mari mencari....

Google
 

Friday, January 29, 2010

i care, u care, who cares???


hello...
macam biasa..takde apa yang menarik. semuanya rutin biasa je.
~~
semalam sampai rumah awal le pulak. jalan tak berapa jem. awal pon tak le awal sangat, macam biasa pukul 7pm sampai. sampai2 je terus melayan budak2 kecik tu la. haduhh..pening kepala dengan kerenah sekor2. menggelejat!!! lepas tu mandi then siap2. ada dating lor dengan obek. hehehee...
~~
pukul 830pm obek sampai. kuar pegi dinner. dinner apa? kehepsi. aduhhh... ayam, ayam, ayam. bosan. tapi obek suka beno. so try yang burger zinger tower tu le. pedas lah!!! tak suka.dah makan dengan tomato sos pon still pedas. obek makan snack plate le. lepas makan2 borak2. hujan pulak tu. kebetulan masa time makan tu ada sekumpulan orang le.. bawak budak kecik pakai baju lawo. budak kecik tu satu je, orang besornya yang ramai. siap bawak kamera gedabak2 lagi tu. agaknya baru lepas dari photoshoot kot. sebab pakai baju ala2 gaun princess gitu.
~~
so, budak kecik ni dalam umor setahun lebih. biasa la la..nama pon budak tawaf 1 kfc tu pusing2 sukahati. sampai kat table saya, saya bye2 la kat dia. wahh..suka dia bye2 saya balik. saya just bye2 je takde la pegi dekat dia pon, even tak bangun pon dari kerusi saya. just wave dari table je kan sebab tengok muka mak dia macam musibat. haram tersenyum. elehhh..ingat bagus sangat ke anak awak tu. budak tu tak apa2 awak lak yang lelebih. apa le salah manis mulut sebut bye2 kakak ke.. or just say bye2 ke on behalf of your daughter??? biasa kita macam tu kan kalo orang main2 dengan anak kita, kita akan say something. argghhhh... pegi lah. heran betol. perasan tak sudah. apa, kalo nak beramah mesra dengan baby kene ikut standard ke?? heran betol. ahh..lantak le. apa pon.. saya benci dengan orang macam tu. perasan bagus. orang lain pon buat gak le woi photoshoot, tak le terejal perasan best macam ko tu.
~~
tetiba nak marah lak...
~~
pagi ni pon jalan tak jem..bagus betil. agaknya ramai yang dah cuti kot. ye la..amik peluang cuti on monday hari wilayah sekali le kot. tapi saya keje la.. saya selangor. takpe2.. nanti cny cuti2 malaysia.
~~
takde berapa mood pulak. ehh..mood ada.. tapi takde selera la. perot macam kenyang, macam lapar. tadi konon macam nak singgah belikuih tapi tak selera. sekarang macam dah lapar pulak. takpe la.biskut ada baru beli semalam. makan biskut je la. jadi la... makan ketika lapar, berhenti sebelom kenyang. tak gitu???
~~
weekend ni entah le. macam2 program dah terbentuk nih. nak pegi sana, nak pegi sini. ma pon dah buat plan pelbagai dah ni. aduhh...
~~
haa..minggu ni kan ada karnival buku mph kat stadium melawati shah alam. pegi la. mesti buku murah2 tu. best! saya tingin nak pegi tapi tak reti jalan area2 shah alam tu. sedeh laaa....
~~
nezha ok. manja. malam tadi suap dia makan wahwahwahhhh..banyak wooo. ingat nak belikan dia vitamin baru la. ada pegi jalan2 kat blog orang bela kucing macam2 info boleh dapat. ye2..beli jangan tak beli. siapkan je duhetnya. takpe. untuk anak2 jangan berkira, ye tak??
~~
office politic. apa pendapat korang?? hehehe..sengal punya soalan. sapa pon tak suka. orang yang suka tu sebab dia yang mengadunnya. yang kene adun tu mesti tak suka. kadang2 pelikkan orang jenis tak sedar diri ni, perasan bagus perasan pangkat besar walhal kecik ke. tapi dia punay gaya tu...wahwahwahhhh....kot berlakon pilem kompom rosyam nor kalah le. dia lagi hebat tahap lakonannya tu. bincangkan.
~~
ok la.. nak call tnb jap. heran sebab saya dapat bill tapi at the end jumlahnya ada -(negatif) pulak. apakah??? apakah tnb telah bermurah hati memberi hadiah supaya saya tak payah bayar bill bulan ni? apakah bill bulan lepas adalah pree? dah le kod bacaan bill ialah 'O'=bil anggaran di pejabat tnb. apa orang tnb boleh baca meter letrik dari ofis dia je ke?? ko jangan.. kang saya tak bayar kang sekali bill bulan depan melambong 2 kali ganda. masakkkkk.. benci la diaorang ni. bill pon boleh salah.
~~
telephone courtesies & etiqueete?? ni lagi satu hal. panggilan ke ***b memang menyakitkan hati. kalo menjawab talipon tu wahwahwahhhhh... dengan nada marahnya, dengan perkataan yang tak formalnya.. cukup lengkap le. bdh smbg. put a smile in your voice? voice attitude manners (v.a.m)? kompom dia tak tau tu.. bila ditanya soalan2, jawapan paling senang.. sila tengok kat website. hahahhaha.. kalo website tu boleh bercakap bersoal jawab orang pon tak hingin le nak call opis ko. taknak koje jangan koje. berenti. dok rumah ulit anak laki. belambak2 orang nak koje. ni dah bukan issue how to handle difficult caller, ni issue how to handle unethical call receiver. bincangkan.
~~
banyak lak soalan peperiksaan hari ni ye.
~~
selamat hari jumaat.
~~
i love you obek..
i love you nezha..
i love all of you..