mari mencari....

Google
 

Wednesday, December 2, 2009

sapa rajin angkat tangan...saya!!!!...


helloo.... hehehhee...betol la kan, sapa rajin angkat tangan.. saya!!!! hehehhee...macam2 je la peel. betol.. sapa kata saya malas memang nak kena cubit. sebenarnya memang pemalas pon. rajin tu datang setahun sekali je. hwuahaha... eh..ni apsal lak nak cerita rajin malas ni. bosan betol.
*****
anyway.... cerita rutin harian macam biasa. tapi kan semalam saya macam la teramatnya mengantok yang teramat2... nak menunggukan jam balik petang tu dah beratus2 kali menguap rasanya. entah le kenapa. ni mesti sebab semalam mimpi panjat2 gunung tu le jadi penat tu. chewahhh... kalo bab mengarut bagi je la. memang juara bertahan.
*****
balik petang semalam jalan jem biasa2 je la. takde apa yang menarik. tengok kiri-kereta, tengok kanan-kereta, tengok depan-kereta, tengok belakang ponnn kereta. bosan...bosan...so, cuaca pon macam rembas2 rintik2 pulak semalam. dok pikir nak makan apa sebab lapar betol semalam. semalam lunch tak berapa makan la. nasi amik sikit ratah sayur je. itu pon tak habis nasi tu macam tak berusik. lapar tapi tak selera. dia punya selera makan kat rumah. hehehhe.. lagipon bosan la makan kat kedai yang sama. menu pon hari2 sama. dia takde buat rotation laok. hari2 pon itu le jugak laoknya. so, tu yang balik dok mengarok nak makan apa. call obek. obek kata dia koje. ok, so takyah kacau dia la. pikir sendiri nak makan apa. tiba2 teringin makan ikan bakar la. aduhh..mana nak cari malam2 tu kan. takpe2... tengok jam masih awal lagi sampai ke rumah, baru pukul 7pm. so, lajak ke kedai beli ikan. nak buat ikan bakar sendiri. wahhhh..hebat le tu. hwauhahhaha... bakar guna oben je la. bila lak masanya nak hidopkan bara. tak kuasa la. jadi la jangan tak kempunan. so, beli ikan siakap. ada pulak yang saiz kecik memangbagus betol. mintak abang kedai siangkan siap2 kasi bersih semua, then amik udang sikit dengan kacang panjang nak buat gulai lemak. wahhh..sedapnyaa.. balik je rumah pelok2 nezha dulu kejap terus bersilat kat dapor. senang saje...letak nasi, zupp zapp zupp zapp..siapppp!!!! yahuuuu..... lepas tu mandi, lepas tu apa lagi.. bersila la makan. bersila atas kerusi. ikan bakar share dengan nezha. suka mamat tu makan. sebelah dia punya je. bagus gak. tak membazir. tapi ikan bakar tu jadi macam kering la. tak berapa menarik.. tak macam yang kita bakar kat bara api tu. ke oben saya yang hampeh? entah la..janji dah masak sudah.. jangan banyak songeh.



so..ini le menu dinner saya malam tadi, ikan bakar dengan sambal kicap, gulai lemak udang campor kacang panjang. tu je. air minum air cranberi kotak. selesaiiii.....kenyang alhamdulillah ya tuhan memberiku rezeki....
*****
lepas makan lepak2 tengok berita. alahaii..isu yang pada saya picisan tapi diperbesarkan. ini le masanya sikaki2 kipas dan penjilat2 semuanya nak bersuara. ahhh..persetankan mereka semua. semuanya berpura2 dan ada agenda sendiri. sebenarnya ramai pon yang doa macam tu cumanya tak kedengaran nyata tapi bila orangtu bercakap secara berdepan2 dan lantang mula laaa... jadi isu.. standard.....
*****
tengah lepak tu obek call. ajak kuar. ahhh..saya cakap saya dah makan kenyang dah takmau la kuar lagi. dia kata takpe la..temankan dia jumpa orang kejap. ok laa... lagipon bosan je kan dok rumah. pelok2 nezha bagi treats supaya dia tak memekak dan mengejar masa saya kuar pintu then pegi la. memula pergi pj. aduhaiii..siang2 koje kat pj malam pon kena jalan ke sana ke? bosannyaa...tapi takpe. demi obek dan nak berjalan punya pasal, layankan je la. best le pulak kuar jalan2 pusing2 tengok lampu. hehehhehe..... lepas pi pj, pusing pi cheras pulak. lama gak kat sana entah le apa urusan obek. saya dok dalam kereta je la tak kuasa la nak menempek kat orang2 tu. bukan urusan kita pon. lepas tu singgah beli kuih pau, sebab obek nak. saya taknak so beli untuk dia je la. lepas tu balik. pukul 130am, tidorrr......
*****
tengah syiok2 tido sekali kebabom prang pung prengggg.. terkejut badak makcik. entah le apa yang jatuh pecah kat dalam bilik tu. terus panggil nezha.. dia pon dok menjerit..tau takott.. tengok2 dia surah tarik alas tv saya da.... atas tv tu ada letak cd game dengan buku2 sikit habis berterabor. mujur takde benda2 yang boleh mendatangkan kecederaan, kot2 kaca ke apa ke kan. kalo tak.. lagi haru. haa...tau terkejut mengeow2 dia. tu la..orang malam2 tido ko nak berkemas.. kan dah jatuh semuanya. malas nak kemas, amik dia, bagi ceramah sikit pas tu tidokan dia. pandai lak buat muka kesian tu kan. takmau kene marah kena la pandai amik hati. geram betol. pagini bangun baru kemaskan barang2 yang berterabor tu. macam2 peel mamat tu la. dia memang dari mula tido tu dah tak senang, asyik nak merayap, saya biarkan. kesana kesini sekali dah jatuh benda tu baru la reti nak diam. lenkali nak buat lagi tak??? buat la.. popok momtot tu nanti...
*****
pagini takde buat breakfast. malas. sampai opis tadi beli karipop tapi tu pon entah bila la nak dimakan. kalo tak makna pon takpe tak basi, petang boleh makan.
*****
obek hari ni ada something important.. harap2 semuanya ok. good luck obek. love you...
*****
ok la.. nanti sambong lagi. byeeeeeeeeeeeeeeeeee....
*****
love you obek...(miss you)
love you nezha...(miss you too)
love all of you...(sapa malas, tangan pegang mouse sekarang!! wahh..ramai tu pemalas. hwuahahha)

2 comments:

zh-ena said...

saper malas angkat tangan..heheheheheheh ena angkat dulu..mmg malas la skang nie ingat nak tido jea skang nie huhuhuhuhuhu

tak pernah plak ena bakar ikan dlm oven..blh la try pas nie

saya said...

ENA--TRY JGN TAK TRY...HEHEHE..