari ni le tu..takde apa yang menarik. malam tadi pon macam biasa je. hujan. tengok tv. entah cerita apa.. tido awal sebab macam demam la dari petang semalam tu. tampal cool fever, tampal koyok, sapu minyak angin. dah bermacam2 bau dah badan ni ngalahkan orang dalam pantang lak rupanya. hehehhhe... takpe..bukan ada manusia pon. nezha je yang ada. nezha kata sedap je bau, dia sondol2 je suruh garu so ok la tu kan. hwuhahhahaha....

pagi jalan tak berapa jem. jem biasa2 je sebab orang dah cuti kot. entah la. saya macam tak berapa nak sihat ni. tadi dah pi beli roti dengan air ingat nak makan tapi tak selera le pulak.

ngenangkan nak kena kerah tenaga kenduri esok ni terus demam! hwuahahahha...

ok la.. nanti2 sambong lagi.

i love you obek...(miss you)
i love you nezha...(jangan nakal2 ye)
i love all of you...(selamat bekerja)

seperti biasa, hari ni hari isnin so tagline kitaaa.... i love monday!!!!!

2 comments:

KV said...

akak pun tgh sakit perut ni

saya said...

sama le kita....