mari mencari....

Google
 

Friday, January 29, 2010

i care, u care, who cares???


hello...
macam biasa..takde apa yang menarik. semuanya rutin biasa je.
~~
semalam sampai rumah awal le pulak. jalan tak berapa jem. awal pon tak le awal sangat, macam biasa pukul 7pm sampai. sampai2 je terus melayan budak2 kecik tu la. haduhh..pening kepala dengan kerenah sekor2. menggelejat!!! lepas tu mandi then siap2. ada dating lor dengan obek. hehehee...
~~
pukul 830pm obek sampai. kuar pegi dinner. dinner apa? kehepsi. aduhhh... ayam, ayam, ayam. bosan. tapi obek suka beno. so try yang burger zinger tower tu le. pedas lah!!! tak suka.dah makan dengan tomato sos pon still pedas. obek makan snack plate le. lepas makan2 borak2. hujan pulak tu. kebetulan masa time makan tu ada sekumpulan orang le.. bawak budak kecik pakai baju lawo. budak kecik tu satu je, orang besornya yang ramai. siap bawak kamera gedabak2 lagi tu. agaknya baru lepas dari photoshoot kot. sebab pakai baju ala2 gaun princess gitu.
~~
so, budak kecik ni dalam umor setahun lebih. biasa la la..nama pon budak tawaf 1 kfc tu pusing2 sukahati. sampai kat table saya, saya bye2 la kat dia. wahh..suka dia bye2 saya balik. saya just bye2 je takde la pegi dekat dia pon, even tak bangun pon dari kerusi saya. just wave dari table je kan sebab tengok muka mak dia macam musibat. haram tersenyum. elehhh..ingat bagus sangat ke anak awak tu. budak tu tak apa2 awak lak yang lelebih. apa le salah manis mulut sebut bye2 kakak ke.. or just say bye2 ke on behalf of your daughter??? biasa kita macam tu kan kalo orang main2 dengan anak kita, kita akan say something. argghhhh... pegi lah. heran betol. perasan tak sudah. apa, kalo nak beramah mesra dengan baby kene ikut standard ke?? heran betol. ahh..lantak le. apa pon.. saya benci dengan orang macam tu. perasan bagus. orang lain pon buat gak le woi photoshoot, tak le terejal perasan best macam ko tu.
~~
tetiba nak marah lak...
~~
pagi ni pon jalan tak jem..bagus betil. agaknya ramai yang dah cuti kot. ye la..amik peluang cuti on monday hari wilayah sekali le kot. tapi saya keje la.. saya selangor. takpe2.. nanti cny cuti2 malaysia.
~~
takde berapa mood pulak. ehh..mood ada.. tapi takde selera la. perot macam kenyang, macam lapar. tadi konon macam nak singgah belikuih tapi tak selera. sekarang macam dah lapar pulak. takpe la.biskut ada baru beli semalam. makan biskut je la. jadi la... makan ketika lapar, berhenti sebelom kenyang. tak gitu???
~~
weekend ni entah le. macam2 program dah terbentuk nih. nak pegi sana, nak pegi sini. ma pon dah buat plan pelbagai dah ni. aduhh...
~~
haa..minggu ni kan ada karnival buku mph kat stadium melawati shah alam. pegi la. mesti buku murah2 tu. best! saya tingin nak pegi tapi tak reti jalan area2 shah alam tu. sedeh laaa....
~~
nezha ok. manja. malam tadi suap dia makan wahwahwahhhh..banyak wooo. ingat nak belikan dia vitamin baru la. ada pegi jalan2 kat blog orang bela kucing macam2 info boleh dapat. ye2..beli jangan tak beli. siapkan je duhetnya. takpe. untuk anak2 jangan berkira, ye tak??
~~
office politic. apa pendapat korang?? hehehe..sengal punya soalan. sapa pon tak suka. orang yang suka tu sebab dia yang mengadunnya. yang kene adun tu mesti tak suka. kadang2 pelikkan orang jenis tak sedar diri ni, perasan bagus perasan pangkat besar walhal kecik ke. tapi dia punay gaya tu...wahwahwahhhh....kot berlakon pilem kompom rosyam nor kalah le. dia lagi hebat tahap lakonannya tu. bincangkan.
~~
ok la.. nak call tnb jap. heran sebab saya dapat bill tapi at the end jumlahnya ada -(negatif) pulak. apakah??? apakah tnb telah bermurah hati memberi hadiah supaya saya tak payah bayar bill bulan ni? apakah bill bulan lepas adalah pree? dah le kod bacaan bill ialah 'O'=bil anggaran di pejabat tnb. apa orang tnb boleh baca meter letrik dari ofis dia je ke?? ko jangan.. kang saya tak bayar kang sekali bill bulan depan melambong 2 kali ganda. masakkkkk.. benci la diaorang ni. bill pon boleh salah.
~~
telephone courtesies & etiqueete?? ni lagi satu hal. panggilan ke ***b memang menyakitkan hati. kalo menjawab talipon tu wahwahwahhhhh... dengan nada marahnya, dengan perkataan yang tak formalnya.. cukup lengkap le. bdh smbg. put a smile in your voice? voice attitude manners (v.a.m)? kompom dia tak tau tu.. bila ditanya soalan2, jawapan paling senang.. sila tengok kat website. hahahhaha.. kalo website tu boleh bercakap bersoal jawab orang pon tak hingin le nak call opis ko. taknak koje jangan koje. berenti. dok rumah ulit anak laki. belambak2 orang nak koje. ni dah bukan issue how to handle difficult caller, ni issue how to handle unethical call receiver. bincangkan.
~~
banyak lak soalan peperiksaan hari ni ye.
~~
selamat hari jumaat.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Thursday, January 28, 2010

laporan hari ini.. hehhee...


