mari mencari....

Google
 

Tuesday, December 15, 2009

yuhuuu....


hello... hehehehe... hari ni dah takmalas dah. semalam malas betol la. dah le start dari awal pagi je udah hangin 1 badan. macam2 serba tak kena. start dari terjaga sebab mimpi yang bukan2. benci la... then berlarutan le sampai ke petang. malam baru ok. wahh..begitu terok sekali kan mood saya. takpe.. so, hari ni nak bercerita panjang le kan. cover dah berapa hari tak update blog ni. takpe2..untuk peringatan diri sendiri je la kan. ok..lets go!
~~~~~
jumaat : 11/12/09
kan cuti kan. saya dok rumah je la. dalam otak memang dah plan nak mengemas rumah selagi mampu. chewahhh... bangun macam biasa. takdenya nak bangun pukul 10 ke pukul 11 ke. tetap le pagi buta pukul 5am dah terkebil2. takpe..takpe.. bangun macam biasa nak pergi kerja. tengok kat jalan bz gak le. ye la.. mana yang koje belah kl tu still pegi keje kan. then mandi siap2 pakai lawa2 walhal dok rumah je. elehh..dok rumah pon kene la lawa2 kan.t akkan dok rumah nak pakai macam pontianak mati laki. mana bolehhhh..suri2 rumah tu walopon dok rumah mesti berhias. pakai elok2. takpe..peloh ke apa ke kang boleh mandi lagi, janji penampilan tu. chewahhhh... tetiba je kan nak ceramah pasal penampilan. ye la..saya selalu je tengok, orang kalo kat luar tu dia.. bersiap bagai nak rak, tapi bila kat rumah nak taknak je. tak syiok la macam tu. apa pon, sukati korang le ank bersiap ke taknak bersiap ke. lepas tu buat breakfast. buat nasi goreng. sedap le pulakkan nasi goreng cincai je takde bahan pon. cuma letak ubi kentang potong halus2 dengan biji jagung tu je. boleh tahan. lenkali boleh buat lagi. lepas breakfast duduk kejap. memikirkan nak start yang mana dulu. aduhhh... malas betol nak berkemas tapi kalo tak start sikit2 nanti lagi lama lagi terok. so, kita mulakan operasi. mulakan dengan kertas2 yang dah tak diguna tu. nak memilih kertas tu kena hati2. kene dibelek lak satu per satu kang kalo main buang je kang tau2 je terbuang kertas atau dokumen yang penting. hambek..mengemas itu je 4 beg plastik hitam besor saya buang. itu jam berkemas baru le terjumpa polisi insuran. hwuahahhaha... kalo tak memangtaktau lansong mana halanya. lantak situ. so, mana yang nak guna boh dalam kotak then nanti boleh boh dalam bilik iron. ringan sikit mata memandang. kerja2 pemilihan kertas adalah dibantu dengan sepenuhnya oleh tenaga kerja dari pekerja harapan dunia iaitu en. nezha. beliau begitu komited dengan kerja2 pemilihan kertas tersebut sehinggakan tergolek2 mengejar kertas yang bertaburan. hambekk..layan je la.



ye... itu namanya tukang sebok. orang baru nak bukak kotak dia dah dulu-duluan melompat2 dalam kotak tu. kejap kotak sana, kejap kotak sini. eee..geram betol la. tapi best pulak. nama je dok dengan nezha tapi mulut saya time berkemas tu ngalahkan bersembang dengan 4-5 orang. pokpekpokpek tak berhenti. melayan dia tu la. so, lama juga kemas benda2 tu. leceh betol sebab nak kena pilih. kalo menyapu ke mop lantai ke senang, sekali rap je. ni nak mengadap memilih tu yang leceh. apa pon dah siap. penat betol. badan berlengas2. hajat tu nanti cuti jumaat ni nak sambong buat benda yang lain pulak. kata nak rumah lawo macam deko bersama eric. hehahahhaha.... takde maknanya nak lawo terletak kalo mamat kepochi tu ada. harus tunggang langgang jawabnya. malam tu pegi kuar dinner dengan obek. makan kehepsi. uwwa...benci la. tak suka! tak suka! tak suka. tapi ikut je la sebab obek nak makan. ok. sekian cerita hari jumaat.
