mari mencari....

Google
 

Tuesday, December 8, 2009

motivasi ke?....


ni cerita hari ahad lepas... 06/12/2009. pagi2 buta dah berangkat ke semenyih. hehehee... tak le jauh sangat tapi nak menuju ke tempat tu masok ke dalam woo.. jalan kecik woo.. lalu macam tebing2 woo..ada kebun sayor woo.. hehhehehe... alahai.. ceritanya hari ahad tu pi hantar si budak adik le ke kem motivasi katanya..anjuran excel tu le under dr. fadzilah kamsah. amboi..bukan main lagi budak tu ye. actually ma yang masokkan nama. entah le mana dia dapat. ibu ok je. saya pulak.. entah la.. macam suka pon ada macam kesian pon ada. hwuahhhaha... sian wo kalo pegi kem2 macam tu. kalo saya yang kene memangs aya takmo pegi, tapi dia suka, haa..hantar je la. nak tengok balik esok ada perubahan ke takde. kalo ada, alhamdulillah.. kalo takde wat nagbihkan boreh je. heehhee....
~~~~~
so, malam tu dah siapkan nasi himpit. kononnya nak buat bekalan le kan. mana tau kot2 register ramai ke lambat ke kang kebulor pulak. tak pasal2 je. at least dah ada bekal. makan tak makan lain cerita la. pukul 815am dah sampai. masa sampai je dah tengok ada barisan beratur le ibubapa dan anak2 nak register. so, kitaorang pon beratur le. kawasan tu cantik. pemandangan pon lawo. fasiliti pon elok. yang penting tandas adalah banyak dan bersih. hehehehhee.... itu yang paling utama. so, sementara ibu beratur dengan adik, saya dok lepak2 le. lepak amenda, main kejar2 dengan si budak aish tu. haihh.. layan je la. layan tengok ikan dalam kolam, layan tengok bunga, layan tengok pokok. macam2 peel la budak tu. nama pon budak2, cepat je boring. dari dia meraban baik la layan.
~~~~~
kejap je register dah settle. bagus, efisien. hwuahhaha... ada gak jual insuran. haihh..macam2 la. pakcik jual aiskrim pon adaaa.. tingg..tinggg..tingg.. bunyi aiskrim pepagi tu. tapi aish takde la menunjukkan tanda2 nak aiskrim. baguss..selamattt.... lepas tu pi makan. rupanya ada dibagi makanan untuk breakfast le kepada peserta dan ibupaba. so, berbondong2 le kami ke dewan makan tu. aduhaiii.. ni yang tiba part tak sedap ni. seperti biasa, rakyat malaysia yang lapar bila beratur mengambil makanan akan terserlahlah wajah sebenar mereka. cedok selagi mau penuh pinggan. orang belakang tak dapat makan takpe..janji perot dia dulu penuh. haihh.. malu dan sedih tengok ibubapa yang rata2 jika dilihat dari segi pemakaian dan perbualan tu bukan orang2 cikai macam kita ni. ekzeketip le katakannnn... puiii.. ekzeketip taktau bahasa sopan. ahhh..lantak la. kitaorangtak amik pon makanan. sebab macam tak lapar pulak. just amik air teh tarik 2 cawan, share la kami 5 orang. kendian ada roti tu ibu amik 2 keping. saja buat kunyah2. kat situ yang lama tunggu sebab katanya pukul 1030am baru ada taklimat untuk ibubapa. berjanggut nunggu. biasa la.. again.. tipikal rakyat malaysia, ada je jenis yangtak reti tengokjam. orang dah cakap resgitration dari pukul 8am to 10am..ada gak yangtiba lewat. tengok jam tangan bukan main jenis mahal2. tapi sayang tak reti tengok jam rupanya. sedih kan. hwuahhahaha....