bestnya landing2 atas kertas ni.. eh..tu yang buku kuning tu apa pulak? nampak macam best je.. mesti cuba nih...



huiyoo..betol la.. lagi best la dari landing atas kertas putih tu. buku kuning lagi tebal dan menyedakan badan. wohoo... bye2 kertas putihhh...





best! best! best! kasi tido dulu atas ni. eh..ni apa benda lak ni seketol kecik kler putih ni. cium sikit.. sniff..sniff.. wooo..ada bau wangi lorrr... (woi..itu eraser lah!)




yeahh...dapat tempat landing baru. pedulik hapa kalo pompuan tu bising2 marah2. apa baranggg..sukati wa la nak landing mana pon. kasi posing sikit. pompuan tu nak amik gambor tu.



apa ni asyik snap2 je.. tepi lahhh.... orang nak baca dictionary nih. ilmu pelita hidoppppp...

~~~~
muwahahhaha... dialog rekaan semata2. saja la. hari tu dok tengah membaca kat tilam sambil landing budak nezha seperti biasa akan datangla. dia mana boleh tengok orang bersenang lenang harus nak mengacau. mana yang saya usik pegang itu le yang dia nak usik jugak. layan je la. at that time mata pon dah kelat2 biji langsat. wahh...boleh ke perumpaan macam tu? boleh ajeeee...
~~~
saja la mengusik dia. sayang dia sangat. pernah ke satu yang berlalu tanpa rasa sayang kat dia? hehehhe...
~~~
semalam balik lambat. 840pm baru sampai rumah. aduhaii..penat betol la. tensen. benci. tak baik tensen2.. tak baik benci2... redha je la. anyway..balik semalam layan budak2 tu kejap then mandi. tak dinner pon. macam penat sangat. tengok tv entah le cerita apa. maintukar2 channel je. takde yang menarik. rasanya by 10pm dah terlelap. tapi pukul 12am bangun kejap. minum air. panas. haus. lepas tu tido lagi. pukul 2am bangun. kali ni rasa segar semacam. sambong tengok tv. tengok csi n.y pas tu sambong tengok chibi maruko chan. habis pukul 4am. pas tu tido. pas tu pukul 630am bangun dah. tak tido2 lagi. yahuuuuu.....
~~~
tengah tengok tv pepagi buta tu dalam pukul 3am obek call. tanya wat pe. saya cakap saya tengah tengok tv. pas tu borak2 kejap. ngadu lapar. ye la.. tak dinner kan malam tadi. takde mood la nak makan. obek kata nanti dia belikan breakfast. ye la tu. entah dia nak balik keje pukul berapa. sekali pagi ni pukul 730am ada bunyik tintinponpon daaaa....hehehe..obek hantar breakfast. mihun goreng ada ayam masak merah sekali. yahuuuuu..thank you obek. i lebiuuuuu... lepas tu buat air teh o, then breakfast la. lepas tu pegi keje. opss..kene isi petrol dulu la. aduhai..benci betol. tak boleh le beli petrol banyak2 simpan kat rumah. paling tak suka la kalo kene pegi petrol stesyen pepagi ni. logo isyarat dah menyala2. dalam hati sepanjang nak menyampaikan ke petrol station tu dok la berdoa. dah le jem lite2. buatnya terberhenti kat tengah jalan tu masak jawabnya. huhuhu.. tapi alhamdulillah. sampai uga ke petrol station yang berdekatan. isi kasi penuh2. geram! pas tu teruskan perjalanan ke tempat kerja. jalan jem. layan je la. hehehhee.. i lebiu jalan jemmm.. kalo tak jumpa sehari rindu rasanya. ggrrr....
~~~
apa lagi nak cerita ni ha?? owhh.. hush puppies ada buat warehouse sale mulai hari ni sampai weekend ni rasanya. kat seri petaling. sila pergi. mesti best! tetiba je kan iklan sale.
~~~
kejap je kan dah hari khamis. syukur alhamdulillah. gaji lambat lagi. aduhaiii.. korang2 yang gaji 25hb tu syiok laaa... saya lambat lorr. tapi takpe. lambat dapat lambat habisnye. hwuahahha.. ye la tu. jangan risau. bank bergerak sentiasa ada.. obek le tu. hwuahaha...
~~~
tadi call ma tak berjawab le pulak. entah mana peginya. kejap lagi call lagi. mesti ada berita terkini hiburan sensasi tu kang. ma kalo bercerita biasa la..non stop. i lebiu ma.
~~~
weekend ni taktau lagi nak buat apa. ingat ahad nak pegi salon. dah lama tak pergi. nak gunting rambut kasi pendek sikit la. dah panjang. suka rambut panjang tapi kalo basuh rambut tu leceh le. ni apa hal la cerita pasal rambut pulak. takpe. memenuhkan blog.
~~~
macam2 kes sekarang ni kan. takot la. semuanya melibatkan bangsa dan agama. sorang punya pasal, habis kecoh 1 negara. tak baik la buat macam tu. kot ye pon tak suka atau benci, bukan macam tu caranya nak melampiaskan kebencian. ni kalo ko sorang je yang kene takpe.. masalahnya perbuatan ko tu melibatkan menyusahkan semua orang. tak boleh ke hidop aman damai. ya allah.. lindungi kami semua.
~~~
okla..takde apa lagi nak cerita. obek nak beli pisang banyak2 katanya nak bagi kat orang2. dah niat le tu. layan je la. kenapa selalu orang bagi pisang je ha?? kenapa tak bagi apple ke, limau ke, rambutan ke? entah..taktau. bagi la apa2 pon yang penting ikhlas dan dari duit yang halal. mudah2an berkat kehidupan. amin....
~~~
ok la.. (berapa kali ok dah ni??) nanti sambong lagi. nak buat keje dah ni. malam ni malam jumaat. jangan lupa tau. lupa apa? apa2 laa yang berkaitan.
~~~
i love you obek..(always love you)
i love you nezha..(so notty boy)
i love all of you..(limau banyak2 berkotak2 ni korang nak ke?)