~~~~~~
sabtu : 12/12/2009
pagi tu ingat nak sambong kemas tapi malas. hehehheee.. so tak buat apa, just dok tengok tv je la. kejap pukul 1pm macam tu obek ajak kuar lunch. pegi je la. makan kat mana ntah lupa la. takpe2..tak penting semua tu. saya memang cadang nak balik rumah ma dalam pukul 3pm macam tu. elok je saya bersiap2 obek call...kereta dai tak boleh start lorrr.. haiyaa..apa pulak halnya. rasanya bateri baru lagi tukar. takpe la.. saya pergi tengok kot2 boleh joint dengan kereta saya untuk jump. sekali tak boleh daa..ada pakcik2 jiran tu tegor, so pakcik tu kata maybe guna kereta kecik tak boleh kot, so try guna kereta dia. pon tak boleh jugak. alahaii..sian obek. dah ke nak kene pergi keja lagi. malam tu nak balik kampong johor lagi. masakkkkkkk... so, takde lain la kene panggil pomen. so, saya bawak obek pegi carik pomen dia. kebetulan pomen dia lak takde, pi keluar tengok kereta gak kat jauh mana ntah. orang tu kata nanti petang baru pomen tu boleh datang. so, kitaorang pegi kedai lain dulu kot2 ada. so, ada.. bawak pomen tu tengok kereta obek. entah apa digodek tak mau gak. saya dah nak kene gerak balik jugak ni. kang lambat kang ma bising lak. so, ingatkan dah settle saya pon blah la. tinggal obek. huhuhu..sian dia je. takpe la.. awak lelaki kena la pandai settle. kalo saya yang kena lain la..harus meraoung dah tu. saya sampai rumah ma, terus cal obek, tanya dah settle ke belom. obek kata pomen tu tak reti pulak. aduhhh..apa terok beno penyakit kereta tu. dah malam baru boleh settle. sebab tunggukan pomen yang mula2 tadi tu le. sian obek. hehehhhe....
~~~~
kat rumah ma pulak, saya sampai2 tu rumah berkunci. entah la mana saya letak kunci rumah ma tu. bkan hilang tapi salah letak la. ma kunci sebab masa tu dia tengah sembahyang asar. pas tu ma buka pintu dok tanya saya mana kunci rumah. saya kata entah mana ntah. hehehehe... lepak2 kejap pas tu ma tanya nak makan apa malam ni. saya kata tak tau la. takde mood. ma kata kalo malas masak jom kuar. wahhh.. dengar macam tu melompat le makcik. so, kuar pegi makan piza. dah lama tak kuar dating 2 orang dengan ma makan2. hehehhee... ma belanja lorr. patot kenyang lain macam je. kehkehkehkehkehhhh.... malam tak de buat apa. tv pon macam boring je cerita. layan cerita tamil kejap kat 202 pas tu tidorrr....
~~~~~
ahad : 13/12/2009
pagi2 dah bangun. biasa le tu. pas tu buat breakfast. ye la tu buat la sangat. goreng nugget dengan panaskan balance piza semalam. pas tu ma buat lepat pisang sebab nak bawak pi rumah mama nak bagi kat opah. ma dah rindu kat opah. masak juga lauk sambal tumis ikan bilis dengan tumis pucuk keledek. wahh..sedapnya.. itu laok untuk bekal saya le. dah siap2, tu makan, then tengok tv. lepas zohor bertolak ke rumah mama. sekali sampai rumah mama tengok ada kereta park kat depan rumah dia. alamak..ada tetamu le pulekkk... sekali tengok2 sedara jauh dah. hehehhee..tu la.. punya tak kenal sedara sendiri. no kes orang2 tua le ni. datang mencari keluarga semula. ada le hajatnya tu. macam2 la. dah berjumpa orang2 tua ni harus le berbakol2 nasihat2 bagai.. layan je la. atok tu cakap kita yang muda2 ni bawak le turun cari keluarga balik. jangan esok2 bercinta dengan sedara sendiri. hwauhahhaha.... pepandai je atok tu tau. lawal lak. so, kata sepakat dicapai, sometimes around early next year our family lak nak pegi melawat dia kat sana. huishhhh....
