mari mencari....

Google
 

Monday, December 7, 2009

nezha dah sihat sikit dahh...



nezha dah sihat sikit dah... tapi masih lemah le dan selera pon masih kureng lagi. makan gitu2 je la. alahaii..siannya dia. terus jadi kurus.

jumaat pagi tu bawak pi klinik. doktor kata maybe cacing tapi bila check2 takde la pulak kan. entah le apa kena. nak kata makan yang bukan2 dalam minggu tu dia takde pulak makan benda lain selain dari makanan dia je. tapi doktor bagi jugak ubat cacing just in case. nak bagi makan ubat, masyaallah... dari klinik doktor bagi pon takmau. cabot lari. lari masok kat tempat pemerhatian haiwan sakit tu. ada lak sekor anjing godang (besar) sakit. tapi bila dia nampak nezha lari2 dia pon menyalak la. hambekk.. lagi ketakotan terkejut mamat tu. mencicit lari. hehehehe.. tau takot. pelok2 semua doktor kata bagi kat rumah la. dan dah diberitahu awal2 kalo makanubat tu nanti akan muntah dan mulut berbuih2 sebab nak mengeluarkan apa ke bendanya entah la. dengan dapat jugak antibiotik. haihh..macam2. ok.... so get ready.

balik rumah, siap sedia semua. kene pujuk2 dulu, bagi leka. garu2 leher dulu, itu jam dia terleka baru la sumbat ubat. wahhhh... melompat lariii. whuahahhaha.. jenuh kejar satu rumah. aduhaiiii..tak makan ubat camne nak sihat anak oiii.... sumbat2 jugak. tak lama dalam 5 minit lepas tu memangla dia muntah belahak bagai. habis isi perot. memang mulut kuar buih2 macam orang gian ganja je rupanya. sian betol.. masa tu dengan saya2 sekali la tumpang sekaki menangis. hehehhe.. lap2 mulut tak berhenti. lama juga kuar buih2 tu. bukan buih la..macam air lior pekat tu la. so nampak le macam buih2. camne ntah nak explain. lepas je muntah memang dia flat habis. melepekkkkkk.. nafas turun naik je. lagi le saya bertambah2 meraong. aduhhh...

lepas reda muntah2 tu, nak berak lak lagii... berak cair lagi agaknya penghabisan le kot. siannn... saya dudukkan dia kat pasir dia tu. tunggu situ dengan dia. dia kan dah le bulu tebal. habis najis cair melekat kat bulu dia kat bahagian bontot tu. aduhh... sedihnya. saya melalak lagi. agak2 dia dahsiap uk-uk tu saya angkot bawak basih bontot. tak boleh lor tak basuh... disebabkan dah takde tenaga agaknya dia diam je bila kene cucuh air. kalo tak tu menggelejat! cuci2, sabun2, bersih, then kene guna hair dryer le nak bagi kering. sambil blow sambil nangis. nezha memang dah baring je. seharian memang monitor dia je la. aduhhh..saya kata macam ni jaga baby kecik sama je dengan jaga kucing. 2-2nya menggegarkan jantung. camne la kalo anak sendiri yang sakit, ni baru kucing pon dah separuh pengsan.


petang tu dia tidor je la. doktor suruh bagi ayam rebus untuk bagi selera sikit. saya pi beli sikit isi ayam tu then rebus, wahhh... bila bagi takmau lak dia. makan tu makan tapi sikit je. that is very not nezha la. paksa gak dia makan. potong halus2 bior cepat hadam. suapkan, bagi dia nak makan. pon makan sikit je then takmau dah. hancur luluh betol hati saya. bagi mainan pon takmau. dia tengokkk je. biasa tu melompat2 mengejar. itu jam kita buat la apa pon dia diam je. memang redha betol dia. heheh.. tak larat punya pasal. dah malam, bagi makan ubat lagi, lepas tu macam ada muntah sikit. sikit la. kot2 baru nak sihat. lepas tu ok dah.

as of today.. nezha dah ok. takde uk-uk lagi or muntah2. ubat tetap maintain makan. kena pujuk2 dulu la. ada masa dia elok je bukak mulut. ada masa sekerat hari belom tentu dapat bagi dia makan ubat. takde ke ubat jenis cecair je senang sikit bagi makan. jumaat ni pegi bawak jumpa doktor lagi. tengok apa perkembangan ke penguncupan berat badan ke. hehehhee...

tapi malam tadi dah start cakar2 sofa dan kejar towel saya..

i guess its a good sign la kan...cepat sihat anak.. risau saya selagi awak tak melompat2 tinggi macam biasa. masa ni la baru la dok teringat tahap2 keterejalan dia dulu tu. alangkah indahnya.. uwaaaa..... cepat sihat ye...i love you..

