mari mencari....

Google
 

Friday, November 6, 2009

seredup hari yang hujan, begitu juga mood ku..


hehehhee..tajuk tak ngalah dah ala2 tajuk novel remaja perginya. chehh..tak kuasa teman. anyway... macam tu le gaya rupanya hati pon redup je sembab mendung sejak semalam. belom baik2 lagi. lama betol ye saya kalo merudum2 ni. tau takpe. itu nezha tengah pusing2 pandang tempat lain. geram lah. rasa nak cubit2 je. memang dah cubit pon. ehhehehe....
*****
balik semalam hujan jugak. tapi semalam balik lambat lorrr.. pukul 830pm baru sampai rumah. leceh betol la. bosan. benci. semuanya menyakitkan hati. takpe2..sabar2. kita tengok sampai bila boleh sabar. semalam dah beli barang2 dah. tapi ada lagi yang belom beli. sebab tak jumpa bendalahnya. hehhehe..nanti la tengok hari ni kot2 ada masa pegi beli lagi. pukul 830pm tu obek call tanya dah sampai rumah ke belom. saya kata kejap lagi nak sampai dah. surely dia dengar tone suara saya yang macam hantu tu kan so dia tau le saya mood kureng. dia tanya kenapa, wahhh.. terus makcik melalak. hwuahahhaha... kecoh2 je orang2 tua tu kene pujuk dalam phone. dia kata balik rumah mandi tengok tv makan tido, nanti malam lepas habis jumpa orang nanti dia call lagi. ye laa.. saya pon takde mood nak berbuat apa2. sampai2 rumah melayan nezha. kemas2 barang yang beli sebeban tu, mandi then lapar pulak. tadi tak lapar, dah mandi dah segar badan lapar le pulak. roti ada tapi macam takde mood nak makan roti. nak masak nasi malas pulak nak masak laok. lagipon telor lupa jugak beli. ikan bilis ada, sardin ada. tapi malas le. koreng2 kabinet jumpa spageti. so, makan spageti je la. kuahnya saya amik baked beans je dah le, masak tambah dengan sos tomato dan buah tomato. sodappppppp.......



ni le menu saya malam tadi. spageti mudah dan sedap dengan air nenas. sedap jugak. hehehehhee.... kenyang betol. nezha nak jugak tapi saya tak bagi takot dia sakit perot. so, seperti biasa, tangan sebelah suap mulut sendiri, lagi sebelah suap dia. aman sikit dunia kalo tak tu selagi kita tak bagi selagi tu la dia memekak menggaru2. menggaggu konsentrasi makan namanya tu. hehehhehehehe....
*****
lepas makan tengok tv kejap entah le cerita apa saya bantai pi tengok channel 202. hambekkk... anggereee anggereeee dialognya. layan je la. nak on tenet pon takde mood. so, kejap lepas surut perot pegi tido. pas tu tu pukul 1230am macam tu obek call cakap dia datang. yahuuu... yahu amendanya sambong melalak lagi. obek belikan sate dengan nasi impit. jumpa kejap je kat luar lepas tu balik then tido. baru lega kepala sikit. lega la dalam 10%. hehehhehee.....
*****
sate tu simpan dalam peti ais je la. so, pagi tadi breakfast panaskan sate tu. saya suka je sate anytime. sedappp.....buat teh o suam, then breakfast sambil tengok mickey mouse. wajib tu setiap pagi. ehhehehee...
*****
pagi ni hujan lebat jugak. so, saya malas nak berebut2 atas highway tu. biar la lambat sampai pon lambat la. tak kuasa dah nak terkejar2. mood masih kureng. pukul 820am baru saya keluar rumah. dah terbayang2 dah jem kat ldp. layan je la. lantak situ. akan tetapiii.. tidak jem pulakkk.. jalan clear lorrr.. ajaib bin muslihat betol. hehhehe..tapi syukur bagus jugak. belom pukul 9am saya dah sampai office. yahuuuu..sedikit sebanyak telah menceriakan saya.
*****
itu je la kot nak cerita. esok macam buzy, pagi ada hal. tapi dah clash time lak dengan kawan saya nak pindah tu. ni tengah dok pikir camne nak kasi bior 2-2 tempat dapat pergi. jarak jauh2 lak tu. haihhh... ahad, taktau lagi. tengok keadaan. plan tu ada tapi entah la..taktau jadi ke tak. bosan betol.
*****
tak lama lagi raya haji kan? hehhehe..tetiba je.
*****
i love you obek...(miss you..)
i love you nezha..(jgn noty2)
i love all of you..(have a nice weekend)

5 comments:

ije said...

air nenas... uwa... kempunan!~

~dARlee zURiS~ said...

haah.cuaca mendung buat mood pun tak menentu gak
huhuu...

zh-ena said...

1st time tgk spegethi tgk mkn ngan kuah baked bean..sedap tak

Ummi batrisya dan damya said...

air nenas blend sendiri letak garam sikit sedapnya :)

i hate baked bean :) hehehehe

saya said...

ije--jgn kempunan..pi beli cepat!!!

zuris--tu la..cuaca pon mencerminkan mood.

ena--try la.. senang dan sedap.

ummi--i loveeeeeee baked beans