Wednesday, January 27, 2010

caca marba je..

source : http://blaugh.com/cartoons/060901_kindergarten_wifi.gif

wahwahwahhh...tu la dianya budak2 zaman sekarang. baru tadika tu dah bua muka boring sebab takde wifi... budak2 sekarang pepandainya lain macam. elektronik digital sesaje. takdenya dia reti nak main galah panjang je, batu seremban ke.. huhuhu... how i miss my kindy days...
~~~
takde nak cerita apa. balik semalam tak le jem sangat. jem2 biasa je la. sempat singgah pasar malam. dalam hati dah berkira2, kalo ramai orang or takde parking nak balik terus dulu then ajak obek pegi pasar malam. sekali tengok ada parking dan orang tak berapa ramai lagi. bagusnya. so, singgah beli la makanan. seperti biasa beli macam nak makan 20 orang. beli nasi bungkus, yong tau foo, kuih peneram, jagung bakar dan air apa ntah namanya sweet sour. dia ada limau dengan asam boi dalamnya. sedap jugak. boleh la.
~~~
balik2 si neji udah memekak. mulut dia tu masyaallah... punya kuat berbunyi. nak bergendong je pulak tu. layan je la. sambil kemas2 uk2 budak2 tu. mandi2, makan. wahhh...kenyang makan nasi bungkus so yong tau foo lansong tak berusik. takpe2..simpan dalam peti ais nanti malam ni boleh panaskan. bukannya basi.
~~~
tak tengok tv sangat. badan rasa lemah semacam. terus tido. rasanya pukul 930pm dah kebabom dah. tapi terjaga2 le kan. biasa la tu. ada mimpi jugak. tapi dah lupa la mimpi apa.
~~~
pagi ni bangun awal macam biasa. bosannya. mata mengantok lagi. liat betol nak bangun. tapi bangun jugak la. iron baju then siap2 pegi keje. ok la tu. jalan jem le pulak. benci betol. agaknya bilangan kereta dah bertambah kot tu yang makin hari makin sesak tu. agaknya laaaa...
~~~
obek seperti biasa buzy la dia tu. hari ni pegi keje bawak keropok yang obek belikan kat kelantan tu. entah apa le rasanya agaknya ye. sedap ke, masin ke, manis ke. hehehhehe...
~~~
nezha pon ok. bertambah2 manja2. lagi2 bila neji saya bawak masok rumah bila malam. wahwahwahhhh... protest lorr.. garang2 manja gitu. ala...nak main2.
~~~
ok la..tetiba teringin makan popia la.
~~~
benci la hari ni mesti kena balik lambat. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
~~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Tuesday, January 26, 2010

happy tapi lepas tu...ggrrrr....


hehehhe...comel kan. alalala..siannya dia kepenatan. ni namanya kepenatan selepas membuli budak kecik baru tu. saya bagi dia nama ne'jie. wohoooo.. gelejat bukan main. semalam balik lambat sikit. singgah beli big apple donut. teringin le pulak. beli sampai 12. hambekk.. entah bila la nak habis. tapi malam tadi dah makan 5 bijik. hwuahhahaha...gila gemok le lepas ni. ahh..takkan le kot.
~~
semalam balik je budak kecik tu dah memekak2 menjerit2. saya balik je terus dia datang panjat saya. wahhhhh... nak bermanja rupanya dia. saya ingatkan bila balik semalam dia dah takde. takde means, dah pegi merayap ke, pegi jalan2 ke, orang amik ke. rupanya ada je tercongok tepi tu. geggegege..... kemas2 uk-uk kucing luar, dia tetap le nak bergendong. bergayut yooo kat baju saya. masakkkkk.....lepas tu saya bawak dia masok rumah. apa lagi.. al-ketua murid yang didalam rumah sudah mengamok lorr. hehehhee... mula2 je la. dia dok kaco2 budak kecik tu lama2 dah ok dah. tapi riak2 cemburu tu tetap le menyerlah. saya kemas rumah lebih kurang, biarkan budak2 tu main. tau2 budak kecik dah pegi makan makanan nezha. aduhh..habis la. nezah tak suka share2 bekas makan. naya je kang mesti dia takmo makan lagi kat tempat tu. leceh la budak kecik ni. lepas tu tunjuk kat dia tempat uk-uk pasir tu. kot2 kang dia nak melepas idak le saya seksa. macam paham je kan. dia kais2 pasir tu. so, ok la kot.
~~
so, malam tadi layan tv sambil makan donut sambil layan budak berdua tu main kejar2. wahwahwhahh..penat jugak. malam tu saya tido depan tv. bawak tilam bantal semua. berkubang le kami 3 beranak depan tv. bagus betol. berebut2 le 2 ekor tu nak menempek. untuk adil, sekor kiri sekor kanan. lenguh le tangan menggaru perot memasing. aduhaiiii...
~~
pagi pukul 5am saya terjaga. sebab budak kecik tu menjilat2 kaki saya. pas tu terasa ala2 basah le pulak. ha sudahhh.. bangun tengok betol la sangkaan saya. udah ada seketul kat tilam. geram betol. pokpek2 le pepagi buta tu. udah 1 koje nak membersihkan cadar tu kan. sambil bising marah2 sambil tangan buat keje. layan je la. saya marah budak kecik tu then bawak dia pegi tempat pasir tu. wahh..sampai sana pandai pulak sambung business dia. aje memang nak kena budak ni. dah siap2 semua, saya dah tak boleh tido. mmm..nak buat apa. goreng mihun buat breakfast. nezha still mengantok2 lagi menguap2. ehehhehee... apa la rumah saya tu pepagi buta pukul 5am mesti bising. bagus la tu kan.. bior jiran2 pon bangun awal so anak2 diaorang tak le terlambat pegi sekolah. hehehhee...
~~
jalan jem macam biasa. lambat sikit sampai office, pukul 910am baru sampai. nak buat camne. kuar macam biasa, jalan tu yang jem.



