mari mencari....

Google
 

Tuesday, November 3, 2009

kisah semalam...


muwahahhaha.... korang nampak ke dia tu? ke nampak mata je? gelap gulita beno dia tu...hehehe..takpe..sama kaler dgn saya. kita serupaaaaaa.....

hello...

hari ni macam biasa je la. takde apa yang menarik. cuma nak cerita pasal semalam sebab balik tu kan hujan dan jalam teramat le jemnya. aduhhh.. takpe2.. sabar je la tak baik asyik nak mengeluh je. sampai rumah pukul 8pm. nezha udah melompat2 ketakotan. alahai..siannya dia. bali2k terus terkam pelok2 semua. relax kejap then baru mandi. hehehhee.. penat la. penat otak, penat badan. macam2 hal sekarang ni. chewahhh..ngalahkan ahlil politik lak. owhh.. ahlil politik sekarang ramai yang kena ke sprm ye. entah le labu.... sendiri mau ingat.

malam tu obek ajak kuar. aduhaii..memang betol2 tak larat la. kalo ikut hati takyah makan dah, mandi2 nak tido je tapi sian lak kat orang tua tu kan. lepas pusing auta keliling semua, saya cakap saya takmo keluar le, sebab penat sangat. obek kata takpe la, nanti dia belikan makanan. nak makan apa? aduhh...itu la soalan yang paling susah nak dijawab. memang takde idea lansong. saya kata nak mekdi. obek kata haihh..hari2 mekdi tak jemu ke? hwuahahhahah... takde2.. beli makanan lain takde asyik nak mekdiiiiii je! wahwahwahhh..tadi tanya orang, bila orang jawab tak boleh lak. apa laaa.. so obek belikan nasi lemak dengan ayam goreng. sedap jugak. untuk tak kempunankan saya dia beli juga hotdog. pandai pon beli tak taruk sos. sayangggg obek. ada jugak jagung rebus. wehhh... ini berapa orang nak makan ni???? nasi lemak makan sekerat, ayam goreng seketul tu habis, hotdog habis, sedap sebab takde sos dia boh mayo je, jagung gigit 2 kali je. tak minat. air minum oren ada kat rumah. burppp...alhamdulillah.. terima kasih ya allah memberi ku rezeki hari ini. terima kasih obek kerana belikan makanan. lenkali beli la lagi. hehhehe..

lepas makan tengok tv kejap then kononnya nak tido. tapi dah ter-on lappy terus la berlanjutan sampai pukul 1230am. haihh...kata nak tido cepat. ini dah over lambat. so, tido. ada gak mimpi2 tapi lupakan je la. benci. pagi bangun macam biasa. sejuk sebab hujan. tengok jalan depan jem baikkkk punya. sabar je la.

sebelom pi keje sempat breakfast biskut dengan susu. bagus betol budak ini kan. breakfast dengan nezha la. lepas tu pegi koje. jem pagi ni macam biasa la. no comment. kat radio lite.fm bincang pasal isu tax. bagus juga rupanya banyak benda yang kita tak tau. rupanya ada benda2 yang boleh lepas dari tax. hehehhee....bagus betol info tu. kat sinar.fm bincang pasal nombor plat kereta selepas wyy9999. minta cadangan apa nak letak lepas tu. hehehhee...menarik juga. sebab pergerakan nombor plat sekarang semakin cepat. kat radiokl cerita pasal situasi di tempat kerja. mmm..kira semuanya best2 la. saya kan suka je tukar2 channel tu.

sampai opis nak bukak pin baju sebab macam tercabut tapi dah tercocok jari. berdarah!! uwwaaaaa...pedih jugak rupanya ye. benci laaa.. lama baru brenti darah kuar. ini tak bagus. sebab menunjukkan darah terlalu cair. kurang bitamin le tu. agaknya la. hehehhee..takpe, nanti balik ngadu kat nezha.

