mari mencari....

Google
 

Wednesday, November 11, 2009

mood dah ok, nezha yang dengki...


hello.... hari ni takmo bengang2 sedih2 dah. lupakan segala yang berlaku. mana boleh lupa. mesti ingat lorr.. tapi takpe. jangan ikut perassan, sila ikut perasan. hwuahhahaa....entah la..takmo cakap pasal promblem2 ke apa ke. malas dah.
*****
semalam balik jalan macam biasa. tak berapa jem. so pukul 715pm dah sampai rumah. alhamdulillah. sampai je rumah terus pelok2 nezha. rindu sangat. semalam entah le kenapa asyik la teringat je kat dia. macam le berkurun tak jumpa kan walhal baru pagi tadi kuar pegi keje. apa laa.... main2 dengan dia kejap then perot pon mula mengeluarkan bunyi. ingat nak makan burger. buat sendiri lor semua bahan pon ada. apa susah.. tinggal nak goreng je lagi. tapi macam malas pulak takde mood. macam nak makan nasi. tapi laok takde. korek2 peti ais, pening pikir2 nak makan laok apa. sekali tingggg!!!! idea mari. so, semalam saya masak sambal tumis ikan bilis, daging black pepper, ulam salad dan semestinya air ribena. daging tu sebenarnya saya guna daging burger je. potong lecik2 sebesar sepanjang jari kelinking, goreng then masak la black pepper. sambal tumis ikan bilis tu pulak udah jadi terpedas. alallala...cili tu saya beli yang terpedas punya le pulak. silap beli le tu. takpe2.. makan juga sikit. nak kena repair lagi sambal tumis tu supaya tak pedas maybe petang kang panaskan boh tomato sos ke kan. hwuahahahaha.... wahh..berselera lor makan semalam. dah kata saya ni jenis kalo susah hati lagi selera makan. hehehhehe.. apa nak dikata. kenyang, alhamdulillah.
*****
lepas makan tengok cd. sebab tengok rancangan tv macam takde yang best. tengok tu la cerita orphan tu. husihhh.. gila jahat budak tu bunuh2 orang lak. kan dia sebenarnya orang besarkan? huhuhu..macam2 la. tapi ending dia tak best la sebab macam cepat sangat habis. anyway..boleh la. itu pon saya tak tengok betol2. saya forward 2x kasi cepat sebab macam boring je la pulak. lepas habis tengok cd, tido. awal tido malam tadi 1030pm dah tido. mimpi apa ntah, malas nak ingat balik. bior le sana.
*****
owh... obek buzy malam tadi so tak kacau dia la. tengah nak buat apa ke benda ntah tak reti le nak campor. reti tu reti tapi bior le dia buat keje dia. jangan kacau2 orang buat koje. esok2 dia untung saya gak nak menumpang senang. hwuahahhaha... sian obek keje terok keje keras. kadang2 saya macam rasa bersalah pulak sebab selalu je marah2 or kene jadi punching bag saya. hehehhe.. u all tau2 je la lelaki ni kadang bukan dia amik pusing sangat hal2 kecik2 ni tapi kita pompuan hal kecik2 tu le yang nak dipiir sangat. ahhh..takpe la. bukan hal penting pon. yang penting, sama2 gembira bahagia sudahhh... i love you obekkkkk!!!!!!
*****
pagi ni pon bangun macam awal sikit. bagusnya. suka la. mula2 ingat nak buat lempeng makan dengan sambal tumis tu untuk breakfast tapi entah le macam malas le sangat. bukan apa.. malas nak kemas lap2 dapor le pulak pagi ni. tu kalo panaskan sambal tumis tu harus ada je minyak yang melompat2 keluar. aduhhhhhh.. bercinta betol la nak lap2. so, end up buat sandwich je la. senang dan sedap. kenyang jugak. sekeping roti je pon, janji buat alas perot. minum anlene. haihh.. bila la nak habis stok susu tu. bosan dah minumnya. bagi nat nezha dia takmo pulak. kalo dia mau boleh le share. takmaunya dia.. milo nak le dia. ngada2 je tau mamat tu.
*****
pagi ni jalan tak berapa jem. bagus betol. syukurrr... macam ni la baru boleh pergi keje dengan hati yang berbunga riang. hehehehhee... tapikan, pagi tadi masa kat tol sunway yang padat jalan sejengkal2 tu, betol2 sebelah kereta saya kereta tu hentam kereta depan dia. haiyaaaaa... dah tau jalan sempot2 jaga2 le break.. kene lebih alert sikit. kereta merz kalo tak silap pi cium kereta chevrolet. memula tu tuppp!!!! kereta depan diam je lagi sebab kalo kuar pon takde gunanya. maybe dia pon pikir takpe la sikit je. tapi lagi sekali pula kali ni sampai 2 kali tupp!! tupp!!! hambekkk..minah chevvy tu turunkan tingkap dan marah mamat merz belakang dia. terok betol la. i mean, kalo sekali memangtak kemek sebab slow, tapi kalo dah 2-3 kali melampau2 le tu kan. takkan ko bengong tak rasa ko langgar kereta orang. so, minah tu jalan kedepan dan bagi signal supaya berhenti kat depan sana kat simpang subang, tapi boleh mamat tu jalan je. kurang ajar betollllll... tak pasal2 saya lak yang geram. benci la dengan orang yang macam tu. tu la saya kata, orang yang baik yang ikut peraturan ni selalu je kene. orang yang jahat tu elok je pergi. benci betol la. sebab saya rasa minah tu dah cool habis la bila kene 1st tu dia tak melenting. kalo orang lain harus dah mengamok. entah la.. susah nak cakap.
*****
kejap je dah rabu kan. pejam celik pejam celik entah apa la yang dah berlaku minggu ni.
*****
owhh..kawan saya pindah rumah sabtu lepas bawak skandal balik kampong. hwuahahhahaha.... hentam le labuuuu....