hehehhe..inilah dia ne'jie. taktau le lelaki ke pompuan budak ni. saya dok belek2 macam tak nampak pon bendanya tu. huhuhuh.. ke saya yang tak reti nak tengok. ahh..takpe la. in the mean time, nama penuh ne'jie. nama panggilan, aji. hehehhehe...mulut bising bukan main. mengeow2 jenis tahap suara high pitching punya nih. manja lak tu. nak bergendong je kojenya. ini sudah mendatangkan kemarahan nezhaaaaa..huhuhuhu...


hehhehe.. abaikan la selimut cadar bantal kepam saya tu. hwuahahhaha... sila fokus kepada budak kecik itu saja.
~~
obek sihat walafiat. hehehhee... dia belikan saya baju batik dari kelantan tu. terima je la seadanya. hahhahaha.. dengan telekong yooo.. ni perli ke apa nih??? gggrrrrr.....
~~
ok la.. nanti sambong lagi. nak kene buat proposal. love you!
~~
i love you obek...
i love you nezha...
i love all of you...

Monday, January 25, 2010

kelam-kabut, penat, hujan dan rindu...




hello..
camne weekend? ok? saya punya weekend sikit punya kelam-kabut daaa.. macam2 hal le pulakkk... meh nak buat catatan sikit.
~~~
sabtu : 23/01/2010
pepgi buta.. tak le buta... dalam pukul 730am tu dah keluar dah. pegi rumah ibu sebab nak buat makan2 kat rumah ma. ibu kata singgah rumah dia dulu pegi pasar beli2 then baru pegi rumah ma. ayoyoyoyo... sampai rumah ibu, amik dia then pegi pasar. dah pegi pasar tu tau2 je la.. bukan boleh 15 minit walopon udah buat list. belek itu belek ini, yang pastinya benda yang takde dalam list pon beli jugak. huhuhuh... lepas beli2, pegi rumah ibu lagi amik budak2 tu. then off to rumah ma. sampai rumah ma dalam pukul 10am macam tu. ma bising sebab lambat katanya. appa daaa.. kitaorang tanya yang nak cepat2 tu nak pegi mana? diam je dia. al-kisahnya dia ada plan.. haa..tunggu2..kejap lagi cerita. sampai2 je semua pon sinsing lengan le. kelentang kelentung siap walla... best woo.. menu hari sabtu nasi minyak, ayam masak merah, dalca sayur, kerang rebus, jelatah, sambal tumis udang dengan petai, bubur kacang campor durian, air peach tea. waduh-waduh-waduh... betol2 makan la jawabnya. ibu masak sodapppp!!!!
seperti biasa almaunah sampai lambat. orang dah hidang baru terhegeh2 datang. benci ahh.. bukan reti nk tolong ke apa ke. lepas makan, kitaorang humbankan pinggan piok semua kat dia bior dia basuh. hwuahahhaa.. rasakan!
mmm..rupanya ma tu punya plan nak pegi rumah mama.. nak tengok opah. ate.. ape tak dikabokan awal2 dari semalam. saya hari2 call pon tak lak nak inform ke apa ke kan. mmm..geram2.. anyway..layan je la. lepas makan lepas lepak dalam pukul 3pm berangkat le pulak kami ke rumah mama. sampai sana dok la melayan opah le.. sian opah. makin uzur. mama lak lain tak.. business, business, business. hatta muruku pon business. hehehhe..kitaorang bedal je cukup2 muruku dia tu. kahkahkahkahh..sodap lak tu. ibu beli 10 bungkus buat makan2. ye la. kalo takat sebungkus tu boleh le amik je, ni kalo dah amik sampai 10 bungkus kene la bayar. dah kata orang tu meniaga kan. tak kisah le.
balik dalam pukul 7pm. mujur tak hujan. cuma sikit2 je la rebas2 tu. takpe. sampai rumah, mandi2, maghrib, isyak terus kebabom. lansong tak tengok tv pon. punya le penat. konon nak tengok cerekarama, sudahnya cerekarama dalam mimpi je la.
~~~
ahad:24/01/2010
aaaaaa..yang ni baru betol pepagi buta. pukul 630am dah kuar pegi hantar ma mengurut. ayoyoyo.. terkebil2 bijik mata saya. ye la.. kata mengurut kena pepagi kan. ahh.. masa ma mengurut saya tunggu dalam kereta je la. apa lagi.. tido laaaaaa... huhuhuhu... dah siap ma mengurut dalam pukul 830am tu, pegi pasar pulak. beli laok sikit nak buat bekal le. beli udang lagi sebab nak buat sambal tumis lagi sebab yang makan hari sabtu tu tak puas le. ada lak jumla lala remis tu yang kecik2 tu kan. beli. goreng tumis alahai sedapnya manis2. beli brokoli goreng campur dengan cendawan. jawabnya hari sabtu ahad saya minggu ni tadi makan je la kojenya. aktiviti lepas makan, masing2 berebut nak naik weighing scale. hwuahahhaha.. gila punya keja.
pukul 1pm ingat nak balik, sekali ada lak orang datang. aduhaii.. dah sah2 orang datang time lunch kan, buat lak hidangan untuk tetamu. menunggu orang habis berborak bapak le lamanya. ma tau le... kalo dah berborak, habis 10 kitab khatam. hehehhee.. sorry ma. ye la.. takkan saya nak kuar balik lak kan sedangkan ada orang datang rumah. tak baik la. mata dah terbayang2 nezha dah ni. pukul 330pm orang tu blah. yahuuuu... saya pon balik la.
~
