mari mencari....

Google
 

Tuesday, December 1, 2009

just another simple day....


hello...

takde apa yang menarik pon.. rutin biasa. balik2 pusing macam tu jugak. semalam balik jalan tak jem. sampai cepat. takde plan apa pon. dok rumah je. masa balik tu perut macam penuh je lagi so tak le singgah mana2 beli makanan. dah masok rumah dah mandi baru le ras lapar. spoil betol la. nak makan roti dah bosan pulak. hehehhehe... so korek2 peti ais, nampak bahan2, jadinya saya buat cucur bawang ikan bilis je la malam tadi. potong buah honeydew dengan lai, makan tu je la. minum air oren. kenyang jugak. lepas tu tengok cerita apa ye..lupa la. bujang lapok ke pendekar bujang lapok ke apa ntah. tapinya cerita lama2 tu le. then tengok 104 pulak ada cerita tajuk suara dari kubur. ala..biasa la skrip yang diulang2. tak ikut ajaran islam, buat jahat, pas tu mati, pas tu dapat siksaan kubur. takde skrip lain pulak dah. boring. tapi tengok jugak sampai habis. hehhehee.. pas tu sambong tengok cerita samperit tanpa gula pulak kat tv3. tukar2 channel le tu jawabnya. best jugak. hehehhee... lepas tu tido dah. pukul 1030pm dah kebabom. rasa macam penat sangat.

malam mimpi ntah hapa2. mimpi2 panjat2 gunung bagai. siap 2 kali panjat. yang first tu panjang macam percubaan le.. then yang 2nd tu kira dah teror la panjat sendiri. dah kira macam masok pertandingan pulak. hwuahahah... nampak beno autanya mimpi tu. saya memang takkan le terlibat dalam aktiviti2 panjat2 gunung ni sebab tak larat.minat2 tu ada gak tapi letihnya tu aduhaiii..tak dapat disangkal2. anywayy.. panjat tangga rumah pon sempot lagikan nak suruh panjat gunung... memang tak dapat nak ditolong jawabnya.

pagi bangun macam biasa. nezha kejutkan. malam tadi dia tak berapa tido pulak. kejap2 bangun pi main, kejap2 bangun, kejap2 bangun. entah apa keje dia malam tadi. pagi tadi saya bangun tengok rumah ok je takde lak apa2 yang mencurigakan. mana le tau kan. kot2 berkemas pulak mamat tu haa.... tak ke ajaib namanya? tak buat breakfast pon. kek semalam yang bawak pi office ni pon tak bermakan2 lagi. boring betol la.

ma pulak call pepagi ngadu mesin basuh rosak. hwuahhahah... camno nak basuh kain. guna tangan tak larat lorr.... entah apa pulak kalini penyakit mesin basuh tu. dah berapa kali rosak. al-maklum..dah tua. dah 10 tahun lebih usianya tapi sebab pakai jimat so nampak cantik lagi la. tapi tu la. kalo rosak pon memang dah tiba masanya.. dah lama sangat. apa lagi.. duit lagi la jawabnya... duit..duit.. duit.....hehehhee...

semalam ber-ym dengan kawan saya tu. menceritakan perihal cuti raya. seperti biasa, dia mana boleh kalah dengan orang. dia tanya saya raya ni tadi penat tak? saya cakap saya penat, dia kata dia lagi penat... tak tido siang jauh malam baru tido nak jaga anak lagi nak jaga mak lagi. wahwahwahhh..saya cakap dalam hati memang le ko ni..tak boleh kalah. bab kepenatan pon nak lebih dari orang. so, layankan je la... kalo tak kang selagi tu dia dia dok bercakap pasal dia penat. meluat!

perot lapar tapi tak teringin pulak nak makan apa2. camne ni...

semalam petang senja obek datang hantar buah cempedak. makcik dia bagi. tapi belom masak lagi kene peram dulu. entah le nakperam camne. saya letak je kat dapor tu. ke kena bungkus ke? kene boh dalam peti ais ke? arghhh... apsal bagi sebijik beso tu sapa nak makan? uuwwaaaa... alhamdulillah..rezeki. takpe la nanti if dah masak goreng banyak2 bagi obek. bior dia bawak pi site bagi kat budak2 tu makan. ituje la caranya. nezha kompom tak makan cempedak tu. hehehhee.....

next week kena bawak nezha pi klinik. mau check lorr.. dah lama dah tak bawak pi klinik. nak tengok sihat ke apa ke. sama je la dengan manusia.. sekali sekala kene pi klinik buat check up. mesti melompat2 esok tu penakot ya rabbi dengan doktor. dia boleh kenal tau... dulu bawak pi klinik takmaunya dia kuar dari carriage tu. menyorok. geram betol. puas le doktor tu dok panggil2 hensem boy, hensem boy.. menehen je dia. last2 saya cakap bye2 sambil lambai2 tangan baru nak kuar. huwahhaha..takot kena tinggal. biasa la mamat tu manja lebih. malam tadi dia bad mood kot. takmau main sangat asyik nak melenting je. entah apa kenanya entah. dah ikut peel say ale tu asyik la nak bad mood. hambekkkk....

ok la..nanti sambong lagi.

i love you obek... (miss you)
i love you nezha...(dok rumah elok2)
i love all of you...(apa nak buat dengan si pemalas? sepak? bahasakan? ignore?)

5 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam dik. Sama kes dgn akak la nie. Gi jenjalan kat alamanda sampai ke malam tapi tak teringin pulak nak makan nasi...last2 beli la roti aunt anne ittew dua biji... one for dinner, one for bekfes hehehe

wow..cempedak goreng karang jgn lupa emel ker, faxkan ker kat kita orang ek hehehe..

~dARlee zURiS~ said...

zuris pun penat gak lah
penat tdo kat umah
heheee ;P

rasanya nk peram cempedak tu kena balut ngan paper.
nanti dh masak hantar cucur cempedak kat sini sama ye

Mince4AM said...

kalau kat tv2 semalam ialah 'musang berjanggut!' bukan semua yg berkaitan dgn lapok..

saya said...

mokcik/zuris--nak goreng cempedek?? beresss...

ahmad--haa..ye la tu..lupa dah tanjuknya... nampak p.ramlee je laint akde..igt bjg lapok je la. hehehe...

zh-ena said...

ena pun penat gak hehehehehehhehehe