hari ni macam biasa. ada 2-3-4-5 benda yang nak dibuat. hehehhehee.... bak kata dr. fadzilah kamsah pagi tadi, kita sendiri yang mesti menjadikan kerja kita menarik. tak kira la kita ni keje apa, tukang jawab talipon ke, tukang cuci toilet ke.. sebab kita juga menyumbang kepada pembangunan, yang penting, kena kerja dengan ikhlas dan niat kerja tu kene baik. hehehhehee.. pepandai je fadzilah kamsah tu kan. suruh dia datang sini kira bq, dengan rakan pejabat yang macam hampeh, talam bermuka2.. hambekkkk.. hehhehe.. takpe la.. kita amik yangpositif. kalo kita sayang keje kita, kita lihat dari sudut yang menarik. sekurang2nya jadi motivasi pada diri kita udah la. orang lain nak melompat ke nak menonggeng ke lantak dia la.

obek hari ni ada big meeting. pepagi dah call tanya nak pakai baju apa. haihh.. pakai je la baju apa2 pon, jangan tak pakai baju udah le. lain jadinya kang. hari2 macam tu la. mesti nak tanya. macam le saya nampak. apa laaaa.. tapi takpe. itu menunjukkan pendapat kita diperlukan. haaa.. kan bagus macam tu. good luck obekkkk!!!! i love you. aik..tetiba je.

barang2 banyak yang dah takde ni. banyak nak kena beli dah ni. sabun dah habis, lens nak kena beli dah, bedak, ubat gigi, tingtong tingtong segalanya la. bilaaaa nak pegi beli ni??? saya suka kalo nak beli barang mesti buat list dulu. tujuannya supaya tak de terlupa. bukan pasal nak ikut sangat list tu. biasanya kalo dalam list ada 10 items, yang terbeli nanti jadi 25 items. biasa la tuu.. janji benda yang dikehendaki tu dah ada. muwahhahahhaha... lagi best kalo bawak obek pegi beli sekali. jimatttttttt poket makcik. nanti malam ni tengo mood dia ok tak. kalo ok boleh la. hwuahhahahha.. bab mengabihkan duit orang tua tu ada je akalnya. relax..practise tu katanya... iyo la tuuuu.....

ok la.. takde apa nak cerita lagi. mata macam kelat2 pulak ni. bestnya kalo dapat tido kan? rugi betol sapa yang 1 group dengan saya jenis susah nak tido malam ni. ada sesapa ke macam saya ni? sila angkat tangan. kita buat persatuan orang2 tak boleh tido malam. hwuahahhahaha.... yakin boleh!! malaysia bolehhh!!!!!

i love you obek..(love youuuu)
i love you nezha..(jangan noty2 ye)
i love all of you..(love me too, ok?)

5 comments:

nURmALa mAZLan said...

kita pon sgt x larat semalam..
kul 8 lebih dah lelap dah kak

Ummi batrisya dan damya said...

bestnya ada orang tolong belikan makanan :)

mesti hari tu pergi interviewkan :)

betul tu, kita kena seronok dengan apa yang kita buat :)

zh-ena said...

hehehehehhehe sama la kita buat list skit ajer bila dh beli brg lebih plak brg yg di beli..brg takder list pun main tibai beli gak

MOKCIK AZWA said...

mokcik pulak jenis cepat mengantuk. Jam 8 malam dah tertido dah. Tapi biasa jam 3 pagi akan terbangun terus tak mo tido sampai subuh...haru betulss..

woitt...apasal si nezha menyorok kat tempat gelap tu?? merajuk kerr??

bagus..bagus..practice makes perfect kata orang hahaha..practice perabihkan duit org hahaha

saya said...

mala--saya ngantok tapi tak blh tido..

ummi--hehehhee...

ena--sama le kita.. list ke mana, barang ntah kemana..

azwa--uishh..sama la kita tak blh tido. bagus betol...