-----------------

cerita obek pulak...

dia kan balik kampong sabtu tadi sebab ada sedaranya kawen. aduh..orang banyak sedara macam tu la. tiap minggu pon ada je kenduri kawen. ni minggu ni kang ada lagi. masakkkkk.... balik kl malam tadi. sampai2 je terus ajak saya kuar pi dinner. taktau le nak makan apa. saya macam kenyang lagi sebab petang tu makan nasi himpit. gila punya lama teringin nak makan nasi himpit baru petang semalam dapat merasa. sudahnya makan kehepsi. aduhh..macam dah kembang2 tekak ni tak boleh masok betol la. tapi obek nak jugak layankan je la. wekkkkk..... paling tak suka kehepsi le. nizam baru bali dari langkawi. tengok amenda lima, idak le saya paham. dapat coklat. hehehhe..ingat jugak ye diakat saya. dengar cerita nak transfer koje ke kl balik. takmo dah dok johor. haa..rasakan. hari tu gatal nak pindah johor. la ni baru menggagau2. takpe.. pengalaman hidop namanya tu. mak midah ada kirim nasi dengan laok. tak bermakan la. dah dipesan jangan bagi seba takde orang nak makan. aduhduhduhhhh... takpe.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. betol tak?

pagi buta tadi pukul 5am obek call. aduhh..berderau darah ingatkan apa hal le pulak. dia kata dia lak kene cerry berry tu. haaaaa... hehehhee.. tu kes makan kenduri le tu. entah laoknya ke, airnya ke. tak dapat dikenalpasti. obek kata ni mesti jangkit dari acha ni. hwuahahhahha.... patot2 le kan nak marahkan budak tu. lansong takde kene mengena! suruh minum teh ok pekat, entah dia minum ke tak. dah le pagi ni ada site visit dan nak present. lantak sana. tadi pon baru call cakap still cerry berry lagi. alahaii..siannya. agak2 lepas ni saya pulak ke yang bakal kena? uwwaa... tak nakkkk...dah selalu kena dah.

hari ni ku kuar pi koje awal. sampai pon awal. pukul 815am saya dah tercongok kat opis. ada benda urgent la... tapi dah settle. part saya le. part orang lain tu taktau le camne lak kan. harap2 semua ok.

ok la... nanti sambong lagi. penat hari ni.

i love you obek...(cepat sihat tau)
i love you nezha...(pun cepat sihat tau)
i love all of you...(u all sihat tak?)

i love monday!!!

6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

alahaii..sedih pula
kesian nezha
dah sembuh..ok lah
pasnie kena jaga mamat tu leklok
nezha dah ok..obek pula ye
pegi2..jaga obek pulak

Ummi batrisya dan damya said...

macam jaga budak kecil pulak ye, sabar sungguh ye menjaga si budak kecil neezha ini

bestnya nezha dah baik

obek plak cerry berry ye, kesian, musim orang kenduri, ada lah tu yang tak kena dengan makanan

nasib baik bukan kehepsi punya hal, kalau tak semua kena cerry berry :)

afiq said...

omg saya.. sedehnyer cite pasal nezha nih.. seb bek dah sehat..... hukhuk... ades.. mewindui kucing ku....

Mince4AM said...

mulai saat ini, saya kan panggil kamu ummi..ummi hurairah!

saya said...

zuris/ummi/afiq/ahmad--terima kasih amik berat pasal nezha. tapi part en.ahmad tu yang tak paham tu apsal nak panggil saya ummi hurairah?? uuwaaa.....

Mince4AM said...

Abu Hurairah R.A.. diberi gelaran begitu oleh Rasulullah SAW sebab dlm jubah beliau sering saja banyak kucing berlindung di dlmnya. Lalu beliau diberi gelaran oleh Baginda SAW sebagai Abu Hurairah = bapak kucing. Ummi Hurairah = ibu kucing kahkahkah