mari mencari....

Google
 

Tuesday, December 29, 2009

ngantok dan awal...


hello.... hehhehe.. ini muka budak baru bangun tido. mamai lagi lor pepagi. saje je menyakat dia. dia paling tak suka la kalo kena flas camera tu. hwuahahhaha... tangan bukan main kedepan macam nak tahan teksi je rupanya. layan je la. malam tadi baik pulak dia tak banyak songeh cumanya suruh suap makan. takpe.. itu biasa2 je...
~~~
semalam balik lambat sikit. pukul 8pm baru sampai rumah. aduhai... terkejar2 betol la. sampai2 je semuanya mengeow. kelam kabut betol. kemas2 tempat uk-uk siap2 then mandi. kononnya nak mandi berangan2 le sekali itu mamat kepochi sudah garu2 ketok2 pintu toilet. geram betol la. so, tak boleh mandi lama, kena cepat. kalo tak kang selagi tu la dia dok mengetok, mengeow kat depan pintu tu. bila dah buka pintu bukan dia nak apa pon.. saje je dia. malam tadi tak dinner. rasa tak selera sangat2 la.. lapar tu ada tapi entah la. tengok tv cerita apa ntah. lupa dah. tukar2 channel je sana sini. owhh..tengok without a trace. lepas tu nak sambong tengok ncis tapi dah mengantok pulak. sambil tengok tv makan cheese cake sekeping. takde la sekeping..sekerat keping sebab kena share le pulak dengan budak 2 orang tu. si budak abang pon suka jugak. habis laa.. hari tu kena share dnegan nezha, kali ni kena share dengan nezha dan si abang. bungkus betol. takpe2... kalo ada kita share sama2 ye..kalo takde kang kita nganga sama2 jugak. hehehhee....
~~~
lepas tu tido, badan rasa lemah2 sangat. masa nak masok pintu kepala lutut terlanggar tepi pintu. aduhaiii..kenapa le sedap sangat rasanya bla kepala lutut tu terhentak kat bucu pintu. masakkkk dibuatnya. terus nangis. hehehe..sendiri buat sendiri nangis. tampal koyok la kot2 elok sikit. pagi ni pon tampal koyok lagi. uuwwaaa...so, malam tadi tido tak berapa lena. tak pernah pulak kan tido lena2 ni. obek keje. pukul 1130pm macam tu dia call tanya dah tido ke. saya jawab udah la.. dah malam buta wat pe bangun lagi. borak2 kejap, ngadu2 itu ini, lepas sambung tido. pukul 2am bangun lagi. entah le kenapa terjaga. macam terkejut je kan. pas tu rasa perot lapar le pulak. since tak boleh tido tu saya merayap le ke dapor memalam tu kan. tapi taktau le nak makan apa. biskut, ada la. kek gulung yang swiss roll tu pon ada jugak. tapi tekak tak rasa macam nak makan benda2 tu. nak nasi la. gila ke apa nak makan nasi pukul 2am tu. mana nak carik. masak? assalamualaikum... so, gigit2 keropok hari t ada goreng lebih sikit. jadi la. minum air suam. pas tu sambong tido. hehehehe... pukul 5am bangun lagi. pon terkebil2 jugak. tengok nezha tido lena betol terkalok je. tepok2 dia, kejap tu saya pon terlayan pulak. pukul 6am bangun lagi. yang ni terus bangun le kan. siap2 semua, godek itu ini, lepas tu lepak tengok tv. letih la asyik terjaga2 je macam ni. boleh kata tiap2 hari macam tu le saya. in between yang tido tu pon bukan tido lena. tido2 ayam je. hehehe.. kalo terlena kang mimpi pulak. malam tadi entah mimpi apa lupa dah. tak penting pon. letih..letih...
~~~
hari ni pegi keje kuar cepat, jalan tak jem la. syukurr.. sampai awal. belom 830am dah sampai. so pergi beli sarapan dulu la since dah memang lapar dari malam tadi. makan nasi lemak yooo hari ni. hehhehehee... elok la tu kan. mata mengantok, makna nasi lemak. memang bakal produktif le hari ni. sampai je office terus breakfast dulu. lepas tu bukak pc, lepas tu emel segala benda tok nenek bagai lepas tu bukak blog. bagus betol kan. petang ni tak tau lagi apa program. nak tidooo..nak tidooo.. bila nak merasa nikmat tido2 ni...
~~~
nezha macam biasa. dengki masih ada tapi dah berkurangan dah. memang good boy betol la dia tu, macam paham je apa yang kita cakapkan kat dia. sayang nezha. si budak abang pon dah baik hari ni. lepas kena ceramah semalam pasal uk-uk merata, hari ni baik le pulak. malam tadi sya buka sekejap collar dia tu, bagi chance kat dia menjilat2 bulu dia. sian pulak saya tengok. tu pon tak lepas mata saya memandang dia sebab takot dia tergaru kat mata dia tu. naya je kang. dah nak tido tu saya pakaikan balik collar tu. takot la. belom berapa nak elok tapi mata nampaknya dah jernih. mudah2an Allah permudahkan segalanya supaya mata si abang elok. opss...makanan nezha dah habis la.. kene beli petang ni kalo tak kang meraoung mamat tu.
~~~
obek still buzy. macam2 plan la pulak dia tu. owh.. semalam tengahari obek call cakap bini si jemi dah bersalin. dapat baby boy. mmmm....takde nak komen apa. hehhehee... semoga semuanya bahagia.
~~~
ok la.. nanti2 sambong lagi. mata pedih lor mengantokkkkkkkkkkkkkkkkkk...
~~~
i love you obek..(bila nak pi jalan2)
i love you nezha..(good boy)
i love all of you..(korang pon ngantok ke)

3 comments:

Ummi batrisya dan damya said...

bila pulak nak tengok baby junior obek ni?

cepatlah sikit buat kenduri nasi minyak :)

saya said...

hah??!!! pengsannnnn....

zh-ena said...

klu ena dh terbangun pagi lapar mcm maner pun pedulikkan ajer..terus jea sambung tido hehehhehee