mari mencari....

Google
 

Wednesday, December 9, 2009

tanda-tanda dah sihat ialah....


yeeeee... tanda2 dah sihat adalah seperti gambar di atas. a picture can tell thousand of stories. uuwwa......
~~~~~
malam tadi macam biasa, balik terlambat sikit dalam 730pm macam tu. udah gelap. sampai je pintu mamat kepochi udah mengaum2. haduhh..tak cukup kaki tangan la nak bukak kunci pintu. bukak2 je terus menerkam. manja betol. siann dia kene tinggal ye. hehehhe... tak dinner pon malam tadi. perot sebu. cuma minum teh o je. entah la. bosan.
~~~~~
lepas tu sambil tengok tv dok la melepak turn on lappy. mamat tu mana la bolehnampak lappy tu terbuka harus la nak menyempit jugak. macam pandai sangat nak main2 lappy tu kan. sekali tu dia baik punya landing sebelah tetiba je terus naik kat keyboard then terus garu2 keyboard tu! tak sempat nak cakap apa dah, tau2 udah melompat je button H tu keluar. erkkk!!!! terkedu kedan le makcik. beriya2 dia menggaru. saya nak angkat dia pon boleh dia meronta2. geram betol la. tak puas lagi tu, boleh lak pi gigit button yang dah tercabot tu nak bawak lari. ayoooo.. saya cepat2 amik takot dia tercekik kan. lagi satu hal pulak kang. tak puas hati tu, buat muka tensen then pi gigit monitor. haduhhhh... sian monitor lappy tu kene gigit kena cakar. uuwaaa....... dah puas baru nak melanding tepi. tu la rupanya. bila kena flash saya amik pic tu tau lak nak marah. meow-meow. eeeee..geram betol.
~~~~~
lepas tu udah le jadi satu koje nak melekatkan balik button tu. godek2 macam tak boleh la. ada nampak dia punya penyangkut kat elakang tu tapi tak boleh nak melekat. maybe nak kene guna tools dia kot baru boleh. entah la.. try jugak tapi tak boleh. call obek mengadu. obek kata tu la..sapa suruh usik lappy acha kan mamat tu dah marah. ayoyoyo... macam tu pon nak marah ke. actually lappy lama tu memang untukdia la. jadi tempat lepak dia. mujur lappy tu yang tercabut button, kalo lappy baru? haa..tak ke menangis jawabnya. so, obek kata nanti esok dia tengokkan boleh lekat ke idak ke. macam2 la koje ko nezha. so.. itu menunjukkan tanda2 jelas sudah sihat kan?? sebab dah start terejal balik. huwahhahahhaha.....




tengok..button H tercabut. H for hantu, H for hangin, H for hangit, H for huruhara, H for hahahahha... padan muka. biasanya boleh lekat balik kan? takkan tak boleh kot... mesti boleh punya la. kan?
~~~~~
hari ni pergi kerja lambat. disebabkan tak makan malam tadi, so pagi ni lapar le pulak perot. tengok jalan depan rumah jem semacam. tensen betol la. so, pergi beli nasi lemak dulu. makan kat rumah. lantak le kuar lambat biorkan. geram. sedap lak nasi lemak tu, tapi sambalnya pedas le. hehehhe... tersiut2 makan. lepas makan dalam pukul 815am baru le terhegeh2 nak kuar rumah. dah terbayang dah ni mesti 930am baru boleh sampai office. biorkan. sekali jem kat depan rumah je la. ldp boleh kata tak jem. hehehhee..bagus betol. so, sempat sampai ngam2 pukul 9am tepat. bagusnya..yahuuuuuuuu...
~~~~~
obek penat. sian dia koje je siang malam. alahaii.. takpe la. awak lelaki kena la lasak2 sikit kan. lama dah tak pegi dating2 ni. hehehhe..takpe la.. selalu sangat dating pon nanti jemu. bior lama2 sikit baru le lebih rindu, tak gitu? hwuahahhah...
~~~~~
camne nak mintak balik duit kita yang orang hutang dengan kita? bagi idea sikit tolong.
~~~~~
ok la.. harap petang ni boleh sampai rumah cepat. nak beli pasir dengan makanan nezha dah nak habis. owh..nezha dah takde uk-uk cair dah. dah keras dah saya tengok bulat2 kontot je macam twisties garing. hehehhee...
~~~~~
ok la..nanti sambong lagi. thanks to everybody yang doa nezha cepat semboh. sayang korang semua!
~~~~~
i love you obek...(sian obek keje terok. nanti rehat tau)
i love you nezha...(teruskan la keterejalan awak tu. takpe.. )
i love all of you...(have a nice day)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

nezha dah sembuh ye?
bagus2...

nk minta hutang kat org?
hmm..susah tu.
kalau zuris,cakap lah kias2 dulu
tp..kalau org tu tak paham bahasa gak,minta direct je lah.

Mince4AM said...

Nak mintak hutang kat orang? saya pun tgh cari jawapan yang boleh saya amalkan ni..setakat ni buat tak tahu je..halal je.. Ha, apa kata kita hutang dia balik?

saya said...

zuris/ahmad--tu la.. saya lak yang jadi segan nak mintak. halal? kalo sekupang 2 kpang blh laaa.. ini banyak woooo...tak terhalal rasanya.