mari mencari....

Google
 

Wednesday, November 25, 2009

mujur..sikitttt lagi nak kena..


hello...hehehhe...sorry..ni pon pic lama. kira recycle je la ye. suka je tengok muka nezha tu. geram betol. rasa nak cubit2. memang dah cubit2 pon.

ok.. cerita petang semalam. balik macam biasa. on the way back banyak kejadian yang telah menggegarkan jantung dan menyebabkan beristighfar banyak2. aduhaiii.... jalan jem. biasa le tu. masa tu memang tak bergerak. kereta lorong sebelah kanan saya pon ak bergerak tapi sekali tu bunyik sretttt... tum..tum..tum.. tengok cermin pandang belakang tu dia.. kereta dok bertumpu cium bontot kereta depan. mengucap panjangs aya. mujur lorong sebelah. kalo lorong saya? harus bontot kereta saya yang kena cium tu. pelik betol sebab masa tu memang semua kereta dalam keadaan statik. saya rasa kereta yang mula2 langgar tu tertekan pedal minyak kot. dia ingat brek rupanya minyak. tu yang cium bontot kereta depan. kereta depan pon cium lagi depan.. ada la dalam 4 kereta macam tu. aduhhhh... sedih la. lepas tu..kejadian lagi satu semalam, yang ni betol2 nak kene kereta saya. dari jauh saya dah perasan kereta jenis toyota alphard ni dok la mencilok kiri kanan. pas tu kalo brenti nanti nak jalan macam tekan minyak kuat2 then tekan brek. sampai tergoncang2 keretanya. saya dah cakap..ni kalo kene kereta saya cakaplain takde.. bagi tapak kasut dulu baru bukak mulut. lu takmau bayar saya punya kereta? takpe.. takde hallllll. kasut saya lu sudah makan cukup la.. dalam pada dok pikir2 tu betol la pulak.. saya brek, dia pon brek mengejut sikittttttt lagi nak kene bontot glen. glen tu nama kereta saya daaaa... saya pikir tak sampai 1 inci kot sebab bila dilihat dari cermin tu memang betol2 dekat. saya tunggu je kot2 ada rasa tupp... takde le pulak. then saya diam sekejap bagi kereta depan jalan dulu jauh sikit baru saya jalan. si lahanat tu seboleh-boleh nak berambos. saya doa ko menumpu le ke dalam longkang hendaknya. bangkai betol. apa2pon..takpe..saya tak kena. kalo kena sure dah lain cerita kan.

sampai rumah ingat nak pegi kedai beli apa2. sekali macam malas le pulak. pikir2 kat rumah ada roti buat roti telur je dah le untuk dinner. obek pon koje je dah call awal2 cakap malam dia takde. mmm...takpe la. balik lepak kejap mandi then masak roti telur. pas tu goreng keropok, pas tu rebus yang macam buah melaka tu tapi boh santan. ala..itu saya beli yang instant punya, just masakkan then letak santan. 1 peket ada 10 biji, saya buat 4 biji je. belen simpan. lenkali boleh makan. tu dia... macam2 menu malam tadi. air ribena. kenyanggggggg.......

sambil makan, sambil bagi nezha makan jugak. pas tu obek call...borak2 kejap pas tu tengok tv. entah le cerita apa. bosan betol. asyik la tukar2 channel. menyampah la. pukul 1030pm tidooooo... pelok2 nezha, main2 dengan dia sampai terlelap.

malam tadi macam panas le pulak cuaca. bahang tanah tu agaknya naik. entah la.. pagini bangun awal.. biasa la 530am. pusing2 kejap, lepak2 then siap2 pergi keje. hari ni pon tak buat breakfast. takde mood la. semalam konon nak makan roti untuk breakfast pon tak jadi. tak selera. end up terus makan lunch je la. hari ni kang entah la... lapar tapi tak selera la.

esok dah start cuti. nak masak2 sebab malam tu nak buat kenduri tahlil kat rumah ma. aduhduhduhdhhhh... saya suka kenduri tapi tu la kepenatannya tu tak dapat disangkal. tambah2 semua kene buat sorang. ayoyoyoyoooo....

petang ni baru nak beli lagi sikit barang2 jajan untuk bagi kat orang balik kenduri. entah le nak beli apa. taktau lagi. kalo jadi nanti saya amik pic ye boleh letak kat sini. bila ntah nak balik rumah ma. malam ni ke pagi2 esoklepas suboh ke. taktau la. ma sure suruh balik hari ni jugak. saya je takot tak sempat. tengok la camne kang..mudah2an semuanya berjalan lancar.

apa lagi nak cerita ye??? obek balik kampong esok petang. rumah dia pon ada buat kenduri. wahhh.. masing2 buzy ni. takpe la... hari tu kalo tak silap hari sabtu malam ahad tadi, saya terkejut sebab dapat call dari nombor rumah obek kat kampung. harus makcik suspennnn..idak le makcik nak angkat call tu kan. sebab saya tau bukan obek yang call. obek ada kat kl ni ha tengah koje. bagitau kat obek.. obek call kampung tanya sapa yang call saya.. rupanya mak obek la call.. nak cakap jemput datang kenduri rumah dia. haiyooo..bikin suspen je la. sorry la ye..idak le saya dapat pergi.. rumah saya pon kenduri juga. hehehehhee.... kal saya pree pon takkannya saya pergi. takot woooo....suspen2... dupdapdupdap jantong makcik. lenkali jangan le calll.. saya takottt.. pesan kat obek sungguh2 dah ni. uuwwaaaa.. obek gelak je la dia. ni le peluang dia nak menyakat saya kan.


ok la.. nanti2 sambong lagi. esok kalo tak buzy boleh update.. kalo buzy assalamualaikum. hehhehe.. nak potong2 bawang halia kunyit bgai esok ni. sure tak cukup kaki tangan. tolonggggggg!!!!!!!!!!!!

i love you obek..(rindunyaaaaa)
i love you nezha..(musyuk2)
i love all of you..(makan jangan tak makan)

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

ada org bukak silat kat situ kalau kena ek.

haa..baguslah tu bakal MIL tepon ajak dtg kenduri
boleh ar masuk geng ti
;)

zh-ena said...

nsb baik la glen tak kena cium gak kan..klu tak mesti la leeya angin satu badan :D

nURmALa mAZLan said...

ek eleh..
kerek lak muka nezha tu
ekekekeke~

Mince4AM said...

Garang rupanya saya ni..haha. Nape awak tak undur je langgar kete dia? Hahaha..

Kan dah kata, mesti nak selit gak unsur makan dan pemakanan dlm citer die

saya said...

zuris/ena/mala/ahmad--takpe la.. kejadian yang tak diduga.. hehhee