mari mencari....

Google
 

Thursday, January 21, 2010

dah menulis kembali...





hello...

harap semua sihat walafiat je la hendaknya. lama betol dah tak menulis. banyak perkara perlu diselesaikan. macam saya cakap semalam, penat badan, penat otak, penat emosi, penat segala2nya. yang tak penat tu nezha. tetap le melompat2 menggigit2 menggaru2.

~~~

lupakan masalah buat seketika. (usaha memujuk diri sendiri)

~~~

semalam jalan jem macam hantu. hantu pon tak jem macam tu. geram betol. lansong tak bergerak kat tol sunway tu. belah pagi la. petang ok dah. entah la apa kenanya. kot2 ingatkan ada le accident ke takde le pulak. tapi memang melekatttt!!!!! nak report kat karamsinghwalia bagi dia try dok dalam tu kejap. huhuhu....

~~~

semalam balik macam biasa. tapi ada lambat sikit la. dalam 715pm dah sampai. nezha suka la tu. saya sampai je dia dah menjerit2. oooo..sudah kasi tumpah itu bekas makan rupanya. berterabor. pandai betol. inform saya awal2 ye sebelom saya dapat tau. bagus2.. macam ni la good boy. marah? mana boleh marah dia.. buah hati pengarang jantung tu. lagipon bukannya bersepah sangat. sebab dah siap2 alas paper so ok la. nak kemas pon senang.

~~~

obek call ajak kuar. saya malas le. tapi kuar juga untuk beli pasir uk-uk dah habis. so, pegi beli pasir, beli makanan untuk kucing2 luar tu. dah habis jugak. makanan nezha ada lagi. tapau nasi lemak dengan kuih pau. huhuhu..jadi la. kenyang jugak. tapi sambal pedas lorr.. potong stim betol.

~~~

obek nak pergi kelantan jumaat ni.. esok le tu. ada site visit. ahh..nyampah. apa jauh beno ke tempat kojenya tu. takpe la.. pegi la.. pegi elok2. balik bawak jajan banyak2 ye. huhuhuhu... pergi jumaat, baliknya entah le bila. ahad ke isnin ke taktau lagi. sure rindu nanti ni. ala..dia ada kat sini pon bukannya dok tercongok depan mata saya 24jam. appadaaaa...

~~~

semalam belikan buku rujukan sibudak adik tu. entah le..buku pmr. sains, sejarah, math. saya tengok buku sejarah tu lebih kurang sama je dengan zaman saya belajar dulu. hwuaahhaa.. ahh..nama pon sejarah takkan bertukar2 pulakkan isi kandungannya tu.

~~~

dulu semalam tengok cerita hindustan kat 108. tajuk apa ntah sedih woo.. cerita pasal budak disleksia. aduhaii..memang sedih cerita tu memang menyentuh emosi betol. pelakon dia biasa2 je takde yang glamer2. takde adegan menari berlari sampai ke gunung ke air terjun bagai. simple. tapi cukup berkesan. cuma sorang je yang agak glamer yang jadi cikgu dia tu tapi saya taktau le pulak namanya. bagus la cerita tu. nama budak dalam cerita tu ishaan. bestnyaaaa... memang best. cerita pasal macammana budak ni memendam rasa. parents dia tak boleh terima sebab dia lambat dapat tangkap dalam pelajaran, cuma suka melukis2 je. sedangkan abangnya kira top student la. so, dah terjadi jurang kasih sayang kat situ. ayah sayang abang, selalu puji abang, tapi tak pernah puji dia. sedih la. kalo cerita tu ditayang lagi sekali saya pon nak tengok lagi. siap nangis2 yo saya tengok cerita tu. bukan sikit punya nangis, banyak punya nangis. eehehhee...nezha tengok saya melalak tu dia pon suspen, terus datang duduk kat riba sampai le ke sudah cerita. agaknya dia ingat saya nangis sedih2 kot. walhal saya nangis sebab tengok cerita tu. aahh..dapat dah tajuknya. saya ada salin sebab kot2 la dapat cari lagi dalam youtube. tajuknya 'taare zammen par'. idak le makcik tau apa ke maknanya. tapi sedih lorrrrr cerita ni. uuwwaaaa..... so ingat, kalo anak2 kita agak lambat sikit dalam catch up pelajaran, kene selidik dulu, apa masalahnya. macm budak ni, asyik la mak pak marah dia, walhal dia disleksia. dia tak dapat bezakan huruf2 dan angka2, dia boleh belajar tapi kena slow2 tak boleh banyak arahan dalam satu masa. entah la... tapi bagus cerita tu. 10 bintang kasi kat dia.

~~~

ok la.. takmo cerita panjang2.

~~~



i love you obek...

i love you nezha...

i love all of you...

4 comments:

~dARlee zURiS~ said...

jalam jem report kat karamsignwalia?
hmmmm...

dah lama tak tgk cite hindustan
citer apa yg famous skrg pun taktau.

zh-ena said...

betul tu ena pun tgk citer industan tu..mmg sedih kan..selambak tisu keliling hehehhehe

saya said...

zuris/ena--kalo critahindustan yg mcm tu okla..takmo la yg nyanyi2 pusing keliling 1 dunia tu.. bosan!

MOKCIK AZWA said...

best kan citer cenggitu...baru la ada anjakan paradigma sikit berbanding citer hindustan biasa tu...mokcik bukan dapat nengok pun..tapi dapat bayangkan citer tu.

ada satu lagi citer hindi..ni citer bersiri kat asteruk..pasal budak autisme tu..ok jugak citer tu.