aaaa.. ni le kertasnya. owhh..super camp namanya. siap ada super2 tu. layan je la. tapi saya tengok aturcara kursus boleh tahan la. ada teori ada praktikal. belajar amik air sembahyang yang betol, belajar sembahyang yang betol penting tu. kadang2 kita ibu bapa sendiri pon tak pernah ajar anak. baik la ada orang yang bagi tunjuk dengan jelas. atau kadang bila kita family members yang ajar budak tak amik pedulik sangat, melainkan betol2 garang. hehehhe... tapi bila orang lain yang ajar, baru dai nak terima. mana2 la..janji ada belajar. jangan asyik do belajar math, english, sains, asas hidop dilupakan.
~~~~~

by the time 1030am... budak2 peserta pergi attend dia punya briefing, kita ibubapa pi briefing jugak kat tempat lain. kanak2 lain yang kecik2 comel tu, dia ajak pi tempat lain untuk buat aktiviti2. best jugak. menarik. so, budak2 tu takde la kaco makpak nak dengar ceramah fadzilah kamsah tu kan. tu saya temankan si aish tu pergi, mula2 nak. lepas tu sampai kat tempat tu taknak pulak. haduhh..hangin betol. siap nangsi2 takmo masok tempat tu. tapi gula2 orang tu dia sebat jugak. macam2 hal la mamat kecik tu. diaorang buat la aktiviti nyanyi2 la, mewarna, melukis, tiup2 belon, simple games la kan. tapi ada gak ramai budak2 yang takmo masok, macam mentel macam si aish tu. so, saya dok la kat luar dewan. ibu dengan ma dok dalam dewan le siap ekon bagai. saya dok luar. mujur ada gak buat khemah dan kipas. then fadzilah kamsah berceramah le. ala.. kiranya motivasi untuk ibubapa supaya boleh meneruskan sessi perubahan diri kepada anak2. ye la.. dari segi lojik akalnya takkan kursus 3 hari tu boleh merubah 100% anak2, mesti ada sokongan yang berterusan. lama gak le pakcik tu berceramah. panas bontot dah ni kat bawah khemah tu. si budak aish siap dah 50 kali bukak pakai kasut, kejap nak kencing, kejap nak air, kejap nak keropok. aduhh... bikin panas betol la. nama pon budak apa ko ingat dia nak duduk diam 3 jam tu? mintak maaf le ye....


aaa.... ini kira macam papan tanda le menyambut kedatangan. hwuahahhah.. hambekkk... bagus gak sessi ceramah fadzilah kamsah tu. banyak ilmu boleh dapat. dalam lawak2 gurau2 dia tu banyak maksud tersembunyi. u all tau2 je la camne gaya dia berceramah. memang tak kering gusi. ok.. so, sudah habis tu, dalam pukul 1pm++. berdengung yoo panassss... kami turun dari area dewan tu nak jumpa budak adik. peserta tengah sembahyang zohor rupanya kat surau. tunggu kejap then dapat jumpa budak adik then amik beg semua tu la. then lepas meninggalkan sebeban pesanan penaja, sessi bersalam2 dan berpelok2 pon mula la. ni yang tak tahan ni. tiba part budak adik salam dengan saya, saya lak bantai nangis. hampeh betol. ciwek betol la. hwuahahha.. entah la. rasa macam sedih pulak. entah apa yang nak disedihkan. bukan pergi plkn sampai 3 bulan, 3 hari je kursus. hwuahahahha... ngada2 betol saya ni. ibu dengki lagi dia usik2 saya lak. benci lahhhh..... ibu kata, apsal awak lak yang nak nangis ni? bukannya pergi lama, 3 hari je. hwuahahhahah...saya kata entah. rasa macam sedih je. gatal betol ibu jawab. kihkihkihkihh.. saya memang rapat dengan budak adik tu. dari kecik saya yang jaga. sapa kata saya tak reti jaga baby ha??? dulu lagi saya dah bela baby tau. tangan kanan ni le yang suap makan minum dia, tangan kiri ni le yang basuh berak kencing dia. 2-2 tangan ni le yang pelok gendong dia. dah macam anak saya dah ni. kalo pi jalan2 keluar pon orang cakap budak adik tu anak saya. saya ye kan je. hehehhehee.....muka pon lebih kurang lorrr... tu yang pelik tu! takde muka ibu lansong dia tu.



ni sessi angkat2 beg nak bawak masok bilik. tengok la si budak aish yangpakai baju belangkuning hitam tu terejal melompat2. tak reti dok diam lansong. see...adik lagi tinggi dari ibu.


ni dah nak menuju ke bilik dia la. bilik dia yang building hujung 2 tingkat tu kan. entah bilik yang mana satu saya taktau le. saya tak pergi hantar sampai sana. lepas tu kitaorang pon balik. on the way back, singgah rumah kawan ibu ada buat kenduri berkhatan. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. laok sedap2 wooo.. ayam masak merah, gulai daging, acar darat, masak tempoyak udang (pedas gila sampai nangis2 makan, pas tu sakit perot lorr), ikan masin, sambal belacan dan semestinya air sirapppp..yahuuuu... dapat juga buah tangan jajan2 la kek la. macam2. meriah betol kenduri berkhatan macam kenduri kawen. pengsan. lepas makan, balik rumah ma. angkot2 baju semua pas tu saya pon balikkkkkk.... ibu pon gerak sekali. tinggal ma sorang, hwuahahha.... ala.. ma tu nak tido dah tu sebab penat. dia bukan boleh letih sikit, nanti tak larat.
~~~~~~
so, itu le cerita hari ahad saya. lama betol baru nak cerita kan. bila ntah si budak adik balik. harini ke rabu ke. entah la. ibu dengan ma pi jemput dia. masa pergi tu saya bagi dia top-up handphone dengan duit belanja sikit. menyongeh sampai telinga. ah..dia memang selalu je dapat benda2 dari saya. duit belanja sekolah, barang sekolah semua pon on saya. layan je la... adik beradik dia yang lain tu dapat jugak tapi tak le sebanyak dia. hehehe.. nak apa pon mintak dengan saya bukan cakap dengan ibu dia. huhuhuhu...kopakkk.. ni nak kasut spike. al-maklum, olahragawan sekolah katakan. tak padan dengan kurus, kuat sport dia tu. entah le mana nak beli. saya tengok2 kat campbell takde le pulak. kat sogo pon macam tak nampak je. kalo korang tau mana nak beli, inform saya ye. TQ.
~~~~~~
last but not least.. gambar acha le. hwuahhaha.. dah ok sikit dah. petang semalam lepas bagi makanubat pon dok muntah lagi tapi dah bersedia dah. lepas tu melepek. malam tengok dah cergas dah. malma tadi pukul 4am kejut saya suruh garu. aduhh..sayang punya pasal layankan je la. pagini tengok macam dah aktif sikit dah boleh mengejar towel saya. dia suka, saya lagi la beratus kali ganda lebih suka tengok dia dah boleh lompat2. walopon tak setinggi sebelom ni but at least dah ada perubahan positif. syukur alamdulillah...
~~~~~~
baru je cakap semalam obek dok kene cerry berry.. malam tadi saya yang kena pulak!!!! hantu betol. 4 kali wooo bangun memerut. rasa nak pengsan. tak dan nak bukak suar dah rasanya. hehehhee.... time saya dok memerot tu si nezha lak dok la mengetok2 pintu toilet tu suruh bukak. asyik la nak berkepit. woii... orang tengah cerry berry ni laa... bukak jugak la pintu, kalo tak selagi tu la dia dok mengetuk2 pintu tu. bukan dia nak apa pon, asalkan dia nampak muka kita dah la. pas tu duduk diam je depan toilet tu. takot beno saya lari malam2 ye. hehehhehe.....


