mari mencari....

Google
 

Thursday, December 17, 2009

salam maal hijrah 1431...

salam...

petang ni dah mula nak masok tahun baru hijrah.. maal hijrah.. 1 muharram.. ada apa2 perubahan? ada apa2 penghijrahan? hehehehe... ada yang ada, ada yang takde. takpe la.. berusaha sedaya yang termampu je la. seperti biasa, saya sisipkan disini doa akhir tahun dan doa awal tahun. tahun lepas pon ada saya bagi. korang ada baca tak?
~~~~~
tahun ni pon ada gak juga. cuba2 la baca.. tak susah pon. kalo tak pandai baca tulisan arab, baca tulisan melayu. yang penting niat tu. tahun lepas, ada komen yang tanya saya, doa akhir tahun dan awal tahun je ke? tengah2 tahun camne? saya jawab, tengah2 tahun kene doa hari2. yang penting hari2 pon kene berdoa. tapi doa je tak boleh la kalo tak berusaha. bola bulat tu pon kalo tak disepak takkan bergolek sendiri datang kat kita. hah..sebut pasal bola ni kang jangan lupa dok ternganga2 hurey hurey tengok bolasepak final malaysia lawan vietnam petang kang, maghrib terus lebor. dah le awal2 tahun ni kan. belom apa2 dah dapat markah telor. hehehehe....
so, mari baca doa. semoga kita semua diberkati Allah s.w.t


DOA AKHIR TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
~~
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata;
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah kerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.."





maksudnya :

Wahai Tuhan, apa yangtelah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara2 yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belumbertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkan dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa2 itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada yang Engkau redhainya dan Engkau berjanjilah dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.



DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam Satu Muharram.
~~
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata;
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan Dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.."







Maksudnya:-

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yangtelah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukankejahatan dan usaha yang mendekatkan kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


sama2 kita berusaha berhijrah kearah kebaikan. saya sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki. aduhhhh... takut memikirkannya... apapon, inilah tahun baru bagi kita.. bukan yang hurey2 happy new year bunga api bagai tu. malam ni kebetulannya malam jumaat... bersiap sedia apa yang patut. nak pegi shopping pon boleh..takde apa marah lorr....

salam maal hijrah 1431...

2 comments:

zh-ena said...

selamat tahun baru leeya

saya said...

selamat tahun baru ena...