~~~~~
kejap je lepak kat rumah mama. layan opah kejap. sian opah. makin uzur. bila suapkan lepat pisang tu dia nangis je. hehehhe... nangis manja la. anak cucu datang melawat besar hati dia. anak2 mama pulak semua takde. holiday katanya ke kedah nun. wahwahwahhhh... sukati le... lepas tu dalam pukul 6pm macam tu saya pon baik. sampai rumah pelok nezha le dulu kan. kemas2 lebih kurang, then rasa macam nak kuar nak beli barang2 dapor. bukan barang makanan la macam toiletries semua tu. so, sms obek saja le tanya nak kuar sebab dah lewat. orang tua tu kadang tak bagi saya kuar kalo dah pukul 6 lebih. hwuahhaha... obek kata ok, then saya pon kuar. sampai pasaraya punya ramai manusia. beli mana yang penting je walopon kat list dah bertimbun senarai. takpe la..saya rimas le orang ramai2 ni. pas tu balik. sampai rumah sebabkan excited baru beli toilet cleaner, harus le terus menyental toilet kan. gatal betol kan. saja la suka sebab ada bau2 wangi tu. hehehehe... nezha ada tolong teman. tukang tengok dengan tukang melayan saya bercakap. dalam pukul 830pm lebih tu obek call. dia hantar nasi sebab dia balik kampung kan. bagus. alhamdulillah. tapi saya punya bekal pon ada lagi kan tak bermakan. takpe la. nasi tuboleh simpan nanti boleh buat nasi goreng. laok sambal tumis pon boleh simpan. obek bagi laok ayam masak merah dengan apa ntah. makan yang tu dulu le. lepas mandi, wangi2 then makan, then tengok tv then tidorrrrr.. malam mimpi hantu.


isnin : 14/12/2009
pegi koje macam biasa. jalan pon jem2 biasa je la. tak buat breakfast tapi bawak biskut dengan air kotak soya. nak makan kat opis. sekali sampai opis terkangkang2 buat koje. tu yang terus hilang mood tu. terus jadi malas. hehehe..ala..sebenarnya memang malas pon. bukan apa. saya dah cakap saya tak suka buat keje kelam kabut. semalam nak hantar tender. part saya dah siap part otan tu tak siap. kuar entah ke mana merayap. lepas tu saya check dia salah kira lorrr... hantu betol. ko jangan gila2 hantar tender salah kira. bukan sikit.... 900k punya beza! nak mati??? hehehhee... so, saya call dan jerkah orang tu suruh datang opis sekarang jugak, sebelom siamang (bos) tau ko salah kira. baru le mencicit2 nak muncul. benci betol la. menyampahhhhh... petang balik macam biasa. singgah kedai pet kejap beli treats dengan kepit kuku nezha entah kemana halanya. puas dah saya carik 1 rumah tak jugak jumpa. so, beli je la satu kang kalo jumpa balik takpe la. buatnya takde jumap takkan nak biar kuku dia panjang. mamat tu dah le rajin nak menggaru2 saya. sakit wooo..... malam tadi pon tak kuar. malas le takde mood. dok rumah. owhh.. yang obek balik kampong tu kan dia bagi saya nasi ada jugak dengan mee bandung. hehehe.. kuah asing le. so, malam tadi saya panaskan le mee bandung tu. makan tu je la. rasanya boleh tahan tapi nak terigau2 tu takde la.
~~~~~
selasa : 15/12/2009