sampai je pagar rumah dengar dah bunyik anak kucing mengeow2. puas saya cari tak tak jumpa. sampai ke dalam longkang saya carik kucing tu. tak jumpa juga. risau le kot2 cedera ke apa ke kan. sebab bunyinya tu macam menderita bebenor. hehhehee... letak barang2, then lepak tengok tv, hujan pulak. lebat pulak tu. malam pukul 8pm kuar kejap sebab nak beli makanan kucing2 kat luar tu dah habis lansong. naya budak2 tu kalo tak makan kang. mengeow2. rumah tu dah macam pusat jagaan kucing le pulak. makin ramai yang datang. ayoyoyoyo.... still, bunyi anak kucing tu tetap le berbunyik. naik risau saya sebab pukul 8pm tu hujan memang selebat2nya. sampai malam la saya terdengar2 je bunyik kucing tu. geram betol. tak puas hati. dok jugak le intai2 pagar jiran2 sebelah kot2 dia ada bela kucing ke. takde lak nampak. nyaring betol bunyiknya. so, malam tido. panas le pulak tak boleh tido. dah tentu2 saya jenis tak lena, asal terjaga je dengar bunyik anak kucing tu. ayoyoyooo.. pukul 11pm dgr lagi, pukul 1am dengar lagi, pukul 3am pon dengar lagi. last2 pukul 5am tu obek call... obek kan kat kelantan koje. dia call saja la menggatal2 pepagi buta tu. dia pon tau la saya jenis tak tido malam tu. siang2 dia tak cal.. buzy koje. saya pon tak kaco. wat pe. tu la obek call tu saya memgadu cakap ada dengar bunyi anak kucing. obek suruh pegi tengok. saya cakap dah pegi tengok dah tak jumpa. obek kata pi tengok kat seberang jalan atas bukit tu.. kot2 ada. ayoyoyo.. tapi, disebabkan semangat membara, saya kuar jugak pepagi buta tadi pukul 530am sorang2 pegi carik kucing tu.
~
allahuakbar.. rupanya betol dia kat seberang jalan atas bukit tu. dok tercongok bawah pokok. saya sampai je terus saya hulur tangan. dia pon datang berlari2 kat saya. uwwaa...drama le pulakkan pepagi buta tu. sure kereta2 yang lalu tu heran apsal le pompuan ni jalan pepagi buat sorang2. so comellllllllllllllllllllll.. kaler putih tompok2 kuning. uuwwaa.. saya ni jenis ciwek ni harus le menangis kan. sian dia. camne la time2 hujan pukul 8pm tadi tu alahaiiii... luluh hati saya la. saya bawak balik rumah. bagi makan, pelok2. kesejukkan dia. menggigil2. bagi minum susu, baru le senyap mulutnya. siapkan tempat tido dia, tempat makan minum dia, baru la aman duniaku. kalo takkkkkkkkkkk.. semedang le dengar dia memekak. lepas tu dia tido kot. pagi ni saya kuar nak pegi koje, tengok dia memekak lagi. manja le pulak. agaknya dia memag ada orang bela la. sebab manja semacam. tu la..main punya main sampai lupa jalan balik agaknya. sian dia. mesti dia rindu kat mak dia. menggelejat bukan main. saya tak masokkan dalam sangkar sebab takot2 kot2 mak dia datang cari ke, tuan dia datang cari ke, bior la dia ikut. kalo takde orang datang cari.. saya bela la dia. meramaikan anak2 saya. hehehhee..
~
tadi nak pegi keje saya dah pesan, main elok2 jangan pegi keluar pagar. kereta banyak kang kene langgar harus saya yang meroyan kang. chewahh..macam paham lak dia. lari2 lompat2 sampai pagar patah balik. eeeee..geram betol. comellll... pagi tadi saya tengok elok lak dia main dengan kucing2 lain tu. moga2 jangan bergaduh yee... love you.
~~~
nezha macam biasa. suka je dia happy2 melompat2. geram betol. pon tetap le comellll.. eeii..apsal semua kucing2 ni comel ha??? geram betol. pagi tadi masa dia nampak saya dok pelok2 anak kucing baru tu wahh..jealos woo.. ada kuar bunyik2 mengaum marah. hehehhee... takot beno say abawak budak tu masok rumah. takdenya..alahaii...
~~~
pagi ni jalan jem macam biasa. alala..biasa la tu. asalkan tak melekat tu kira ok la. tapak tangan kanan ni gatal le pulak. nak kuar duit ke nak dapat duit? huhuhuhuhuu... mmm..bateri kereta tu rasanya nak kena tukar dah.. takot la sebab dah 2 kali saya start pepagi dia macam tak sampai. ngeri woooo... mintak dijauhkan dari segala bahaya. tunggu obek balik la mintak tolong tukarkan. obek..cepat la balikkkk... uuwwaaaaaa....
~~~
ok la.. nanti sambong lagi.
~~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..

Friday, January 22, 2010

merepek2 je...


hello...
harap semua sihat2 ye hendaknya. saya biasa2 je.. nezha pon sihat walafiat walopon nampak macam kurang sikit nak makan. entah le apa kena mamat tu. ke dia dah makan waktu saya tak nampak. manja bukan main.
~~~
semalam balik macam biasa. jalan tak jem pulak. jem2 biasa tu standard la.. takkan tak jem lansong pulakkan. anyway, balik terus lepak2 kat rumah. rasa macam tak larat sangat. obek call ajak kuar dinner. ye la.. hari ni dia dah nak berangkat kan. huhuhuhu... dinner apa ye malam tadi. owhh..makan nasi dengan daging masak merah, obek makan mihun sup, air laici dengan carrot susu. boleh la telan. tapi tak habis pon. borak2 sampai pukul 1030pm. lepas tu obek pegi koje lagi. so, hari ni lepas jumaat obek pergi la kelantan tu. huhuhuhu... dengan kawan2 koje dia la kan. pegi elok2 ye obek.. selamat pergi selamat balik. amin....
~~~
pagi ni kuar rumah lambat. liat betol badan ni lemau sungguh. pukul 815am baru gerak. dalam hati tawakkal je la if jalan jem sampai opis pukul 10am pon redha je la. sekali tak berapa jem laa. tepat pukul 9am dah sampai. bagus betol.. syukurrr...
~~~
perot lapar tapi takde selera la pulak. esok balik rumah ma awal sikit. sebab nak buat makan2 la pulak. haihhhh... entah le nak beli apa. nanti2 la pikir.
~~~
ok la..takde mood.
~~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you...
~~~
sian korang kena baca tulisan merepek ni kan. hahahhaa...

