mari mencari....

Google
 

Thursday, December 3, 2009

hujan lagi...



hello...aduhai..hari ni jalan jem betol la. berderet2 kereta tak bergerak. melekat! kat radio pon dengar rata2 memang jem je kat seluruh kawasan. maybe sebab hujan kot. ada jugak amaran banjir dan angin kencang. aduhaiii....

hari ni liat betol nak bangun. badan rasa macam dihempas2. malam tadi tak le tido lambat. lepas habis csi miami tu tido dah tapi pukul 1am tu terjaga then terus tak b oleh tido. tu yang jadi lemah je tu. jangan le tanya kenapa terjaga pulak. memang itu le adatnya. bukan pernah tido lena krohh..krohhh tu. itu nezha yang kroh..krohhh.. hehhehee... bulat je perot dia turun naik bernafas.

anywayy... petang semalam tak jai balik lambat. tapi hari ni for sure. benci betol la. menyampah. benci. so, petang semalam buat dinner nasi goreng. sebab lebihan nasi tu ada lagi kan dah siap simpan dalam peti ais so tu yang buat nasi goreng tu. singgah kedai kejap beli udang dengan sotong buat rencah. balik rumah pelok2 neza kejap terus masak nasi goreng. alalala..masak lebih kurang je dah le. obek koje. dia buzy la tu. lepas mandi saya pon makan. hehhehee...

eh..cite upin ipin kat astro yg cakap english tu tak best le. terus jadi macam tak lawak.. rasa tak best la. kalo tengok tetap le jugak nk dengar yang bm punya...

tengok tv cerita apa ntah malam tadi. owhh..numbers.. lepas tu csi kan.. lepas tu tido. malam tadi ada le mimpi2. arghhh.. bosan betol. entah sapa2 je mimpi, kali ni mimpi kat airport le plak. amboiii.. takde angin takde ribut tetiba je mimpi pi airport. lupa dah kejadian apa yang berlaku. tapi ada 1 orangtu dok la kejar ayam jantan dia kat airport tu. hehehhehe..lawak betol. camne la boleh bawak ayam pi airport then terlepas pulak tu. macam2 hal. nama pon mimpi.. macam2 boleh jadi.

mata adalah sengal mengantok sekarang. tadi masa dalam jem tu rasa2 nak patah balik je dah. balik. tido. waduhh..nyaman tu... tapi mengenangkan banyak je koje ni kan, harung je la. saya sampai 930am tadi. lantak le. nak buat camne, dah memang jalan tak bergerak, bukannya saya sengaja kuar rumah lambat ke apa ke kan.

malam tadi sambil tengok tv sambil potong kuku nezha. aduhaiii...1 jari setengah jam. potong 1 dia pon blah lari.. tangkap, potong, blah lari. habis, sampai bila nak siapnya. layankan je la. kang paksa2 kang lain la jadinya. buatnya meronta2 kang tak pasal2 luka. tu belom bab sapu mata lagi tu. nampak je saya pegang tisu dia dah mula angkat bontot. macam2 peel. tapiiii...cuba dilambai2kan makanan ke kek ke depan dia. tu diaa...mencicit datang. ahh..nezha.. buah hati pengarang jantung.. i love you nezha....

obek hari ni pon buzy katanya. nak kene pergi ke taman tun. hehehehe... tadi pagi2 dah call gerakkan dia. dia tu kalo suruh bangun memang le payah betol. takot dia terlambat. tengok pulak hari hujan memang dah jangka jalan jem. nak sampai sana pukul 9am. hambekkkk..tadi saya on the way, dalam pukul 845am tu obek call cakap dai belom pun sampai tol sunway. jem katanya. aduhh...takpe la. nak buat camne. semua tu diluar kawalan kita. harap semuanya ok ye obek. i love you obekkk!!!!

ok la.. nanti2 sambong lagi. perot ala2 mendidih le pulak ni kan. takpe..biskut ada kang boleh makan. kalo ada rasa nak makan. kalo tak tunggu je lunch kang. arghh..bosannya tak tau nak makan apa.

i love you obek...(keja rajin2..)
i love you nezha..(dok rumah baik2 tau)
i love all of you...(korang pon lambat ke hari ni?)

2 comments:

~dARlee zURiS~ said...

hujan..kalau takde pun susah
kalu asyik turun pun macam2 hal pulak
tak best.sejuk malam2 takde org peluk.huhuu..
;P

zh-ena said...

kalau realitinya org bwk kat airport mmg kena sekeh la org tu hehehehehehehe
mesti jadi haru biru kat airpor kann