hari ni le tu kan. macam biasa. hari ni pon bangun awal. tapi saje la golek2 dengan nezha. sekali dengar kucing mengeow kuat2 la. alamakkk..sapa lak tu kan. saya bukak pintu check2 takde lak nampak. bila saya pergi kuat bukan main menjerit. sekali check2 rupanya dok panjat bawah kereta saya la. aduhh.. apsal le ko masuk situ. karang kalo saya gerak kereta kang terlenyek le pulak. ni anak sapa le ni datang rumah saya ni??? dah satu koje lak saya nak mengeluarkan dia dari bawah kereta tu. tertonggeng2 le pepagi tu kan. dah le pakai short je. mujur baju t-shirt besar. tapi udah nampak macam pakai baju tak pakai suar lak. haiyaa.. lantak le. budak kecik tu harus diselamatkan. lama jugak memujuk dia kuar dari bawah kereta tu. maksud saya, bukan dia dok bawah kereta kat simen tu..dia pi panjat masok kat celah2 tayar celah2 entah le apa benda bawah kereta tu. faham? tak paham sudah. so, itu yang saya takot tu. so, saya buat2 start2 kereta bior dia takot so that dia akan lari keluar. owhh..mencict lari. saya dapat tangkap. boh dalam sangkar letak kat luar. comellllllllllllllllll... cuteeeeeeeeeeee..kaler kelabu. taktau terbiar or anak orang. sian dia. agakanya anak orang kot jalan2 pas tu tersesat. takpe la.. sementara saya pi koje ni saya boh dulu dalam sangkar kat luar. kot2 kang tuan dia datang pusing2 carik kot2 ternampak dia kang mesti balik kang dia datang jumpa saya nak amik kucing dia. tapiiiiii...taklo takde sapa tuntut... budak tu akan jadi milik saya. hhehhwhwehehhehe... sebenarnya banyak dah kucing saya bela. semua dok luar. nezha sorang je dok dalam. yang dah beranak pinak pon ada. sakit pening sihat demam semua saya jaga. makan minum semua saya sedia. wohh..suka la. comel2. tapi ada jugak yang eksyen. datang makan je pas tu blah. bukan nak tegor kita ke apa ke. geram pulak rasanya. jadinya..kalo termasok si kecik pagi ni.. jumalh keseluruhan adalahhhhhh.... sepuloh ekorrrrrrrrrrrr...whuahahhahahha.... layan je la. sian kalo kene langgar kereta ke apa ke kan. lagipon bukan susah. siapkan je makanan dengan pasir letak kat luar. pandai le dia nak menggodeknya. saya sayang semuanyaa..hari tu ada sekor, manja tapi dia ada kurap. ehhehehe..saya panggil dia si kurap le. sangat manja. nampak je saya balik keje, dia dulu yang melompat2 kat pagar. menyambut kita. baikk.. kalo sapu ubat kurap pon dia diam je. tapi entah la satu hari tu dai takde sambut saya balik koje. ingatkan dia pegi jalan2. esok pagi pon tak datang makan, petang pon takde2. lama2 terus hilang. saya la yang melalak meraoung. doa banyak2 semoga sebenarnya dia diambil oleh orangyang nak jaga dia dengan baik. bukan kene langgar kereta ke apa ke. gigih saya pusing 1 taman tu kot2 ternampak bangkai kucing kene langgar. orang kata kalo hilang biarlah nampak bangkainya. tapi takde...sejak pasa tu mual la berderet2 je kucing datang rumah saya. tapi semua dok luar la. takde bawak masok rumah. kalo semua masok alamat rumah saya jadi apa entah le. nezha takkan suka. jealos bukan main.
~~~~~~
ok la.. puas baca tulisan panjang2 hari ni? hehhehehe.... saya pon dah penat type2 ni. nanti sambong lagi ye....
~~~~~~
i love you obek...(miss you)
i love you nehza...(jgn noti2)
i love all of you...(rajinnya keje...)

2 comments:

zh-ena said...

wah rajinnya kemas rumah..klu kat umah ena plak yg asyik keluar msk kotak sudah tentu la umairah yg nakal tu

emmmm dah lama tak mkn pizza

saya said...

ena--saya bukan rajin.. malas sgt sebenarnya tapi kalo tak bergerak sampai bila pon macam kapal karam.