Thursday, January 21, 2010

dah menulis kembali...





hello...

harap semua sihat walafiat je la hendaknya. lama betol dah tak menulis. banyak perkara perlu diselesaikan. macam saya cakap semalam, penat badan, penat otak, penat emosi, penat segala2nya. yang tak penat tu nezha. tetap le melompat2 menggigit2 menggaru2.

~~~

lupakan masalah buat seketika. (usaha memujuk diri sendiri)

~~~

semalam jalan jem macam hantu. hantu pon tak jem macam tu. geram betol. lansong tak bergerak kat tol sunway tu. belah pagi la. petang ok dah. entah la apa kenanya. kot2 ingatkan ada le accident ke takde le pulak. tapi memang melekatttt!!!!! nak report kat karamsinghwalia bagi dia try dok dalam tu kejap. huhuhu....

~~~

semalam balik macam biasa. tapi ada lambat sikit la. dalam 715pm dah sampai. nezha suka la tu. saya sampai je dia dah menjerit2. oooo..sudah kasi tumpah itu bekas makan rupanya. berterabor. pandai betol. inform saya awal2 ye sebelom saya dapat tau. bagus2.. macam ni la good boy. marah? mana boleh marah dia.. buah hati pengarang jantung tu. lagipon bukannya bersepah sangat. sebab dah siap2 alas paper so ok la. nak kemas pon senang.

~~~

obek call ajak kuar. saya malas le. tapi kuar juga untuk beli pasir uk-uk dah habis. so, pegi beli pasir, beli makanan untuk kucing2 luar tu. dah habis jugak. makanan nezha ada lagi. tapau nasi lemak dengan kuih pau. huhuhu..jadi la. kenyang jugak. tapi sambal pedas lorr.. potong stim betol.

~~~

obek nak pergi kelantan jumaat ni.. esok le tu. ada site visit. ahh..nyampah. apa jauh beno ke tempat kojenya tu. takpe la.. pegi la.. pegi elok2. balik bawak jajan banyak2 ye. huhuhuhu... pergi jumaat, baliknya entah le bila. ahad ke isnin ke taktau lagi. sure rindu nanti ni. ala..dia ada kat sini pon bukannya dok tercongok depan mata saya 24jam. appadaaaa...

~~~

semalam belikan buku rujukan sibudak adik tu. entah le..buku pmr. sains, sejarah, math. saya tengok buku sejarah tu lebih kurang sama je dengan zaman saya belajar dulu. hwuaahhaa.. ahh..nama pon sejarah takkan bertukar2 pulakkan isi kandungannya tu.

~~~

dulu semalam tengok cerita hindustan kat 108. tajuk apa ntah sedih woo.. cerita pasal budak disleksia. aduhaii..memang sedih cerita tu memang menyentuh emosi betol. pelakon dia biasa2 je takde yang glamer2. takde adegan menari berlari sampai ke gunung ke air terjun bagai. simple. tapi cukup berkesan. cuma sorang je yang agak glamer yang jadi cikgu dia tu tapi saya taktau le pulak namanya. bagus la cerita tu. nama budak dalam cerita tu ishaan. bestnyaaaa... memang best. cerita pasal macammana budak ni memendam rasa. parents dia tak boleh terima sebab dia lambat dapat tangkap dalam pelajaran, cuma suka melukis2 je. sedangkan abangnya kira top student la. so, dah terjadi jurang kasih sayang kat situ. ayah sayang abang, selalu puji abang, tapi tak pernah puji dia. sedih la. kalo cerita tu ditayang lagi sekali saya pon nak tengok lagi. siap nangis2 yo saya tengok cerita tu. bukan sikit punya nangis, banyak punya nangis. eehehhee...nezha tengok saya melalak tu dia pon suspen, terus datang duduk kat riba sampai le ke sudah cerita. agaknya dia ingat saya nangis sedih2 kot. walhal saya nangis sebab tengok cerita tu. aahh..dapat dah tajuknya. saya ada salin sebab kot2 la dapat cari lagi dalam youtube. tajuknya 'taare zammen par'. idak le makcik tau apa ke maknanya. tapi sedih lorrrrr cerita ni. uuwwaaaa..... so ingat, kalo anak2 kita agak lambat sikit dalam catch up pelajaran, kene selidik dulu, apa masalahnya. macm budak ni, asyik la mak pak marah dia, walhal dia disleksia. dia tak dapat bezakan huruf2 dan angka2, dia boleh belajar tapi kena slow2 tak boleh banyak arahan dalam satu masa. entah la... tapi bagus cerita tu. 10 bintang kasi kat dia.