ini namanya budak kecik mendengki saya nak pergi keje. dah le kalo turn on lappy dia nak dok atas lappy, ni dah masok beg pon masih nak dok atas beg pulak. haiyaaaaaa.. ini budak manyak dengki lorrr.. dai punya lappy dah ada sebok nak gak kat orang punya. janga le gelak tengok beg lappy saya tu macam beg budak sekolah. hwauhahahha..macam tu senang nak hangkot. patot beli la yang lawo sikit kan? entah la.. apa pon boleh la... ingat nak cilok beg lappy obek punya yang beli kat petaling street hari tu. read : petaling street ye bukan beli kat pavilion so paham2 je la... yangtu lawo sikit. tapi takpe la.. malas le. sebab yang tu jenis macam sandang tepi tu macam tak best le pulak. yang ni boleh sandang belakang bagai. hwuahahhahaa...



aaaa...ni baru jelas sikit muka budak dengki tu kan. itu pon sebenarnya dah melunsur ke bawah, kalo tak tu memang betol2 panjat atas beg sambil garu2. apakah lappy saya berbau ikan yang menyebabkan nezha suka beno? owhhh.. harus di check nanti ni.
*****
ok la..takmo celoteh banyak2. nanti2 sambong lagi. selamat bekerja semuaaa....
*****
ops..hari ni mood dah ok sikit. mudah2an bertambah ok. jangan ada lak kang benda yang mencuit hati lagi. tak larat dah laa....
*****
i love you obek...(love you very much)
i love you nezha...(love you very much)
i love all of you..(love you too)

3 comments:

zh-ena said...

meh sini bg ena cium skit beg lappy leeya tu heheheheheh

~dARlee zURiS~ said...

sumbat je nezha dalam beg lappy tu.hehee...

amboi.dalam malas2 nak masak burger,rajin pulak masak macam2 ye.bagus2...

saya said...

ena--snif detector ye.. hehehhee...

zuris--habis tu teringin lorr...