mari mencari....

Google
 

Friday, November 13, 2009

masih hujan...


hello...
semalam hujan je kan sepanjang petang membawa ke malam. semalam kan saya balik lambat. ditambah pulak dengan jalan jem pukul 9pm baru sampai. sian nezha tunggu je kat pintu. huhuhuhuu.... sebelom balik singgah beli dinner. beli nasi lemak dengan sate. sate tak best. tak sedap, kecik beso kelinking tapi reganya 50sen. melampau2 la meniaga. balik terus mandi2 semua segarkan badan then makan. obek pon sakit kepala so tak keluar le. entah dia makan apa entah la. bagi nezha makan, then tengok tv kejap. cerita apa ntah lupa dah. lepas tu tido. so, takde apa yang menarik semalam. biasa2 je.
*****
pagi ni bangun macam biasa. buat breakfast roti telor dengan goreng sikit fun fries dan buat teh o suam. sedap pulak makan time mendung2 ni kan. hari ni memang purposely keluar lambat. malas. lantak le. ngadu kat obek, dai tu lain takde, suruh rehat kat rumah je. amboiii.. macam le kompeni ni sendiri yang punya. kalo kompeni sendiri pon takde maknanya nak rehat kat rumah je. lagi le harus kene datang opis buat koje. apa la obek tu. dia bukan apa, saja la suruh saya lepak kat rumah sebab kang kalo apa2 kang saya dok la memekak kat tinga dia kan. hwuaahhaha..... apa2 la. love you obek. mujur jalan tak berapa jem. pukul 9.05am dah sampai. wahh..best jugak. pelik betol. kalo kuar awal, sampai lambat. kuar lambat sampai lebih kurang je. haishhhhh... pelik2...pelik2...
*****
anyway... hari ni dah hari jumaat. esok weekend. ramai antara korang yang dah plan nak pegi mana2 tu kan. saya takde plan apa pon. dok rumah je kot. balik rumah ma. melayan nezha. haihhh.. pagi tadi mamat tu betol2 mencabar kesabaran saya la. orang tengah syiok tido dai seperti biasa datang le nak suruh garu2 tu kan. mula2 ngendeng tepi, pas tu naik sikit, naik sikit lelama landing baikkkk punya atas perot saya. harus le saya sesak napas wooooo.. sabar je la. pas tu tolak dia bagi baring kat sebelah. kena la dok menggaru je. kalo berenti nanti dia cakar2. haihhh...apa manja sangat ni. sampai saya tak larat dah pas tu angka dia letak atas kerusi plastik dia. hwuahhahahha.... habis nak menggaru daia je takyah tido le saya ye. pandai le dia. pas tu merajuk. panggil2 pon diam je takmau menyahut. biorkan.



pagi ni pon cuaca macam mendung je kan. semalam berita masih cakap ada lagi mangsa korban banjir. aduhhh..sedihnya. dah le susah dengan takde rumah, habis barang ditenggelami air, kehilangan ahli keluarga pulak. bertambah2 sedih. kita patut bersyukur. kita sini baru hujan je dah merungut2. ya allah.. ampunkan daku. betapa daku tidak beringat dan bersyukur dengan keadaan di tempat daku.
*****
takde apa yang menarik untuk diceritakan. saya tengok orang nak komen pon takde. entah kenapa. en. ahmad kata tak boleh tinggalkan komen, ye ke? ada masalah kot. say apon ada tinggalkan komen kat blog kawan2 tapi tak keluar pulak. masalah betol la. dah le blog ni takde orang baca, bila dah takde orang komen lagi bertambah sunyi. hehehehhee.... takde la bercita2 nak ramai readers kan. balik2 orang yang sama jugak. terima kasih kepada anda yang membaca blog saya hari2. nanti saya bagi hadiah ye. apa? takmau? ambik la.. saya bagi ni.. apa? takmau jugak?? ye la..ye la..takyah bagi la. hwuahhahahhaha......
*****
ok la.. nanti2 sambong lagi. have a nice weekend. bye!
*****
i love you obek...(rindu kat obek)
i love you nezha...(baca a, b, c tu)
i love all of you...(good day..)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

nak nezha boleh?
*wink wink*

zh-ena said...

hah bg gak hadiah tu hehehehehehe
betul kata zuris tu bg hadiah nezha boleh heheheheheheh

mau umah leeya banjir plak..banjir ngan air mata

TEACHER OF SOMEONE said...

musim hujan ni takut bnjir je..
klu kl..hujan je mesti jam...