~~~

ok la.. takmo cerita panjang2.

~~~



i love you obek...

i love you nezha...

i love all of you...

Wednesday, January 20, 2010

penat..

maaf...
saya terlalu penat...
penat badan..
penat otak..
penat fikiran..
penat emosi...
semuanya penat...
yang tak penat suma nezha..
tetap melompat girang...
berikan saya kesempatan
untuk berehat sebentar..

Friday, January 15, 2010

perangai...



itu namanya budak tengah kepochi nak tau apa benda dalam plastik beg...
dalam tu bekal roti saya nak bawak pi koje..
tapi seperti biasa kena ada pemeriksaan qa/qc dulu la kan dari nezha..
layan je la...
cium2, garu2, lama2 dia gigit bawak lari..
geram betol...
semalam balik lambat..
dekat pukul 9pm baru sampai rumah..
alahai..
sian budak busuk tu..
menjerit2 dia..
hehehhee...
malam tadi tak boleh tido..
biasa la..
takpernah yang boleh tido pon..
pukul 2am kot baru terlelap..
bangun biasa la..
530am dah terkebil2..
layan je la...
nezha teman buat keje malam tadi..
baik punya kasi landing atas file...
cheh..
memang dengki tau..
takpe..
sayang punya pasal layan je la..
kalo nampak paper kuar dari printer dia la yang paling suka..
habis dipanjatnya printer..
siap bertenggek atas tu..
obek macam biasa...
buzy..buzy..buzy...
seperti biasa tadah je la telinga..
dengarkanlah luahan masalah ke..
luahan rasa ke..
luahan bebel ke..
obek kalo bebel boleh tahan woo...
kebas telinga dibuatnya..
mak midah call..
minta saya datang kampung..
adahal yang dia nak minta saya tolong kasi settle..
ya allah...
insyaallah...
family tengah bermasalah..
harusla saya membantu mana yang termampu...
so, ahad maybe saya ke rumah mak obek..
tengok apa yang boleh disettlekan...
doakan supaya semua kerjaan kami dipermudahkan..
doa2 dari anda sekelian amat kami hargai...
kisah lain...
saya benci pada orang yang suka nak mendoakan keburukan pada orang lain..
disebabkan dia yang kena musibah..
dia pulak nak mendoakan supaya bior kita jugak kene macam dia...
baghal...
bodoh...
tak boleh tengok orang senang..
dengki lak dia tengok kita gembira2 ni..
nak dicarutkan pepagi jumaat le pulak ni kan..
monyet bodoh!

Wednesday, January 13, 2010

what if...



jawab jangan tak jawab..
asyik tengok muzik2 je..
asyik tengok melodi je..
asyik dengar top 20 je,
asyik baca mag media hiburan je..
haa.. hambekkk..
kena asah balik otak kira2 tu...
selamat menjawab!!!!
p/s : nak tengok berapa ramai yang menjawab..






nezha yang nakal...



nezha.. nezha...

apsal nakal sangat ha..

hari tu dah tercabut button H kat lappy..

la ni lagi 4 button udah tercabot lorrr...

3 saya dah pasang balik..lagi 1 tak dapat ditolong..

jadinya button up arrow tu terberlobang je la..

mujur still boleh tekan2..

aduhaii..layankan je la..

marah pon tak guna...

nama pon kanak2..mana le dia tau benda tu kan..

suka beno menggaru2 keyboard tu..

dalam pada membebel2 tu... bila tengok muka dia tu terus tak jadi marah..

amboi...

takpe la.. layankan je...




seperti biasa...

marah sangat kalo kita usik2 lappy dia tu..

lappy harus la menjadi fav port dia..

tetap le nak duduk atas tu..

apa sedap beno ke?

macam peel...

obek macam biasa...

buzy, buzy, buzy...

malam tadi saya macam tak berapa sihat la..

macam nak demam badan panas2 dah..

betol2 flet..

balik2 mandi then terus tido...

makan bisut2 je..

malam pukul 1230am obek call tannya camne keadaan..

as if nak bawak pi klinik le.. takmo la saya..

end up dia datang hantar teh ais..buat minum2 untuk makan ubat.

elok beno le tu makan ubat minum dengan teh ais...

so, pagini bacan still macam tak larat..

tergerak dah ingat nak mc je tapi sayang la..

still awal tahun...

sayang nak mc2 ni...

jadinya pergi keje jugak la..
ok la...
have a nice day ahead!

Tuesday, January 12, 2010

sakit leher ke tengkuk?...

sakit le pulak leher ni...
ke ni dipanggil tengkuk?
salah tido la kot?
ke salah bantal?
huishh..macam2 istilah le pulak..
yang pastinya sakit bebenor...
dah sapu yoko2 pon ala2 tak berkesan je...
semalam sampai lambat..
jalan jem betol..
ada lori rosak katanya...
benci lah!
berkurun atas jalan tak bergerak..
seperti biasa ada je monyet2 yang tak reti bahasa tak nak ikut peraturan..
potong que la..