macam dah kurus kan? sian dia. terasa ringannya dia lepas sakit ni. sedih wooo....
~~~~~
cerita obek pulak, as of malam tadi still tak berapa nak elok lagi sakit perot dia. dah minum teh o pekat, dah makan pil pochai, kurang tu ada tapi still la. harap2 dah sihat. saya mujur dah ok lak so takpe la. sakit2 tu pon kira rezeki kan. jangan asyik mengeluh je tak baik.
~~~~~~
ok la.. panjang pulak tulisan hari ni. harap2 semuanya ok.
~~~~~~
i love you obek...(bila nak pi shopping ni? y.e.s??)
i love you nezha...(dok rumah tido tau...rehat)
i love all of you...(selamat bekerja)

6 comments:

afiq said...

okeh saye sgt takot pegi kem2 nih.. ahahahaha nezha.. moge berat badan etambah.. jgn overweight sudah nezha.. payah plak nk ke slim werld plak kang... wakakkaa owh nuneng berat giler ye saya.. nasik die xnak makan... nak friskies sje..

~dARlee zURiS~ said...

budak2 skrg banyak beno kem2 nye kan.
adik zuris pun sama.merata kem nak pegi pun.
kalau dapat memotivasikan diri pas g kem2 cenggitu..baguslah

Ummi batrisya dan damya said...

baca cerita neezha yang suka mengintai dan jadi penunggu setia depan pintu tandas, teringat kat damya

kalau ummi tak bukak pintu selagi tulah dia menangis, bila dan bukak pintu tersenyum hingga ke telinga :)

nasib baik mata tak jadi ketumbit :)

zh-ena said...

ena tak suka pergi kem..sebab malas nak dgr ceramah tu semua

saya said...

afiq--saya pon rindu kat nuneng awak.

zuris--macam2 program bdk2 skrg ni.

ummi--hehhee...boleh le jadi geng depa berdua tu.

ena--saya pon tak suka!!!!

Mince4AM said...

spike cari kat kedai sukanla..al-ikhsan ke, atau lain2. Kalau kat terengganu tau la jgk eden nak rekemenkan