masok sana sini la..
betol2 monyet!
ke kita yang jenis ikut peraturan ni yang bodoh?
dia tak ikut peraturan cepat sampai..
kita ikut peraturan lambat sampai..
ke camne tu?
nezha ok..
sangat manja terejal..
malam tadi saya bawak masok si abang dengan ali..
bercekau 3 ekor tu berlari habis tunggang langgang rumah...
biarkan..
kasi chance depa main2...
sampai terjelir2 lidah kepenatan..
hambekkkk....
makan ice cream...
nezha & si abang memang suka..
ali nampaknya kureng suka..
obek ok...
malam tadi pi dinner kejap..
alahai..
bosannya makan kat kedai yang sama je..
menu pon sama je..
malam tadi mimpi obek pulak..
hai..dah jumpa pon termimpi2 jugak..
pelik betol...
semoga hari ni ceria untuk semua orang..

Monday, January 11, 2010

weekend yang penat..

macam biasa je...
peok nezha, main2 dengan nezha, lepas tu kepenatan...
balik rumah ma..
panjat pokok jambu turunkan buah, terlalu banyak..
dan potong dahan yang tinggi dah sampai atas bumbung..
takpe..takde lelaki pon pompuan boleh jugak buat keje2 macam tu...
ahad, hantar ma pegi rumah mama nak jenguk opah..
sian opah, makin tak berdaya...
obek sihat.. tapi ada ketumbit pulak...
entah le mengintai siapa...
malam tadi kuar jalan2 dengan obek kejap..
tak pegi dinner pon just tapau burger sebab nak tengok muzik2 final...
keputusan yang bagus...
tapi waktu slot 2 minit setiap jam sebelum final tu..
ramai betol yang bertudung terkinja2 waktu maghrib kat stadium tu...
berbaloi ke...
entah.. sendiri jawab la...

Friday, January 8, 2010

setelah 2 minggu..

assalamualaikum...
dah 2 minggu tak dapat jumpa obek..
jumpa tu jumpa...cuma sekejap je tanya khabar...
yang lain cuma berkomunikasi menerusi phone aje..
akhirnya...
malam tadi dapat makan malam dengan obek...
kurusnya dia..
mata sembab..
takpe la.. janji sihat walafiat ye...
lama betol tak jumpa dia rasanya..
jumpa makan2, sembang2..
takmo cerita pasal masalah..
bagi dia relax sikit..
nezha macam biasa..
melompat, menggigit, terejal je..
sangat nakal...
sangat manja..
love both of you...

Thursday, January 7, 2010

nakal sangat nezha tu...

nakalnya ya tuhannn....
tak terkata betol...
kadang2 boleh buat hilang sabar...
tapi itulah racun, itulah penawar...
kalo marah dia pon kejap je, lepas tu mesti tersengih balik...
malam tadi saya tak boleh tido...
tido pukul 11pm then pukul 230am dah terjaga...
terus tak tido sampai sekarang...
nezha teman saya buat keje..
bukan teman..tapi mengacau...
time saya nak print tu le dia pegi panjat printer duduk kat atas printer...
habis, camne paper nak kuar??
angkat, letak, angkat, letak... nak jugak naik duduk atas tu...
lepas tu nampak saya amik2 paper dia pi lak kat paper ream tu...
sangat nakal yo...
malam tadi pagi buta pukul 4am tu lapar, merebus ubi dan buat sambal tumis...
dah macam nak bersahur pulak...
obek dah cool sikit.. hendaknya la...
malam tadi dia tido kl, tak balik kampung.. .
harapnya dapat la rehat sikit...
malam ni taktau pulak camne...
sian obek..
love both of you... obek & nezha...

Wednesday, January 6, 2010

another hard day for us...

macam biasa je...
obek still ulang-alik dari kl ke kampung...
dah macam rasa pegi johor tu macam pegi cheras je...
hari2 ulang-alik...
kesian obek...
dah kurus...
demi keluarga, harungi juga lah...
ma dah balik dari umrah semalam...
alhamdulillah...
nezha sihat dan makin nakal...

Monday, January 4, 2010

baru satu...

1 perkara dah lepas..
tapi ada banyak lagi yang menunggu..
betul2 obek tunggak keluarga..
bertungkus lumus siang malam pagi petang menguruskannya..
kesian..
takde rehat, takde masa pon untuk diri sendiri..
love you...
terima kasih kepada kawan2 yang bagi peransang..
semoga tuhan membalas jasa baik anda...
apapon,
kehidupan mesti diteruskan...

Saturday, January 2, 2010

berat sungguh dugaan-Nya...



berat sungguh dugaan-Nya kepada obek dan keluarga...
tiada lagi kata2 yang mampu diberi sebagai peransang...
semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada kami semua...
doa2kan untuk kami..

p/s : maaf kawan2..saya mungkin tak dapat bercerita seperti biasa.. sehingga perkara itu selesai.. yang kami sedia maklum mengambil masa bertahun2 untuk diselesaikan.. obek.. kuatkan semangat!